Saturday, December 26, 2009

SANI EXPRESS TIDAK BOLEH DISALAHKAN SEPENUHNYA

Kecelakaan jalan raya ! Semua orang takut dengannya. Tiada siapa yang mahu terlibat dalam kecelakaan tersebut, termasuklah pemandu bas Sani Express yang terlibat dalam kemalangan di Ipoh awal pagi semalam. Sepanjang hidupnya dia akan rasa bersalah, kerana sepuluh nyawa hilang (mungkin) berpunca daripada kesilapan beliau.

Saya adalah salah seorang pengguna setia bas Sani Express untuk perjalanan ke Trengganu dan Kelantan. Saya sering menggunakannya, adalah masanya sampai 5-6 kali sebulan. Dan tempat duduk di bahagian bawah sering menjadi pilihan saya. Saya lebih selesa di bawah kerana penumpang tidak ramai, sekitar 14 orang rasanya kalau tidak silap saya.

Saya memilih Express Sani kerana bas nya yang baru ,tempat duduknya yang selesa dan pemandunya berdisiplin. Had kelajuan bas dikunci oleh syarikat, juga dipantau oleh GPS. Pemandu tidak ada ruang untuk memandu laju.

Ada masanya dalam perjalanan ,jika saya tidak mengantuk saya sering duduk di satu kerusi kecil sebelah pemandu sambil berbual-bual dengan pemandunya. Ada sebahagian pemandunya telah mengenali saya kerana kekerapan saya menggunakan perkhidmatan bas tersebut.

Daripada apa yang saya tahu dari para pemandu Sani Express, syarikat mereka amat menitik beratkan soal keselamatan pengguna dan sentiasa menjaga disiplin pemandu. Pemandu-pemandu juga amat gembira bekerja di syarikat berkenaan kerana syarikat menjaga kebajikan mereka dengan baik sekali. Mengikut pemandu, bukan senang untuk menjadi pemandu bas berkenaan. Setiap permohonan ditapis dengan rapi. Hanya mereka yang mempunyai rekod pemanduan yang baik dan berpengalaman sahaja yang dipilih.

Pemandu-pemandu bas Sani juga amat takut dengan aduan dari penumpang. Kerana setiap aduan penumpang memang sangat-sangat diambil berat oleh syarikat mereka. Itulah yang diceritakan oleh pemandunya. Bukan seorang sahaja yang menceritakan perkara berkenaan kepada saya, tetapi ada beberapa orang.

Apabila menonton Buletin Utama TV 3 malam tadi, saya lihat banyak pihak cuba menyalahkan syarikat Sani. Sehinggakan Menteri Pengankutan meminta perkhidmatan bas syarikat terbabit digantung sementara. Itu tidak adil kepada mereka. Syarikat tidak boleh disalahkan 100 peratus. Syarikat telah cuba memberi yang terbaik dalam menjaga keselamatan penumpang. Apa yang terjadi luar jangkaan mereka. Pemandunya juga bebas dari pengaruh dadah serta alkohol.

Jangan kerana kesalahan seorang pemandu,maka keseluruhan syarikat dihukum. Ini samalah dengan kes enjin pesawat tempur TUDM yang hilang. Anggota bawahan yang buat salah tetapi Ketua Penerangan Pas ,Idris Ahmad minta PM letak jawatan. Tetapi, bila menantu buat salah, di Kelantan, mereka tak minta pula pak mertua letak jawatan.

Seperti yang kita semua maklum, pemandu bas berkenaan dikatakan mengantuk dan terlelap seketika menjadi punca kemalangan tersebut. Ok, tak mengapa , itu salah pemandu. Tapi bagaimana pula besi penghadang jalan boleh menusuk masuk ke dalam bas. Itu pun perlu diambil kira juga. Dalam keadaan mengantuk pun, pemandu bas berkenaan boleh lagi kawal bas berkenaan daripada terbalik. Jika terbalik ,sudah tentu banyak lagi nyawa yang melayang.

Yang saya pelik ialah besi penghadang jalan. Dengan apakah besi berkenaan diikat ? Atau besi berkenaan tak cukup kuat hingga mudah patah dan menusuk masuk ke dalam bas. Jika besi itu kuat atau penyambungnya diikat dengan kuat mustahil ianya boleh patah atau tercabut. Lainlah jika yang dilanggar oleh pemandu tersebut di bahagian mula (kepala) besi penghadang tersebut. Bukankah setiap besi tersebut telah diuji ketahanannya setakat mana kekuatannya jika dirempuh oleh kenderaan berat.

Saya tidak merasa pelik, jika pemandu bas berkenaan menggesel besi berkenaan dengan bahagian tepi bas ,tetapi besi tidak tercabut,hanya kemek,bengkok atau` calar-calar sahaja dan bahagian tepi bas pecah.

Yang saya pelik ialah besi tersebut boleh tercabut atau patah hingga menusuk masuk ke dalam bas. Harus diingat, besi berkenaan yang menyebabkan penumpang mati, hingga ada yang putus kepala, walaupun kemalangan berpunca daripada pemandu.

Akhir cerita, siasat pemandu bas berkenaan, tapi jangan lupa juga siasat ketahanan besi penghadang jalan serta permukaan lebuh raya di kawasan berkenaan.

Kepada ahli keluarga si mati, takziah diucapkan. Setiap yang hidup pasti mati.

Kepada pembaca, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada saudara-saudara seagama kita yang telah pergi buat selama-lamanya dalam kemalangan berkenaan. Al-Fatihah...

22 comments:

Siddiq Azani said...

fuhh kalau Dato' Sani baca ni dia lantik RBf jadi duta terus..hahaha

http://writtenbyhim.wordpress.com/

Goh Wei Liang said...

RBF. Saya suka yang ni best

"
Jangan kerana kesalahan seorang pemandu,maka keseluruhan syarikat dihukum. Ini samalah dengan kes enjin pesawat tempur TUDM yang hilang. Anggota bawahan yang buat salah tetapi Ketua Penerangan Pas ,Idris Ahmad minta PM letak jawatan. Tetapi, bila menantu buat salah, di Kelantan, mereka tak minta pula pak mertua letak jawatan."


Haha. Manalah ada anak jantan dalam PAS yang berani suruh Tok Guru letak jawatan.

Hmm betul. Kalau nak salahkan, salahkan pemandu dan biarlah siasatan polis dijalankan dengan teliti dan penuh.

lordapes said...

saya sangat bersetuju dengan pandangan saudara faisal.

takziah kepada keluarga mangsa.

hitman said...

salam,

ada betulnya juga kata saudara. besi tersebut sepatutnya dapat menghalang kemalangan, bukannya menambah teruk kemalangan.

takziah kepada keluarga mangsa, tetapi adakalanya perlu diingat, mungkin itu (kejadian yang menjadi punca kematian) perjanjian mangsa dengan Allah semasa belum dilahirkan...

jiwakita said...

salam....

Apakah faktor selain keadaan bas
Sani walhal masih baru,pemasangan gps
dan alat speed limiter yg menyebabkan
keadaan bas rosak teruk sepanjang sisi bas?

Adakah fungsi keluli penghadang sepanjang lebuhraya kukuh,kuat dan ikut spesifikasi sesuai dan tepat?

sebenarnya kita sering melihat kesan dan
tinggalan keluli penghadang bengkok,
patah dan tercabut akibat kemalangan
tidak diperbaiki berhari-hari lamanya!

Pengendali lebuhraya haruslah lebih
prihatin,bertanggungjawap dan sensitif
terhadap apa yg disenggarakan itu.

Kemalangan ini satu pengajaran buat
pengendali lebuhraya agar lebih
ambil perhatian kepada KELULI sepanjang
leburaya!

Marilah kita sama-sama jadikan KELULI
ini suatu yg berharga penyelamat nyawa!
BUKAN lagi pembunuh.

"DILEBURAYA INGATLAH KELULI KIRI-KANAN
ANDA"

ruang bicara faisal said...

kpd siddiq izani

lantik jadi duta ?

takpelah, biarlah saya terus begini. saya cuma mengatakan yg benar.

kita tak boleh gelapkan masa depan seorang usahawan hanya kerana kemalangan itu.

lg pun saya lihat sani express ni cuba bawa satu dimensi baru dalam dunia bas expres dlm negara kita. beliau cuba mengangkat martabat pengankutan awam negara.sani express bukan jenis bas2 di puduraya. ada standard punya bas dan sistem.

ruang bicara faisal said...

kpd goh

betul,kata anda ,dlm pas takde anak jantan. semuanya penakut nak lwn nik ajiz...

khusairi talib said...

Pandangan Sdr Faisal dalam perkara ini begitu menarik dan patut diberikan perhatian oleh pihak berwajib.

Anonymous said...

Salam..
Pertama sekali, saya ucapkan takziah pada semua keluarga mangsa. Memang kehilangan ini sukar di terima. Sebab sebab kemalangan ini perlu di kaji supaya ianya dapat di elakkan di masa depan. Bukan saja masalah manusia seperti pemandu yang perlu di siasat, tetapi juga masaalah lain penyumbang seperti reka bentuk jalan, pembahagi jalan dan juga sistem lampu.
Saya cadangkan beberapa perubahan:
1. Terdapat di setengah tempat di lebuhraya di mana guard rail jambatan "memakan" jalan lorong emergency. Terdapat berberapa tempat di laluan di Perak. Guard rail ini yang di percayai di rempuh oleh bas di dalam kemalangan bebrapa hari yang lepas.
2. Lampu perlu di adakan di sepanjang lebuhraya. Untuk membiayai kos tersebut saya cadangkan TNB, pengguna melalui kadar tol yang lebih sedikit pada waktu malam dan PLUS sama menyumbang. Jika kita selidiki semua lebuhraya di negara negara maju di suluhi oleh lampu pada waktu malam.
3. Pengguna yang bertanggung jawab. seperti pematuhan pada had laju dll...

Anonymous said...

SALAM BRO...SUDAH MENJADI ADAT ORANG DI MALAYSIA NIE BILA "EKSIDEN" JER SATU COMPANY BAS KENA SALAH... EXSPECIALLY JKJR PUNYA BOS BESAR... SEMUA SALAH PEMANDU WALAUPUN KADANGKALA BETUL, TETAPI KEADAAN JALAN JUGA PERLU DIAMBIL KIRA..

ISTERI SAYA PENGGUNA SETIA BAS EKSPRESS SEMENJAK 5 TAHUN LEPAS DAN KAMI MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN BAS EKSPRESS HAMPIR SETIAP MINGGU... KADANAG KADANG KONDISI JALAN DAN JUGA PENGHADANG JUGA PERLU DIAMBIL KIRA DAN HARUS DIINGAT BAHAWA PEMANDU JUGA MANUSIA BIASA YANG TIDAK TERLEPAS DARI KESILAPAN, JGN HARAPKAN KESEMPURNAAN KEPADA PEMANDU-PEMANDU BAS INI KERANA KESEMPURNAAN HANYA PADA ALLAH SWT..

WALLAHWUALAM....

AL FATIHAH UNTUK MAGSA DAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA....

Noor Zahira said...

btul sya sokong 100%..besi pghadang jalan dan pemandu bus perlu disisasat.jgn salah kan sani express. bnd yg berlaku diluar jangkauan.. hnya Allah yg tahu disabalik apa yg terjadi.. cumanya dah ckp psl bus tak payah la libatkan, kata dkat pas plak.. yg tu xsokong!

ruang bicara faisal said...

kpd yb khusairi,

terima kasih kerana sudi menjengah ke blog saya. begitu juga kpd pembaca2 dan penghantar komen yg lain. sokongan anda semua amat2 dihargai

add said...

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia, eh macam pengacara tv1 la pulak.

Semua rakyat atau penumpang boleh memberi pendapat masing masing berkaitan dengan kejadian meragut nyawa tersebut.

Ramai yang menyalahkan faktor faktor luar selain daripada pemandu.
Kalau nak salahkan keluli pembahagi jalan, saya rasa tak elok dan salah pemikirannya. Besi keluli tersebut dan ikatannya tidak salah, yang salahnya ialah "DAYA@ Force" yang dikenakan terhadap keluli tersebut angkara pemandu yang terlelap.

Walaupun ada pemberi komen menyatakan sani ekspress ada 3 pemandu dua on dan satu off. namun dua pemandu on tidak sama dengan jadual tugas pemandu tersebut dengan tekanan dari syarikat. Apakah penulis tahu, berapa kali trip pemandu terpaksa bekerja sebelum dapat OFF?

Apakah sama tidur di dlam bas dengan tidur di rumah? apakah cukup tidur hanya 4jam didalam bas?

Sebenarnya, para pengusaha bas seharusnya tidak terlalu memmikirkan "kemewahan" yang melampau dari kehidupan seorang/kerabat tokey bas. Kerana beberapa bulan yang lepas, Datuk sani ada menempah sebuah kenderaan bernilai RM Dua Juta. dengan bayaran bulanan hampir mencecah RM 7 ribu sebulan. Bukan kenderaan untuk pengankutan awam mereka, namun kenderaan mewah untuk keselesaan atas nama "tokey bas".

Apa implikasi terhadap pinjaman kenderaan RM2 juta tersebut?

Kalau kita halusi dan perincian secara logik, perancangan operasi bas mula akan menunjukkan ada "tekanan" terhadap trip perjalanan dan juga "trip" pemandu.

Kita tak nafikan bahawa sani ekspress mempunyai sani cafe sendiri dalam memberi perkhidmatan terbaik untuk penumpang bas sani ekspress.

Apakah kita juga sedar bahawa, binaan bas ekspress 2 tingkat menunjukkan amat "berbahaya" kepada penumpang di tingkat bawah?

Kedudukan penumpang di tingkat bawah adalah lebih rendah daripada kedudukan penumpang dalam sebuah kereta sedan seperti, saga,wira atau waja.
Maka dengan sendirinya ini menunjukkan sekiranya kalau berlaku apa apa kemalangan maka, penumpang dibawah lebih berisiko.
Jangnlah kita menyalahkan keluli pengbahagi jalan, kerana kalaulah sistem traik masa itu berlaku di persimpangan lampu isyarat, kalau bas sani tiba tiba dilanggar oleh mat rempit menggunakan motorsikal beliau, dan terus menerpa bahagian tengah bas tersebut, sudah tentu, yang menjadi mangsa ialah penumpang dibahagian tengah bas tersebut.
Ini kerana badan bas hanya diperbuat dari kepingan logam
"mild stell" shaja, dengan dibaluti dengan fiberglass serta kerangka"frame" bagi meneguhkan struktur badan bas. Itu sahaja.

Kepada saranan Dr Zamri yang ingin kerajaan menghapuskan trip perjalanan malam,ini bukan satu penyelesaian yang terbaik, kerana kalau ini berlaku, maka akibatnya ialah, semakin pelajar ipt akan ponteng kelas bila naik cuti semester, kerana pada kebiasaanya, mereka boleh naik bas malam insin tersebut, namun kalau ini dijadikan peraturan, pelajar ini terpaksa naik bas sehari sebelum kuliah bermula. Dalam budaya balik kg, saya yakin pelajar ipta akan lebih selesa naik bas pada hari isnin pagi, dengan alasan hari pertama kuliah , alah biasa je...

Pemimpin atau pengarah atau pegawai pembuat dasar memang boleh mencadangkan, namun realiti sebenarnya ialah pemimpin,pengarah,pegawai ini tidak merasai sendiri pahit maung bergelumang naik bas ekspress di waktu siang,malam.

sebenarnya banyak coretan yang nak di bingkiskan namun masa serta keadaan tidak mengizinkan.

Wassalam 1 Malaysia.

Tok Pawi said...

Syabas Faizal. Takziah kepada keluarga mangsa.

ruang bicara faisal said...

kpd add,

saya serba salah nak lepaskan komen anda atau tak. kalau tak lepas,ada isi yg blh dikongsi bersama. kalau lepas pula anda telah menghentam datuk sani pasal kenderaan berharga 2 juta. kalau beliau tahu mnugkin beliau blh jawab dan pertahankan diri dia kat sini. kalau dia tak tahu, dan tak jwb ,tak adil bg dia pula.

tapi takpelah, biar saya jwb kan. tak patut anda kaitan kes ini dgn kereta harga 2 juta.

dia sbg peniaga, dia ada hak untuk beli semua jika ada wang. jgn kata dia, anda dan saya pun akan beli juga kalau ada wang yg byk. semua org nak merasa kemewahan.

tidak salah dia beli kereta mewah kerana dia berniaga. dia tak tipu org,tak rasuah, tak berebut2 projek kerajaan. dia usaha sendiri dia. cuma dia menggunakan kelebihan dia sbg rakyat malaysia yg patut dpt kemudahan daripada kerajaan. contoh permit bas dan geran2 yg kerajaan sediakan. kita juga boleh dpt semua itu jika kita mahu.

kena ingat, bila datuk sani kaya,berapa org boleh tumpang senang dan ada kerja walaupun tak kaya. berapa ramai pekerja dia ? berapa cukai yg dia bayar kpd kerajaan setahun. semua itu kita kena ambil kira. duit tu mengalir kpd kita juga walaupun bukan dlm bentuk tunai.

sepatutnya kita kena berbangga dgn seorang usahwan muda seperti datuk sani. kita jadikan dia sbg contoh dan idola.

jika kita boleh berbangga dgn tony fernendez dan air asia, kenapa kita tidak boleh berbangga dgn sani express dan datuk sani. kenapa anda tak pertikai kereta dan rumah tony ?

secara kebetulan pula , datuk sani dan tony kedua-duanya datang dari dunia hiburan.

kita harus buang penyakit hasad dengki (PHD ) terhadap org yg berjaya.

kita kena berusaha menjadi seperti mereka.

ruang bicara faisal said...

kpd noor zahira (wah ! nama hampir2 sama dgn nama Raja Permaisuri Agung) ejaan ja lain.

biasalah, sambil menyelam sambil minum air.

hentam pas 'wajib', hentam BN 'sunat', hentam mahathir 'haram'

apa pun, terima kasih kerana sudi melawat blog saya.

Anonymous said...

Memang tidak boleh dipersalahkan semua pihak tu,kalau apa yang sudah ditakdirkan. I pun salah satu daripada pengguna setia Sani Express KL- Terengganu.. Tetapi, apa yang berlaku pada Speed Limit ker, I langsung tak setuju akan kehadiran Had Kelajuan yang dikunci! Langsung tidak benar.. Minggu lalu, bas yang saya naiki balik dari terengganu ke KL mencecah 100km/jam walaupun dalam keadaan hujan dan lantai yang basah.. Terasa gementar nak tidur pada malam tu, kot-kot nyawa tiba2 hilang. Moga-moga jer la kes ni dipantau, kelajuan langsung tidak dikunci!! Wahailah bas masih mampu memotong kereta kecil kecil tu di jalan yang sempit, dimana tidak sampai 6 jam untuk saya sampai ke KL. Saya langsung tidak bersetuju dengan kehadiran HAD KELAJUAN DIKUNCI!!

ruang bicara faisal said...

kpd anon 5.17

kelajuan 90km/j bas dan kereta kancil tak sama.

cc bas berapa ? cc kereta kancil berapa ?

kereta kecil 1km berapa pusingan tayarnya ?

bas ekspres 1km berpa pusingan tayarnya ?

jadi , siapa yg lebih cepat ?

kalau anda pandu pd kelajuan 90km/jam ,tiba-tiba bas dtg potong, anda nampak mereka laju. tak semestinya bas tersebut memotong anda dgn kelajuan yg lebih pada 90km/jam.

senang cerita tgk saiz tayar dan cc

5-6jam perjalanan trg - kl adalah biasa, sekarang kan sudah ada lpt

add said...

Salam 1 Malaysia.
Kepada RBF, dengan nama ALLAH, sedikit pun saya tidak ada perasaan PHD terhadap Datuk Sani. Namun disini RBF silap percaturan jika membuat perbandingan Tony dan Sani, kerana Tony ada rumah dan kereta mewah mengalahkan sani, namun "PILOT" tony tak de kejar trip sebagaimanan "PILOT" yang bekerja dengan Datuk Sani. Kenderaan kepunyaan Tony cuma mengambil masa hanya 45 minit atau satu jam sahaja dari LCCT ke Kota Bharu (contoh destinasi), tetapi berbeza dengan pesawat Datuk Sani yang perlu mengambil masa 7 hingga 8 jam untuk sampai ke destinasi yang sama. Kalau di conggak pendapat pesawat Tony dan Sani, banyak ribu perbezaan yang akan diperolehi bagi kedua dua pengusaha pengangkutan ini.

Maka kalau dah perbezaan trip berlaku sedangkan hutang bulanan "kemewahan" perlu dibayar, maka siapa yang kena kerahan tenaga? sudah tentu "pilot" sani ekspress akan lebih diambil kesempatan. Manakala dari segi keletihan pancaindera dan badan si "pilot" pun terlalu banyak perbezaannya. Cuba saudara RBF bayangkan, pilot bas dengan pilot air asia.


saya tidak marah kalau datuk sani nak beli kereta harga 10 juta sebiji pun ,jika kebajikan pemandu didahulukan,dan pencapaian diutamakan. cth,

Disini saya ada maklumat mengenai jadual tugas pemandu bas ekspress, (bukan sani ekspress),

contoh jadual harian,
1.12.2009 9malam dari KB ke KL
2.12.2009 9pagi dari KL ke KB
2.12.2009 9malam dari KB ke KL
3.12.2009 9pagi diberi cuti
3.12.2009 9mlm dari KL ke KB.

dimana pilot bas ekspress boleh rehat. apakah cukup masa rehat pilot pilot tersebut?
apakah jpj,lpkp,pdrm, jkjr ada membuat kajian, menyamar ?

kalau setakat melalui teori, tak payah la bercakap.

disini saya amat tidak bersetuju dengan saudara jika anda membuat tuduhan PHD terhadap saya.Kalau sdra RBF lawat blog "copyright" saya, saudara sudah tahu bahawa kita dari kumpulan yang "sama"

Komen dari RBF kepada anon 5.17. Sudra silap faham dengan apa yang anon beritahu. Anon naik bas sani, dan memotong kereta kancil di jalan sempit. bukan anon cerita pasal Km/h tu. cuma jangan gelojoh.

ruang bicara faisal said...

kpd add

saya tidak menuduh kpd anda secara terus tentang phd. maafkan saya kalau anda terasa hati.

apa yg saya tahu sani express memang menjaga kebajikan pemandu mereka dan meitik beratkan keselamatan penumpang. saya berkata demikian berdasarkan pengalaman saya bercampur dgn pemandu2 bas mereka.

apa pun saya horamti pandangan anda. berbeza pendapat boleh tidak menjadi masalah utk mencari penyelesaian.

add said...

RBF, kita dalam kumpulan "sama" namun saya lebih suka kepada pertentangan pendapat dalam kumpulan kerana dengan cara inilah kumpulan kita sedar tentang kelemahan kumpulan sendiri. Namun kalau individu yang tidak faham atau tidak mendalami maksud saya, mereka akan menuduh saya adalah pembangkang. Jangan jadi macam Nazri Aziz yang tahu dok jilat "ketua semasa" sahaja. Jasa ketua terdahulu di perlekehkan macam ungkapan tandas kepada pemandu teksi yang nazri aziz sendir beri permit. so ini bermaksud nazri aziz lah mangkuk tandas yang sebenarnya.(maaf la tersasul sikit)

Anonymous said...

HIE KAWAN-KAWAN....
Syarikat kami sedang mencari pemandu bas jangka masa lama!!! Gaji boleh cecah RM2000+++ termasuk EPF dan SOCSO.
Pemandu yang berkaliber bolehlah mencuba!!!
Lokasi:Petaling jaya
Syarat:
*Mempunyai lesen e
*Mempunyai lesen psv @ gdl
Hubungi 016 2988918