Saturday, October 24, 2009

NIZAR MB PODAH !!! UNDI TAK PERCAYA KEPADA NIK AZIZ & HJ.HADI

Seperti yang kita semua sedia maklum, keadaan dalam PAS bergolak kembali. Semuanya kerana tidak mahu menerima ketentuan Qada dan Qadar apabila mereka kalah di Bagan Pinang dan kerana tulisan seorang yang pernah PAS sanjungi sebelum ini,Aziz Bari. Tidak pasal-pasal Hj.Hadi menjadi mangsa kembali. Apa yang terjadi tidak perlu saya ulas panjang lebar disini kerana semua orang telah mengetahui jalan ceritanya. Cuma saya ingin mengajak anda berkongsi apa yang ditulis oleh blog FSS. Ianya amat menarik untuk dikongsi bersama. Sila rujuk disini.

Apabila saya duduk termenung seorang diri,lantas terlintas di fikiran saya apa yang terjadi hari ini mungkin bala yang diturunkan oleh Allah terhadap PAS secara perlahan-lahan dan satu hari nanti PAS akan pupus di muka bumi Malaysia kerana sudah berpuluh tahun mereka menipu orang-orang Islam di negara ini.

Ini dapat dilihat dengan mata kasar kita semua. Selama ini berpuluh tahun kita semua tidak pernah mendengar orang-orang PAS mengutuk atau bercakaran sesama sendiri. Sekarang ini bukan setakat orang-orang atau blogger-blogger PAS bergaduh dan menghentam sesama sendiri,malah yang bergelar tok guru pun bergaduh sesama tok guru. Hebat ! Sepatutnya bila mereka makin kuat,mereka makin berpadu,bukannya makin berpecah.

Enam kali BN kalah PRK dalam masa setahun ini, tidak pernah mereka bercakaran begini. Tetapi PAS yang kalah hanya sekali,begitu teruk bercakaran,hingga terpaksa mencadang diadakan EGM luar biasa. BN,makin kalah makin berpadu, PAS makin menang,makin bercakaran. Disini kita lihat kematangan politik antara dua pihak. Pandangan saya senang sahaja, Nik Aziz terliur melihat apa yang dibuat oleh MCA ,turut sama dibuat oleh PAS. Oleh yang demikian,PAS bolehlah buat EGM luar biasa,kemudian biar perwakilan tendang kedua-duanya sekali,iaitu Nik Aziz dan Hj. Hadi. Pilih pula Husam Musa sebagai Presiden dan Nizar sebagai Timbalan Presiden. Barulah sedap bertarung dengan Umno.

Rekod menunjukan,setiap kali berlaku krisis atau kekalahan dalam Umno atau BN,mereka makin kuat. Contoh,krisis Dr M dan Ku Li, dan krisis Dr.M dan Anwar Ibrahim,serta kekalahan teruk dalam PRU 12 dan kekalahan demi kekalahan dalam PRK. BN,tidak hancur,malah mereka berusaha untuk naik kembali secara berperingkat , titik permulaan bermula di Manek Urai walaupun kalah tapi majoriti PAS merosot teruk,kemudian naik sikit lagi di Permatang Pasir,BN berjaya menambah undi mereka dan yang ketiga mereka berjaya di Bagan Pinang. Belakang parang,jika diasah setiap hari pasti akan tajam jua. Mata pisau yang tajam,jika digunakan untuk menetak sesuka hati sudah pasti akan tumpul.

Apa yang terjadi kepada BN sebelum ini,boleh dianggap sebagai pengajaran. Allah masih sayangkan BN,sebab itu Allah uji mereka dengan kekalahan. Sama seperti Allah uji manusia jatuh sakit,sesungguhnya penyakit itu dapat menyucikan dosa kita. Berbeza dengan PAS dan rakan-rakannya,Allah uji mereka dengan kemenangan,tetapi mereka menjadi makin lupa diri. Mereka lari dari landasan yang sebenar.

Mereka angkuh,mereka sombong,mereka berlagak. MB Selangor dengan angkuh mengeluarkan arahan ,beliau tidak benarkan SPRM menyiasat pegawainya di Pejabat SPRM, nak siasat datang ke Suk Selangor. Ini semua,sifat-sifat riak dan takbur. Baru diberi sedikit kuasa sudah mengalahkan seorang Raja. PAS dan rakan-rakannya harus ingat,BN pernah berada lebih gagah daripada apa yang PAS dan rakan-rakannya ada sekarang. Itu pun boleh membuatkan BN lemah dalam sekelip mata. Apa yang PAS dan rakan-rakannya ada pada hari ini amat kecil daripada apa yang BN ada dulu. Jadi,tak usahlah nak berlagak lebih. Kalau nak jatuh sekejap sahaja Allah jatuhkan.

Begitu juga dengan Nik Aziz, 19 tahun beliau menjadi MB Kelantan dan Mursyidul am PAS saya tidak ingat berapa lama. Sepanjang 17 tahun beliau menjadi MB Kelantan,beliau dihormati oleh kawan dan lawan. Tetapi sejak dua tahun kebelakangan ini beliau semakin mengarut dan sering menjadi bahan kutukan, makian atau cacian lawan dan kawan. Malah sudah ada suara yang dalam PAS sendiri mengatakan beliau menjadi beban kepada PAS sekarang. Nampaknya beliau mahu mengakhiri karier politik beliau dalam keadaan hina. Mungkin ini juga balasan Allah terhadap beliau.

PAS memulakan politik mereka dengan kafir mengkafir dan kemungkinan besar politik PAS akan diakhiri kerana kafir harbi,iaitu DAP.

Apabila membaca tulisan bekas Mufti Perlis dalam Mingguan Malaysia 11.Oktober.2009,saya membuat kesimpulan ianya sama dengan apa yang dilakukan oleh PAS selama ini. Disini saya sertakan sedikit petikan tulisan beliau

Dalam sejarah pertelingkahan umat Islam kelompok yang paling kuat dan awal menggunakan isu agama untuk mengkafirkan orang Islam yang lain ialah puak Khawarij. Kelompok ini Nabi SAW sifatkan seperti berikut: ...Seseorang kamu akan merasa lekeh solatnya dibandingkan solat mereka, merasa lekeh puasanya dibandingkan puasa mereka. Mereka membaca al-Quran, namun al-Quran itu tidak melebih halkum mereka. Mereka tersasar keluar dari agama seperti anak panah tersasar dari sasarannya... (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Inilah Khawarij yang kelihatan hebat dalam ibadah dan pidato agama mereka dengan menggunakan nas-nas al-Quran. Mereka mengkafirkan orang Islam yang melakukan maksiat, juga mengkafirkan orang Islam yang tidak mengikut kumpulan mereka. Puak Khawarij ini mengangkat slogan: "Tidak ada hukum melainkan hukum Allah". Slogan yang kelihatannya berteraskan al-Quran, tetapi dengan tujuan yang buruk. Kata Saidina Ali bin Abi Talib kepada mereka: "Satu slogan yang benar, tetapi dengan tujuan yang batil". (Al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, 304/10, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah). Dengan slogan al-Quran Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah maka mereka itu orang-orang yang kafir. (Surah al-Maidah, ayat 44). maka mereka melancarkan kempen mengkafirkan dan memerangi orang Islam. Atas andaian yang tipis maka dengan mudah seseorang dijatuhkan hukuman murtad dan kafir.

Kesimpulannya, kita boleh samakan PAS dengan Khawarij dan mengikut beliau lagi, Nabi SAW menyebut tentang mereka:

Mereka itu berucap dengan ucapan sebaik-baik makhluk. Mereka tersasar keluar dari Islam seperti anak panah tersasar dari sasarannya. Iman mereka tidak melebihi halkum mereka. Di mana sahaja kamu temui mereka maka bunuhlah mereka kerana sesungguhnya membunuh mereka itu ada pahala pada Hari Kiamat. (Riwayat al-Bukhari)

Saya tidak boleh mengulas banyak apa yang dikatakan diatas,kerana saya bukan pakar dalam bab tersebut. Tetapi saya faham apa yang disebut oleh Nabi SAW dan apa yang ditulis oleh Dr.Maza, dan saya berharap anda semua faham. Siapa tidak mahu pahala ? Dalam hidup ini semua orang ingin menambah pahala,tapi biarlah kita semua tambah pahala melalui cara lain lain terlebih dahulu. Bab yang diatas kita serahkan kepada orang yang lebih arif dan pakar. Terus terang saya katakan disini, walaupun sudah dua minggu tulisan tersebut disiarkan,boleh dikatakan setiap hari saya membacanya. Kerana saya tidak puas membacanya dan saya nampak,apa yang dilakukan oleh PAS selama ini sama sebiji dengan apa yang Dr.Maza coretkan dan apa yang Nabi SAW sebut. Sedih betul saya apabila mengenangkan nasib orang-orang Islam yang ditipu oleh PAS selama ini.

Terlalu dasyat penipuan yang dilakukan oleh PAS selama ini. Sukar untuk dimaafkan. Apa lagi yang hendak dikata,selagi ada manusia yang percaya kepada mereka,selagi itulah mereka teruskan perjuangan sonsang mereka. Yang boleh menghentikan mereka adalah kita semua.

Kepada orang-orang Islam di Malaysia,insaflah dan sedarlah, jangan percaya lagi kepada Islam retorik yang dibawa oleh PAS. Mereka pun manusia,tidak lain tidak bukan yang dikejar oleh mereka juga adalah kuasa,wang ringgit dan pangkat. Mereka tidak maksum,mereka manusia biasa. Sila rujuk disini dan disini.

Kerajaan yang kita ada pada hari ini di Malaysia adalah antara yang kerajaan yang terbaik dikalangan negara Islam di dunia ini. Tidak pernah kerajaan kita melarang kita mengamalkan Rukun Islam dan Rukun Iman.

Tiada orang yang dilarang mengucap syahadah di Malaysia. Tiada orang yang dilarang sembahyang oleh kerajaan Malaysia. Tiada orang yang dilarang berpuasa di negara ini,yang tidak berpuasa ditangkap dan didenda, dan kerajaan pula menyalurkan dana lagi untuk menghidupkan lagi Ramadhan. Tiada orang yang dilarang mengerjakan Haji, malah siap dengan Menteri lagi berada di Tanah Suci untuk menguruskan jemaah Haji, dan Malaysia adalah antara negara yang terbaik dalam bab menguruskan jemaah Haji. Tambah lagi satu,ini ramai yang orang lupa,kerajaan siap bagi subsidi lagi kepada jemaah Haji menunaikan Haji,tanpa mengira fahaman politik. Begitu juga dengan zakat, adakah anda pernah terdengar orang Islam di Malaysia dilarang membayar zakat. Lagi satu,tiada negara lain dalam dunia yang mempunyai sistem bayaran zakat yang teratur seperti di Malaysia. Tambah lagi satu,bukan setakat kita tidak dilarang membayar zakat,malah kerajaan (LHDN) memberi penolakan cukai lagi kepada zakat yang sudah dibayar. Yang kita pernah terdengar ialah ada orang yang nak salurkan duit zakat orang-orang Islam kepada yang bukan Islam.

Ya,saya akui ada lagi banyak sedikit sebanyak yang kita perlu perbaiki agar selaras dengan syariat Islam. Tetapi,bukan senang untuk dilaksanaka,kerana negara kita mempunyai pelbagai kaum dan agama. PAS yang dulu perjuangkan hudud pun sudah lupakan hudud sekarang,kerana ingin menjaga perasaan orang bukan Islam. Apatah lagi BN yang sudah berpuluh tahun menjadi tempat parti-parti rakan lain bernaung. Sebelum jadi pemerintah senang bercakap,bila sudah menjadi pemerintah barulah tahu betapa sukarnya untuk melaksanakannya.

Yang mana yang tak betul,kita sama-sama tegur dan sama-sama kita perbetulkan . Di Malaysia belum pernah ada orang yang mati kerana memberi teguran atau cadangan kepada kerajaan.

Kepada orang-orang Islam dan melayu di Malaysia,jika anda berfikir PAS yang boleh menggantikan Umno di Malaysia ternyata anda silap. Itu semua kerja menempah maut. Kerja undur ke belakang kembali. Negara akan menuju kehancuran. Menyesal kemudian tidak berguna. Pegang saja pada falsafah ini 'bukan senang nak senang,bukan susah nak susah'.

Untuk membaca penuh tulisan bekas Mufti Perlis (Dr.Maza) , anda boleh rujuk disini


11 comments:

Galo said...

mm..dlm penerang yg blogger ni bentangkn smmg nya ade kbenarn, smmgnya xde yg xbenar mlainkn benar2 belaka tp apa mungkin Presiden hamPAS akan diturunkn apatah lg mursamdol am hamPAS tu? mrk bdua tu saling tgelak kat belakang pengikut2nya krn 'jarum' mrk da bjaya selama ni dgn kemusnahn minda pengikut2 mrk malah mrk ni jg saling btukar2 idea utk trus menjahanamkn otak pengikut2 mrk. tp klu betullh dua penjahanam ni turun pun bagus lh, bersyukur ssgt & rasanya kerajaan kena buat kenduri kesyukuran hehe... apa pun, ALLAH Maha Berkuasa & xde 1 pkara pun yg berlaku di atas dunia ni terlepas dr perhitungn ALLAH, maka kita smestinya bersyukur & lurus dlm mjlni kehidupn di bumi yg bertuah ni, MALAYSIA.

Dr Selangor said...

Salam tuan,
Sekadar bertanya, apa sudah jadi dgn kempen rampas selangor? Saya masih tertunggu setiap kali bangun subuh. Kita still ada numbers? Boleh jelaskan atau rancangan gagal atau tuan hanya bergurau? Terima kasih

Anonymous said...

nak sibuk pasal pas buat apa.
misi tawan selangor bila plak raya deepavali pun dah lepas tangguh sampai raya haji pulak ke.
buat malu umno je ada org mcm ko ni.
ckp jer lebih habuk pun tadak.

ruang bicara faisal said...

pasal misi tawan selangor kita rileks dulu. kita buat kerja dalam senyap. tahu2 kerajaan dah bertukar.

Jeffry said...

SLM BRO..PAK AJIS DH TEMANGU2 MEMIKIRKAN KERIBUT DLM PAS. 2 PUAK YG BERTELAGAH SEMAKIN PARAH. HUSAM CUBA NAK MENUNDUKKAN UST. NASHARUDIN UTK JAWATAN NO. 2 DARI SEGENAP PENJURU.

PAK AJIS PLAK BENGANG DGN HJ HADI YG LEBIH RASIONAL. PENDEK KATA PENYOKONG2 PUN DH TERBELAH 2!. ALAHAII KECIAN2

Anonymous said...

Salam perjuangan semua,

Suka saya merujuk kepada Anoy 1:07pm di atas...

Daripada luahan rase beliau menampakkan rasa kerunsingan beliau apabila pemimpin mereka semakin bercelaru dengan kepimpinan mereka..manakan tidak, kita sendiri pun akan merasa tidak tenang apabila ibu dan ayah kita berbalah (berperang mulut sebagai contoh)...

Tapi saya ingin nasihatkan kepada beliau, kita semua ada hamba Allah..mintalah pertolongan daripada Nya dan bukan menyalahkan orang lain apabila dalam keluarga kita berlaku porak peranda..

Insyallah, sifat merendah diri dan tidak terlalu takbur dengan kuasa dan duaniwi, Allah akan kurniakan lebih rahmat kepada hambaNya..

Saya doakan untuk kesejahteraan seluruh umat islam di dunia dan khususnya seluruh rakyat Malaysia..

Terima kasih..Perjuangan masih belum selesai

Nik
Daejeon

shonzu said...

Salam saudara RBF,

Sokong 1000% pandangan saudara Faisal. Tetapi jangan lupa mereka ini boleh lantunkan kembali perkara ini kononnya semua ini media UMNO /BN yang mainkan. Kalau dah namanya Pengencing Rakyat, itu saja taktik yang mereka pandai lakukan.


PAS 4 all = Israel 4 all = Piss 2 all

Anonymous said...

rbf ckp psl tawan selangor, PAS sanggup bangun subuh subuh tunggu.
Anwar ckp nak tawan Malaysia, dan dah terlebih setahun, PAS masih tak bangun subuh. dah setahun tak bangun bangun tanya anwar. dah mampos ke org PAS ni?

Anonymous said...

misi tawan selangor .....

eh...camne ngn misi tawan malaysia oleh anuwar berahim dulu....?

ni 16 september yg kedua dah lepas ni,tpi anuwar tak jdi PM lagi apa cerita ni......

we have the numbers

org Pakatan Rasuah bukan reti pikir.kena sindir halus tajam pun tapi bodoh melantun-lantun tak sedar...tu pasal smpai nak buat EGM tu.....

Hawaii five -O said...

1.apa yg pasti PAS yg mulakan solat jemaah dua imam....

konon imam dilantik kerajaan tidak layak jadi iman....

2. PAS , jadi politik utk pecah belahkan keluarga sehingga ada kes suami isteri bercerai kerana isterinya org UMNO.

3. PAS, ajar x boleh ke majlis kenduri kawin org UMNO, yg dikatakan haram sembelihan ayamnya.

4. Amanat Hadi dan mcm2 amanat yg kafirkan sesama islam kerana berlainan politik...

Nampaknya sudah nampak bala akan turun kepada PAs yg suka mencaci dan mengkafirkan org islam lain....

Anonymous said...

antara yg mula2 start solat 2 imam, jadik kat kampung aku sendiri (aku org besut). masa tu aku kecik lagi. dari saat tu lah, sampai sekarang, aku tetap takkan maafkan PAS.

dan nampak nya sekarang, PAS sama sendiri pun dah nak kene solat 2 imam... masya-Allah... cash on delivery rupanya balasan Tuhan. baru kat dunia tu beb. akhirat tak tau lagi...