Saturday, November 14, 2009

NIZAR DAN ZAMBRY ! AWAS DAJAL MUNCUL KEMBALI DENGAN SERANGAN PERTAMA


Dajal ini sudah muncul kembali dengan serangan pertama arahan dari tuan yang memeliharanya. Inilah yang dikatakan oleh Zul Nordin beberapa hari lepas yang mereka sudah panggil mesyuarat untuk melancarkan serangan terbaru terhadap Datuk Seri Najib.

Nampak ianya telah bermula. Kalau berani kenapa lari macam ayam berak kapur ? Marilah balik dan pergi mahkamah. Kalau mahkamah tak adil kamu tak lepas daripada tahanan ISA tempohari.

Tentang P.Balasubramaniam saya tak mahu bercakap banyak. Sila rujuk di sini saja. Saya nak bercerita tentang si dajal ini.

Si dajal ini semasa di zaman awal reformasi dulu banyak menipu duit orang ramai. Dia kutip yuran keahlian untuk sebuah NGO bernama ADIL sampai berpuluh ribu akhirnya lesap begitu saja.

Kemudian dia tipu Marina Yusof pula berhubung penyewaan bangunan Marinara di Jalan Tun Razak. Dengar ceritanya ratusan ribu juga.

Selepas itu tipu Hj.Ramli (Ingress) pula. Dulu Hj.Ramli dalam PKR sekarang bersama PAS. Kenapa Ya ? Fikir sendiri. Hj.Ramli pernah di tipu jutaan ringgit oleh si dajal ini. Sesiapa yang kenal Hj.Ramli boleh bertanya dengan beliau tentang bagaimana si dajal ini menipunya.

Lagi kisah si dajal tersebut anda boleh rujuk di blog rakan saya.

Orang seperti ini kita nak percaya ke ? Kalau orang yang otak tersumbat seperti blogger-blogger Pas bolehlah mereka percaya. Dah lama kita didendangkan lagu ini,tapi dia sendiri cabut lari. Tak berani. Jauh berbeza dengan Saiful Bukhari yang berani berentap dan berdepan dengan Anwar Ibrahim. Kalau berani mari masuk gelanggang, bukannya menjerit daripada jauh.

Saya petik satu baris ayat dalam akuan bersumpah Balasubramaniam. Kemudian anda lihat pula video yang pertama di bawah ini. Selepas itu ambil air sejuk dan minum . Bertenang 10 minit sambil-sambil berfikir.

Datuk Seri Najib Tun Razak informed Abdul Razak Baginda that he had a sexual relationship with Aminah and that she was susceptible to anal intercourse.



Dah selesai. Sedikit ulasan dari saya. Kalau Najib main-main dengan sumpah,sudah bertalu-talu bala datang menimpanya. Tak jadi PM gamaknya Najib hari ini. Tetapi tidak , semua proses peralihan kuasa berjalan dengan tenang dan lancar dan Najib semakin diterima rakyat hari ini. Sebaliknya PAS dan PKR yang semakin haru biru sekarang. Kenapa ? Kerana dimakan fitnah-fitnah yang dilemparkan oleh mereka sebelum ini. Si dajal raja petra juga hidup haru biru. Terpaksa hidup menyorok sana sini dan tinggalkan anak bini.Keluarga berpecah belah. Anak pula kena tangkap kerana merompak. Itu lah bala kepada pemfitnah.

Lihat pula video kedua ini. Selepas itu ambil kopi secawan dan minum. Bertenang 10 minit sambil berfikir.




Selepas itu lihat pula video ketiga ini. Selepas selesai melihatnya, jangan pula anda minum air bateri .Haru dibuatnya.

Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.

3 comments:

Jeffry said...

MMG PATUT PUN MARINA YUSOF ANGKAT KAKI AWAL2 DARI PKR. TAK TAHAN KENE GORENG SAMPAI HANGUS DGN SI BOTAK NI

shonzu said...

Salam saudara Faisal....

Pasti selepas ini pencacai hamPAS bertaraf LEMBU akan bermati-matian 'menembak' UMNO dan DS Najib atas kehadiran semula BALA ini.

Namun begitu kita seharusnya berterima kasih dengan Zulkifli Nordin kerana awal2 lagi telah memberi 'peluru hidup' kepada pihak UMNO untuk membalas serangan Dajal kali ini.

Kepada Dajal yang masih menyorokkan diri tu (suspek bermata satu seperti dalam gambar di atas), sampai bila hendak menyembunyikan diri??? Lambat-laun kau akan dikhianati oleh AnWAR juga. Lihat apa dah jadi pada Kickdefella, siapa yang mahu terima dia tu sekarang????? Husam pun terpaksa berhati2 bila proksi dia kena 'kick' dari PMBK.....

PAS 4 all = Israel 4 all = Piss 2 all

sasha2020 said...

Biaslah pada penyokong PR...kenyataan bersumpah si India ni, dipercayai 100%. Tapi sumpah oleh orang Islam di masjid dipermainkan.

Nampak sangat kebenaran jenis mana yg ditegakkan oleh mereka.