Kehadiran ahli patalogi dari Thailand memberi keterangan semalam,sekali lagi menggemparkan dunia politik tanahair. Ronnie Liu dan Gobind tersenyum lebar semalam. Malah Ronnie ,kelihatan sentiasa mengekori punggung Doktor berkenaan di mahkamah semalam. Seolah-olah beliau seorang Exco tiada kerja di pejabat. Masa berjam-jam dihabiskan di mahkamah.Walaupun beberapa sahabat saya termasuk AIDC meragui Doktor berkenaan,kerana beliau mempunyai hubungan yang baik dengan beberapa ahli politik pembangkang,tetapi saya mengambil sikap sebaliknya.
Saya boleh bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Doktor berkenaan,iaitu 80 % kemungkinan Teoh dibunuh. Tetapi dengan apa cara untuk dibuktikan dan siapa pembunuhnya ?
Tak lain tak bukan ialah,kubur Teoh harus dikorek kembali dan biarkan Doktor berkenaan membuat bedah siasat sekali lagi. Saya berharap pihak keluarga Teoh,peguam, DAP dan Kerajaan Selangor bersetuju untuk ianya dilakukan, bagi mencari keadilan. Jangan pula mereka,tidak bersetuju. Berani kerana benar, takut kerana salah.
Oleh yang demikian ,mulai sekarang pihak berkuasa harus mengawasi kubur Teoh 24 jam,untuk memastikan tiada anasir-anasir jahat cuba mensabotajkan mayat atau kubur Teoh.
Selepas semua pihak bersetuju dan perintah mahkamah diperolehi untuk mengorek semula kubur Teoh,biarkan Doktor berkenaan melakukan pemeriksaan, dan sekiranya benar beliau mengatakan Teoh dibunuh,maka beliau harus mencari DNA siapakah yang ada dibadan Teoh.
Dalam masa yang sama sekiranya benar Teoh dibunuh,maka pihak polis haruslah menahan reman semua pegawai SPRM yang terlibat dalam kes Teoh, Ronnie Liu,Ean Yong Wah (majikan Teoh) dan Tan Bon Hwa. Soal siasat mereka habis-habisan. Sekiranya ada antara mereka yang mengaku terlibat,maka inkues harus ditamatkan dan dakwa mereka yang berkenaan. Tiada guna meneruskan inkues,jika ianya menjadi medan politik,bukan lagi menjadi medan mencari kebenaran.
Sekiranya tiada pembunuh yang dapat dikesan,maka tiada jalan lain,inkues harus diteruskan walaupun ianya membosankan.
Falsafah saya senang sahaja, yang benar tetap benar. Kebenaran tetap wujud walaupun memakan masa yang panjang. Berani kerana benar, takut kerana salah. Keadilan untuk Teoh harus dituntut. Dalam masa yang sama jangan lupa keadilan untuk Saiful Bukhari juga harus dituntut.
6 comments:
dari awal lagi pakatan gunakan kes teoh ni utk menelanjangkan SPRM dan jatuhkan maruah kerajaan. layan punya layan sampai la ke thailand...
Kesnya bukan apa cuma untuk melengah2kan siasatan keatas penyelewengan DAP dlm isu kontrak dan voucher2 palsu..skg dgn kebijaksanaan mereka buat putar belit dan kerajaan pula lesu asyik melayan segala kerenah mereka, maka isu sebenarnya sudah tertutup !!
Skg kita nk tahu tentang penyelewengan tersebut, bukan pasal kematian. Kematian itu sengaja dijadikan isu. Le;as ini mereka akan cari pakar dari papua new guinea pulak untuk bantu mereka, mcm lah Msia ni tidak ada pakar. Sebenarnya pakar Msia tidak mahu bekerjasama dgn mereka kerana semua orang tahu DAP hanya malakunkan satu episod "putar belit" untuk lengah2kan siasatan kedurjanaan mereka.........!!
the art of diversion... mmg tu pun speciality taktikal CIA. kalu kat Malaya ni, dah lama dah pun ada sekoq malaun tu duk pakai taktik ni. anak didik la katakan...
bila timbul satu isu, dia pi bangkit lak satu isu lain. pastu perangat cukup2, simbah petrol lebih sket, sampai la org lupa isu yg asal tadi. kena lak Melayu memang mudah lupa... kena sangat la dgn taktik malaun tu...
Power betul la betina pakar forensik ni...dengan melihat gambar sahaja dah boleh buat keputusan..
http://pkrpasdap.blogspot.com
Dr. Porntip dari Thailand di bayar USD120,00 sejam untuk mengelirukan perjalanan kes kematian Teoh beng Hock.
Sila ke blog abe MIE.
assalamualaikum wbt..
walaupun saya ni tak la pandai sangat berpolitik, namun saya sangat setuju dengan pandangan saudara. berani kerana benar, takut kerana salah.
Post a Comment