Monday, November 16, 2009

NIZAR BEBAL ! NIK AZIZ BATAL ATAU PERGI ,RASUAH TETAP BERLAKU

Hati saya tersenyum sendirian bila membaca kenyataan yang dibuat oleh badut sarkas Pas dalam haraMkah daily (sumber fitnah tepat) Rujuk di sini

Katanya, pembatalan Nik Aziz ke Mekah untuk gagalkan usaha musuh. Kita faham sendirilah siapa musuh Pas yang dimaksudkan oleh nya.

Soal dia batal atau dia pergi tak penting, yang penting rasuah telah berlaku. Ibarat kata peribahasa melayu gadai terdorong ke pajak, sehari jadi sebulan jua. Maksudnya jika kita menggadaikan barang emas di pajak gadai, walaupun untuk sehari, bunganya tetap perlu dibayar untuk sebulan.

Samalah dengan Nik Aziz walaupun dia membatalkan pemergian dia ke Mekah kerana hu ha hu ha sana sini tetapi rasuah telah berlaku, dan rasuah tetap rasuah walaupun telah dibatalkan pemergiannya. Ini kerana bayaran telah dibuat kepada agensi yang berkenaan.

Satu Kelantan sudah tahu bahawa Nudin Awang adalah lelaki yang menaja Pakej Haji yang jumlah keseluruhannya hampir RM455,000 itu. Ramai yang melihat resit pembayaran yang Nudin tayang di sana dan di sini dengan penuh rasa rendah diri itu - Kickdefella
Nasib Nik Aziz tidak baik kali ini ,kerana 'kaum quraisy' Malaysia dapat menghidu kegiatan songsangnya. Yang sebelum-sebelum ini mungkin nasib beliau baik kerana 'kaum quraisy' Malaysia tidak dapat menghidu. Entah berapa banyak yang telah disebatnya sebelum ini kita semua pun tidak pasti.

Kepada badut sarkas Pas, janganlah kamu nak menghalalkan yang haram. Arak itu tetap haram walaupun setitik. Tiada alasan untuk menghalalkannya. Begitu juga dengan rasuah. Haram tetap haram walaupun untuk ke Mekah. Jangan kata bila dah batal maka tiada lagi rasuah. Jika dia tolak awal-awal tawaran yang diberikan ,maka bolehlah kita kata tiada rasuah. Ini semua dah bayar,dah umum, dah isi borang cuti, hanya menunggu hari untuk pergi sahaja ,mana boleh kata tiada rasuah.

Jangan tafsir ikut sedap hati dan kepentingan politik kita. Saya berharap masyarakat dapat menilai sikap sebenar Pas sekarang. Semuanya ok dan halal jika memihak kepada mereka.

Kata seorang rakan dari Kelantan, Pas tidak rasuah. Tidak juga makan suap. Tetapi suap, makan. Maksudnya mereka tidak rasuah, tetapi makan jika disuappppppp... Apa beza dua itu ?



11 comments:

Anonymous said...

Yang menentukan rasuah atau tidak hanya Allah SWT bukannya puak-puak rasuah UMNO..kalau besar rasuah? kenapa balaci UMNO SPRM tidak menangkap Tok Guru, keluarga dan menantunya. Hanya Allah yang tahu siapa sebenarnya yang rasuah dan busuk hatinya..

ruang bicara faisal said...

hi hi hi

dia naik angin lah. bagus,bagus, tunjukan otak kamu yg tersumbat itu.

Yang menentukan rasuah atau tidak hanya Allah- kalau begitu tutup saja SPRM dan mana2 pemimpin bn yg terlibat dgn rasuah selama ini belum tentu bersalah lg. Tunggu di padang masyar nanti.

Allah bg otak utk berfikir ,bukan utk disimpan. Melihat pd otak kau yg tersumbat ini,maka tidak mustahil sepanjang hidup kau pun kau akan ditipu oleh biawak2 pas

tokmod said...

muuuaaaaahhhh...
2 lah klau nak ckap gnakan minda jgn ikut emosi...kan kne bgi pdan mka kauuuuuu...waaaakakakakaka

Anonymous said...

jangan menulis perkara yang belum tahu kesahihannya. kamu akan dipertanggungjawabkan atas apa yang kamu tulis kelak. banyakkan beristigfar, jangan mudah menghina ulama, pikir-pikirkanlah saudaraku.

Anonymous said...

Kami mengakui kebenaran yang hakiki adalah dari Allah SWT..
Nak tau takrif rasuah yang dikenakan pada Nik Aziz ni..?rujuk la www.sprm.gov.my , dalam harakah memang la takde..
Point 1..Nik Aziz menerima 'sponsor' RM65K ,tak termasuk family nya , (limit BPR tak lebih dari RM 500.00)..
Point 2..Nik Aziz selaku Menteri Besar Kelantan merima 'sponsor' dari syarikat yang berkepentingan dengan Kerajaan Negeri Kelantan..
2 point ni dah cukup menakrifkan Nik Aziz dah menerima rasuah..

Anonymous said...

apa la ko ni rbf
utk pas sumenya halal
sbb tu klu join pas. dpt green card msk syurga
xkn xphm lg..
tp xtau la klu ade sliper n.ajis bleh lps x kt pintu nnt

Anonymous said...

Kantoi...Nik Ajis ni mmg laaa mulut tak leh simpan punya...sbb riak bangga dan "besar hati" teramat sgt, habis diceritakan..dari apa yg kita semua ketahui, dari percakapan Nik Ajis tu, kira senyum sinis dia tu mcm dia tu besar laaa dari segala makhluk dalam dunia ni, hal soal ibadat ni kalau ada org sponsor ni kira "halal" bab haram ke rasuah ke tak pernah ada dlm kepala otak...inilah Kebesaran ALLAH SWT yg terang terang membuka "niat" Nik Ajis ni yg kononnya "sesuci embun pagi"...rupa mcm air sg golok yg kekuningan mcm teh tarik. Tu laa jgn asyik nak caci maki org, hina menghina sesama umat islam...nasib baik "mengudur" sebelum ada ditanah suci, entah entah apa pulak yg jadi bila balik nanti..

PAS FOR ALL means PAS for EVERYTHING UNDER THE SUN

tokmod said...

sdrku anon 11:34
aku setuju dgn kata2 kamu kita jgn mhina ulamak aku setuju 100%...
yg bgelar ulama ada bmacam2...
ADA ULAMAK 100%...
ADA ULAMAK 50%...
ADA ULAMAK 0%...
ADA ULAMAK 100000001%...
ada ulamak yg harus dhormati...
ada ulamak yg tak harua dhormati...
gunakanlah keimanan dn ilmu ulamak mana yg harus dhormat dn dcaci...
bukan main sondol saja beb......

Anonymous said...

Anon November 16, 2009 10:40 AM

"Yang menentukan rasuah atau tidak hanya Allah SWT"

Pandai lak ko kata ni kerja Allah ek? Abis yg masa korang duk ceramah kata UMNO rasuah, yg korang duk jaja dlm Harakah kata pemimpin tu rasuah pemimpin ni rasuah, boleh plak? Tu kerja sapa lak?

Ke korang mmg dah dapat wahyu dari Allah?

Takbir!!!

Budak said...

Cian mung NIZAR.. ko jerla yg kena bangang la sarkis la mcm2 la...tp wahahahahah mmg aku suker la, leh gelak masa lunch hour or boring time.. good job bro...

Anonymous said...

budak...
mmg kompem ko ni mmg "budak"....

saya budak baru blajor...kalu saloh tulung tunjukkan.. meh sini aku tulung tunjuk!!!

"mung ambik pikir lah sdri awe... kalu doh terang2 tok guru wat lagu tuh, anok buoh apo teh lagi..."

hehehe....