Thursday, December 17, 2009

PERHIMPUNAN HARAM : PKR ENGKAR ARAHAN SULTAN SELANGOR

DAULAT TUANKU !
"Aku bos di Selangor sekarang. Aku boleh buat apa sahaja. Peduli apa dengan Sultan atau Polis"

Belum sampai seminggu lagi Sultan Selangor membuat teguran kepada kerajaan Selangor, tiba-tiba mereka nak buat hal lagi. Dalam majlis Istiadat Penganugerahan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor sempena ulang tahun Hari Keputeraan baginda yang ke-64 di Istana Alam Shah sabtu lepas, Tuanku berkata jangan meletakkan agenda politik mengatasi agenda pembangunan negeri. (rujuk di sini)

Ingatan tersebut masih baru lagi. Kalau orang meninggal dunia, kita kata tanah kubur masih merah lagi, yang hidup sudah berperang berebut harta. Begitu juga dalam kes di Selangor. Kata-kata Tuanku masih lagi terngiang-terngiang di telinga kita semua, tapi PKR tetap buat hal juga.

Hari ini Ketua Polis Selangor menasihatkan supaya orang ramai tidak menyertai mana-mana demonstrasi haram yang dijangka diadakan di Petaling Jaya dan Shah Alam hujung minggu ini bagi mengelak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. (rujuk di sini)

Daripada apa yang saya tahu, hari ini, selepas Solat Jumaat, pemuda PKR Selangor akan menganjurkan satu perhimpunan haram jadah di perkarangan Masjid Negeri Shah Alam. Perhimpunan tersebut bertujuan untuk mendesak agar perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim dibicarakan serentak di Mahkamah Syariah. Perhimpunan yang sama juga telah diadakan minggu lepas di Masjid Seberang Jaya P.Pinang yang juga terletak dalam Parlimen Permatang Pauh. (rujuk di sini)

Di sebelah malam pula saya difahamkan satu forum 'liwat' akan diadakan di Taman Sri Manja,Petaling Jaya. Tak semena-mena kerajaan Selangor terkait dalam dua perhimpunan haram di Selangor hari ini.

Kedua-dua perhimpunan diatas tidak mendapat permit dari polis, walaupun mereka telah memohon dan membuat rayuan kepada Polis Selangor. Saya difahamkan oleh seorang rakan wartawan, polis menolak permohonan mereka kerana kes liwat B.A.B.I (Bung Anwar Bin Ibrahim) sedang berjalan di Mahkamah.

Mana mungkin satu-satu kes yang sedang dibicarakan di Mahkamah, tiba-tiba kita memandai-mandai pula 'bicara' kan di luar Mahkamah. Kalau tak puas hati berentaplah dalam gelanggang (Mahkamah) yang disediakan. Ini tidak, kes Mahkamah minta gugur, kemudian duduk melalak-lalak macam anjing gila di luar kononnya dia tak bersalah.

Kepada Khalid Ibrahim, anda sebagai MB tolonglah cerdik sikit. Anda kena ingat, PKR sudah jadi kerajaan di Selangor sekarang. Bukannya masih pembangkang lagi. Jadi , tunjuklah contoh yang baik sebagai sebuah kerajaan. Bukannya turut sama bersekongkol dalam perhimpunan haram.

Kata orang tua-tua kepada anak lelakinya yang baru berkahwin atau yang baru dapat anak "hang dah jadi laki orang la ni" atau "hang dah jadi pak orang la ni, janganlah bingai-bingai lagi"

Begitu juga kata saya kepada Khalid Ibrahim " hang dah jadi kerajaan la ni, janganlah dok bengong lagi, jagalah budak-budak hang dan negeri hang elok-elok". Kerja-kerja membangkang biar BN yang buat, kerana mereka menjadi pembangkang sekarang.

Sebagai seorang ketua sebuah kerajaan negeri, sepatutnya Khalid Ibrahim berkerjasama erat dengan polis dalam menjaga keselamatan dan keamanan negeri yang dipimpinnya. Bukannya bersubahat dengan cicak-cicak mengkarung atau pendekar tempang yang suka menganjurkan perhimpunan haram.

Khalid jangan bagi alasan kononnya beliau tidak tahu tentang dua perhimpunan haram hari ini. Mustahil sebagai MB beliau tidak diberitahu oleh orang-orang beliau sendiri atau oleh Polis Selangor. Tetapi sehingga kini, tiada satu kenyataan pun yang dikeluarkan oleh Khalid Ibrahim untuk menasihatkan orang-orangnya agar tidak terlibat dalam perhimpunan haram hari ini.

Tunjukkan contoh yang anda seorang pemimpin yang lebih baik dari BN, bukannya lebih teruk. Tetapi tidak, nampaknya memang kerajaan PKR lebih teruk daripada kerajaan BN yang memerintah Selangor dulu. Bab kutuk BN, PKR memang nombor satu, tetapi mereka sendiri bila diberi amanah, ternyata seratus kali lebih teruk.

Rakan saya juga mengulas perkara yang sama di sini.


10 comments:

Jeffry said...

SLM BRO. NMPKS SGT FUCKATAN LEBIH MEMENTINGKAN ANUWAR AL-JUBOREE DR MENINGKATKAN TARAF HIDUP MASYARAKAT. LEBIH SUKA MENGHALAU IBU2 TUNGGAL DARI KEDIAMAN MEREKA. LEBIH BERMINAT BERPOLITIK MENGHENTAM KERAJAAN DRP MEMBANTU KERAJAAN.

LEBIH BAIK KHALID LEPASKAN JAWATAN KLU DH X BERMINAT NAK MEMBANGUNKAN EKONOMI NEGERI. MMG PE'EL SUKU SAKAT PUAK FUCKATAN MCM TU HARKK PTUIHHH

mat4d said...

apa ? forum liwat ?

nasib baik forum , aku ingatkan bengkel liwat .

hahahaha

Abas said...

Salam:-

Insyaalah..kalau direstui Tuhan..ada kejutan besar esok di Selangor.

Goh Wei Liang said...

Tak habis habis kecoh. Demonstrasi mengganggu ekonomi. Habis tu bila ekonomi jatuh, tuduh pula Kerajaan.

PKR ni sudah lah. Tak payah main sandiwara lagi. Biarlah isu mahkamah diselesaikan di mahkamah.

bRAVEhEART said...

Salam tuan, mohon blog saya di-link-kan dari my blog list tuan. Terima kasih ~ bRAVEhEART

Antu Seruan Nusantara said...

Saudara-saudara ku!

Marilah kita teruskan bibit bibit penyatuan semula orang orang Melayu.

Saudara-saudara kita yang tidak berparti, atau berparti bebas, yang dalam UMNO, yang dalam PAS dan yang dalam PKR.. di mana jua.. marilah kita bersama-sama membimbing saudara-saudara Melayu yang terkeliru sehingga telah menjadi ahli DAP, saudara-saudara kita yang telah termakan pujuk rayu tipu helah Malaysian Malaysia, yang berselindung di sebalik meritokrasi dan berbagai helah itu..

Ingatlah, secara politiknya kita hanya ada UMNO dan PAS yang tidak bertegur sapa..

Secara politiknya puak-puak pelampau mereka sudah diam-diam bekerjasama. Mereka ada DAP, Gerakan, MCA, Gabungan 7 persatuan yang amat kiasu..

BANGKITLAH MELAYU.. bersama-sama keturunan cina, india dan lain-lain yang cintakan negara ini.. Bangkitlah.. kita lenyapkan golongan ultra kiasu yang sedang merancang untuk menerajui negara ini..

aliffnajmi said...

Salam.
Aku setuju dgn Antu Seruan Nusantara.
Mmg kita semua dah nampak yg DAP, Gerakan dan MCA ni dah bergabung.
Tektik mereka sama... PECAH dan perintah.
Bangkitlah Melayu!!

Anonymous said...

fuckatan dibawah pimpinan Datuk Seri RM 1 bakal musnahkan selangor darul Mafia

good job r.b.f

from me
http://www.hasnoreffendi.blogspot.com

apam said...

Inilah yang berlaku apabila sultan tidak
Dihormati inikan pula tuhan. Harap-harap
Mb selangor bersembahyang dan berdoa agar
Diberi petunjuk. Insyaallah.

Perjuangan Bangsa said...

Melayu kah Kita ?

Melayu ?
siapa mereka ?
hilang menafi kata laksamana
''Takkan Melayu Hilang Didunia''

Dusta !
hakikat kita hampa
setiap hati penuh duka
lembut lidah jadi senjata
bukan kerana apa... kerana kita sering lupa

Melayu ?
siapa mereka ?
berabad tunduk
berdekad mengangguk

Maruah ?
siapa kenal ?
calar kucing lebih indah
madah lidah lebih parah
kini layu bersimbah darah

Janji bersaksi
semat keris disisi
ilmu didada penuh disisi
sayang lalai lupa diri
ikrar hayut dibawa lari