Friday, October 9, 2009

NIZAR OIII !!! LIHAT, LAGI 'KEJAYAAN' PAS DI KELANTAN

Kepada penduduk Bagan Pinang,apabila saya mendengar Salahuddin Ayub mengatakan Tan Sri Isa Samad gagal membangun Port Dickson dan Negeri Sembilan selama 22 tahun menjadi MB,saya tergelak sakan.

Kepada orang-orang Bagan Pinang,saya rasa tidak perlulah untuk saya perincikan satu persatu kepada anda apa yang yang telah dibuat oleh bekas MB anda semasa beliau berkuasa. Anda semua telah pun tahu dengan sendiri.

Biarkan saya berceritakan kepada anda tentang ‘KEJAYAAN’ Pas selama sembilan belas tahun memerintah Kelantan. Nampaknya air liur syaitan yang diludah oleh Salahuddin Ayub terkena muka beliau sendiri.

P 19 Tumpat terletak dalam Negeri Kelantan Darulnaim. Di sebelah selatannya bersempadan dengan Parlimen Kota Bharu,sebelah baratnya bersempadan dengan Parlimen Pasir Mas,manakala sebelah utaranya bersempadan dengan ‘Parlimen Narathiwat’.

Sejak lima penggal yang lalu Parlimen ini dikuasai oleh PAS.

Sekarang pun Parlimen tersebut masih dipegang oleh PAS melalui seorang tokoh koporat terkemuka yang pernah mempunyai saham dalam syarikat perjudian Berjaya Group. Tokoh koporat ini sering mengekori punggung Anwar Ibrahim setiap masa. Di mana ada Anwar ,disitu pasti terselit beliau,sedangkan beliau ahli Pas,bukannya ahli PKR.

Nama tokoh koporat tersebut saya rasa sudah ramai yang tahu. Tak lain tak bukan Datuk Kamarudin Jaafar atau nama glamornya Datuk KJ. Sebelum Khairy Jamaluddin muncul dengan nama KJ,beliau terlebih awal menggunakan nama KJ.

Orangnya cukup hensem dan bergaya. Pakaiannya yang dipakai pada satu-satu masa , dari atas hingga ke bawah termasuk yang dalam-dalam sekurang-kurang pun bernilai RM 10-15 ribu. Semuanya jenama hebat-hebat luar dari luar negara.

Rumahnya bernilai jutaan ringgit di Kelana Jaya. Pendek kata, kalau lihat kepada orangnya dan cara kehidupannya memang ada ‘class’. Bukan komang atau lekeh punya orang.

Kalau tengok pada tuannya yang smart,hensem dan ada class sudah pasti anda akan terbayangkan kawasan yang diwakili beliau juga smart dan ada class.

Tapi sayang seribu kali sayang,hebat hanya pada dirinya dan cara hidupnya sahaja. Parlimen yang diwakili beliau sangat-sangat terabai dan mundur. Ibarat kata orang tua-tua di Kelantan “nampak comel luar jah,tapi punggung penuh tahi”. Maksudnya, tuan nampak cantik dan bergaya dari luar , (muka putih,rambut berkilat dan berminyak,wangi dsbnya ) tapi di buntut penuh dengan tahi kerana tidak peduli untuk cuci selepas buang air besar.

Jika selama ini ada Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak selalu mengatakan banyak kawasan dalam negeri mereka masih mundur di semenanjung semuanya maju. Ternyata mereka silap. Tidak keterlaluan jika saya katakan Tumpat adalah salah satu pekan yang paling mundur bukan sahaja dalam Kelantan malah dalam Malaysia. Harus diingat, Tumpat adalah salah satu Jajahan atau Daerah dalam negeri Kelantan. Bukannya sebuah kampung kecil. Tapi dalam soal pembangunan,langsung tidak menggambarkan sebagai sebuah Jajahan atau Daerah. Ianya amat jauh ketinggalan berbanding Jajahan-jajahan lain di Kelantan, umpamanya Pasir Puteh,Pasir Mas,Tanah Merah atau Kuala Krai.

Tumpat ibarat sebuah pekan koboi walaupun Negara sudah merdeka selama 52 tahun dan 19 tahun PAS memerintah Kelantan. Inilah ‘kemajuan’ yang dibawa oleh PAS sepertimana yang dikatakan oleh Nik Ajiz. Selepas ini anda lihatlah gambar-gambar yang sempat saya muatkan di bawah.

Jika ada kemajuan atau kemudahan yang elok di Tumpat semuanya adalah kerja yang dilakukan oleh BN sebelum ini atau sekarang. Sekolah,klinik,hospital,sudah tentulah ianya menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Tetapi ada masanya Kerajaan Persekutuan terpaksa bertindak melangkaui bidang kuasa mereka apabila mereka pula terpaksa melakukan kerja-kerja yang perlu dilakukan oleh Kerajaan Negeri. Kenapa Kerajaan Pusat buat ? Kalau tak buat sampai mampuslah Kerajaan PAS tak buat. Sebagai contohnya adalah jalan-jalan kampung yang rosak atau perlu diperbesarkan. Jika Kerajaan Puasat tidak tolong buat,mampus lah rakyat sana,habis kereta motor jahanam kerana jalan raya sama seperti jalan di kampung-kampung kecil di India.

Tetapi apabila Kerajaan Persekutuan menjalankan projek-projek kecil tersebut dan kontrak tersebut dapat kepada orang-orang yang menyokong Kerajaan BN, puak-puak PAS pula pergi jaja fitnah kononnya BN bagi projek kepada kroni. Harapkan kepada mereka , mereka tak buat, apabila orang buat mereka jaja fitnah. Buruk sungguh perangai puak-puak iblis ini.

Mereka pertikai projek dapat kepada penyokong BN. Tapi mereka tak fikir,pekerja projek tersebut orang parti mana, pembekal bahan binaan dari parti mana, pembekal mesin dan jentera yang disewa dari parti mana, kedai-kedai kopi tempat pekerja kontrak makan minum orang parti mana. Tak mungkin semua itu orang BN. Kalau semua itu orang BN,maknanya PAS tiada penyokong di Kelantan dan sudah tentu BN telah berkuasa di Kelantan. Saya juga berharap PAS tidak lupa,wang gaji pekerja-pekerja kontrak itulah yang saban malam dimasukan ke dalam kantung derma PAS setiap kali mereka mendendangkan fitnah diatas pentas ceramah.

Inilah susahnya bila dapat pemimpin yang berfikiran jumud dan suka membuat fitnah. Siang malam mereka pasang ejen mereka untuk bergerak ke kampung-kampung bagi tujuan menyebar fitnah. Ejen-ejen yang bodoh tersebut tanpa usul periksa dan atas nama perjuangan serta syurga terus bergerak menyebarkan fitnah.

Berbalik kepada kisah Parlimen Tumpat. Selain mempunyai seorang tokoh koporat yang mewakili Parlimen Tumpat ada lagi tiga insan yang mempunyai jawatan berada dalam parlimen tersebut. Adun Pasir Pekan yang juga Timbalan MB Kelantan berada dalam Parlimen Tumpat, Adun Wakaf Bharu seorang Exco Kerajaan Kelantan dan Speaker Dun Kelantan , juga berada dalam Parlimen berkenaan

Empat orang yang hebat berada dalam Parlimen Tumpat, tapi pekan Tumpat sama seperti Pekan Tak Bai di seberang sungai golok. Apa mereka buat selama ini ? Fitnah ! Fitnah ! Fitnah ! Rakyat terabai.

Tak payah perintahlah wahai PAS, kalau berpuluh tahun perintah sebuah stesen bas pun tak mampu nak dibina di Tumpat. Anda lihatlah sendiri stesen bas di Pekan Tumpat dalam gambar dibawah.

Pasar Tumpat yang ada sekarang pun adalah peninggalan Kerajaan BN dahulu,di zaman Datuk Hj. Dusuki (BN) menjadi ahli parlimen Tumpat pada tahun 1996. Pasar yang ada sekarang sudah tidak mampu lagi untuk menampung peniaga yang semakin bertambah. Akhirnya peniaga terpaksa berniaga di tepi jalan dalam keadaan tidak tersusun.Setakat ini tiada tanda-tanda atau usaha dari Kerajaan PAS untuk membesarkan atau membina pasar baru di Tumpat. Kasihan kepada peniaga-peniaga yang berniaga di luar yang terpaksa bertarung dengan hujan atau panas untuk mencari sesen dua rezeki bagi meneruskan kehidupan.

Saya memohon Kerajaan Persekutuan agar dapat ‘meninjau-ninjau’ sedikit dan membantu apa yang perlu dibuat di Pasar Tumpat. Kalau ikutkan sakit hati kepada PAS, rasanya tidak perlu saya memohon bantuan Kerajaan BN. Tetapi kerana rasa kasihan kepada rakyat dan peniaga yang menjadi mangsa akibat kebodohan pemimpin negeri mereka, saya rasa wajar Kerajaan BN membantu. Buangkan seketika perbezaan politik, demi kepentingan rakyat selaras dengan tema 1 Malaysia,Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan. Kalau BN tidak tolong,siapa lagi hendak tolong. PAS ??? Ha ! Ha ! Ha! Cipta slogan dan fitnah sahaja.

Selain daripada Pasar Tumpat yang menjadi peninggalan Kerajaan BN berpuluh tahun yang lalu, Pantai Sri Tujuh yang ada di Tumpat juga dibuka oleh Kerajaan BN dahulu. Satu masa dahulu pantai ini amat popular dan sering menjadi perhatian pelancong. Bukan sahaja pelancong tempatan malah pelancong luar negara juga. Saya masih ingat di zaman kenakalan saya dan teman-teman lain sewaktu remaja di tahun 80 dan awal 90an dulu ,kami sering menaiki bas bernombor 43 menuju ke sana untuk melihat mat saleh pakai spender dan minah saleh memakai bikini berjemur di pantai tersebut.

Tapi sekarang bayang mat saleh dan minah saleh tidak kelihatan lagi di pantai tersebut. Yang ada hanya pakcik saleh@pak leh duduk menjual budu dan ikan kering. Manakala pantainya amat kotor dan tidak tersusun. Segala kemudahan semuanya sudah hancur.

Selain pasar dan pantai yang ditinggalkan oleh Kerajaan BN dahulu, kawasan membeli belah bebas cukai Pengkalan Kubor juga hasil peninggalan BN dahulu.

Kepada rakyat di Parlimen Tumpat,Dun Pasir Pekan,Dun Wakaf Bharu dan Dun Kelaboran,tolaklah calon-calon PAS dalam p/raya akan datang. Sesungguhnya mereka buka orang bekerja sebaliknya orang yang hanya tahu bercakap kosong dan memfitnah sepanjang masa.

Berilah peluang kepada wakil-wakil rakyat BN memajukan kawasan anda dan mempertingkatkan sosio ekonomi anda semua. BN telah membuktikannya sewaktu memerintah Kelantan dahulu. Cuma sayangnya jodoh tak panjang. Jika tidak sudah tentu Tumpat sekarang setaraf dengan Melaka . Segalanya ada di Tumpat,pantai,sungai,pulau, kraftangan,makanan sedap-sedap dan ‘cek mek molek pun comel-comel.’

Cuba anda semua bayangkan,jika BN tidak pernah memerintah Kelantan sebelum ini, bagaimanakah keadaan negeri tersebut sekarang. Adakah seperti Bangladesh,Nepal atau Pontianak di Indonesia ataupun contoh terdekat adalah Tak Bai yang terletak hanya seberang sungai.

Kepada pengundi Bagan Pinang,jangan pilih calon Pas sebagai Adun anda. Jangan gelapkan tempat anda. Jalan mesti ke depan,bukan ke belakang




Ini Pekan Tumpat atau Tak Bai ?
'Kejayaan' Pas selama 19 tahun memerintah Kelantan
'Pembangunan' yang dibawa oleh Pas
Awas ! Ini bukan di Bagan Pinang, tapi di Tumpat,Kelantan
Ahli Parlimen standard tinggi,kawasan sendiri macam haprak
Inilah stesen bas Pekan Tumpat. Saya tak pasti samada ianya layak dipanggil stesen bas atau padang bas
Adakah anda mahu Bagan Pinang jadi begini ?
Sedih hati melihatnya
Pasar yang dibina semasa parlimen ini dipegang oleh BN dan BN memerintah Kelantan

Ruang niaga yang terhad menyebabkan peniaga terpaksa berniaga di luar
Pasar baru perlu dibina. Nak harapkan Pas yang bina. Tunggu sampai kiamatlah...
Peniaga terpaksa berperang dengan panas dan hujan
Peniaga wanita mendominasi perniagaan,yang jantan entah ke mana
Rakyat rajin dan kreatif, tapi pemimpin negeri bodoh...
Kawasan bebas cukai Pengkalan Kubor yang dibangunkan oleh Kerajaan BN semasa memerintah Kelantan


18 comments:

shonzu said...

Salam saudara Faisal,

Ada yang kata hanya negeri saja yang mundur... tapi rakyatnya kaya. Majoriti penduduk Melayu di Malaysia ini yang mempunyai rumah banglo cantik dan besar adalah rakyat Kelantan. Macam mana tu??? Klik sini

YANG GAMBI said...

Rakyat Kelantan hanya dijanjikan 'syurga' di akhirat oleh pemimpin-pemimpin PAS, sebab itu mereka tidak mengutamakan kemajuan rakyat di dunia. Kalau ada rakyat yang teringin nak senang di dunia, mereka kena pergilah ke mana-mana negeri yang di perintah oleh UMNO-BN..... lepas tu balik pangkah PAS untuk masuk 'syurga'....

PR Bangsat said...

Betul tu.. Ramai orang Kelantan di KL & Selangor kaya2 belaka.. Semuanya hasil projek dan polisi kerajaan BN. Bila tiba hari mengundi, semua balik Kelantan, pangkah parti bulan kembung... Dasar tak mengenang budi..

Mintak maaf banyak2 RBF, tapi Kelantan yang saya jumpa semuanya jenis begini.. Kalau kerja di pejabat dengan orang Kelantan, cakap kena hati-hati..
Politiknya, mak oiii...
Tikam belakang baaeekkkk punyaa..!!

Saya lebih suka bekerja dengan orang Jawa.. Tak banyak politik..
Asalkan rajin kerja, mesti boss Jawa sayang..
Kalau boss orang Kelantan, memang tak naik pangkat laa jawabnya kalau kita takde kena mengena dengan negeri Kelantan...

UMNO Cawangan Batu 5 said...

besalah..kelatenese..jgn percaya..

Anonymous said...

2 tahun lepas saya ada pergi ke kelantan dan singgah di Pasir Mas. Nama memang sedap Pasir Mas...tapi gah pada nama. Yang sedihnya pasar basah kat sebelah stesen keretapi amat menjijikkan. Peniaga menjual barang makanan di atas air becek/kotor/sangat menjijikan. Tikus mundar mandir melalui celah org berniaga.

Kenapa perkara ini berlaku? Hanya tiada kemudahan prasarana yang lengkap. Sebab apa tiada? Sebab MB nya sibuk cerita/ceramah pasal isle Sedangkan Islam menuntut mengamal dan menjaga kebersihan di kalangan umat.

Jesteru itu bagi menjaga kebersihan dan persekitaran maka perlu kerajaan negeri menyediakan segala kemudahan prsarana seperti pasar basah dan tandas awam, sistem saliran yang baik dan sebagainya.

Anonymous said...

Orang putih kata, you choose monkey, you get nuts.

Anonymous said...

orang melayu kata, you choose UMNO,you get monkey.

Anonymous said...

ingat tumpat ingat kuil,ingat kuil ingat pork nik..tumpat membangun bersama kuil..hidup Pas hidup kuil..takbirr..

Anonymous said...

da memang org UMNO senonim dengan kekayaan, xleh tgk org duk dalam kemiskinan nih...jijik la, nak yang lawa2, yang mahal2...baru nampak standard beb...Dosa pahala buang tepi beb....

Anonymous said...

Anonymous October 12, 2009 4:33 PM,

habih tu ko nak orang tgk Islam tu miskin,jijik,buruk,hina,tak ada standard.nak ke? dan tak semestinya kaya,bersih,lawa,mahal,standard tu ciri-ciri pengumpul dosa.apala lu.tumpul dan pendek betul fikiran lu.

Anonymous said...

mula msuk keje tahun 1985 dulu soalan pertama yg ditanya pegurus saya ketika tu ialah.."where u from?"...bila sya tanya aper mksudnye, dia jwp which state are u from?...sbab dia orang kelantan rupanyer.. naper yer?

Anonymous said...

anon 12:36 am

aku benci org racist mcm tu. hanya dibezakan oleh negeri pon nak racist jugak....sial btol...

-mr manson-

Anok Naro said...

Loh gi la puok2 mu nk kecek apo pong. Hok ambo tau ambo banggo jd anok klate... bereh...

Anonymous said...

wahai shonzu yang maha bodoh,kamu sedar tak mAJOROTI RAKYAT KELATE YANG KAYA DAN BERUMAH BESAR TU BERHIJRAH DAN CARI MAKAN DI NEGERI DIPERINTAH BN DAN BUKAN NYA CARI PITIH DI KELATE......HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG TETAPI HUJAN NAJIS DI NERGERI NIK AZIZ TIDAK MENJANJIKAN APA-APA......AKU PUN ORANG KELATE TAPI GI CARI MAKAN DI SELANGOR NEGERI YANG NIK AZIZ PERNAH BIADAP DULU ,LAWAN DAN INGKAR PERINTAH SULTAN SELANGOR..NAK TUNJUK GEDEBE KONON...TETAPI BODOH.....ORANG KELATE KAYA BUKAN HASIL USAHA KERAJAAN CELAKA PAS...TETAPI IA HASIL DAN POLISI KERAJAAN BN...MU RETI TAK JANGE JADI BODOH.

Anonymous said...

ORANG TUMPAT NI HATINYA TELAH MATI DAN AKAL NYA TELAH DIRACUNI SI WALI SELIPAR @ NIK AJIS.....TAK PAYAH KATA APA-APA LAGI DAN YANG PENTING MEREKA NAK ISLAM .....ISLAM ORTHODOK,ISLAM MUNDUR......BIAR RAKYAT SUSAH TAK APA ASALKAN SEMUA PEMIMPIN PAS TERMASUK WALI SELIPAR JEPUN KAYA DAN SENANG LENANG.....ITULAH JIHAD DAN ITULAH PENGORBANAN...PERGORBANAN INSAN TERBODOH DAN TERDUNGGU DI BUMI MALAYSIA.......TUMPAT OH TUMPAT BANDAR MU SEOLAH BANDAR DI SAIGON, DI BURMA DAN DI NEPAL.....TERLAMPAU JAUH KEMUNDURAN KAMU DI BUMI BERTUAH INI.....MENGAPALAH KAMU RELA DIPERKUDA DAN DOPERBODOHKAN OLEH PEMIMPIN PAS YANG BANYAK TIPU MUSLIHAT.....IKUT KAMULAH AKU PUN ORANG KELATE JUGA AKU ORANG JELI YG SUATU KETIKA DULU TEMPAT JIN BERTENDANG...TAPI SEKARANG MACAM-MACAM ADA DI JELI...AKU BANGGA JADI RAKYAT JELI.....TUMPAT APA ADA..TUMPAT APA ADA INILAH YANG DIPEROLEHI OLEH PENDUDUK TUMPAT YANG DANGKAL DAN BODOH.

Anonymous said...

Oi, BODO!!! Yg Jual tu, Perempuan. Yg Jantan ade kat sawah, kebun, tak pon kat laut, jd nelayan.... Ko BODO ke ape??? Ko ingt laki sume cam ko ke? Dok umah makan duit bini!!!

Anonymous said...

x payah nok baloh sini la.. ore mano2 pom srupo gok..saya anak jati tumpat dr kg dlm rhu mmg setuju dgn penulis. apa yg boleh dibanggakan dgn tumpat? semakin hari semakin mundur. igt lg cerita arwah tok; tupak ni jame mulo bndr bsr, ado plabuhan, kapal dagang gi mari dr byk negeri, sbb tu ore putih beno plabuhan d tupak ni! itu dulu ya, zaman ATUK saya! loning? pkalan bot pon srupo nok runtuh! adoi! Mmg benar org kelantan byk yg kaya, tp bkn d negeri sendiri. ruginya di sini apabila org2 kaya kelantan d luar ni bkn byr cukai kt kelantan pun, belanja pun bila balik sekali sekala je, sbb itu time raya perniagaan d kelantan untung, selepas pada itu? itu sebenar isu yg perlu dibangkitkan, kalau kerajaan negeri boleh memberi prasarana yg optimum, takkan lah anak-anak kelate nk berhijrah. sy buat bisnes printing & photography di kuala lumpur, TERPAKSA sbb market sini besar, kalau di Kelantan? sedangkan sekarang ni kos sara hidup kelantan dan KL x byk beza pun ni. TOLONGLAH WARGA PARLIMEN TUMPAT SERTA RAKYAT KELANTAN KESELURUHANNYA, buatlah sesuatu utk negeri kesayangan kita ni =)

Anonymous said...

sapa-sapa yg mengutuk rakyat Kelantan, tolong cermin diri sikit!bersihkan diri anda dari hipokrit dan kebodohan berpolitik. kalau dah sebati dengan politik yg tidak berlandas agama, maka mulut dan tulisanpun serupa dgn org tidak cukup ajar.