Thursday, December 31, 2009

PEMIMPIN PEMUDA PKR DITAHAN EDAR DADAH

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan Azmi Ismail kini ditahan polis kerana dipercayai terlibat dengan pengedaran dadah.

Dia ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 yang boleh membawa kepada penahanan maksimum 60 hari.

Penahanan itu disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan Superitendan Md Azmi Othman yang dihubungi Awani hari ini.

Azmi yang juga Ketua Keadilan Bahagian Pengekalan Chepa ditahan pada 23 Dis lalu di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, Kota Baru.

Polis turut menyita sebuah kereta Mercedes milik Azmi.

Dalam pada itu, Ketua AMK Kelantan Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad ketika dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan pihaknya dimaklumkan tentang penahanan Azmi.

"Ya, kita sudah dapat maklumat yang beliau ditahan di bawah Langkah-langkah Pencegahan Khas," kata beliau sambil menambah, pihaknya menganggap ia sebagai masalah peribadi dan menyerahkan kepada lunas perundangan untuk menentukan kesudahannya kerana ia masih disiasat.

"Setakat ini kami belum menemui beliau, hanya keluarga terdekat dibenarkan untuk melawat beliau," katanya.

Khairul menambah, partinya akan menghulurkan sokongan yang diperlukan kepada Azmi.

Sumber : Malaysia Insider

RBF : Nasib baik orang PKR, kalau orang Umno yang kena begitu, dah tentu pecah semua komputer kita kerana dipenuhi hentaman oleh blogger-blogger sebelah sana.

Komen....komen....




18 comments:

Anonymous said...

Salam bro,

Kejap2 lagi ada la komen dari puak tu kata ni semua keje org BN khasnya org BN. Dah kompem dia kata org BN yg plan sebab semua yg baik daripada puak tu sumer yg buruk dari BN dah kerajaan belaka. Kita tunggu dan lihat nanti.

det said...

ini mesti kes pil kuda..

Miak Bujat said...

Orang yg isap dadah... edar dadah ni tak kira UMNO, PAS, PKR or apa parti politik pun harus ditangkap dan dihumban ajer dalam jail... menyusahkan org sahaja...

** takpe isap/edar dadah... masa PRU kita undi PAS... leh masuk syurga...

Anonymous said...

hai pkr pkr..penuh dengan pemimpin bermasalah..dari yang atas sampai le ke bawah..dari depan sampai laa ke belakang..semuanya sama rasa...hahaha...anwar ibrahim harus bertaubat!!

Anonymous said...

memang adat dia orang la...kuman seberang lautan nampak,gajah depan biji mata dia orang hampas tak nampak...keburukan serta keaiban dia org tu diselindung dlm jubah dan dlm kelumbung dia org...skrg ni jubah dan kelumbung dah mula terselak serta koyak rabak dah lebeh muatan kotor lagi menjijikan...inilah rupa sebenar perbadi pemimpin2 pas...mencerca,memfitnah serta memburukan umno bagi melindungi kekejian,keburukan yg lagi maha dahysat sehinggakan sanggup menggadai maruah bangsa serta mencemarkan kesucian agama...sherry said

MUS said...

Betul, betul. Bila kena kat batang hidung dia orang, senyap aje la.. Silap2 dituduh ada konspirasi nak jatuhkan mrk.

rizuan mh said...

ni kalu Pakatan jd kerajaan sah2 sorok habis-habisan. Kenape x ckp polis zalim plak ye..bodo punya pakatan

mat spy said...

RBF ,

patut la org AMK PKR kaya raya ..rupanya ada ketua AMK Cabang mereka jadi kepala jual dadah !!

habis lingkup anak muda melayu di kelantan kerana dadah ini ..

jangan anggap ini isu peribadi ,entah duit AMK dan PKR ini dtg dari sumber jual dadah ..haha

House PK said...

Bro RBF, kalau kena tang batang hidung depa takpa itu takdir, kalau UMNO yang buat makanya UMNO memang jahat!

Inilah doktrin ajaran dari Parti Ajaran Setan dan Anwar AL juburi waliwati kepada rakyat Malaysia..

Mujurlah rakyat dah sedar tetapi bloggers pakatan haram tak boleh nak sedar sebab MASYUK bro, mana boleh lepas, dah tahu tak betul pun sokong jugak, nanti miss soru!

Anonymous said...

ini roni la yg ajar...

Anonymous said...

RBF,
Gerenti lepasni..blogers celaka-celaka akan kata ini konspirasi UMNO.Maka berkempen kata UMNO zalim.

Anonymous said...

bodoh pnye AMK PKR...PKR<<<dr pemimpin smpi ke akar umbi,sume busuk dan berulat....

Mathematician said...

"Undi PAS masuk syurga"

Slogan ini adalah dadah yang paling bahaya sekali.
Ia menyebabkan otak manusia mengalami kesan halusinasi dan melihat imej kunci pintu syurga di dalam otak mereka!

ZAFAN said...

Polis ni apa la asik tangkap Pakatan jek..Orang UMNO bila nak ditangkap. Betul punya tak adil la polis Malaysia ni..Tolong la Pok Nik Ajis keluarkan fatwa dadah halal..katakan la mengedar dadah pun boleh masuk syurga..katakan laa..

Ruff said...

zafan...
yela kan orang pakatan sume maksum...
agaknya edar dadah xdose ea
pale otak die...
pok nik tu dh meroyan
dulu die geng ngan si ronnie kate beer bukan arak... senyap jek
ntah nanti dadah tuh halal...
wow interesting....

add said...

Kisahnya macam ni je di Kelantan "espesiali" kaley chepo.

Kaley Chepo merupakan kawasan yang paling maju di kelantan walaupun kawasan ini tidak pernah diperintah oleh BN/UMNO. Namun hakikatnya ialah majoriti rakyat atau penduduk kaley chepo ni ialah penyokong hamPAS tegar.
Walaupun pemimpin PKR yang ditahan namun, PKR di kaley chepo ni ibarat hidup segan mati tak mahu sahaja.

Mengapa pengedaran dadah amat berleluasa di kawasan ini khususnya dan kelantan amnya?

Antara faktor faktornya ialah;

1.Ibubapa mereka adalah penyokong hamPAS tegar.

2.Bila ibubapa dari golongan anutan hamPAS, maka hanyalah HAPRAKAH sahaja merupakan saluran media mereka.
3.Kenapa begitu? kerana kalau baca utusan meloya dan berita hairan, mereka akan kata itu semua tdakyah dari umno/bn. maka kita jangan baca "sok kobar" tersebut. Padahal dalam "sok kobar" tersebutlah terdapat input input yang amat berguna kepada semua bapa bapa dan mak mak untuk mendidik anak.

4.Disebabkan terlalu taksub dengan HAPRAKAH mereka maka segala data data /statistik mengenai penyakit sosial dikawasan mereka hanyalah dibaca oleh kaum UMNO sahaja. Sedangkan bapak dan mak sahaja yang dok tongeng tonggak sembahyang 5 waktu beserta dengan sembahyang sunat, padahal anak anak majoriti nya memang jahil pasal agama mengalahkan anak anak orang UMNO.

5. Inilah realiti sebenar anak anak orang hamPAS di kelantan.

6.Berbalik kita kepada gejala sosial, mak bapak sering berbangga dengan menghantar anak anak ke sekolah agama di Panchor dan Pulau Melaka kepunyaan MB Kroni, manakala di Panchor adalah milik kroni bekas MP pengkalan chepa Ustaz Lah.

7.SEdangkan mak bapak tak faham hakikat sebenarnya anak anak mereka dihantar ke sekolah agama tersebut , pencapaian minima pun tidak layak untuk meneruskan bidang agama dan arab kerana majoriti pelajar yang menuntut disana tidak boleh menguasai bahasa arab dan alquran.

6.Bila anak anak tidak dapat menguasai bahasa arab dab quran, maka pencapaian akademik akan merudum, bila akademik merudum, sifat yang ada ialah tidak suka kepada pelajaran. bila ini berlaku, maka ponteng sekolah akan bermula di cybercafe berhampiran atau di sekitar kaley chepo. Sedangkan depan mak bapak semua anak anak turun dengan penuh bergaya konon konon untuk ke sekolah, padahal, separuh jalan sahaja, mereka aka melencong ke destinasi berkenaan,Bila dah berada di sana, maka gejala rokok akan berleluasa, lepas rokok, gam, lepas gam ganja, lepas ganja serbuk putih, yang mat rempit tu tak payah cakap la. Tu belum lagi gejala bohsia.

itulah sedikit pemantauan sya di sekitar kaley chepo.

Anonymous said...

ISAP DADAH MASUK SYURGA... HIDUP POK NIK!!!!

Anonymous said...

juak-juak ameno ni, bodo yg xboleh di ajar