Tuesday, December 8, 2009

KUASA ALLAH DIJADIKAN ALASAN MUDAH OLEH NIK AZIZ

Gambar dipetik dari Agenda Daily

Nik Aziz melawat tempat kejadian semalam
Petikan dari harakah daily (rujuk disini)
Petikan dari Utusan Malaysia (rujuk di sini)

Andaikata kejadian kereta jatuh di KB Mall dua hari lepas berlaku di negeri-negeri yang diperintah oleh BN, maka akan gegak-gempitalah suara-suara iblis dan lidah rasmi syaitan menjerit-menjerit kononnya rasuah telah berlaku dalam pembinaan bangunan terbabit atau projek kroni. Itu ayat lazim mereka. Contoh: Kes bumbung Stadium runtuh dan jambatan gantung Kuala Dipang.

Tapi disebabkan ianya berlaku di negeri yang diperintah oleh tok gAru maka kuasa Allah dijadikan alasan. Ya benar ! kuasa Allah yang menentukan segalanya, kita sebagai orang Islam tidak boleh nafikan kuasa Allah. Samada sesuatu kecelakaan atau kemalangan itu besar atau kecil, kuasa Allah yang menentukan segalanya.

Tapi, kena ingat satu perkara. Allah bagi kita akal fikiran untuk berfikir, maka kita kena fikirlah. Jangan bagi alasan yang terlalu mudah, iaitu kuasa Allah.

Saya bagi satu contoh yang ringkas , kita bina sebuah rumah yang besar di kawasan tanah gambut, tanpa memasang tiang cerucuk, setelah siap dan kita telah pun mendiami rumah tersebut ,tiba-tiba rumah tersebut mendap dan runtuh. Adakah kita boleh bagi alasan itu kuasa Allah ? Allah bagi kita akal fikiran, Allah telah jadikan, kita seorang Jurutera, Arkitek, Perunding bangunan,Menteri Besar,Exco dan pelbagai lagi, maka kita haruslah berfikir menggunakan akal fikiran yang dianugerahkan oleh Allah bagaimana untuk membuat supaya rumah tersebut tidak runtuh. Bukannya guna jalan pintas, salahkan kuasa Allah.

Begitu juga situasi di KB Mall, sepatutnya bahagian dinding yang dirempuh oleh kenderaan tersebut tempohari mempunyai besi penghadang di bahagian dalam, bukannya sekadar ikat bata dan 'plaster' sahaja. Jika ada besi penghadang di bahagian dalam, saya yakin kereta tersebut tidak akan menjunam jatuh ke bawah tempohari. Oleh kerana tiada besi penghadang , itulah sebab ianya boleh jatuh sehingga ke dalam bangunan KB Mall.

Tragedi yang sama pernah berlaku di tempat letak kereta tingkat 2 sebuah hotel di Pelabuhan Klang, Selangor beberapa tahun yang lepas (mungkin lima tahun lepas) . Cuma yang berbeza, kenderaan terbabit jatuh ke bawah di bahagian luar bangunan dan pemandunya mati. Hasil siasatan yang dijalankan, mendapati , tiada besi penghadang dipasang dalam tembok terbabit. Tetapi, Alhamdullilah MB Selangor pada masa itu, tidak menjadikan kuasa Allah sebagi alasan utama.

Agak melucukan bila Nik Aziz berkata dinding yang dirempuh tersebut begitu tebal. Ya, saya setuju ianya tebal, tetapi tebal tidak bermakna kuat. Itu dua situasi yang berbeza. Sekoyang-koyang saya yang kabur dalam bidang pembinaan pun boleh berfikir. Jika kita melihat apa yang dipaparkan oleh media masa, dinding tersebut hanya diikat dengan bata dan di 'plaster' di bahagian luar sahaja. Di bahagian dalam tidak di 'plaster'.

Tebal tidak beerti kuat, lainlah jika dinding tersebut dikonkrit dan diletakkan besi di bahagian dalam. Setakat bata yang dibuat oleh tanah liat dan simen 'plaster' nipis boleh lah dikatakan tebal,tetapi kuatnya tidak. Dengan penukul yang seberat 50 kg dan dihentak dua kali pun boleh pecah, apatah lagi bila dirempuh dengan kereta yang entah berapa ribu kilo beratnya. Mungkin dinding tersebut 'tebal' jika sekadar dirempuh oleh sebuah basikal, tetapi tidak oleh sebuah kereta.

Saya tidak berminat untuk mengaitkan kejadian ini dengan doa bala yang dipohon oleh Nik Aziz telah kembali kepada mereka sendiri. Walaupun ada beberapa teman yang mengaitkan demikian. Itu pendapat masing-masing. Kemalangan dan kecelakaan boleh berlaku dimana-mana sahaja hatta dalam bilik tidur kita sekalipun. Kita juga harus menjaga perasaan ahli keluarga si mati yang sedang bersedih dengan kehilangan orang tersayang.

Cuma apa yang saya hendak beritahu disini ialah, kematangan dalam memberi alasan antara Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin BN. Bukannya tidak pernah berlaku kemalangan atau kecelakaan di negeri-negeri yang diperintah oleh BN, tapi tidak pernah kita dengar pemimpin-pemimpin negeri terbabit memberi alasan itu semua kuasa Allah. Terbaru adalah tragedi jambatan runtuh di Kuala Dipang, Perak.

Tidak pernah terpacul pun dari mulut Tan Sri Muhyiddin Yasin dan MB Perak, Datuk Seri Dr.Zambry Abd Kadir yang itu semua kuasa Allah. Sebaliknya, Dr.Zambry telah mengeluarkan kenyataan, siasatan akan dijalankan secara rapi dan tidak ada sesiapa yang terkecuali jika terbukti mereka melakukan kesilapan.

Jika Nik Aziz dan juak-juak Pas tetap berkeras dan tetap mengatakan tragedi KB Mall adalah kuasa Allah ,maka saya ingin mengajak anda semua berfikir, mengapa Allah jadikan kemalangan yang begitu dasyat di bumi Kelantan yang terkenal dengan gelaran-gelaran yang hebat ,seperti, Serambi Mekah, Bumi Tadahan Wahyu, membangun bersama Islam, bersama kepimpinan ulama dan pelbagai slogan lagi.

Sebagai penutup , saya beri satu lagi contoh. Ketika Ali hendak melintas jalan, Ali sudah nampak sebuah treler yang sedang bergerak laju hanya berada beberapa meter daripada tempat Ali hendak melintas , tetapi Ali tetap melintas juga. Akhirnya Ali mati digilis treler terbabit,maka kita pun kata itu semua ketentuan Tuhan dan sukar diramal. Bolehkah begitu ?

Tambahan: Seorang rakan dari Kota Bharu menghubungi saya dan beliau memberitahu bahawa ada kesan retak di bahagian atas pintu utama KB Mall. Katanya , jika kita berdiri di persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Ibrahim dan Jalan Kuala Krai, kesan retak boleh dilihat dengan jelas dibahagian atas berhampiran dengan lambang wau bulan. Setakat mana, seriusnya keretakan tersebut, saya tidak pasti. Hanya pihak berkuasa sahaja yang dapat mengesahkannya. Harap-harap ianya hanya keretakan biasa dan tidak membahayakan nyawa orang ramai.


25 comments:

Anonymous said...

Apabila Kerajaan Negeri Perak beralih kuasa tak dengar pun ketentuan Tuhan. Macam tak mahu terima je ketentuan Allah sampai kehari ini. Pening dibuatnya bila hukum hakam agama dijadikan bahan politik?

ruang bicara faisal said...

saudara anon

betul lah tu, saya pun terlupa pasal kes perak.

t.kasih.

aliffnajmi said...

Ingat lagi suatu masa dulu, banjir besar kt Sect 25, Shah Alam. Maka gegak gempita jua lah juak2 Pas hatta pemimpin mereka mengeluarkan fatwa bahawa itu bala pada org2 BN/UMNO.

Yg banjir kt Kelantan tiap2 tahun tu pandai lak salahkan takdir tuhan.

Tu pasal kera jaan kelantan x buat apa2 nak elak banjir. Selain berceramah setiap malam, tuding jari sajer yg mereka tau.

Anonymous said...

Konon hendak tunjuk MB PAS PIS PUS yang sentiasa bertawakal. Kenapa royalti minyak juga tak dikira ketentuan Allah. Kekalahan bolasepak di Laos pun tak dikira ketentuan Allah. Kalau mcm tu kes menantu pun sudah ketentuan Allah. Inilah ulamak politik pengecut hendak lari dari tanggungjawap.Berhati-hatilah PAS PIS PUS doa pecah perut dah bermula.

Bawal said...

aiks.... takkan dia tak minta nasihat dari menantu dia.. kan ir(walaupun dah tak valid lagi)..

Ron said...

Aku masih ingat pada satu ketika di sekolah SAAS Kajang tahun 1987 masa aku form 1 dulu,

...bila Cikgu Malik (guru lukisan) tanya aku kenapa tidak bawak complete art tool masa dlm kelas dia. Aku jawab lebih kurang sama macam Nik Ajis kata. tuu laa...yg buat aku kena pelempang Double tahap gaban...sambil disuruh cakap "lemak2 manis sekuat yg mungkin" (trade pelempang gaban Cikgu Malik)

Moral : Nasib baik bukan Cikgu Malik yg jadi Mursyidul -Am kalau tak..dah kena pelempang kau Nik Ajis oii...

Anonymous said...

cikgu malik kot yg kena pelempang nik ajis 2.........xkan ler org tua 2 nk tgk jer...

kota bharu/lama said...

memang..ni lah dasar pas. Bila berlaku sesuatu negeri bukan pembangkang, maka itu adalah malapetaka..jd kt negeri sendiri..ketentuan allah, ape punya haprak Puok2 pas ni.Di kelate pulok ado penyokong pas n Umno, jd yang berlaku banjir pada umno kelate adalah malapetaka lah?.banjir pd puok2 pas adalah Nikmat?..tapi dua penyokong ni dok berjiran, main air yang sama, limpahan air yang sama...ape ko bodo pimpinan Pas. nilah bahana di tarbiah oleh dap..podah

Anonymous said...

haha..hangpa semua ni kena blajaq agama bagi paham dulu...kesian2

Anonymous said...

blogger kalau berani publish komen aku ni.ha

Anonymous said...

saya pun dah agak dah, jenis alasan yang akan MB kelantan bagi bila wartawan tanya. Masa tu berita tv3 buliten 1:30


-kulim-

Adnan said...

Ron... ingat kisah ko.. ingat kisah aku tahun 1991 kat Klang, Form 1 gak la.. cikgu aku tanya kata seerti (sinonim) bosan.. So aku ckp 'boring'.. cikgu aku tanya kenapa lak boring? sebab ikut cakap nik ajis, takdir Allah. bukan makan penampar jer. duk bawah meja oit... mampuih aku..

Moral: Jgn ikut ckp Nik Ajis, salahkan diri sendiri dulu.

Anonymous said...

nik ajis adalah barua bangsa melayu..diulangi barua bangsa melayu.dialah punca agung yang menghlalakan perpecahan orang melayu. barua najis busuk

Anonymous said...

bila doa pun komplen,ckp ketentuan daripada allah pun komplen..aku pelik sungguh lah dengan sek2 UMNOngok ni..logiklah kalo dinding tu pecah sbb kena laggar ngan kereta dibandingkan dgn stadium yang runtuh kat terengganu tuuu....tak de ribut,tak de hujan tiba2 runtuh...tuu l;ah bila buat kerja yang ad unsur2 rasuah sekejap je ALLAH da tunjuk..memalukan betul,negeri terengganu kan kaya..kenapa buat stadium yang gah tp tak sampai stahun jagung da runtuh..aisy..memalukan sungguh!!! APE CER?

umnokampungtrosor said...

sekarang nie dah bnyk wujud pusat2 tarbiyah pas pis pus.... pas nie merana ler anak cucu cicit penyokong pas pis pus... semua pusat tarbiyah dibuat atas tanah persendirian... mgkn tuan tanah nak dapat masuk syurga kot... mgkn juga diaorang akan berkata demikian "ITU KETENTUAN ALLAH"

Jeffry said...

SETAKAT TENGOK2 AJE APE BRG?. BENDA DH BERLAKU BARU KERAJAAN NEGERI TERHEGEH2 NK BUAT POST MORTEM? AKU INGAT MESTI BYK BANGUNAN2 LAIN KAT KELANTAN YG X SEKUKUH MCM WAT, KUIL ATAU TOKONG KAT NEGERI SERAMBI MEKAH NI

matrengganu said...

Serban je besar ..... kepala penuh dengan NAjis.

Sabar je lah....dah tak lama tu !

aliffnajmi said...

Kpd anon 10:45am... jgn kongkong minda anda.
Fahami apa yg dihujahkan... bukan amik sikit situ, sikit sini.

RBF bermaksud bila berlaku malapetaka berlaku di negeri2 jajahan BN, PAS mudah terus menghukum, tp bila kena batang hidung sndri cepat2 'larikan diri' dgn alasan itu ketentuan Allah.

Contohnya mmg lah hujan tu dtg dari Allah, banjir tu juga dtg dari Allah... tp kerajaan negeri kena la fikir n usaha camner nak elakkan banjir tiap2 tahun tu.

Kesian rakyat kelantan yg pemimpinnya hanya pandai berceramah tp tak pandai mentadbir.

Sbg org Islam mmg kita kena beriman n percaya pd Qada n Qadar... tp sbg seorng Islam yg baik jgn bersikap double standard.
Takbur n bangga diri dgn sikit kelebihan yg Allah pinjamkan tu.
Na'nguzubillah.

PORTMAN said...

Ketentuan Allah tembok KB Mall runtuh dilanggar kereta.
Ketentuan Allah patung Buddha terbesar dibina di Kelantan.
Ketentuan Allah Nik Aziz tak dpt tunaikan haji tahun ni.
Ketentuan Allah menantu Nik Aziz dipilihnya CEO dan kini disiasat SPRM.
Ketentuan Allah banjir setiap tahun di Kelantan.
Ketentuan Allah jambatan Kuala Dipang runtuh.
Ketentuan Allah Xavier dibenarkan bersyarah dlm masjid.
Ketentuan Allah Nga dihalalkan baca ayat Quran.
Ketentuan Allah Nga mempertikaikan banyak sangat masjid.
Tak mustahil ketentuan Allah masjid akan ditukar ke kuil/TOKONG.
Demi politik biarkan saja apa yang berlaku kerana telah menjadi ketentuan/qadar Allah.

awedonde said...

geng2 rbf ni memamng jenis ati batu..jenis yang xleh terima kuasa Allah..jenis yang takleh terima qad' dan qadar..ape ke bangang nak bandingkan kemalangan kt kb mall dgn stadium kt terngganu...kambing pun boleh beza...aduuuuh ni la yang jenis cakap tak pakai otak...
jeffry;name lag post-moterm..memang la wat lepas berlaku sesuatu...eee bodoh jg ko ni ye...maluuu jer...

aliffnajmi said...

aduyai... tak fhm2 lagi rupanya juak2 PAS ni.
Awedonde... siapa yg x leh terima ketentuan Allah SWT ni?
Siapa yg ckp x pakai otak ni?

Tolong la baca keseluruhan text dgn hati terbuka. Jgn komen hentam keromo jer.

Anonymous said...

bile samy vellu kata tanah runtuh ni kuase tuhan...

habis BN kena taruk dek penjilat PR yg bodo bahalul

tp pasal kereta rosak tu bukan ketentuan Allah cume ia akibat dari kecuaian manusia yg xgune akal fikiran

yelah dgr ceramah politik sampaikan xreti nak beza takdir kekal dan takdir yg boleh diubah


-ed

Anonymous said...

apa yang salahnya tok guru sandarkan kejadian berlaku dengan kuasa Allah.. mana ada benda yang terlepas dari kuasa Allah.. ruang ni bukan "berkata benar walau pahit".. udah jadi ruang merapu faisal ooii..

Anonymous said...

aik.. ada tapis pulak nak siar comment.. takut le tu..

Anonymous said...

hmm....bkn ker kte tau sndiri yg baek dtg dr allah yg buruk dtg dr dri sndri...klw bruk 2 pkir ler sebaek mngkin utk jd bru..klw sume keje allah..ape keje kte...???