Wednesday, December 30, 2009

MUSA DAN HUSAM SAMA PENGALAMAN

Walaupun dalam posting saya sebelum ini, saya ada mengatakan pantang Nik Aziz jika ada orang hentam Husam. Nik Aziz lebih sayangkan Husam sampai anak sendiri pun dicelakanya. Itu berdasarkan situasi sekarang. Situasi akan datang kita semua belum pasti.

Sekarang ini Husam masih lagi mendapat tempat di hati Nik Aziz. Kita sendiri pun tak tahu jika satu hari nanti tiba-tiba Nik Aziz membenci Husam dan memecatnya. Ini semua boleh berlaku, jika setiap hari keluarga Nik Aziz terus menerus meracun pemikiran Nik Aziz agar membenci Husam. Belakang parang, kalau diasah setiap hari pasti akan tajam jua, apatah lagi hati manusia.

Anak punai anak merbah

Terbang turun buat sarang
Anak sungai pun berubah
Ini pula hati orang.

Lagipun Nik Aziz memang terkenal dengan sikap 'flip-flop' nya. Tidak pernah tetap dengan keputusannya. Lagikan hukum hudud yang dia perjuangkan habis-habisan dulu, dia boleh lupakan sekarang, apatah lagi Husam Musa. Dulu kroni tak boleh, sekarang kroni boleh. Dulu konsert haram, sekarang konsert boleh.

Saya tetap berkeyakinan, 'jodoh' Husam bersama PAS Kelantan tidak akan panjang. Atas desakan dan campurtangan keluarga Nik Aziz , Husam pasti akan tersingkir. Hanya masa yang akan menjadi penentu. Bunga-bunga ke arah itu sudah pun berputik sekarang.

Dengan penyingkiran dua orang kuat Husam di Kelantan iaitu Kickdefella dan Anual Bakhri, membuatkan kedudukan Husam tidak lagi selamat sekarang. Bila-bila masa dia boleh rebah. Husam hanya ditemani oleh Zaki Ibrahim sahaja sekarang. Situasi PAS di Kelantan sekarang sudah sama seperti di zaman Datuk Asri dulu. Keluarga menguasai parti.

Dulu PAS dikenali sebagai Parti Asri Sekeluarga, sekarang pula Parti Aziz Sekeluarga. Campurtangan keluarga Nik Aziz dalam PAS Kelantan sudah mulai ketara sekarang. Keluarga mereka yang menjadi penentu, nak pecat siapa, nak gugur siapa, nak lantik siapa . Mereka ada ahli majlis mesyuarat tingkap yang tersendiri di Pulau Melaka, kemudian keputusan di bawa ke ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri untuk disahkan.

Sekadar untuk renungan, saya difahamkan di zaman Datuk Asri dulu, ayah Husam iaitu Haji Musa adalah seorang tok guru di Kelantan. Beliau penyokong PAS. Pada masa itu juga isu campurtangan keluarga Datuk Asri amat ketara hingga PAS digelar Parti Asri Sekeluarga. Ini amat tidak menyenangkan Haji Musa dan beliau melihat Datuk Asri dan keluarganya membawa masalah kepada PAS. Setakat ini sahaja cerita yang saya dapat, samada Hj.Musa melawan,menegur atau merajuk dengan Datuk Asri saya tidak pasti. Yang saya pasti ialah Haji Musa tidak menulis cetusan hatinya di blog beliau pada masa itu. Samada Haji Musa meninggalkan PAS atau tidak saya juga tidak pasti. Sesiapa yang ada maklumat sila kongsi bersama.

Situasi sama juga yang dialami oleh anaknya sekarang iaitu Husam. Husam juga melihat Nik Aziz dan keluarganya membawa masalah kepada PAS. Itulah yang membuat Husam menulis panjang lebar dalam blognya semalam tentang campurtangan keluarga dalam urusan pentadbiran.

Dipendekkan cerita, PAS di zaman ayah Husam dan di zaman Husam sama sahaja. Dulu Parti Asri Sekeluarga dan sekarang Parti Aziz Sekeluarga. Ayah Husam pernah mengalaminya dan Husam juga merasainya sekarang. Sama-samalah kita tunggu samada nasib Husam lebih baik daripada Kickdefella dan Anual Bakhri atau Husam juga senasib dengan mereka berdua.


1 comment:

Jeffry said...

2 X 5 JEK!...KASI KICK SAMA DIA..DAN KLU BLH SELURUH KEPIMPINAN ERDOGEN DAN PAK AJIS SENDIRI DI TENDANG KELUAR KEHKEHKEH