Tuesday, December 29, 2009

SKANDAL MAJLIS PERBANDARAN KOTA BHARU

Cerita yang anda akan baca dibawah ini bukan ditulis oleh saya. Saya petik dari sebuah blog yang pro PAS. Isi kandungan cerita tersebut ditulis oleh wartawan harakah bernama Zainulfaqar yang pergi sendiri ke Kota Bharu untuk melakukan penyaisatan.

Tanah kubur mereka jual, tanah kubur mereka gadai. Rakusnya PAS di Kelantan. Andailah ditakdirkan semua ini dilakukan oleh BN, saya rasa 40 hari, 40 malam tak habis lagi PAS ceramah dan menghentam BN.

Mari kita sama-sama baca skandal MPKB yang dibongkarkan oleh wartawan harakah.

Skandal MPKB BRI?

1. Saya agak terkejut apabila mendapat tahu bahawa amalan kronisme dalam merompak tanah perbendaharaan kerajaan negeri Kelantan.

2. Selepas saya sendiri turun ke Kota Bharu, saya mendapati Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (PMBK BRI) telah menjual beberapa bidang tanah kerajaan negeri secara kormersial.

3. Saya minta pihak berwajib sila siasat pembelian Tanah Perkuburan Umat Islam di Jalan Hamzah.

4. Saya minta pihak berwajib siasat misteri yang menempatkan Pasar Borong Baru Wakaf Che Yeh yang asalnya merupakan rizab tanah wakaf untuk tujuan perkuburan. Sumber korporat memberitahu tanah tersebut dimiliki oleh Sensa Timur Sdn. Bhd. Selebihnya, sila siasat Peguam Nordin Noor.

5. Sila siasat bersama pembelian sebidang tanah wakaf untuk rizab perkuburan Umat Islam di belakang Hotel Perdana. Dipercayai Kelantan Trade Center (KTC) yang sekarang tersergam indah turut didirikan atas sebahagian kecil tanah wakaf tersebut.

6. Saya juga berharap pihak berwajib sila menyiasat bagaimana 5 ekar di Telipot (Kg. Puteh) yang menempatkan suatu Bengkel MPKB BRI akhirnya dirobohkan, semata-mata untuk dijualkan kepada seorang kroni Exco.

7. Satu lagi, dilaporkan kroni exco terbabit diminta membina pejabat MPKB BRI sementara di atas tanah wakaf perkuburan, di Panji. Sejak 19 tahun yang lalu, didapati hanya kontena wujud di sana. MPKB BRI dilaporkan menggadai sebidang tanah wakaf di Telipot bernilai RM15 juta kepada kroni terbabit, untuk membina prasarana semestara (kontena) yang bersama tanah tidak sampai RM5 juta.

8. Saya tidak mahu menuduh Datuk Takiyyuddin Hassan terlibat disebabkan beliau adalah Exco yang menjaga MPKB BRI. Nanti, akan ada orang Pas mencemuh saya sebagai peribadi yang jahat dan tidak ada adab berjamaah (Pas).

9. Kalau boleh ditanya, sila tanya siapa Peguam Nordin Noor di sisi Takiyyuddin dalam pemilikan beberapa harta MPKB BRI secara penuh misteri. Kalau boleh ditanya kepada Nik Muhammad Abduh Nik Mat sekali, sebab dia ini dikenali sebagai orang bijak pandai agama di Kelantan.

10. Firman Allah yang bermaksud, “Dan janganlah kamu cendurung kepada mereka yang melakukan kezaliman, kelak kamu boleh disambar api neraka…” (Surah Hud: 113)-End.

Misteri kereta mewah bernombor "PAS 17"
Mana dapat duit beli kereta ini dan nombor pendaftarannya ? Rasuah ke ?

Kereta dalam gambar ini dikatakan dimiliki oleh salah seorang ahli Majlis MPKB-BRI. Dia dah isytihar meninggalkan jawatannya di MPKB-BRI pada tahun hadapan. Senang cerita ini kereta Nik Abduh. Betul lah lirik nyanyian kumpulan Raihan yang berbunyi "Iman tidak boleh diwarisi".

Boleh beli kereta besar. Takde hal kat den. Tapi pembelian kereta ini telah menimbulkan fitnah dikalangan ahli PAS dan ahli UMNO di Kelantan. Bukankah Islam menyuruh kita keluar dari fitnah ?? Jika Nik Abduh mempunyai perniagaan yang bernilai jutaan ringgit, rakyat tidak kisah. Tetapi Nik Abduh tidak mempunyai perniagaan serupa itu. Di kala ramai ahli PAS diperingkat bawahan merana kerana kegetiran hidup di zaman meleset dan pekerja bawahan MPKB tidak diberi gaji OT, Nik Abduh boleh pakai kereta besar. Untuk apa ?? Setelah menantu, janganlah pula Nik Abduh cuba memburukkan nama baik ayahandanya.

Cadangan untuk Nik Abduh

Untuk lebih adil, diharap Nik Abduh boleh menyatakan pendapatan bulanannya sehingga dia mampu beli kereta mewah. Anda bukan orang kebiasaan. Anda berada diposisi yang dilihat publik dari luar dan ke dalam. Meh sini den bagi cadangan untuk hilangkan fitnah ke atas ekau, ekau jual kereta mewah itu dan dari duit jualan itu ekau biayai kos perubatan Ahmad Lutfi othman, pengarang paper Harakah yang bertarung dengan penyakit jantung. Ahmad Lutfi sihat dan ekau dilihat sebagai hero. Make your father proud of you.

* Masih teringat lagi tulisan Nik Abduh yang kasar dan tidak beradab menyanggah hujah Dinsman. Tidak menggambarkan dia ni anak Tok Guru. Dinsman berpangkat ayah kepada Nik Abduh. Hormatilah beliau dalam tulisan. Jika tidak setuju, berhujah dengan waras. Tidak perlu kasar-kasar. Untuk apa bersikap kasar dalam tulisan ?? Nak tunjuk bagus ?? Nak tunjuk ego ?? Jagalah sikit nama baik ayahanda kamu. Dinsman adalah abang kepada Ahmad Lutfi Othman.

dipetik dari : bagan utama blogspot

4 comments:

Anonymous said...

aku tak terkejut pun dengan berita ni..dah lama aku tahu orang2 pas ni memang kaki rasuah n kaki balak..aku dah lama pun tinggalkan parti ajaran sesat @ haram jadah tu..minggu lepas aku balik kg, tersergam indah rumah banglo mewah warna hijau...apabila diselidiki sah yang adik bekas yb pas punya rumah...seblum abang jd yb dia tu kejer jual kanji ngan garam kasar(bukan garam makan), tup2 lepas abang jd yb idup boleh berubah...mula2 memang tak caya tapi kalau dah org takder kejer/business mana mampu nak buat rumah camtu punya besar....

Anonymous said...

Malam semalam saya pergi ikuti ceramah agama dan pencaramah ialah yang bahagia Tuan Ahmad dari Bangi.
Tn Ahmad buat komen,dalam perkara perkara menuju ke akhirat manusia akan di uji olih 3 TA.
Ramai dah tahu.
Ceramah adalah untuk mengingatkan aje.
Tajuk ceramah pun tahu-Hijrah.
Maka di Serambi Mekkah orang manusia baisa aje.
Maka prinsip 3 TA tetap ada.
tahkTA
waniTA.
harTA.

changkat lobak.
arjuna waspada.

ejarll said...

mereka semua nie MUNASIK NO 1 di MALAYSIA...

apamereka buat semua HALAL, UMNO/BN buat semua HARAM...

sekarang nie pun ALLAH da tunjukkan 1 persatu kepincangan PAS...

Anonymous said...

bagi la link kalau ye pun petik dr blog pro PAS...kang org ckp fitnah marah plk..