Wednesday, November 18, 2009

NIZAR BRENGSET ! KAMU PERCAYA GAMBAR INI

Berikut adalah kenyataan media oleh Konsul Kehormat Mongolia di Malaysia, Datuk Syed Abdul Rahman Al Habshi.

Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan wartawan penyiasatan Perancis,Arnaud Dubus bahawa saya pernah menyerahkan sekeping gambar Perdana Menteri dengan model Mongolia,Altantuya Shaaribuu yang mati dibunuh seperti yang disiarkan oleh Suara Keadilan bil 206 (10-17 Nov 2009) Adalah jelas ia adalah satu pembohongan, rekaan dan berniat jahat untukmemburukan saya dan Perdana Menteri.

Gambar yang didakwa itu sebenarnya tidak wujud. Jadi bagaimana saya boleh serahkan gambar yang tidak ada kepada polis. Ia tidak masuk akal langsung. Sepanjang penyiasatan kes berkenaan saya hanya ada menyerahkan kepada polis sekeping gambar abdul Razak baginda (gambar solo) dan beberapa keping gambar Altantuya.

Saya tidak pernah melihat atau terjumpa gambar Perdana Menteri bersama Altantuya. Malah saya tak pernah mendengar satu ayat pun yang mengatakan Perdana Menteri memang mengenali si mati. Yang pernah saya lihat ialah gambar yang direka-reka oleh orang-orang tertentu melalui teknik pertindihan bertujuan untuk memburukan pihak tertentu dalam kes tersebut. Justeru saya berharap penjelasan ini akan mematikan tuduhan liar yang dibuat oleh Dubus.

Itu kenyataan beliau. Kenyataan RBF pula tak panjang. Pendek saja

Anda semua percaya atau tidak kepada gambar di bawah ini ?


Selepas itu lihat pula video ini.



Jangan pula bagi alasan sumpah tiada dalam Islam atau orang-orang munafik sahaja yang suka bersumpah. Bagaimana pula dengan sumpah bai'ah PAS untuk calon-calon mereka yang bertanding dalam p/raya sebagaimana yang dinyatakan oleh Mustafa Ali minggu lepas.

1 comment:

Anak Lenggong said...

Apa nak heran..sebab kepala penyangak mereka dah suruh lancarkan perang terhadap najib...so pemimpin..akbar nyamok dan blogger upahan dia dah mula mainkan peranan..tetapi disebabkan ketiadaan isu..mereka terpaksa mengorek semula isu lapok yang diulang-ulang untuk memfitnah najib..begitu jugalah didalam ceramah nuar..cuma bercakap berkenaan dengan isu lapok sahaja.