Wednesday, December 16, 2009

DATUK SERI NOH OMAR PERLU BERKORBAN

Ali dan Jenab adalah sepasang suami isteri yang bekerja. Mereka mempunyai beberapa orang anak. Satu hari salah seorang anak mereka yang paling pintar dikalangan anak-anak mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya dan lumpuh separuh badan. Doktor mengatakan peluang untuk anak mereka berjalan kembali adalah cerah, tetapi memerlukan penjagaan yang rapi dan mengikut panduan-panduan yang diberi oleh doktor. Antaranya ialah, perlu dipimpin berjalan atas air embun di waktu pagi dan beberapa panduan lain termasuk makan dan minum , ubat-ubatan, serta latihan fisioterapi.

Ali dan Jenab terus berkerja seperti biasa untuk mencari rezeki bagi menyara keluarga. Anak mereka yang sakit dibiarkan di rumah dan dijaga oleh orang gaji serta anak-anak mereka yang besar. Tempoh sudah hampir dua tahun, tapi tiada perubahan yang ketara ditunjukan oleh anak yang sakit. Ini kerana semasa menjaga banyak nasihat doktor tidak dipatuhi oleh orang menjaga.
Maklumlah orang yang menjaga bukan ibu sendiri. Maka si penjaga hanya menjaga secara ala kadar sahaja. Kasih ibu tidak dapat dicari ganti.

Satu hari Ali berbincang dengan Jenab. Ali meminta jenab berhenti kerja seketika , untuk menjaga anak mereka yang sakit. Kata Ali, jika tidak dijaga oleh ibu sendiri, sampai bila pun anak mereka tidak akan pulih. Kata Ali lagi , Jenab harus berkorban, Ali sendiri tidak boleh berhenti kerja, kerana sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga untuk mencari nafkah bagi menyara keluarga. Jenab agak keberatan untuk berhenti kerja, kerana beliau telah lama bekerja di syarikat berkenaan dan sekarang beliau mempunyai jawatan yang tinggi serta gaji yang mahal.

Ali semakin pening. Lalu dia berkata...

"Nab,anak adalah harta yang paling bernilai buat kita. Bila kita tua nanti orang tak tanya harta kita banyak mana. Orang akan tanya anak berapa orang sekarang ? Anak-anak semua sihat ke ? Jika Nab benar-benar sayangkan anak kita serta masa depan dia, Nab haruslah berkorban untuk seketika. Rezeki ada di mana-mana Nab, abang akan usaha cari kerja sampingan untuk tambah pendapatan kita. Abang sanggup korbankan segala-gala demi keluarga kita , Nab"

Maka dengan hati yang berat dan linangan air mata sambil mendakap anaknya yang sakit, Jenab setuju untuk berhenti kerja bagi menjaga anaknya yang sakit supaya pulih kembali.

Itulah serba sedikit gambaran yang saya boleh berikan untuk disamakan dengan situasi BN di Selangor sekarang.

Datuk Seri Najib adalah Pengerusi BN Selangor. Datuk Seri Noh pula Timbalan Pengerusi. Datuk Sri Najib sebagai PM amat sibuk sekali dalam memikul tugas menjaga negara. Manakala Datuk Seri Noh pula sibuk dengan jawatan sebagai Menteri Pertanian. Datuk Seri Najib boleh diibaratkan sebagai ayah, manakala Datuk Seri Noh sebagai emak dalam gambaran cerita yang saya beri diatas. Manakala BN Selangor sebagai anak yang sakit.

Bukan niat saya untuk mencari salah sesiapa. Saya tidak salahkan Datuk Sri Najib atau Datuk Seri Noh. Saya faham, mereka berdua adalah orang yang berkerja. Bab kerja mereka kita tidak boleh pertikaikan lagi. Cuma masa dan bebanan tugas yang banyak yang menjadi halangan kepada mereka.

Dipendekkan cerita, apa yang saya hendak beritahu disini ialah,jika boleh, saya mengesyorkan agar Datuk Noh dapat mengundurkan diri seketika dari jawatan Menteri Pertanian. Ini kerana faktor masa dan bebanan tugas yang banyak yang menjadi halangan kepada beliau untuk memberi tumpuan kepada BN Selangor.

Tugas yang disandang oleh Datuk Seri Noh sekarang bukan sedikit, tetapi banyak. Antaranya ialah Menteri, MT Umno, Ahli Parlimen, Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Timbalan Pengerusi BN Selangor dan mungkin ada yang lain-lain lagi. Itu belum lagi dikira jawatan-jawatan dalam NGO, jika ada. Ini semua yang menjadi halangan kepada beliau untuk mengemudikan BN Selangor dengan lancar.

Seperti yang kita semua tahu, Datuk Seri Noh memang seorang yang berkemampuan untuk menolong Datuk Seri Najib mengemudi BN Selangor. Kita perlukan beliau. Cuma tumpuan yang menjadi halangan kerana faktor bebanan tugas yang banyak.

Jalan yang terbaik adalah Datuk Seri Noh berundur dulu seketika daripada jawatan Menteri dan beri tumpuan seratus peratus terhadap BN Selangor. Secara peribadi saya amat risau dengan keadaaan BN di Selangor sekarang, jika tidak diberi perhatian yang rapi. Saya amat bimbang jika BN terlopong lagi di Selangor dalam PRU 13.

Kepada Datuk Seri Noh, saya berharap agar Datuk Seri sudi menimbangnya demi kepentingan Agama,Bangsa dan Negeri. Sesungguhnya kami tidak rela melihat kerakusan-kerakusan kuasa DAP dan PKR terus bermaharajalela di bumi Selangor. Berundurlah setapak ke belakang, untuk mara seribu tapak ke hadapan.

9 comments:

hanizam said...

bro, aku suka lu punya komen:

adun umno yang kena gantung 6 org je.. dalam gambar ada lebih kurang 5 orang..balance pergi mana ?

main jongkang jongket kot

bagi aku, balance yang hilang tu sedang mengangkang serta main jongkang jongkit dengan bini masing-masing kat umah...tu kalau ada nafsu lagilah...

kot ada tengah berseronok kat medan ke, kat CHINA, kat danok @ pattaya @ hadyai...kan dah jadi tabiat kalau free...kalau dorang ni turun je kat airport, kasi kaw-kaw ramai-ramai....

mangkuk ayun punya YB, woi malaun, PR pegang selangor sekarang ni, takan nak tidor lagi kot...makan elaun buta je korang ni...jangan harap nak dapat balik selangor...

DS Najib, Noh Omar & Khir Toyo...

korang bangunkan YB-YB yang sedang berbulan madu ni...

hanizam said...

tang tu aku sokong..manerlah tau, PRU 13 nanti kena tanding DUN lak...Khir Toyo pergi Parlimen...ada peluang jadi MB...senang skit nak libas exco & YB yang malas....

jangan ko jadi macam YB lain dah le ye...

GOMO said...

salam bro..aku tak setuju jika Dato Noh berundur. Menteri tetap menteri cuma kena jalankan lebih kerja dalam hal ni.

pandangan ikhlas buat Selangor

Jeffry said...

SUDAH TIBA MASANYA DATO NOH MEMIKIRKAN SEDALAM2NYA UTK MEMBUAT KEPUTUSAN SAMA ADA MELEPASKAN JAWATANNYA DAN KEMBALI MEMPERKUATKAN UMNO ATAU MENERUSKAN TUGAS BELIAU SBG MENTERI KABINET.

SEMUA ORG TAU AKAN NASIB NEGERI SELANGOR YG TAK MENENTU. DATO HARUS SEDIA MEMBUAT KEPUTUSAN SECEPAT MUNGKIN. INI MELIBATKAN MASA DEPAN RAKYAT DAN KESEJAHTERAAN NEGERI SELANGOR KHUSUSNYA.

TINDAKAN DRASTIK HARUS DI AMBIL SEBELUM NASI MENJADI BUBUR. FIKIRKAN LAH DATO SERI!

raha said...

mungkin sudah masa nya ..kiter perlukan idea-idea dan pengalaman TUN Mahathir dalam merencana strategi dan pengalaman beliau untuk memacu UMNO SELANGOR.
PRU 13 akan tiba dlm masa 2 tahun...
sekiranya tidak ada usaha yang perlukan dilakukan untuk memenangi hati rakyat.maka nasib negeri selangor akan lebih parah.

tugas utama :

1. mengantikan pemimpin-pemimpin dalam BN yang bermasalah atau dikaitkan dengan projek-projek bermasalah.
2. memberi lebih ruang pada golongan muda untuk ditampilkan sebagai pemacu UMNO samada di negeri, bahagian mahupun cawangan.
3. mengaturkan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan bersama penduduk-penduduk kawasan masing-masing. tidak kira kawasan UMNO mahupun PR
4. blogger-blogger dan setiap ahli UMNO perlu bekerjasama dalam memaparkan isu-isu yang berlaku dalam negeri selangor dan memberi maklumat yang tepat dalam menjelaskan segala tuduhan-tuduhan yang dibangkitkan oleh kerajaan PR.
5. meneruskan usaha-usaha menyelesaikan permasalahan rakyat tanpa mengendahkan masa ada kawasan itu kawasan BN atau PR.
6. memulakan "perang saraf" dengan PR.
7. memaklumkan secara secara terperinci apa yang akan dilakukan sekiranya BN dapat menawan negeri Selangor. terutama membela nasib kaum MELAYU, CINA , INDIA dan KAUM LAIN-LAIN
8. mengeratkan jaringan diantara cawangan-cawangan di seluruh selangor.

Banyak lagi idea yang bole dilakukan mulai sekarang sehingga PRU 13. sekira tidak dilakukan , ditakuti UMNO akan tewas lagi di negari Selangor.

Anonymous said...

sokong bro RBF...Hidup Dato' Noh..Pemimpin pembela rakyat...

matrengganu said...

Adun2 Umno Selangor memang pemalas. Dari dulu lagi. Baru tau ke yang langit tu tinggi ?

Kenn said...

Dear Sir,

"RACISM

"Saya berharap semua ahli DAP berhati-hati dalam menjalankan gerakan kita. Kita semakin hampir dan DS Anwar Ibrahim tidak boleh berbuat apa-apa. Ingat, gerakan kita adalah untuk anak bangsa kita yang selalu dikeji oleh Melayu. Ayuh, bangsa Cina, kuasai dan rebut apa yang Melayu tidak mampu. Jangan kita terhutang budi dengan Melayu...."

~ LIM GUAN ENG"

Anonymous said...

Cadangan yang diberi amat bagus,tapi dari pengamatan saya adalah lebih baik diberikan kepada mereka yang benar-benar arif akan negeri Selangor sendiri. Seorang yang baru atau pun muka lama, bersih dan bebas dari kontroversi serta lantang menegakkan keadilan.

Suara Dato' Noh lantang begitu juga dengan pandangan dari Tun Dr. M. Tapi yang merunsingkan tentulah tuan punya badan sama ada sudi untuk melepaskan jawatan menteri atau kembali ke arena politik untuk merampas semula Selangor dari PR yang memang sedang kepanasan seperti cacing sekarang ni.

Perlu diingat, PR memainkan isu baru selepas satu isu dikritik hebat oleh media, bloggers dan juga rakyat negeri dibawah PR. Itu belum lagi macam2 bukti yang dikeluarkan dalam youtube dan sebagainya.


Dengarlah wahai MP dan ADUN BN Neg Selangor yang sedang berasmara dan masih tiada idea, lawatilah tempat/kawasan anda dan juga kawasan-kawasan lain. Berilah ceramah dan penerangan seperti yang dibuat oleh parti lawan. Tunjukkan bukti UMNO, MCA, MIC dan BN masih boleh menjadi kawan kepada rakyat Selangor.

Jika tak boleh guna masjid, gunalah dewan UMNO yang banyak bersepah kat negeri Selangor tue. Gunalah dewan MCA, MIC dan dewan sebagainya. Dekat belakang umah aku, Dewan UMNO lalang tumbuh panjang, dewan tak digunakan... Sungguh membazir dan tiada semangat juang seperti ahli politik zaman dahulu. Walaupun zaman berubah tapi semangat perjuangan haruslah kekal kental sehingga ke akhir nyawa badan. Jangan sampai anak cucu seperti saya akan merana dimasa hadapan.

Tarik dan pujuk kembali hati rakyat. Selangor sekarang ni dahagakan keadilan. Tunjuklah wahai ADUN dan MP bahawa keadilan adalah di bawah BN dan bukan dari parti lawan. Tunjukkanlah ISLAM itu benar di bawah UMNO dan bukan dibawah parti lawan yang menghalalkan benda yang sememangnya haram. ADUN dan MP BN harus bercakap jujur. Jangan mencari salah sesama sendiri. Fahami kontrak sosial, Jus Soli serta perlembagaan. Jangan sebarang cakap sebab yang ruginya rakyat dan orang Melayu sendiri.

Sekarang dana MARA pun dipersoalkan, soal bina masjid pun dipersoalkan. Duit baitulmal pun nak digunakan.

Selepas ni berapa banyak lagi akan dipersoalkan.

Lihat sahaja pegawai2 pejabat tanah dan majlis perbandaran sekarang semuanya seperti ditarik hidung oleh ADUN2 PR. Gara-gara penyapu dan idea tak bernas pemakan tempe jadinya beginilah.

Lihatlah, berapa kerat syarikat asing yang nak sangat beroperasi di Selangor. Lihat berapa banyak jalan berlubang dekat kawasan perumahan. Duit untuk pembangunan semuanya disekat oleh kerajaan PR. Mungkin nak buat modal untuk PRU akan datang. Cari dan bongkar kegunaan wang kerajaan negeri Selangor.

Jangan sampai Tuanku Selangor murka sebab titahnya tidak dilayan dan didengar, Jangan sampai pub bersepah dekat Shah Alam dan yang penuhkannya semua anak ADUN dan anak MP BN.