Saturday, December 12, 2009

BTN : BUKTI NIK AZIZ JADI 'LEMBU' KEPADA DAP & PKR

Pertama sekali, saya ingin memohon maaf kepada pengunjung blog saya kerana kurang mengemaskini blog saya sejak kebelakangan ini. Kepada yang hantar komen atau sms dan bertanya kenapa saya tidak mengemaskini blog, saya harap anda semua faham. Kerja 'berblog' ini saya buat secara sukarela. Saya punyai kerja lain yang harus dilakukan untuk menyara keluarga. Ada masa terluang, saya akan cuba mengisi blog. Tiada masa,apa boleh saya buat. Berblog bukan menjadi kerja utama saya. Saya juga sama seperti anda, hujung bulan perlu masuk ke pintu-pintu bank untuk bayar hutang. Kalau asyik 'duduk' berblog sepanjang masa, alamak, habis lah saya, tak berasap lah dapur,kereta kena tarik, rumah kena lelong, anak bini cabut lari... Harap anda semua faham.


Isu BTN yang sedang hangat diomongkan sekarang,sekali lagi menjadi bukti yang PAS hanya menjadi pak turut dalam pakatan pembangkang.

Selepas Selangor mengharamkan kursus BTN kepada semua kakitangan kerajaan negeri dan IPT milik kerajaan negeri, ianya diikuti pula oleh kerajaan P.Pinang. Tak sampai seminggu tiba-tiba Nik Aziz pula mengumumkan, Kelantan mengikut jejak langkah dua negeri terbabit.

Sungguh kelakar. Nampak sangat PAS menjadi 'lembu' PKR dan DAP. PAS yang sudah memerintah Kelantan 19 tahun sepatutnya menjadi ikutan kepada PKR dan DAP. Tetapi tidak, PAS Kelantan pula yang menjadi pak turut kepada parti yang tak sampai dua tahun memerintah Selangor dan P.Pinang. 'Lembu' sungguh PAS. Mana tak 'lembunya', sepatutnya junior mengikut senior, bukannya senior mengikut junior.

PAS sebenarnya sebuah parti yang bodoh wahai kawan-kawanku sekalian. Mereka tiada akal untuk berfikir. Mereka hanya tahu ikut sahaja. Itulah yang saya katakan 'lembu'. Orang sondol dia sondol, orang makan taik, dia makan taik. Tujuan Selangor dan P.Pinang mengharamkan BTN adalah kerana bimbang peserta-peserta 'di BN kan'. Tujuan kerajaan PAS Kelantan juga sama.

Bodoh, bodoh, bodoh, ternyata ketiga-tiga kerajaan negeri berkenaan bodoh. Otak mereka tak sempat nak fikir sejarah 19 lepas secara halus. Masuk tahun ini sudah 19 tahun PAS memerintah Kelantan. Sepanjang tempoh tersebut sudah empat kali p/raya umum di tangan PAS di Kelantan (1995,1999,2004 & 2008) Sepanjang 19 tahun itu juga kerajaan PAS Kelantan menghantar kakitangan mereka mengikuti kursus BTN. Tiba-tiba bermula minggu lepas mereka tidak mahu menghantar lagi.

Apa yang saya nak beritahu disini ialah, jika benar kerja BTN 'mengBNkan' peserta kursus, sudah lama kerajaan PAS tersungkur di Kelantan dan tak mungkin Nik Aziz masih kekal sebagai MB sekarang. Dah habis semua pegawai kerajaan di Kelantan jadi 'biru pekat' . Tetapi tidak, sehingga ke hari ini masih bersepah lagi pegawai-pegawai kerajaan di Kelantan baik 'state' atau 'federal' yang masih 'hijau berlumut'. Dan tak mungkin, PAS boleh memenangi empat kali p/raya umum di Kelantan. Ternyata kursus BTN bukan untuk kepentingan politik BN, tetapi untuk kepentingan negara dan diri peserta sendiri.

Kursus BTN bukannya kerja 'membiru' atau 'mengkeriskan' peserta. Kursus BTN adalah untuk menerapkan ciri-ciri sayang dan cintakan negara, semangat kerja berpasukan, bertolak ansur antara kaum, menjadikan peserta kursus mengenali diri mereka sendiri serta yakin kepada diri sendiri.

Apa yang dilakukan oleh Selangor dan P.Pinang adalah kerana takut dengan bayang-bayang sendiri. Dan apa yang dilakukan oleh Nik Aziz bukti PAS menjadi 'lembu' kepada DAP dan PKR.
Dia hanya pandai ikut apa yang orang buat. Biasalah, PAS kan nak tumpang tuah DAP dan PKR maka dia kena ikutlah apa mereka buat. Dia nak berkawan dengan orang, tapi orang tak berapa nak berkawan dengan dia, maka kenalah pandai-pandai bodek sikit. Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong, diam-diam tibai tajaan Haji RM 65 ribu. Nasib baik ada 'Quraisy Malaysia' yang menghalang.

Hanya PAS yang tergila-gila nak berkawan dengan mereka, tapi mereka tak pandang pun terhadap PAS. Hanya PAS yang tergila-gila nak ikut mereka, tapi mereka tak pun tergila-gila nak ikut PAS. Buktinya, Selangor dan P.Pinang tidak pun mengharamkan kedai ekor, pusat hiburan dan rumah-rumah urut. Makin bertambah lagi adalah. Tetapi di Kelantan tiada semua itu. Kenapa Selangor dan P.Pinang tak ikut Kelantan untuk haramkan semua itu ? Sepatutnya mereka kena ikut Kelantan, sebab Kelantan lebih 'senior' dari mereka.

Sesungguhnya dalam isu BTN ini, Khalid Ibrahim dan Lim Guan Eng berjaya 'lembu' kan Nik Aziz, bukannya Nik Aziz yang berjaya tarbiahkan mereka berdua. Selamat tinggal PAS dalam PRU ke 13...

Lihat disini video Anwar Ibrahim memberi ceramah dalam kursus BTN





5 comments:

Anonymous said...

lepas ni kita tgk apa pulak program yg depa pembangkang nak serapkan dalam kursus anjuran depa.kita xpayah melatah sgt la.kena kuat dgn prinsip kita sendiri.kalau ada yg kurang kita tambah baik.xperlu kita hapuskan BTN.kita tungu dan lihat saja pelawak2 dari geng pembangkang ikut skrip ciptaan pengarah depa.

tak sabaq tgk kursus depa ni.meremang segala bulu punya berdebar2..

Anonymous said...

betui..betui...betuiiii...

Pas terlalu haprak utk di sandarkan harapan..
Sebab hari-hari tatap Haprak daily.

by aramak

Anonymous said...

salam..

aku rasa PAS memg layak tukar nma parti dowg..

dari PAS tukar jadk PKS

PKS tu bukan 'perindustrian kecil sederhana'

tapi dari Parti Islam Semalaysia(PAS)

tukar jadik Parti Kaum Semalaysia(PKS).

shonzu said...

Orang tua Niky Ajeh yang dah kekurangan idea akhirnya hanya mampu jadi LEMBU kepada pemimpin Pulau Pinag dan Selangor sahaja. Selepas 19 tahun memerintah Kelantan, baru mendapat 'ilham' untuk menyatakan BTN tak Islamik. Contoh pengisian yang tidak islamik langsung tak diberikan, hanya menuruti kata2 orang lain sahaja.

Tetapi bagus juga, kerajaan2 negeri yang sombong dan bongkak (Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, Kedah pun akan menuruti???) tidak mahu kakitangan kerajaan negeri atau pelajar kelolaan negeri tidak turut serta dalam kursus anjuran BTN tersebut. Sekurang2nya menjimatkan perbelanjaan BTN dan biar orang lain yang berminat menyertainya.

Jika mereka mahukan kursus ala BTN yang kononya 'lebih Islamik', biar mereka sendiri yang tanggung perbelanjaan tersebut. Mahu lihat juga apa pengisian modul yang boleh mereka fikirkan untuk menaikkan semangat kecintaan pada negara. Atau mungkin hanya akan melebihkan semangat kecintaan pada KENEGERIAN sahaja???

Adnan said...

lembu macam wong pencen...hahahaha