AIR MATA BIAWAKJam 10 malam tadi saya menerima satu sms dari seorang rakan 'wartawan' yang bertugas di Kota Bharu. Katanya semasa Nik Aziz menyampaikan Khutbah Hari Raya Idul Adha beliau hanya bercakap tentang wang royalti minyak yang sedang dituntut oleh kerajaan Kelantan sekarang.
Selepas selesai sembahyang Hari Raya Nik Aziz bercakap dengan wartawan. Semasa bercakap dengan wartawan Nik Aziz berkata minta Allah perbetulkan hati Najib, jika tidak minta Allah musnahkan Najib dan pengikut-pengikutnya. Masyaallah, makin lama makin teruk nampaknya.
Inilah contoh pemimpin Islam yang diagung-agungkan oleh juak-juak Pas. Inilah dia Tok GAru pujaaan hati pencacai-pencacai Pas.
Harap pihak KDN dapat memikir-mikirkan apa yang patut dilakukan terhadap orang tua ini. Jangan biarkan kudis yang ada sekarang menjadi barah kepada masyarakat.
Kalau Ashaari Arqam boleh diambil tindakan, maka kerajaan juga harus fikirkan tindakan kepada Nik Aziz.
Saya pun tidak mahu menulis panjang-panjang lagi, buat sakit hati sahaja. Mohon anda pula sambung di ruangan komen...
12 comments:
Biar je org macam ni. Org tamak selalu rugi. Org selalu berbohong lelama kantoi sendiri. ramai dah org pas yg makin sedar dengan tok guru dia org ni.
Makin lama dia org ni meracau, makin banyak mende merepek yg dia org buat. Lagi bagus.
NA, Karpal, LKS, Anwar etc etc. Biarkan dia org terjun dengan labunya.. Hanya penyokong totok saja yg percaya.
Yg di atas pagar, makin kembali ke BN. Tak perlu DS Najib nak susah. Itu, Tun M tak byk kata lagi... Kalau dia kata macam dulu... Hmmm...
tok nujum nicky jeez ni kalau bab duit memang pantas..sanggup keluarkan fatwa yang pelik-pelik..mendoakan kehancuran umat islam yang lain..ilmu tok guru sesat mane ntah dia pakai..
oleh itu aku seru pada rakan-rakan yang lain..tak payah panggil dia ni tok guru..panggil tok nujum lagi elok..kan dia dah ramalkan siapa yang masuk syurga dan siapa yang tak masuk syurga..
Salam RBF,
1. Saya percaya tuhan tidak akan memakbulkan permintaan N.Ajis meminta wang royati minyak dari Kerajaan Persekutuan selagi niat dan rancangannya hanya untuk kepentingan diri dan kroni-kroninya.
2. Tindakan beriya-iya menagih wang tersebut jelas menampakkan agenda tersembunyi N.Ajis ini.
Berundurlah N.Ajis....
aku doa kan semoga cepat la balas balik segala kata kata nya kepada dirinya sendiri.
amin. allahuakbar.
sumbat ISA je! nama shj ulama, tapi ular dlm semak!
Saya rasa dah sampai waktunya Nik Aziz berhenti dari politik. Duduk masjid buat ibadat..
Nasihat untuk Nik Aziz, berundurlah sebelum terlewat. Kalau anda berhenti (atau mati) ketika berada di puncak, nama anda akan dikenang baik selamanya.
Tetapi jika telah jatuh, terjunam, baru nak berundur, ataupun dipaksa undur dengan brutal, sia-sia segala jasa yang telah kamu buat, tidak akan dikenang selamanya.
Inilah nasihat dari saya, sahabat sebangsa, seagama dan senegara...
Ikhlas dari saya...
Salam,
antara Nik Aziz dan Abuya Ashaari Muhammad, jauh beza akhlaknya. Abuya walaupun di ISA dan ditangkap, dilakukan pelbagai perkara, namun tidak pernah mendidik keluarga dan pengikutnya mencaci, memaki dan menghina sesama islam mahupun sesama manusia. Syg sekali, peribadi mulia spt ini dipinggirkan msykt, inilah dunia akhir zmn, yg dikenali adalah ulamak yg suk.
Salam,
antara Nik Aziz dan Abuya Ashaari Muhammad, jauh beza akhlaknya. Abuya walaupun di ISA dan ditangkap, dilakukan pelbagai perkara, namun tidak pernah mendidik keluarga dan pengikutnya mencaci, memaki dan menghina sesama islam mahupun sesama manusia. Syg sekali, peribadi mulia spt ini dipinggirkan msykt, inilah dunia akhir zmn, yg dikenali adalah ulamak yg suk.
ko nak jadi lembu ke?
mungkin benar ramalan pengundi keturunan cina bahawa pok jib hanya menjadi pm malaysia selama setahun sahaja1
Tak baik betul doakan orang lain kemusnahan. Doa tak akan makbul kalau doakan kemusnahan org lain lebih-lebih lagi Muslim.
Tak pasal2 nanti tuhan balas kat batang hidung sendiri.
Tapi saya sokong kita sama-sama doakan agar pemimpin UMNO yang korup dapat kembali ke pangkal jalan dan sama-sama kita doakan org melayu dapat hidup bersatu padu dan aman damai.
Kepada Pakatan Rakyat dengan agenda SPIES tu baik la kita doakan tidak menjadi, lain pulak jadinya, dalam BTN ada jugak sesi solat untuk kaum Muslim lepas ni dengan SPIES kat Selangor takde la sesi solat dengan alasan macam-macam demi perpaduan rakyat katanya.
Tolak PKR, DAP dan PAS,mereka cuma mempermainkan agama Islam. Dalam BN takdepun suruh bermusuh sesama Islam dan kaum lain tapi lain pulak dengan Pakatan.
Org Selangor dah muak dengan Pakatan Rakyat. Berapabanyaklembu dorang sponsor untuk agih pada fakir miskin.
Ong Tee Kiat yang tengah skandal pun buat majlis hari raya aidil adha kat Parlimen Pandan.
Ahli DUN Chempaka makin bulat badannya.Lagi2 agenda ceramah maki hamun kat sesama bangsa Melayu dan umat Islam sendiri.
hoho haha hoho.. minta Allah perbetulkan hati Najib, jika tidak minta Allah musnahkan Najib dan pengikut-pengikutnya
Betul ke? patut ke seorang islam mendoakan saudaranya dimusnahkan..
Post a Comment