Terharu hati saya bila membaca laporan bertajuk Mekah,Madinah 'bermandi' rezekidi muka surat 12 dalam sisipan Kesihatan ,Mingguan Malaysia hari ini.
Laporan yang dibuat oleh saudara Marzuki, salah seorang wartawan Utusan Melayu yang dihantar membuat liputan sempena musim Haji tahun ini . Saudara Marzuki dihantar oleh majikannya untuk membuat kerja, bukannya ditaja oleh orang yang berkepentingan.
Dalam laporan tersebut saudara Marzuki menceritakan tentang aktiviti perniagaan di Mekah yang rancak sekarang bermula seawal subuh hari lagi.
Di Mekah juga,jemaah Haji kita masih berpeluang memakan makanan tempatan seperti nasi lemak,bihun,nasi berlauk,nasi kerabu dan pelbagai jenis kuih-muih.
Saya tak mahu ulas panjang-panjang tentang rencana tersebut,kepada yang sudah membeli Mingguan Malaysia ,selak saja muka surat tersebut dan baca. Kepada yang belum beli, sila pergi beli cepat-cepat. Jika sudah habis di kedai,sila hubungi Amran Ahmad (bekas peng Nuj-Um) dan minta dia hantarkan.
Apa yang saya hendak beritahu disini ialah tentang kemurnian hati saudara Marzuki. Di akhir rencana tersebut hati saya sangat tersentuh apabila membaca perenggan yang berbunyi seperti di bawah ini.
' Di depan Kaabah,saya beberapa kali berdoa agar satu hari nanti premis-premis perniagaan orang Islam semakin banyak di Malaysia sama ada di kampung,pekan,bandar dan bandar raya. Semoga harapan dan doa saya ini dimakbulkan '.
Itulah doa yang dibaca oleh saudara Marzuki di depan Kaabah. Ternyata saudara Marzuki ke Mekah bukan hanya untuk menjalankan tanggungjawab beliau terhadap majikannya sahaja.
Tetapi beliau juga menjalankan tanggungjawab beliau sebagai seorang Islam. Ini contoh Muslim sejati, yang sentiasa mendoakan untuk saudara Muslimnya. Kesempatan yang ada digunakan sebaik mungkin oleh beliau. Ini juga salah satu contoh pekerja yang baik. Bukannya pekerja yang menjadi hantu kepada DAP untuk menjahamkan majikannya.
Saya sungguh terharu dengan saudara Marzuki. Oleh yang demikian saya ingin menjemput pembaca sekalian mengucapkan terima kasih kepada saudara Marzuki melalui rungan komen di posting ini.
Tinggalkan ucapan terima kasih anda....
12 comments:
TENKIU BRO MARZUKI ATAS DOA ANDA KPD ORG2 ISLAM DI M'SIA. KLU BOLEH TLG LA DOAKAN SEKALI SUPAYA NIK AJIS DAN YG SAMA WAKTU DENGAN NYA KEMBALI KE PANGKAL JLN. SEMOGA FADILAT DOA ANDA DI MAKBULKAN OLEH ALLAH S.W.T. AMINNNNN...
salam,
alhamdulilah, itulah islam yang sejati.mendoakan untuk kebaikan orang lain bukannya kemusnahan sesama saudara islam kita.
Pak Marzuki ni memang seorang yg sangat humble dan disenangi ramai di Utusan.
Cinta dan kasihnya pada Utusan tak pernah berbelah bahagi.....
kawan-kawan lama
Didoakan sdr Marzuki mendapat haji yang mabrur, rezeki yang baik dari sumber yang halal dan segala doanya dimakbulkan Allah swt.
semoga Allah memakbulkan doanya.
terima kasih.
Hidup Islam, hidup melayu.
Agak2 Nik Ajis kalau pergi Mekah apa dia doa depan Kaabah ya?? Hancurkan UMNO???
TQ Bro Marzuki,
smoga kamu mendapat Haji yg Mabrur..
smoga doa kamu dimakbulkan Allah..
Salam bro,
Amin....Amin...Amin...... semoga doa Marzuki dimakbulkan Allah.
Tetapi ada satu jenis manusia berdoa di hadapan rumah Allah memohon kehancuran kuasa Melayu dari UMNO.....
mari kita doakan ramai orang akan jadi macam marzuki.
sifat murni beliau yang doakan orang lain di mekah terutama bangsanya sendiri yang beragama islam agar maju dalam bisnes adalah lahir dari hati yang tulus ikhlas.
tulisan rbf kali ini lain dari yg lain.
syabas..
Assalamualaikum semua saudara Islam.
Tuhana tidak melihat kepada warna kulit dan rupa paras seseora, sebaliknya Tuhan akan melihat kepada hati seseorang..
Saudara Marzuku adalah diantara contoh terbaik....
ingat Allah...jangan buat fitnah...masuk neraka...malaikat tulis
Saya juga berharap agar umat Islam yang setia dengan UMNO agar kita sama-sama berdoa kepada ALLAH S.W.T. agar tiada rasuah, tiada kronisme dalam UMNO serta perbetulkan akidah pemimpin supaya UMNO terus relevan dan menang PRU akan datang.
Post a Comment