Monday, November 30, 2009

LIDAH RASMI SYAITAN CEKAP AMBIL KESEMPATAN

Seperti biasa. lidah rasmi syaitan iaitu harakah memang cekap mengambil bola tanggung untuk di 'smash'.

Sebaik sahaja saya terlihat posting terbaru di blog Che Det, hati saya terus terdetik, Pas akan ambil isu ini untuk didendangkan sebaik mungkin.

Jangkaan ku benar nampaknya, tak sampai 24 jam ianya menjadi kenyataan.

Tak mengapa, setakat mana mereka nak main, biar mereka main. Bagi saya isu-isu sebegini lah yang sebenarnya yang menguatkan lagi Umno.

Daripada dulu lagi Umno memang mengamalkan sikap terbuka dalam partinya. Sesiapa pun boleh tegur, sesiapa boleh hentam. Daripada teguran dan hentaman itulah yang memberi pengajaran kepada mereka untuk berubah sebelum diubah.

Ini amat berbeza dengan Pas. Dalam Pas sesiapa pun tak berani hentam Pas secara terbuka. Nak tengok harakah hentam Pas ? Sorrylah, sampai kucing bertanduk pun tak nampak.

Nik Aziz sedang 'dok' melalut sekarang. Mana ada seorang pun pemimpin Pas yang berani hentam Nik Aziz. Semua takut. Yang berlari-lari nak buat sidang akhbar untuk puji Nik Aziz adalah. Semuanya mengampu dan kaki ampu.

Sudah terang lagi bersuluh, Nik Aziz mengamalkan kronisme dan menerima rasuah untuk tajaan Haji, tapi itu pun tetap diampu juga. Mangkuk hayun !

Ternyata dalam Umno ruang demokrasi lebih terbuka berbanding dalam Pas. Dalam Umno jangan kata bai'ah, surat akujanji pun tiada untuk bakal-bakal calon bertanding dalam p/raya.

Dalam Pas bukan demokrasi , tapi kuku besi yang diamalkan. Buka mulut sikit, terus dituduh ejen Umno atau BN dan orang itu bakal dipulaukan. Itulah Pas.

Bukan tiada pun antara Ahli Parlimen Pas atau pemimpin Pas yang geram dengan telatah Nik Aziz sekarang. Ada, cuma mereka tak berani buka mulut.

Aku cabar, kalau ada seorang pemimpin Pas ,tidak kira apa jawatan yang berani tegur Pas secara terbuka sekarang dan harakah mesti siarkan kenyataan itu. Jangan haraplah.

5 comments:

House PK said...

ORANG PAS MEMANG MACAM TU BRO!

jiwakita said...

salam.....

Tiada lain akbar hanya harakah sahaja mengampu,merapu,celaru dan berbulu sahaja...nak baca pemimpin sendiri buruk
perangai tersiar kat harakah?..jangan harap jumpa!....staf bacul

macamana kata pemimpin tak sedar expired date
atau due dated, korner cakap gitu jugaklah harakah siarkan..
konon diri sahaja betul!

yg nampak jelas...ritorik

Fatimah said...

RBF,

1. If one read the blog by Tun Dr M, one would understand that it was not Tun Dr M who said "UMNO is rotten to the core".

2. Tun Dr M was referring to a former UMNO leader.

3. I believe that former leader is none other than Ku Li.

4. Ku Li have been making some strange noises since he "lost" to Najib.

5. I believe this article by Tun is a warning to UMNO leaders to act fast against Ku Li before he makes more damage to UMNO.

6. If Ku Li feels UMNO is rotten to the core why doesn't he just quit his post as Ketua Bahagian Gua Musang? He probably wants to have it "both ways".

7. To get support from UMNO at the same time get support from opposition.

8. I have written about Ku Li and Zaid Ibrahim motive and tactics a couple of months back.

Part 1:

http://fz.blogsite.org/blog/2009/10/13/the-future-of-pas-pkr-dap-part-1/

Part 2:

http://fz.blogsite.org/blog/2009/10/16/the-future-of-pas-pkr-dap-part-2/

Anonymous said...

emm..macam xde isi je artikel ni baru..mcm xkena dgn tajuk...

aku ingat lu kupas pasal tun cakap tu..

apa pendapat lu bro?

bagi aku, tindakan tun agak tak kena pada masanya..tengah elok2 isu hala kpd pas, tiba2 lepas ni, isu umno akan panas balik...adehhh

tongkat_ali

Anonymous said...

Salam untuk semua, Dari perhatian saya PAS perlu fikir panjang bukan sekadar jadi "pak Turut" oleh orang2 yang bergelar ulama tapi sebenarnya "SYAITAN" yang merupai manusia kerana bijak dan pandai berkata-kata. Sedarlah kubur kata mari, insaflah wahai insan bernama Nik Aziz, kerana mu rakyat Kelantan hidup dalam sengsara tidak seperti negeri2 lain. Wahai pengikut taksub PAS cubalah berfikir dengan rasional dan halatuju parti anda. Hanya dibutakan oleh ayat-ayat Tok Guru anda semua hidup merana... Wasalam