Monday, November 23, 2009

SEKARANG SPRM ,LEPAS INI PDRM PULA

Semua orang terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Mohamad Ariff Md. Yusof khamis lepas. Rujuk di sini

Semakin hari kita semakin banyak benda pelik yang berlaku di negara kita.

Sekarang Mahkamah sudah putuskan SPRM tidak boleh soal siasat saksi selepas waktu pejabat. Selepas ini mungkin PRRM pula tidak boleh soal siasat selepas waktu pejabat.

Sebelum ini penjenayah diangkat dan dijulang sebagai hero oleh rakyat dan pemimpin politik pembangkang. Polis buat semua salah, penjenayah buat semua betul. Polis mati tak mengapa, penjenayah mati melanggar hak asasi.

Akan Datang ,tidak mustahil Mahkamah mengeluarkan arahan, semua tertuduh atau saksi baik yang disiasat SPRM atau PDRM tidak dibenar di tempatkan di lokap. Harus ditempatkan di hotel sekurang-kurangnya yang berbintang tiga.

Pegawai penyiasat pula tidak boleh yang garang-garang atau berbadan besar. Harus lembut seperti adik angkat Anwar Ibrahim, iaitu Sukma Darmawan. PDRM atau SPRM tidak boleh tengking-tengking atau jentik masa soal siasat. Harus bersopan-santun,lemah-lembut dan kalau boleh gemalai macam Sukma

"Encik nak pesan kopi atau teh sebelum kita mula soal siasat".

"Encik duduk di kerusi lorenzo tu, biar saya duduk di bangku kayu ini"

"Encik,encik boleh saya tahu tak kenapa Encik curi kereta orang itu"

Sudah lah,kawan-kawan sekalian, saya pun tidak mahu bercakap banyak,buat sakit hati sahaja.

Sekarang saya ingin mengajak anda semua 'berkenalan' dengan Hakim yang membuat keputusan luar biasa khamis lepas

Nama dia Mohd Ariff Md.Yusof.

Difahamkan beliau adalah ahli PAS seumur hidup . (Sekarang tidak pasti semenjak dilantik sebagai Hakim)

Pernah bertanding atas tiket PAS di Dun Kota Damansara pada tahun 2004.

Pernah menarik diri dari mengendalikan kes Nizar vs Zambry beberapa bulan lepas.

Untuk mengetahui lebih lanjut sila rujuk di sini.

22 comments:

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum Tuan.

Begitu rupanya alkisah?

Patutlah!

Keadilan ikut 3 Rasa, ya?

Hai lah dunia dunia...

Bilamana harimau menjadi kucing, makanya sang tikus kan menyinga ikut suka!

Boleh lingkop negara macam ni!

Keputusan menyekat SPRM akan membuatkan pihak pihak korup ini semakin bermaharajalela!

Pihak SPRM dan Polis Di Raja Malaysia wajar membantah akan keputusan tersebut yang nyata ada kepentingan politik pihak tertentu!

Bawa kes ini ke Mahkamah Rayuan dan batalkan perintah hakim itu!

Kuasa SPRM usah dihadkan!

ruang bicara faisal said...

W.salam tuan mahaguru

begitulah al-kisahnya

saya cukup2 bimbang dgn keptusan mahkamah khamis lepas. ianya bakal mengundang 1001 masalah kelak.

Local Fighter said...

kerajaan pun satu gak!

dah tahu hakim tu ahli PAS seumur hidup yang disuruh adili kes politik ni buat apa.

suruh le dia adili kes orang hilang kucing ke, gaduh sebab rebut kerbau macam kat kelantan tu ke, atau kes selipar kat masjid kena kebas sebab nak amik berkat!

dalam pentadbiran kerajaan pun berlambak orang mcm ni. Pegawai PTD bersepah totok PAS. Di IPT dulu, terpekik sanggah kerajaan.

Tapi kerajaan amik mahkluk perosak ni pula. Pejuang pro kerajaan kat IPT macam kami disisihkan!

Anonymous said...

Local fighter you are so good.

Nampaknya Penjenayah semua naik tokcang sebab diberi muka oleh banyak pihak. Ada orang Melayu sendiri yang sanggup iringi jenazah penjenayah India curi kereta! Bayangkan!

Bila Polis Melayu mati kena tembak, senyap pula mereka tak nak marah-marah dan jengok ahli keluarga sebangsa seagama dengan mereka.

Hipokrit level tertinggi. Elizabeth Wong macam tu pun mereka tangsi, peluk dan cium lagi. Semoga orang begini dilaknati Allah swt.

Dr.Sid said...

ooohhh..patutlah..bodo punya hakim.

Anonymous said...

Adekah Ketua Hakim Negara perlukan aduan dari Rakyat sebelum tindakan boleh diambil terhadap keputusan yg BOLEH memberi kesan negatif kepada keharmonian majoriti Rakyat Malaysia ?

Nani Cheras

Anonymous said...

laa patut ler..ah lipas rupanya..patut nak jadik hakim tak boleh masuk parti politik...berjumpa dengan ahli politik pon tak boleh...ni namanya hakim rasuah...tak mustahil hakim pon boleh makan rasuah...

Mylasia said...

heran bin ajaib si peguam SPRM tak tahu hal ini, ke dah biasa bila jadi orang kejaan kerja lebih kurang jer, buat sikit2 jer...janji ujung bulan cucuk kad keluar duit...siot tul la..isu hakim ni sepatutnya si peguam tu yang keluarkan kenyatan dan membantah si hakim totok pas ni menjadi penghukum.. tapi nampak eh para blogger lagi...

AntiHipokrit said...

Hakim sengal. Lepas ni PENJENAYAH BERGUMBIRA..

sangguna said...

apa puncanya?, bkn ke puncanya sebab hanya satu cina yg mati kat sprm tu.

klu melayu mati mcm mana, ada kecoh tak?.
Kes seorang melayu yg mati dijohor dan diserahkan oleh polis singapura tu pun senyap aje, knp? sebab dia melayu ke?.

soal jawap waktu pejabat yahoooo, byk masa blh hapuskan bukti

Anonymous said...

Kenapalah kerajaan BN begitu bodoh dan bahalul, boleh melantik seorang hakim yg berhaluan pembangkang. Salahkan kerajaan BN kerana kebodohan. Ds Najib selaku Perdana Menteri harus bangun dan celik, masa untuk bdengkur, berlemah lembut dan bancul sudah berlalu. Berlajar dari sejarah Pak Lahap, ditendang dgn kemaluan. Ini sepatut dijadikan pelajaran kepada Kerajaan BN, banyak perkara yg akan merugikan negara dan rakyat kalau masih dibuai mimpi dan bodoh sombong, tidak meminta dan menerima pandangan rakyat dan orang2 cerdik pandai seperti Tun Dr Mahathir. Wakeup DS Najib, wakeup!!!!

KHAIRUL NAZRI said...

Salam RBF,

1. Bayangkan sekiranya perkara yang sama kepada PDRM sebagai contoh.

2. Kita hanya boleh membuat laporan Polis ketika waktu pejabat sahaja dan tindakan hanya akan dibuat di dalam waktu pejabat sahaja.

3. Setiap penjenayah akan melakukan tugas mereka selepas waktu pejabat dan pihak polis tidak dapat berbuat apa-apa.

4. Setiap kes samada jenayah, kemalangan dsbnya akan hanya disiasat, diforensik ketika waktu pejabat sahaja.

5. Jika berlaku sebarang kejadian jenayah, kemalangan maka pertolongan dsbnya akan tiba ketika waktu pejabat sahaja.

6. Siapa yang sebenar-benarnya rugi?

7. Politisyen bercakap seperti mereka bukan rakyat tetapi seperti tuhan yang mengatasi segala-galanya. Namun pada hakikatnya pihak-pihak yang mereka pertikaikan itu sebenarnya kelak akan membantu mereka bangun sekiranya mereka atau keluarga mereka tergolek dihujung hayat diatas pangkuan mereka.

Anonymous said...

amacam kalau akan datang pencuri akan kena dakwa JIKA dia mencuri pada waktu pejabat jer.....

Anonymous said...

the worst penghakiman di alaf ini ....... tak kan para peguam sprm tak buat bantahan sedangkan ia telah di practice kan sejak dulu lagi

Anonymous said...

I will say it again, Malaysian Lawyers are stupid!

I think we should extend this softly-softly approach to Lawyers too!

No shouting or intimidating witnesses.
(There goes Gorbind's cari-makan opportunity)
No excessive hand and head shake when talking
(There goes the TYPE of lawyers who MUST do the bollywood to conclude their arguements.)

Ms.Eu Mei Fatt

mek said...

apa yg aku tau la... perkara pertama, golden rule, rule of thumb, (atau apa2 je la yg korang nak panggil berkenaan elemen penting soal siasat), perkara no. wahid yg perlu di lakukan ialah JATUHKAN EGO SUSPEK!!!!

cemana cara nak buat, mcm2 cara. terpulang atas kebijaksanaan (bukan kebijaknafsuan tau!!!) yg penting, ego dan ketahanan mental suspek mesti di jatuhkan serendah2 mungkin. kerana, secara saikologi nye manusia, apabila ketahanan mental dia dah berkurangan, maka barulah dia kurang jadi defensif. barulah dia kurang ketahanan menyimpan rahsia. barulah dia kurang ketahanan berbohong. barulah dia akan bercakap benar. yang org duk buat soal siasat ni, pasal nak dpt kan kebenaran kan??? so??? salahkah cara tu???

satu lagi elemen yg melemahkan daya tahan pembohong ialah elemen KEJUTAN. bayangkan tgh syok2 tidor/rileks, tiba2 kene kejut/sergah utk soalsiasat. sempat dak suspek tu nak reka2 cerita? sempat dak dia nak pikir nak buat dialog wayang hindustan??? tang yang dia tak sempat tu la penipuan akan mudah di kesan!!!

tapi kalu dah suspek pesalah/penjenayah hang bagi duk kat bilik aircond, soalsiasat pun ikut office hours, cukup time balik, mampuih la nak dapat maklumat... mati idup balik la duk kena kona ja...

tu la...kerajaan la duk baik ati sgt dgn depa nih. duk layan sgt puak2 gila babi tu. sikit2 nak suruhan diraja. sikit2 nak perbicaraan terbuka. sikit2 nak PAC. sudah2 nya apa kerja pun tak jadi. depa pun suka la, kerja kotoq depa org takleh nak bongkaq...

Anonymous said...

harap hakim yang yang membuat keputusan tu akan menanggung azab............ diakhirat nanti..... tapi dia dijamin masuk syurga sbb ahli pas.... kerana politik.... ini ker hakim Malaysia.... nanti org tak mempersoalkan sistem kehakiman Malaysia..............

Anonymous said...

Kuasa hakim adalah kuasa terkuat dunia. Melampaui kuasa Agong. Hakim boleh buat judgement ikut suka bapak dia. Lepas tu yang nak merana kerajaan jugak.

Tapi Hakim bila bab Anwar meliwat, tidur tidur dan tidur. Agak2 SPRM kena siasat samada Hakim pun ambik rasuah kes Anwar ni.

Anonymous said...

tahniah RBF.. perkara besar seumpama ini patut didedahkan untuk perhatian semua termasuk kerajaan hatta Yang Dipertuan Agong sekali.

pada hemat saya keputusan tersebut patut disemak semula.

Anonymous said...

ttg PDRN ni..KArpal dah berbunyi dah...x ingat baca kat mana td..polis dah sanggah..

Anonymous said...

baguslah hakim ini , dia tanggung lah dosa2 perasuah2....tanggunglah dosa2 itu seumur hidup......tahniah lah.....

Alizul said...

Salam RBF,

Perkembangan ini amat membimbangkan kerana ia boleh menggugat ketenteraman dan keselamatan negara.

Setakat ini DS Najib selaku PM dan Dato Hishamuddin selaku Menteri Dalam Negeri masih tidak bersuara. Apakah mereka akan membiarkannya tanpa apa-apa reaksi dan tindakan? Tidakkah mereka sedar tentang bahayanya keputusan Hakim ini terhadap negara? Amat mengecewakan jika mereka dan pihak kerajaan umumnya terus berdiam diri.

Di harap saudara dan para blogger lain terus menghidupkan isu ini sehingga diberi perhatian oleh pihak kerajaan.