Monday, December 28, 2009

KASIHAN DIA ! NIK AZIZ DITINGGAL BERSENDIRIAN.

Sama tapi tak serupa !
Cari sepuluh perbezaan pada gambar ini.


Setelah membaca tulisan anak betina Nik Aziz di Malaysiakini timbul pula perasaan kesian kepada Nik Aziz dan keluarganya. Dulu, bila nak dipilih sebagai calon, semua berebut datang dan cium tangan 'tok guru'. Sekarang bila dah menang dan dah ada pelbagai jawatan, semua pakat cabut lari disaat 'tok guru' berdepan dengan masalah laki Nik Amalina.

Pokok nyiur baru bongkok
Kura-kura mula meniti
Tok guru belum bongkok
Anak buah habis lari

Tinggallah anak dan menantu yang mempertahankan 'tok guru' dan 'Kerajaan Islam' Kelantan kononnya. Podah chit.... Bukan kerajaan Islam, tapi kerajaan yang menggunakan Islam untuk kepentingan politik.

Sikit hari lagi anak menantu pula cabut lari bila berak mula berciciran. Rumah kebajikan masyarakat pula yang menjadi mangsa. Begitulah nasib, bila sudah jadi orang tua yang mula nyanyuk.

Seperti yang saya pernah kata sebelum ini. Kehadiran dan campurtangan anak betina Nik Aziz dalam dunia politik Pas memudahkan kerja kita semua untuk menghancurkan Pas. (Rujuk di sini)

Kita juga boleh melihat wajah sebenar anak seorang 'tok guru' samada menepati atau tidak ciri-ciri Islam yang diperjuangkan oleh Pas selama ini. Nampaknya tidak sama sekali. Duniawi juga yang dikejar oleh mereka. Kehilangan jawatan besar yang disandang oleh suami membuatkan dia bertukar daripada seorang muslimah kepada seorang betina.

Kita juga kena faham, bila Nik Amalina kata tiada pemimpin Pas pertahankan bapanya, maknanya dia nak mereka pertahankan bapanya. Bila mereka pertahankan Nik Aziz, maknanya mereka turut sama pertahankan Ariffahmi. Itu yang Nik Amalina mahu sebenarnya. Kalau boleh biar suaminya terus kekal di tampuk kuasa PMBK.

Apa yang terjadi semua ini adalah kifarah dari Allah untuk menunjukan kepada kita semua bahawa selama ini Pas memang sebuah parti yang tak betul. Parti yang menggunakan agama untuk kepentingan politik. Bukan syurga yang dikejar oleh mereka dan juga bukan Islam yang hendak ditegakkan dengan betul, tetapi kuasa dan pitis (wang) yang dikejar oleh mereka.

Kepada Nik Amalina pula, sesungguhnya saya dan rakan-rakan amat bersyukur dengan kehadiran anda dalam dunia politik tanahair. Ianya amat membantu kami. Dan ketahuilah oleh mu yang sememangnya suami kamu adalah seorang penipu. Penipu yang telah menipu peniaga-peniaga di sekitar Kota Bharu (rujuk di sini).

Ketahui juga oleh mu bahawasanya suami kamu itu seorang yang pijak semut pun tak mati di depan kamu. Di Kota Bharu,nak bergambar dengan kakitangan wanita secara berkumpulan pun tak boleh. Alim lah kononnya. Tapi di luar Kota Bharu, senyum memanjang bila dapat bergambar dengan perempuan,siap menjerit-jerit lagi minta gambarnya bersama perempuan bukan muhrim dirakam (rujuk di sini).

Lain kali kalau nak pertahankan suami pun, periksa betul-betul dulu siapa suami kamu sebenarnya. Jangan pula'kejahatan' suami kamu turut terpalit kepada kamu. Jantan,ada pelbagai jenis jantan walaupun serban sebesar bakul. Atas katil bila bersama bini dia lain, tapi bila di luar dia lain pula.

Sedarilah oleh kamu bahawasanya, suami tidak mencintai kamu 100 %. Dia berkahwin dengan kamu kerana 'mencintai' kuasa yang ada pada ayah kamu dan juga wang ringgit. Kamu hanya sebagai 'transit' sahaja. Kenapalah kamu terlalu mudah diperbodohkan oleh musang yang berbulu ayam. Saya sendiri, sekilas pandang pun sudah boleh menilai muka Ariffahmi. Tetapi kamu sebagai seorang anak 'tok guru' yang semestinya mempunyai ajaran-ajaran Islam yang lengkap ,tak mungkin tidak dapat menilai peribadi suami kamu sebelum berkahwin.

Benarlah kata-kata sesetengah orang, lagi tinggi ilmu seseorang wanita, lagi pendek akal fikirannya. Kebanyakan wanita-wanita yang diperdayakan oleh lelaki atau wanita yang musnah rumahtangganya adalah wanita yang berilmu tinggi atau wanita yang 'bercakap pandai'. (Saya tidak kata semua wanita yang berilmu tinggi jadi begitu) .

Kepada BN Kelantan, cahaya di hujung terowong sudah mula nampak. Pastikan anda merangkak keluar dengan sempurna. Jangan pula melecet kepala lutut dan tapak tangan ketika sedang merangkak di tengah-tengah terowong. Jangan lupa ucapkan terima kasih kepada keluarga Nik Aziz...

Update:
Taipingmali punya ulasan lebih panas walaupun pendek
. Rujuk di sini
Luahan anak Nik Aziz undang kritikan balas. Rujuk di sini

8 comments:

Anonymous said...

HELLO!!!!!!!!!

WEY CUBA KALO ANAK KAU KENE PANGGIL ANAK BETINA, BINI KO BETINA..
APE PERASAAN KO???~!!!!!

ESOK KO GAK KAWIN NGN BETINA, DAPAT ANAK BETINA..

AGAK-AGAK LA BAI..WAT BLOG NAK PAHALA KE DOSA???!!

SEDAR AAR SENDIRI!!~

-ANAK MUDA-

ruang bicara faisal said...

kawan-kawan semua, pencacai pas dah panas. sebelum ini pelbagai tuduhan mereka lemparkan kepada ds rosmah mansor tak mengapa. sekarang kita bg mereka sikit saja, mereka dah mula panazzzz....ha ha ha

ruang bicara faisal said...

bukan setakat tuduhan demi tuduhan malah kata2 hina. contohnya bini puaka dan lain2 lagi.

mungkin sepupu atau laki nik amalina sendiri yg hantar komen diatas.

bro,lain kali kalau tak nak org mengata pd kita, kita jgn mengata pd org

Jeffry said...

MUNGKIN NIK AMALINA DH BIASE RASE MEWAH DGN KEDUDUKAN SUAMI BELIAU. TP BILA ALLAH TARIK BALIK KEMEWAHAN TU, BARU DIA TERASE TINGGI RENDAHNYA LANGIT TU. PAK AJIS PUN MUNGKIN LUPE DIA BKN SELALU AKAN BERADA KAT ATAS

Anonymous said...

wei brok.....
aku ni bukan pencacai pas ke,,
saudara nik amalina ke...
aku ni orang islam la brok......
agak 2 la bai
klu rosmah tu..
ko blh pikir sendiri l;a logik dy..
JANGAN BUKAK AIB SENDIRI LA.....

ANAK MUDA

Anonymous said...

salam..
apa la nak kecoh sangat pasal betina jantan ke apa. kalau ko duk kat kelantan, bahasa sana memang panggil orang perempuan ni "ore TINO" dari perkataan asal betina, kalu orang lelaki jadi "ore JATE" dari perkataan asal jantan. da memang bahasa diorg kat sana gitu.bahasa yang kasar dalam alunan yang lembut la konon.apa nak marah pulak kalau org luar sebut lagu tu jugak..hahaha..marah x tentu pasal.sooo emosional

aliffnajmi said...

Salam semua.
Kpd Anon 12:41 a.k.a. ANAK MUDA... knp ko nak panas emo tak tentu pasal plak ni?
Hahahaha... cubit peha kanan terasa kat telinga kiri ker?

Tgk sndri cara ko tegur RBF ni ada adab ker?
Bahasa ko tu elok sgt ker?
Salam takder.
Bapak amalina ajar ko masuk umah orang merempan hentam keromo camtu ker?

Hayati yg rfb tulis tu... kalau berani mempuakakan org sana-sini, kena bersedia juga kena hentak balik.

Jgn jumud sgt, korang bukan maksum.
Jgn asyik hentam org walhal ekor sndri penuh gelumang ngn taik.

Btw, betul kata anon 1:12 tu... TINO & JATE tak der masalah kt kelantan.

Adnan said...

cayalah korang.. kepada anak muda, itulah kalo hendak masuk perang, sediakan peluru secukupnya... jgn hentam keromo jer.. So kepada anak muda seperti saya juga, baca dan dalami apa yang rbf katakan.. selak dan kaji jika salah perbetulkan.. masuk2 nak hentam jer.. agaknya kalo ko dah kawin, musti main balun jer, xde sentuhan manje dsb.. cian isteri ko..hihihi