Wednesday, October 14, 2009

NIZAR OIII!!! AMARAN KEPADA BN. JANGAN BERLAGAK !


Pertama sekali saya memohon maaf kerana agak lambat untuk membuat ulasan tentang kemenangan BN dan kekalahan PAS di Bagan Pinang. Ini kerana tuntutan kerja saya perlu diutamakan daripada tuntutan berblog. Kerja untuk menyara anak bini adalah satu ibadah dan wajib. Maka itu yang perlu diutamakan. Blog hanya 'sunat'. Ada masa terluang boleh menulis. Manakala hentam PAS,PKR dan DAP pula tergolong dalam 'sunat muaakat'. Itu falsafah saya. Tiada kena mengena dengan yang telah mati atau yang masih hidup.

Kepada BN,jangan berlagak dengan kemenangan besar di Bagan Pinang. Jangan cepat buat rumusan kononnya BN telah diterima rakyat. Bagan Pinang tidak boleh dibuat KPI kononnya BN sudah mencapai target. Jangan selesa dan jangan syok sendiri. Kalau bukan Isa Samad yang calon di Bagan Pinang tempohari,berpeluh jantan hingga ke punggung juga BN dibuatnya. Tidak perlulah ada burung-burung kakak tua yang hendak menjerit menjadi jaguh di Perhimpunan Agung Umno kononnya BN telah diterima rakyat.

Inilah yang terjadi dalam Perhimpunan Agung Umno 2007, banyak burung kakak tua yang membuat ucapan pada waktu itu melalak-lalak kononnya BN dalam keadaan kuat dan bersedia menghadapi p/raya umum bila-bila masa. Malah ada yang berkata BN sudah berada dalam gear empat dan bersedia menghadapi p/raya umum.

Nah....ambil kau ! Gear empat kononnya,sekali datang tsunami Mac 2008, bukan masuk gear lima, gear satu balik dibuatnya. Moral of the story, jangan bercakap besar bila ada kuasa lebih. Sekali-sekala saya terfikir ada baiknya juga apa yang terjadi pada masa itu. Jika tidak kerana keputusan p/raya Mac 2008,jangan harap kita semua dapat merasa tol percuma, diskaun tol,dan plaza tol ditutup. Makin bertambah adalah.

Sama juga seperti anak-anak kita, sekali-sekala kita harus tampar sampai lekat kesan lima jari di pipinya sebagai pengajaran supaya tidak nakal di masa hadapan. Sekali dia kena teruk sampai dia dapat anak pun dia masih ingat akan penampar bapa atau ibunya. Siapa tak sayang anak ? Kata orang tua-tua, sayang anak tangan-tangankan. Begitu juga dengan BN dan Umno. Siapa tak sayang BN atau Umno ? Kalau sayang BN dan Umno sekali-sekala kita juga kena tangan-tangankan,tapi janganlah sampai mati.

Untuk dijadikan bukti yang BN dan Umno telah berubah,maka gayanya harus ditukar . Mana-mana Menteri atau pemimpin yang telah turun berkempen di Bagan Pinang sebelum ini, tolong turun balik ke sana untuk meraikan pengundi sebagai tanda terima kasih dan jangan lupa tunaikan segera janji-janji yang telah ditabur. Jangan buat lagi perangai lama seperti p/raya kecil yang lepas-lepas di penggal yang lalu. Selepas menang,semua balik KL, pengundi di biarkan sendirian,sehingga mereka merasa sedih dan tertipu.

Ingat ! 'After sales service' lebih penting daripada menjual produk. Orang tidak akan beli barang kita walaupun murah,sekiranya selepas dibeli penjual buat tidak peduli. Orang akan beli barang kita walaupun mahal ,sekiranya kita pandai mengambil berat masalah pelanggan selepas kita menjualnya. Tidak kira samada yang buruk atau yang baik ,orang tetap akan bercakap dan saling menyampaikan satu sama lain. Tambahan pula dalam dunia teknologi yang serba moden hari ini yang mana info di Bagan Pinang boleh sampai ke Miri dalam masa kurang daripada satu minit.

Kalau betul-betul nak berubah,sila berubah. Jangan harapkan yang nombor satu dan nombor dua sahaja yang berubah. Tapi yang lain-lain masih dengan perangai lama. Ianya memerlukan komitmen bersama. Jangan hanya mulut sahaja yang bercakap berubah,tapi hati tetap kering dengan perangai lama. Jika tidak ,terimalah padahnya dalam p/raya umum akan datang dan tidak mustahil juga Bagan Pinang bakal menjadi kubur buat BN dalam masa akan datang.

Ulasan tentang sebab kekalahan PAS saya akan siarkan dalam posting akan datang.

8 comments:

Media Cyber said...

yes! betul kata kamu.. semua kena berubah.. berubahlah tanpa diseru.. semua sudah dewasa, bukannya bodoh seperti pakatan rakyat yang memaksa rakyat untuk mendengar kata mereka. BN tidak perlu takut dengan mereka, kerana BN masih lagi punyai penyokongnya.

RBF, cuma saya kurang setuju dengan Political KPI yang diungkap oleh TPM... terlalu awal... ini baru 1 kemenangan..

Jeffry said...

SLM BRO..TO UMNO: BE A NICE SALESMAN..WITHOUT CUSTOMER U ARE NOTHING!"

Anonymous said...

selangor apa cerita.
dulu berapi-api sembang.munafik betul le ko ni.

hanizam said...

biasalah bro...memang tu antara sikap yang masih ada pada pimpinan BN @ UMNO...bila berkempen, tunjuklah muka dari rumah ke rumah, keluar result, buat tak nampak je...

satu lagi kepada calon yang menang, tunaikan janji-janji anda tu...bila dah menang, bukan bermaksud undi rakyat tu untuk anda ber"honeymoon" time...kalau ni berlaku, memang berbakul-bakullah dosa ko dapat...begitu jugak dengan YB BN yang lain...kalau yang menang PRU 12 hari tu, kira nasib jelah...jadi bila Allah dah bagi peluang yang menang untuk terus kerja, ambillah amanat itu sebagai ibadah...bukan buat benda-benda yang shubahah...jangan bina kekayaan hasil duit haram, rasuah, penyelewengan harta rakyat...kalau tu berlaku, good bye PRU 13...jahanamlah YB-YB yang macam ni...kalau aku jumpa, kasut aku baling...

BN kena banyak bermuhasabah kenapa rakyat menolak kebanyakan calon BN pada pru 12 lalu...bukan BN tak kuat, tapi calon yang dipilih memang bermasalah...perasuah, kaut & bolot kekayaan dengan salah guan kuasa sebelum ni...bila tiba 8 mac 2008 (kebetulan hari jadi aku), masa nilah rakyat ada kuasa untuk ubah keadaan...

ingatlah YB-YB BN, kalau korang semua amalkan benda-benda tak baik, jangan haraplah dapat jadi YB lagi...

wassalam....

Kenn said...

Dear Sir and Readers,

Please do excuse me for posting something out of topic.

Please cast your vote for this survey:-

"SHOULD the British Overseas Citizen (BOC) BE OFFERED BACK Malaysian Citizenship ?"

at:-

http://tersenarai.blogspot.com/

(Alternatively, you can CLICK HERE TO VOTE)

Thank you for your time. I appreciate it.

Kenn

Anonymous said...

anon October 14, 2009 9:43 PM,

leks ahh.. sabor la tunggu. rbf br tunda x sampai sebulan, dah ko kata munafik. bang nuar korang tu tunda setahun dah... tu kategori pe plak?
munafik?
musafir?
mu-kafir? (favorite word tok guru PAS)

Anonymous said...

anon October 14, 2009 9:43 PM

meludah ke langit akhirnya bertepek kat muke sindri..

hah lu pk la sindri!!

TAIPINGMALI (TM) said...

betull...bro...sekarang bukan lagio politik cium tangam...