Monday, November 16, 2009

NIZAR SARKAS ! BEKAS TIMBALAN MENTERI SEDANG DISIASAT SPRM

Wah.... nampaknya SPRM semakin serius membanteras rasuah sekarang. Walaupun beberapa bulan lepas SPRM 'merajuk' sekejap berhubung penyiasatan kes rasuah di kalangan orang-orang politik.

Tapi nampaknya sekarang SPRM kembali ke gelanggang . Sekali dia melangkah masuk, tak akan dia undur ke belakang lagi. Habis disapunya,tanpa mengira siapa atau parti politik mana. Syabas SPRM !

Dua minggu lepas kita dikejutkan dengan pendakwaan besar-besaran oleh SPRM terhadap beberapa orang politik berhubung penyalahgunaan wang peruntukan wakil rakyat. Khabar yang sampai ke telinga saya menyatakan ramai lagi yang akan didakwa, tanpa mengira parti politik. Wallahualam...

Satu lagi khabar angin yang sampai kepada saya beberapa hari lepas , mengatakan seorang bekas Timbalan Menteri (wanita) dari selatan tanahair juga sedang disiasat SPRM sekarang. Juga dalam kes yang sama. Saya ulang balik, disiasat bukannya didakwa. Disiasat, belum tentu bersalah. Bab ini kena berhati-hati sikit .

Sewaktu seorang Ahli Parlimen didakwa di Mahkamah Shah Alam baru-baru ini,kelihatan bekas Timbalan Menteri berkenaan yang juga Ahli Parlimen sekarang, turut hadir memberi sokongan kepada rakannya itu.

Setakat ini saya belum dapat mengesahkan lagi berita ini. Sebab itu saya tidak berani sebut nama. Hanya SPRM dan tuan punya badan yang boleh mengesahkannya. Tetapi siapalah saya ini untuk mendapatkan pengesahan dari SPRM. Sama sekali tidak layak,kerana saya hanya blogger jalanan sahaja.

Kepada SPRM, raya haji bakal menjelma lagi, apa cerita kes lembu korban Khalid Ibrahim ? Tak kan tak habis siasat lagi kot ?

Selamat maju jaya kepada SPRM.

4 comments:

YANG GAMBI said...

Salam RBF, SPRM perlu membuktikan ianya bebas dari tunggangan sesiapa..... tetapi puak-puak pembangkang sentiasa menonjolkan perkara-perkara negatif terhadap SPRM bila terkena batang hidung sendiri....

Yang kawan pelik sikit, kenapa SPRM takut sangat dengan PAS, sehingga sekarang penyelewengan di Kelantan tidak diambil tindakan.....

Anonymous said...

Pegawai SPRM duk hati2 sket kes Kelate tuh... takut gak tak cium bau syurga nanti...

kuangkuangkuang...

Anonymous said...

Sudahlah tu Saudara Anuar, daripada nak cari kesalahan org lain , baik buat artikel pasal VK LIngam ke, pasal Perwaja Steel ke, pasal MB Hassan hantar duit ke UK RM10 juta, pasal KJ, pasal banyak penyelewengan pentadbiran Paklah dulu, pasal Ali Rustam and KH Politik wang (bukan rasuah ke tu? kena SPRM taknak siasat? sebab org UMNO kan?)

Pasal lembu yg diderma ukt rakyat pulak nak cerita

Anonymous said...

anon 6:21,
pasal Perwaja Steel tak leh nak tulis la. Pasal maklumat2 dan dokumen2 berkaitan masih ada dgn nuar berahi, ada dlm "6 kotak dokumen rahsia" yg tersimpan di luar negara...