Friday, December 25, 2009

GUAN ENG KKK CAKAP IKUT SEDAP MULUT

Pepatah melayu berkata, cakap siang pandang-pandang, cakap malam bisik-bisik. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata akta hasutan menanti. Mungkin juga pepatah melayu tidak difahami oleh DAP selama ini, kerana mereka semua memang anti melayu.

Lim Guan Eng (kkk) akan disiasat oleh polis berhubung satu kenyataan yang bersifat menghasut berhubung insiden kematian Teoh Beng Hock yang diucapkannya pada Konvensyen Pakatan Rakyat (PR) minggu lalu. Rujuk di sini

Sepertimana yang kita semua tahu, sehingga kini punca kematian Teoh belum diketahui lagi. Inkues kes ini juga masih belum selesai . Bagaimana mungkin Lim Guan Eng boleh mengambil alih tugas koroner dan mengatakan Teoh dibunuh. Koroner yang sedang mendengar kes tersebut pun belum tahu lagi keputusan, tetapi Lim lebih awal tahu.

Undang-undang di negara kita jelas, bahawa sesuatu kes yang sedang dalam perbicaraan di Mahkamah tidak boleh diperkatakan di luar Mahkamah sehingga kes tersebut selesai. Jadi, tolonglah hormati undang-undang. Selama ini DAP sering membuat tuduhan kononnya kerajaan BN tidak menghormati undang-undang, tetapi dalam masa yang sama mereka sendiri sebenarnya yang tidak patuh pada undang-undang. Minggu lepas perkara yang sama juga berlaku dalam kes Anwar Ibrahim di Masjid Shah Alam, yang mana mengundang Ketua Pemuda PKR Selangor bermalam tiga hari dalam lokap.

Daripada hari pertama Teoh mati sehingga ke hari ini DAP,PKR dan PAS tidak putus-putus membuat tuduhan demi tuduhan kononnya Teoh telah dibunuh oleh SPRM. Malah ada sesetengahnya yang menggelarkan SPRM sebagai Suruhanjaya Pembunuh Rakyat Malaysia. Perhimpunan perkauman juga telah dibuat di Stadium Kelana Jaya beberapa hari selepas Teoh mati, polis tidak mengambil apa-apa tindakan pun kerana kes tersebut belum bermula di Mahkamah.

Tetapi sekarang,apabila kes telah bermula dan masih berjalan di Mahkamah, polis terpaksa bertindak. Sebenarnya mereka-mereka jugalah yang mengundang polis supaya bertindak terhadap mereka. Apabila polis bertindak maka polis pula yang dilemparkan pelbagai tuduhan. Sila rujuk komen-komen di link ini.

Saya tidak kisah jika orang yang membuat tuduhan sebegitu adalah adalah ahli-ahli parti yang biasa atau blogger-blogger jalanan yang kemungkinan tidak faham atau tahu undang-undang. Ini tidak, seorang pemimpin yang memegang jawatan yang tinggi dalam parti dan memimpin sebuah negeri yang melakukannya. Nampak sangat bodohnya.

Jika minggu lepas Lim boleh mengatakan Utusan Malaysia sebagai penjahat. Sekarang saya pula mengatakan yang Lim Guan Eng lebih teruk dari penjahat dan penjenayah. Rakyat sudah beri peluang menjadi pemimpin, maka bertindaklah sebagai seorang pemimpin, bukannya masih bertindak sebagai seorang orang kaki lima. Malang sungguh orang Pulau Pinang dan ahli DAP kerana dipimpin oleh seorang bekas banduan.

Kita semua harus merakamkan ucapan tahniah kepada Polis Selangor yang mana telah bertindak terhadap mereka-mereka yang suka mencabul Mahkamah. Selama ini banyak pihak yang terlepas pandang tentang perkara ini. Anwar Ibrahim sendiri atau pendekar-pendekar tempangnya sudah menjelajah seluruh negara berceramah tentang kes liwatnya yang sedang berjalan di Mahkamah. Tetapi setakat ini tidak nampak satu tindakan yang diambil, melainkan di Shah Alam minggu lepas. Harap pihak berkuasa dan Mahkamah sendiri dapat membuka mata tentang perkara ini.

Saya amat tertarik dengan dua komen diatas yang disiarkan oleh Malaysia Insider. Saya pun tak tahulah setakat mana akal fikiran dua orang penghantar komen berkenaan.

Komen pertama dari William, beliau mengatakan pakar patalogi Thailand lebih awal membuat kenyataan umum kononnya 80 % kemungkinan Teoh dibunuh.

Kenapalah William bodoh sangat (diperbodohkan oleh aku di hari kau meraikan krismas). Dr, Pronthip tidak membuat kenyataan umum, tetapi memberi keterangan dalam Mahkamah. Tidak salah dia berkata demikian ketika sedang memberi keterangan dalam Mahkamah, bukannya dalam konvesyen PR (Peliwat Rakyat). Rujuk di sini

Komen kedua pula Anak Perak tentang Utusan Malaysia menggunakan perkataan 'keling' dan 'bangkitlah melayu'

Perkataan keling adalah perkataan yang diiktiraf dalam kamus Dewan Bahasa. Tidak salah menggunakan perkataan demikian. Jika kamu semua nak tunjuk baik sangat, mintalah Lim Guan Eng tukar nama jalan Masjid Kapitan Keling di Pulau Pinang. Tentang bangkitlah melayu juga tidak menjadi kesalahan kerana sejak belum merdeka sehingga kini Utusan Melayu adalah adalah wadah perjuangan orang melayu. Kami sebagai orang melayu mana tahu jika surat khabar cina tulis 'bangkitlah cina' atau menghentam melayu kerana majoriti orang melayu tidak boleh membaca bahasa cina.

Sebagai penutup saya berharap agar pasukan polis kita bertindak dengan tegas terhahap mereka-mereka yang suka membuat tuduhan-tuduhan membabi buta. Jangan biarkan kaduk terus naik junjung. Undang-undang harus ditegakkan. Tuduhan demi tuduhan oleh DAP,PKR dan PAS terhadap polis tidak akan berhenti waima karpet merah sekalipun yang dibentangkan untuk menyambut mereka ketika datang memberi keterangan di Balai Polis ataupun bilik lokap bertaraf hotel lima bintang. Mereka tetap akan tuduh polis jahat atau polis bias. Memang sejak azali lagi mereka dilahirkan untuk menjadi pemfitnah. Biarkan mereka. Mereka tidak mewakili majoriti rakyat Malaysia. Majoriti rakyat masih lagi menyokong PDRM.

Masih ingatkah anda tentang kes ketuk ketampi di Balai Polis dalam daerah Petaling Jaya beberapa tahun dulu ? Sehinggakan kerajaan terpaksa menghantar wakil ke China untuk meminta maaf. Alih-alih orang kita sendiri. Siapa yang membuat tuduhan tersebut ? Tak lain tak bukan DAP juga. Tapi lebih malang lagi masih ada lagi melayu-melayu yang sanggup menjadi si kitul kepada DAP dan Teresa Kok walaupun sudah jelas si nyonya yang tidak membasuh berak itu seorang penipu besar. Kata tak percaya pada polis, tapi sikit-sikit buat laporan polis. Rujuk di sini dan juga di sini.


Wajah-wajah si kitul melayu bersama nyonya yang tak basuh berak.


15 comments:

Anti Hipokrasi said...

Salam,
Saudara faisal, dulu saya penyokong kuat BN/UMNO, tapi lepas lama membaca dari blog saudara, lagi2 tentang pengambilalihan Selangor oleh Umno dulu tu, saya rasa saudara ni banyak menipu. Apa jadi dgn WE HAVE THE NUMBERS? Markas saudara yang nampak federal highway tu ada lagi ke? Betul la pasal artikel saudara ni, terlajak kata mmg parah. Sila komen pasal WE HAVE THE NUMBERS boleh tak?

Madi said...

RBF - apa yang nak di hairan dengan Melayu ni, terutama Melayu si Kitul, sebab Tun Mahathir pun pernah berkata bahawa Melayu ni mudah lupa. selagi soru tak mis, selagi itulah Melayu akan mudah lupa.

ruang bicara faisal said...

kpd anti hipokrasi

w.salam

dulu saya penyokong kuat pkr dan pas,tapi selepas lama ditipu oleh anwar dan pas dalam isu 16 september tentang pembentukan kerajaan baru pr maka saya tnggalkan pr. Saya bukn RASA ,RASA lagi yang anwar dan pas tu penipu tapi memang dah sah.Apa jadi dgn WE HAVE THE NUMBERS yg diuar-uarkan oleh anwar dulu ?

Misi mengejar ke taiwan apa cerita ? yg sedap elizabeth wong dan tian chua juga kerana dpt honeymoon di taiwan.

Betul la kata saudara ni, terlajak kata mmg parah. Sila komen pasal WE HAVE THE NUMBERS 16 sept boleh tak?

Anti Hipokrasi said...

Salam,
Dulu saya penyokong BN/UMNO, sekarang ni siapa pun saya tak sokong. Sebagai jawapan kepada soalan saudara, 16 Sept Anwar tu pun sama, We Have The Numbers saudara nak take over Sgor pun sama. So semua mmg kaki penipu. Betul tak? Saudara ni mmg dah confirm la menyamakan diri dgn Anwar tu? In directly saudara mengaku yang saudara menipu sebab Anwar boleh menipu? Patut la rakyat menyampah dgn BN and PR pun. Berani mengaku saudara mmg tipu and syok sendiri pasal nak take over Selangor tu? Anwar tu mmg kita dah tau Penipu, takkan nak ikut kot...sila la jawab

Anonymous said...

entah-entah lge ni tahu sape bunuh tbh tapi nak lindungi orang dia yg buat kerja tu lge tuduh le orang lain, biasale dah dasar dap dan yg sewaktu denganya dah buat keje busuk kata orang lain buat nak cover lah tu.

YANG GAMBI said...

Salam RBF, komunis DAP ni sudah merasakan kuasa ditangan dia.... patut digantung saja mengikut akta-akta yang ada...... tapi LGE biadap ni berani kerana Melayu-Melayu yang mabuk kuasa ada dibelakangnya......

Anonymous said...

bro, komen psl ni http://taipingmali.blogspot.com/2009/12/pendedaha-panas-dari-ipoh-mengenai.html

http://taipingmali.blogspot.com/

kasi sedar skit PAS pis pus tu..

Anonymous said...

alahai anti hipokrasi, nak kata awak ni bodoh, memang ketara sangat bodohnya pon..rbf cuma membuat satu parodi sahaja..yang hang pi percaya bulat tu kenapa? nampak sangat laa hang ni lahir dari bontot sebab bodoh sangat bleh percaya cakap orang..no wonder laa hang ni sokog kuat parti yang suka main bontot hahaha...bodoh mengalahkan lembu...

Anti Hipokrasi said...

Anon 7.35,
Bila masa aku sokong anwar? Aku just cakap org mcm RBF ni , perangai dia pon sama nak jadi penipu mcm anwar, apa yang ko merepek ni? Ko dah tk tau nak jawab apa, ko mengarut cakap takde isi ni apahal? Susah sgt ke RBF nak mengaku yang dia just tipu pembaca je, or tak pon mengaku la its just parody mcm ko ckp, dia ada cakap ke? Ni lah org yg takde otak bile menulis, ntah2 ko ni RBF jadi anon sebab dah tak boleh nak jwb kan??? Kebenaran mmg pahit ditelan kan..(Bak kata parpu..)

Anonymous said...

ini blog ahmad rbf yg punya..itu dia punya suka la mau letak apa.kalau hang boleh kata sedara rbf tipu.hang kata la jugak kat anuar ka sapa ka yg duk tabur janji xsudah2 tapi habuk apa tarak.ni duk nyalak mcm anjing nyalak bukit ni ape kes.berkesan jugak la perang psikologi sedara rbf buat.strategi tu penting beb.kalau x hangpa pn xkena juai dgn Brader Anuar Bin Ibrahim..kah kah kah.. DAP memang bangsat dan memang haram jadah.lagi haram jadah pada org Melayu yg pulun sokong depa..xhabih2 nak salahkan polis..tapi bila rumah hangpa kena masuk pencuri hangpa pi cari polis wat laporan..awat tak cari tok guru atau lim kkait siang siang tu.xpun brader hangpa si anuar tu. kah kah kah..

ruang bicara faisal said...

kpd anon 9.31

terima kasih.... sampai sekarang mereka masih takut dgn apa yang buat dulu. itu psywar namanya. saya tak kisah dituduh penipu. saya bukannya pemimpin yg dijulang-julang. saya hanya blogger jalanan. lebih malu adalah seorang pemimpin yang dijulang-julang yg menipu pengikutnya.

Anonymous said...

ramai duk kata sedara rbf penipu tapi depa buat xnampak pemimpin yg pungkoq dijulang depa tu yang mula promosikan tagline tu.sama jugak yg duk kata nak lompat parti..pastu bila geng depa plak lompat mula la duk kata itu ini.yang simple tarak mau pikiaq .nak cari yang susah jugak..itu lah nasib penyokong PR yg langsung tatau apa depa sokong.
org mcm ni sennag je nak label..makan politik.tido politik.mandi politik.minum politik.last2 jilat taik...wakakaka

Anonymous said...

anon 9.31, sorry yer rbf tak sebodoh macam hang nak jadik anon..dia berani menulis apa yang ida rasa patut..benda ni simple jer, kalu hang takde interest dengan apa yang dia tulis, hang jangan bukak blogs ni atau beri apa2 komen..bila hang beri komen yang menampakkan hang macam budak baru belajar tapi memang tak pandai2, nampak sangat hang tu ada interest nak porak perandakan pembaca blogs ni...jangan ingat kami ni bodoh....let say satu hari rbf cuba mislead pembaca, of course awal2 kami akan sedar...sorry laa, rbf bukan anwar yg suka menipu2 tka habis, dan kami bukan pembaca yang bodoh macam awak datang sini nak komplen macam2...anggapalah apa yang rbf cakap kat sini pahit dan awak susah nak telan..tu yg awak komplen bagai nak rak tapi nampak bodoh..haha..

Anti Hipokrasi said...

Meh aku nak bagi statistik sikit kat korang yang bebal dan tak suka pakai otak sgt ni. Psywar ? Sama je ko dgn Anwar penipu tu. Statistik pengundi kat Msia ni lebih kurang mcm ni la, 40% kat BN , 40% kat PR, 20% lagi penentu kat org atas pagar macam aku ni yang dulu kuat sokong BN. Yang nak menipu ikut mcm Anwar tu apasal? Lagi memburukkan keadaan ada la, lagi ramai org lari dari BN ada lah! Susah sangat ke nak admit yg ko ni tipu org , tak habis2 nak cakap psywar la, kenapa nak ikut tgk Penipu besar tu. Anwar tu pon buat psywar ke?

Adnan said...

hihihi... wei anti hipokrasi.. Bukti mana wei.. bg statistik konon, mana link? nak gak kami tengok..