Tuesday, November 24, 2009

UMNO SELANGOR MASIH DIBUAI MIMPI

Sekarang sudah menjangkau dua puluh bulan negeri Selangor jatuh ke tangan PKR. Sehingga ke hari ini belum nampak lagi sebarang usaha bersungguh-sungguh yang dilakukan oleh Umno atau BN Selangor untuk menawan kembali bumi bertuah Darul Ehsan ini.

Nampaknya mereka masih lena di ulit mimpi indah. Pelbagai kemungkinan yang boleh ditafsirkan yang menyebabkan mereka masih tidur.

Mungkin mereka masih tidak sedar yang negeri Selangor sudah diperintah oleh kerajaan lain.

Mungkin juga pemimpin-pemimpin Umno Selangor merasa selesa dan mereka tidak perlu melakukan apa-apa kerana Umno Selangor di terajui Presiden Umno sendiri.

Mungkin juga falsafah ini yang dipegang oleh mereka "ah takde hal kita tak buat kerja pun,bos besar ada, bos besar boleh buat magic".

Mungkin juga mereka merasakan pendapatan mereka sama sahaja baik BN jadi pemerintah atau jadi pembangkang di Selangor. Atau mungkin juga mereka memang jenis orang yang memang tak reti nak buat kerja.

Sehingga ke hari ini seolah-olah tiada perasaan keluh kesah,bimbang atau menyesal dalam pemikiran pemimpin Umno Selangor. Kerja-kerja untuk menawan kembali seolah-olah tidak digerakkan langsung. Blogger pula yang 'lebih-lebih' dan bersungguh-sungguh buat kerja.

PAS dan PKR seperti biasa, galak berceramah walaupun mereka telah menjadi kerajaan. Pantang ada isu sikit terus mereka sambar.

Bagaimana pun pujian boleh diberikan kepada Umno Bahagian Shah Alam dan Kapar yang nampak kerap dan aktif menganjurkan program termasuk ceramah. Jangan nanti dalam PRU 13 , BN dapat tawan Shah Alam dan Kapar tetapi masih gagal tawan Selangor.

Walaupun Datuk Sri Najib sendiri yang mengetuai Umno Selangor ,tetapi beban tidak boleh diletakan diatas bahu beliau 100 %. Banyak lagi tugas lain yang perlu dilakukan oleh beliau. Kamu semua lah yang kena buat kerja dan hantar laporan kepada beliau.

Timbalan Pengerusi Umno Selangor juga sibuk dengan tugas sebagai menteri. Ketua Penerangan Umno Selangor ? Saya tidak mahu ulas panjang-panjang, saya hanya boleh kata begini wa kah kah kah kah.....

Sehingga ke hari ini sudah berapa bulan dia jadi Ketua Penerangan ? Haram ! tidak pernah sekali pun dia panggil blogger-blogger untuk minum kopi dengan dia.

TPM pun boleh panggil kami duduk berbincang dan minum-minum. Ketua Penerangan Umno negeri tidak boleh kah ? Suka hatilah kau lah Shukor. Kami bukan ah long, kami hanya nak tolong. Kalau tidak menghargai tidak mengapa, kami pun banyak kerja lain lagi yang nak dibuat.

Jika Umno Selangor masih tidak nampak jalan untuk bekerja mereka harus belajar dengan bekas MB Trengganu Datuk Sri Idris Jusoh,bagaimana untuk buat kerja.

Ternyata Idris Jusoh berjaya dengan projek gelombang birunya yang bersiri sehingga BN berjaya menawan balik Trengganu dalam PRU 2004 setelah kehilangannya dalam PRU 1999.

Saya cadangkan lebih baik Datuk Seri Najib pinjamkan seketika Datuk Seri Idris Jusoh ke Selangor. Biar beliau ajar cukup-cukup pemimpin Umno Selangor bagaimana untuk menjadi pembangkang. Jangan dok nga nga lagi...

Ikuti pula tulisan sahabat blogger lain dalam isu yang sama di sini dan di sini


11 comments:

A.Rangkuti said...

Salam.

Mungkin ini silent protest. Mungkin ada yang tak setuju PM jadi ketua perhubungan negeri tapi mereka tak berani bersuara.Mereka nak orang Selangor juga. Tapi kalau yang ada pun semuanya parasit macam mana.

The Insider said...

A'kum.

The Insider berterima kasih atas kata2 yang tidak mudah untuk ditelan bagi sesetengah ahli politikus BN-UMNO Selangor kita. Kita akan berjumpa percayalah. Dalam strategi peperangan banyak cara yang boleh kita gunakan.Masakan kita berbicara atau menunjuk2 tentang strategi secara terang2 sahabat ku. The Insider percaya akan kebolehan semua blogger, pengkritik, supporter dll yang sentiasa bersama. Terus kan perjuangan, jangan berhenti, jangan merajuk. Terus kan kritikan, I need your feedback. Selangor, Kita Terus Gempur. Salam.

Ramesh said...

Bn Selangor harus beri peluang kepada dato seri khir toyo semula.

A.Rangkuti said...

Salam.

Zaman sekarang di Malaysia ni bukan sahaj ahli-ahli politik saja penyagak.Hakim-hakim pun ada yang penyagak nampaknya.

Anonymous said...

kecoh la puak blogger....

kecoh la lu dapat minum dengan TPM.
ni lah masalah dengan blogger, telalu nak pengiktarafan, kalau nak pengiktirafan tunjuk la muka, bukan jadi oengecut. budak tadika pun boleh menulis memacama kalau tak yah tunjuk muka.

reporter maistream pun tak pernah merungut tak dipelawa minum dengan shukor tu..hehe. jangan marah yer.

teringin nak tgk muka RBF, handsome ke tak? barulah anak jantan

-terpaksa anonymous sebab tadak akaun

Anonymous said...

kecoh la puak blogger....

kecoh la lu dapat minum dengan TPM.
ni lah masalah dengan blogger, telalu nak pengiktarafan, kalau nak pengiktirafan tunjuk la muka, bukan jadi oengecut. budak tadika pun boleh menulis memacama kalau tak yah tunjuk muka.

reporter maistream pun tak pernah merungut tak dipelawa minum dengan shukor tu..hehe. jangan marah yer.

teringin nak tgk muka RBF, handsome ke tak? barulah anak jantan

-terpaksa anonymous sebab tadak akaun

ruang bicara faisal said...

kpd anon,

bukan nak kecoh minum dgn tpm. tapi nak tunjuk yg tpm pun ambil berat tentang peranan blogger dlm dunia politik tanahair. pru 2008 blogger sebelah sana memainkan peranan penting memenangkan pihak sebelah sana. apa yg umno buat masa tu ? umno tak pandang pun peranan media baru masa tu. akhirnya hilang 4 negeri dan 2/3 di dewan rakyat. nah ! ambil kau.

tiada sesiapa yg memerlukan pengiktirafan. tiada siapa yg pedulikan kami. semua kami buat sendiri. kami bebas bersuara utk balun sesiapa saja yg dirasakan tidak betul. tidak perlu nak glamor seperti utk tunjuk2 muka. tiada award utk kami.

reporter maistream kerja utk majikan mereka dan mereka dpt gaji. mereka tidak berjuang utk umno atau bn.berbeza dgn kami. tak perlu nak bandingkan blogger dan mereka. blogger boleh tulis apa yang mereka tak blh tulis.

misi kami adalah mengembalikan selangor kpd bn dlm next pru. kami tiada jawatan. kami tiada projek dan kami tiada kepentingan.

apakah salah kalau seorang ketua penerangan panggil kami dan terangkan isu2 semasa atau perancangan beliau agar kami dpt sama2 membantu beliau. matlamat beliau dan matlamat kami sama. bezanya beliau ketua penerangan umno selangor dan kami blogger jalanan. itu matlamatnya. bukannya matlamat nak minum kopi free...

tanpa tunjuk muka pun saya dah jantan sejak azali lg.

anda sendiri belum tentu jantan,kerana pakai id anon. kalau berani bukalah 1 blog dan publish gambar kat sana barulah hantar komen.

atau tinggalkan nama,dan no telefon di ruangan komen, barulah jantan.

sendiri pun pengecut,lagi mau kata org lain pengecut.

House PK said...

Ini bukan soal minum atau nak jaga kebajikan la lahanat oi! Kenapa la kamu semua ni dangkal sangat ni?

Apakah kamu ni ahli UMNO wahai anon? Pernahkah kita blogger mengharapkan bantuan atau meminta-minta dari sesiapa pun?

Kita ni bukan macam bloggers pembangkang, asyik nak masyuk je, tak masyuk ulama pun depa maki!

Apa la nak heran pasal nak mionum dengan si Shukur tu, kita pun tak ingin!

Apa yang kita mahu ialah supaya korang BUAT KERJA! FAHAM???

JANGAN DOK TERLENA BUAT KERJA!

GAP KEMBALI said...

anon
kau terlalu sempit dalam menafsirkan tulisan RBF..dia bukan kemaruk nak minum atau gilakan publisiti...

RBF ber inuendo..dia berkias..

sekadar teguran sebegini masih lagi aku anggap berlapik. tegur bukan bererti marah..cuma bloger harapkan kerjasama dengan adun/ketua bahagian untuk memberikan feedback melanyak pakatan..

konsep yang sedang umno amalkan sekarang sudah terlalu konvensional. serangan maya cukup diperlukan dalam menangkis dan mengalahkan oposisi..pemerhatian kami umno terlalu tido..nak menang buat cara nak menang..

shape out or ship out..

Malaysian said...

Eh...saya ingat BN sudah sedia tawan balik Selangor? Kan dulu RBF cakap"WE HAVE THE NUMBERS"? Hahaha...rupanya RBF sedang menipu...Penipu!Pembohong!
'Raja Bohong Faisal'

manlukeman said...

nampak realistik entry ini selepas kebanyakan entry yang tertera dengan tulisan 'we have the numbers' berkaitan dengan kepulangan Selangor kepada BN, kalau tak silap, beberapa bulan yg lalu..sebagai anak jati selangor, saya sendiri nak lihat kesudahan di Selangor nanti..nama yg tertera ini memerhati jauh..