Wednesday, December 30, 2009

LETAK JAWATAN : HUSAM YANG CIPTA ISU ?

Dunia politik lebih kurang sama saja dengan dunia hiburan. Ahli politik dan artis juga lebih kurang sama. Yang membezakannya ialah, ahli politik berkhidmat untuk orang ramai. Artis pula menghiburkan orang ramai. Kesemua mereka memerlukan publisiti untuk mengekalkan karier masing-masing.

Seseorang artis apabila namanya telah tenggelam, maka mereka akan cari jalan untuk cipta isu,skandal atau gosip bagi melonjakkan kembali nama mereka.

Begitu juga dengan orang-orang politik. Mereka juga perlu cari isu agar nama mereka sering meniti di bibir mulut rakyat dan menjadi perhatian media.

Berhubung dengan kisah Husam Musa akan meletak jawatan. Semalam bukan kali pertama perkara ini diperkatakan, beberapa bulan lepas juga sama. Tidak mustahil perkara ini dicipta oleh Husam sendiri.
Husam tahu, talian hayat politiknya sekarang terletak di mulut Nik Aziz selepas tewas dalam pemilihan PAS yang lepas. Maka beliau harus gunakan Nik Aziz sebaik mungkin untuk meneruskan sisa-sisa perjuangan beliau. Di peringkat PAS pusat Husam sudah tak laku. Tiga suku daripada pimpinan PAS peringkat pusat sudah 'scrap' kan Husam. Yang tinggal hanya Nik Aziz,Khalid Samad,Nizar, Dr.Syed Azman, Dr.Lolo, Dr.Mariah , dan beberapa orang saja lagi yang masih pro Husam.

Saya tidak terkejut jika berita-berita Husam akan meletak jawatan ini disebarkan oleh Husam sendiri, untuk tujuan 'test market' beliau dari pandangan Nik Aziz.

Situasinya mungkin lebih kurang begini, Husam yang reka sendiri cerita kononnya beliau akan letak jawatan. Kemudian berita tersebut disebarkan seluas-luasnya melalui sms dan blog. Apabila sudah tersebar dengan luas, sudah pasti ianya akan menjadi perhatian media. Kemudian dia 'pasang' pula seorang wartawan untuk bertanyakan berita tersebut semasa sidang media Nik Aziz. Duit ada, projek ada, balak ada, dia boleh suruh sesiapa saja. Setakat seorang wartawan perkara biasa saja. Wartawan pun banyak juga yang cari makan sekarang, bukan macam dulu lagi. Wartawan palsu pun ramai juga sekarang. Pencari-pencari berita Malaysiakini pun sudah bertaraf wartawan juga sekarang, walaupun tiada surat khabar atau stesen tv. Blogger pun bertaraf wartawan juga sekarang. Dunia wartawan cudah cemar sekarang. NUJ kena pandang serius perkara ini.

Apabila ditanya wartawan ,maka Nik Aziz akan menafikan dan melenting. Lalu Nik Aziz berkata, Husam orang cerdik, kita sayang dia, saya sayang dia. Itulah yang Husam mahu sebenarnya. Bila perkataan begitu keluar dari mulut Nik Aziz, sudah tentu Husam mendapat kredit ,kerana setiap apa yang keluar dari mulut Nik Aziz dianggap berkat oleh orang-orang PAS. Husam juga dapat membuktikan kepada musuh-musuh beliau yang beliau adalah orang kesayangan Nik Aziz.

Saya berani berkata, apa yang terjadi semalam mungkin dirancang oleh Husam sendiri. Pertama, kerana 'blog celaka' yang pertama menyiarkan berita berkenaan ialah Penarik Beca. Apa yang saya tahu si penarik beca ini ialah sebahagian daripada blogger-blogger Husam sendiri. Penarik Beca adalah salah seorang penulis dalam blog Nik Aziz. Bagaimana mungkin orang Husam boleh menulis berita yang tak betul ? Pelik ! Tetapi tidak, itu adalah sebahagian dari drama arahan Husam sendiri.

Untuk menyedapkan lagi berita berkenaan, orang-orang Husam akan tabur sms bertebaran sebagai penambah perisa. Sms bukan sahaja dihantar kepada orang-orang PAS malah dihantar sama kepada orang-orang UMNO. Kemudian penerima sms sudah tentu akan mencari orang-orang yang rapat dengan Husam untuk mengesahkan berita berkenaan. Apabila ditanya , orang-0rang Husam tidak akan menafikan seratus peratus. Mereka tak nafi, dan tak sahkan ,sedangkan mereka tahu perkara sebenar. Itu yang membuat si pencari pengesahan pening dan tertanya-tanya. Semua itu dah dirancang dengan rapi oleh Husam & The Gang.

Itulah yang terjadi kepada saya semalam apabila saya menghubungi orang-orang kuat politik Kelantan . "Tak tahu juga lah kawe, rasa-rasanya betul tu.Kawe call dia (husam) pun tak leh leh hari ni. Kito pakat-pakat tunggulah,kalu betul gak ya, kalu tak betuk gak mujur". Sebab itu apabila saya catitkan dalam blog saya semalam saya tak sahkan. Saya banyak guna perkataan 'mungkin' 'Wallahualam' dan saya kata hanya tuan punya badan boleh sahkan. Tapi tak pasal-pasal bila lihat berita di Astro Awani pagi tadi,blog saya pun kena 'celako' juga dengan Nik Aziz. 'Celako 'sungguh Nik Aziz kerana saya turut sama dicelakanya.

Kedua, semasa sidang media Nik Aziz semalam, Husam tiada disebelah Nik Aziz,sedangkan sebagai Timbalan P/Jaya PAS negeri Husam patut ada sebelah Nik Aziz pada masa itu. Nik Amar pun ada di sana. Tapi Husam 'tak dok'. Kenapa dia 'tak dok' ? Sakit belakang ? Tidak, kerana dia dah tahu apa yang akan ditanya dan apa yang akan dijawab dalam sidang media tersebut. Dia sudah tahu apa jawapan Nik Aziz, sebab itu dia 'tak dok'. Faham-fahamlah, orang nak puji kita, tak akan kita ada disebelah dia pula. Lagi satu kalau dia ada disebelah, Nik Aziz pun berat sikitlah nak puji dia,segan kepada Nik amar dan Daud Iraqi. Bereh Sham comel...comel...

Ketiga, bekas rakan karib Husam pula, iaitu Sayuti Omar, penulis politik tersohor juga mengatakan beliau akan puasa tiga bulan kalau Husam letak semua jawatan. Begitu tidak percayanya Sayuti pada berita tersebut. Sayuti lebih mengenali Husam luar dan dalam, sebab itu dia berani berkata begitu. Atas sebab-sebab diatas itulah saya berani mengatakan semua itu adalah perancangan Husam, walaupun Sayuti Omar tidak mengulas secara terus tentang penglibatan Husam dalam menyebarkan berita berkenaan. Sedikit petikan tulisan Sayuti 'tetapi ternyata setiap kali bergema isu ini Husam tetap berada di kerusinya. Setiap kali itu juga Husam mendapat kekuatan dan semangat baru. Sekali pandangan isu ini sengaja direka untuk meletakkan value politik Husam sama mahal dengan Nik Aziz.' Untuk membaca tulisan penuh beliau,sila rujuk di sini.

Dalam dunia politik macam-macam gaya manusia ada untuk meningkatkan imej politik mereka. Ada yang guna cara bersih, ada yang guna cara kotor. Setakat hentam diri sendiri , kemudian diri sendiri juga yang bangkit jawab hentaman tersebut adalah perkara biasa dalam dunia politik PAS dan PKR. Saya dah faham sangat taktik ini. Perkara ini berleluasa dalam PAS dan PKR. Chegubard lebih faham lagi tentang perkara ini. Dia memang pakar dalam bab ini. Chegubard dan Husam juga rapat.

Silap-silap tulisan Nik Amalina yang minta Husam letak jawatan adalah sebahagian dari drama Husam sendiri. Wallahualam...

7 comments:

Anonymous said...

Possible3... ada logik jugak tue... Kan diorang nie suka 'maen wayang'... huhuhu... Siapa tahu ye tak??

/mfa

Anonymous said...

perkara2 begini sudah menjadi lumrah bagi dia orang pas....menulis skrip sendiri,pengarah pun diri sendiri,pelakun pun sendiri juga....shook laaaa sendiri!!!...

Galo said...

nama parti pun Penipu Ala Syaitan (PAS). Syaitan ni menipu kita mmg xnampak & senyap2 serta suka berselindung. Nilh parti yg nyata penipu & bersifat Duniawi.

det said...

satu persatu bala turun menimpa kepala nik ajis dan rakyat kelantan akibat doa-doa mereka.

Pak Nik Bekeng said...

burok-burok pas pun jauh lebih mulia dari amno. isa samad yg sah amal rasuah pun dimuliakan oleh pengundi amno. ali rostam yang sah amal rasuah pun masih kekal km. cuba sebut sapo pemimpin pas yang disahkan mengamal rasuah?

Anonymous said...

sokong rbf..!
N.ajis memang celako..
Ulama sesat yang menyesatkan..

Anonymous said...

Nampak sangat Pak Nik Bekeng bodoh sangat, baghal, benak , bengap, cerdek tak boleh diajar...macamlah penyokong PAS yang lain2. Buka mata mu wei.....tu yang TGNA ditaja untuk pergi buat haji ke Mekah tu apa? tu yang lantek anak menantu jadi CEO tu apa? tu yang duit balak berjuta2 masuk kocek Husam tu apa? tu ADUN Melor memiliki berjuta2 simpanan dalam dan luar negeri ( saperti yang dituntut oleh bekas isterinya )tu apa?