Saturday, October 10, 2009

NIZAR OIII !!! PESANAN TERAKHIR KEPADA PENGUNDI BAGAN PINANG

Memandangkan malam ini pihak SPR telah mengeluarkan amaran keras kepada semua parti yang bertanding di Bagan Pinang agar menghentikan segala kegiatan kempen tepat jam 12.00 tengah malam ini,maka RBF pun meggunakan sebaik mungkin masa yang ada ini untuk membuat posting sebelum jam 12.00 sebagai pesanan terakhir kepada pengundi.

Kepada pengundi Bagan Pinang, sila pastikan anda tidak membuat keputusan yang silap esok. Pilihlah Tan Sri Isa Samad sebagai Adun kawasan anda.
Jangan sesekali memilih calon DAP yang menggunakan logo Pas bagi bertanding di Bagan Pinang.Cukuplah dengan apa yang berlaku di tempat lain. Jadikan itu semua pengajaran. Ternayata mereka semua tidak boleh buat kerja. Mereka hanya pandai tabur fitnah dan berbohong. Lidah mereka ibarat lidah syaitan.

Lihatlah betapa kelam kabutnya Selangor,betapa kalutnya P.Pinang,betapa teruknya Kedah,betapa hancurnya Kelantan dan betapa sialnya Perak selama 11 bulan mereka memerintah.

Oleh yang demikian,sila pastikan perkara yang sama tidak berlaku di Bagan Pinang. Pilihlah wakil rakyat yang boleh bekerja dan telah pun membuktikannya selama ini. Jangan pilih Adun bunian ,seperti mana Ahli Parlimen Teluk Kemang. Mereka hanya datang sewaktu hendak berkempen,selepas menang mereka hilang dan makan elaun haram setiap bulan.

Pilihlah Tan Sri Isa Samad sebagai wakil rakyat anda. Beri pukulan maut kepada DAP dan Pas. Pastikan Tan Sri Isa menang dengan majoriti 4000 undi ke atas atau pastikan calon DAP@Pas hilang wang deposit.

7 comments:

Anonymous said...

we have the numbers......
ha ha ha haa......

Anonymous said...

Wan Syamsul Amly (Malaysia) wrote
at 12:05pm on October 9th, 2009

hahaha, apa lagi yang hendak didedahkan rbf..lepas satu satu penipuan yang dibuat, ni nak dedahkan pula tah apa lagi ...nampak sangat rbf takut dekat amran ahmad, hebat tul amran ahmad ni sampai dah kena buang utusan pun ada lagi pendedahan nak dibuat..lawak lawak..
Report

DR 1221 said...

salam saudara rbf
saya area sini juga (sekitar wakaf bharu), syabas dan terus menyengat. terimakasih.

perompak harta rakyat said...

Sempena proses buang undi yang dijalankan sebentar lagi, aku nukilkan sedikit doa yang tak seberapa untuk bekalan kita menghadapi peperangan sebentar lagi....

Mudah-mudahan ALLAH AZZA WA JALL memberi kemenangan dipihak yang paling Layak menjadi Pemimpin Bagan Pinang.........

YA ALLAH Ya Tuhanku, Maharaja bagi Segala Raja, Tuhan Sekalian Alam Yang Mencipta Segala Cakerawala dan Bimasakti... Tuhan Yang Menguasai 7 Petala Langit 7 Petala Bumi, Tiada Sebutir pasir ditengah dasar Lautan yang bergerak tanpa izin ENGKAU.... Tiada sehelai daun kering yang gugur ditengah hutan belantara tanpa Pengetahun MU....Kepada ENGKAU Kami Sembah dan Kepada Kepada ENGKAU kami Adukan Permohonan kami untuk meminta Pertolongan....

Ya ALLAH.......Seandainya memang benar Isa samad pernah Merompak Harta Rakyat, menyelewang dan melakukan pelbagai kerosakkan demi kerosakkan pada rakyat Negeri Sembilan khususnya suatu masa dahulu ketika ENGKAU Amanahkan dia dengan jawatan Menteri Besar...... KAU kalahkan lah calon dari Gerombolan United Malay National Organisation, Parti Warisan Penjajah British ini dengan penuh kehinaan Ya ALLAH....


Tetapi mereka ternyata lebih kuat dari kami dari segi kelengkapan Perangnya Ya ALLAH..... Mereka memilikki akhbar dan media perdana untuk menipu orang kampung dengan mencipta cerita-cerita karut yang tak masuk akal ditambah wang ringgit kepunyaan rakyat pembayar cukai yang disalah guna untuk merasuah para pengundi.... Disamping kami juga terpaksa berperang dikawasan yang secara tradisinya Kubu kuat mereka .....Tidak ketinggalan juga Undi Pos yang diragui ketelusannya .....

Tetapi tiada apa yang mustahil bagi ENGKAU Ya ALLAH..... KAU sama sekali Tidak memerlukan izin makhluk ciptaan MU untuk laksanakan apa yang ENGKAU kehendakki.... ...

Dan Seandainya Zulkefly Mohd Omar yang lebih ENGKAU Redha dan sukai untuk KAU amanahkan sebagai wakil rakyat di Bagan Pinang.... KAU berikanlah KEMENANGAN keatas calon kami Ya ALLAH....

Sesungguhnya Kemuliaan, Kehebatan, Kekayaan , Keagungan dan Kebesaran MU tidak akan tercalar ataupun berkurang sedikitpun walau sebesar Zarrah seandainya KAU gunakan QudratuLLAH MU untuk memenangkan kami Ya Allah......

Kami Merayu KAU berilah Kemenangan manis pada PRK kali ini pada kami yang bakal menjadi Pemangkin buat rakyat Malaysia menolak Barisan Nasional yang telah Menjajah negara lebih 50 tahun secara total pada PRU ke 13 nanti Ya ALLAH....

Amin...Amin.. Ya Rabbal'Alamin....

Anonymous said...

selangor macam mana brader.
have we get the numbers yet?

Anonymous said...

Haha.. nampaknya doa org tu tak dikhabulkan

Anonymous said...

menyampahnye aku tgk org yg baca doa tu.haha.tah2 solat dia pun xbetul.tetiba bila psl politik berkobar2 mintak doa nak jatuhkan org lain.nampak sgt gila politik.tak ikhlas.piirahh.aku tgk pembangkang ni walau dikata tak ckup kelengkapan perang,tapi fitnah dan tipuan karutnya lagi melampau2 dari yg sepatutnya.tunjuk baik guna agama je.piirahh lagi sekali.