Monday, October 19, 2009

NIZAR MANGKUK !!! PAS TAK PERLU BUAT POST MORTEM BANYAK-BANYAK

Sehari dua ini banyak betul post mortem yang dibuat oleh PAS berhubung kekalahan mereka di Bagan Pinang.

Tidak perlu lah PAS nak bedah sana-sini dan bagi pelbagai alasan yang tidak logik termasuk undi pos.

Kalau PAS cuba nak bercakap banyak pasal undi pos,nah....ambil,RBF bagi kepada PAS semua undi pos,ambillah. Kemudian cuba congak balik,adakah PAS menang,jika undi pos semua telah diambil oleh PAS.

PAS terimalah post mortem yang dibuat oleh RBF di bawah ini yang menyebabkan PAS kalah teruk di Bagan Pinang.

1) Faktor Tan Sri Isa Samad, lagi banyak PAS kutuk Isa,lagi banyak undi yang beliau dapat.

2) Penipuan melampau tentang budak yang kena tetak dengan orang-orang Umno. Rujuk di sini

3) Seruan jihad oleh Ketua Pemuda PAS yang samdol itu telah membuatkan penduduk tempatan meluat dan menggerunkan mereka.

4) Kesesakan jalan raya utama di Bagan Pinang dan Teluk Kemang kerana PAS membuka markas dan peniaga-peniaga PAS yang meniaga di tepi jalan membuatkan orang-orang kampung marah.

5) Pengundi india tidak mengundi PAS kerana isu Kg.Buah Pala,bukannya kerana isu kuil di Shah Alam. Mereka sedar yang selama ini mereka ditipu oleh PAS,PKR dan DAP.

6) Aksi-aksi melampau penyokong PAS daripada luar menambahkan kebencian penduduk tempatan kepada PAS.

7 ) Anwar Ibrahim tidak ceramah sepenuh hati di Bagan Pinang. Beliau hanya guna gear satu dan dua sahaja. Anwar hendak buktikan kepada PAS, tanpa beliau,siapalah PAS. Situasi berbeza dengan di Permatang Pasir tempohari. Maka ,PAS kenalah sedar diri sikit. Jangan duduk berlagak kononnya tanpa Anwar mereka boleh hidup. Tolong 'kipas' Anwar kuat-kuat lagi. Kalau boleh bubarkan PAS dan semua ahli PAS masuk PKR,termasuk Hj.Hadi dan Nik Aziz.

Hasil daripada itu semua maka setelah lapan hari berkempen,PAS hanya mendapat 2000 lebih undi. Tahniah ! Cuba lagi di masa hadapan.

4 comments:

Anonymous said...

Bro...u punya kaedah penulisan sinis ni memang gua suka baca....best gila...ni guan baca pukul 4 pagi pasal tak leh nak tido...memang lawak tapi ada makna....teruskanlah gaya penulisan ini...dan kalau boleh lu fokus kat sini sudah laaa...hal2 union tu lu tak payah la masuk campur ....

Anonymous said...

aku setuju ttg kesesakan jlnraya yg disebabkan depa bukak markas tepi jln dgn gerai2 pasar malam tu..sepanjang jalan dr pekan PD menghala ke Telok kemang dan ke Markas DAP tu sesak teruk org kampung dok maki hamun.panaih ati.PAS pikir depa seronok.nk tunjuk org penuh dlm gerai2 depa.Tapi org luaq buat apa?? haa..Padan Muka Hangpa...kesan MAKI org kampung pakat x dpt undi banyak...syiok sendiri ja..

Jeffry said...

SLM BRO..LAGI BAIK BUAT BUAT POST MORTEM BEDAH KEPALE HOTAK SI HUSAM, MAHFUZ, TANTAIK DAN SALAHUDIN KNP PAS BLH KALAH TERUK!..DASAR PEMBONGAK!!

Local Fighter said...

Kesian PAS..
Parti yang hampir sama denga usia UMNO begitu teruk dilembukan oleh PKR yang baru ditubuh 10 tahun untuk membela satu nyawa.

PAS akan kekal dengan keadaan ortodok dan jumudnya selagi tuan - tuan guru tak bertauliah itu mengepalai parti.