Tuesday, December 29, 2009

TERKINI DARI KB. ADAKAH HUSAM LETAK JAWATAN ?

Keadaan PAS di Kota Bharu dikhabarkan makin bolot wot (kelam kabut). Speakulasi tentang pengguran rakan karib Husam ,iaitu Anual Bakhri sebagai Setpol Nik Aziz semakin kencang. Ianya dijangka diketahui petang ini.

Saya difahamkan oleh satu sumber yang mengatakan Husam tidak menghadiri mesyuarat Dewan Harian Pas yang diadakan beberapa hari lepas .Mungkin benar , mungkin tidak, Wallahualam. Husam juga dikhabarkan akan meletak semua jawatan beliau dalam PAS dan Kerajaan Kelantan termasuk Adun . Wallahualam. Hanya tuan punya badan yang boleh mengesahkannya.

Jika benar Husam tidak hadir mesyuarat berkenaan adalah sesuatu yang luar biasa. Secara logik akal kita pun boleh berfikir, mana mungkin seorang Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri tidak hadir mesyuarat sepenting itu. Tak tahulah , mungkin beliau sakit belakang pula dan memerlukan rawatan di hospital. Tapi, tiada pula kedengaran sehari dua ini Husam dapatkan rawatan hospital sepertimana yang berlaku beberapa hari sebelum Aidil Adha yang lepas.

Penguguran Anual mungkin amat tidak memuaskan hati Husam. Mungkin sebab itu juga Husam tidak menghadiri mesyuarat berkenaan. Mereka berdua bagai isi dan kuku. Sebab itu, secara tidak langsung semalam Husam telah 'menampar' anak jantan dan anak betina Nik Aziz dalam posting terbaru di blognya. Pelbagai istilah yang digunakannya , family matters, state matters, legally, morally, stake holder, monetary gain, rule of law, untuk menggambarkan perasaan beliau.

Jika kita lihat secara langsung,kita nampak Husam cuba 'menampar' Tun Dr.M (orang yang pernah puji dia) dan Pak Lah. Inilah yang dikatakan,pukul anak sindir menantu.

Saya juga difahamkan, campurtangan keluarga Nik Aziz adalah punca utama penguguran jawatan yang disandang oleh Anual Bakhri. Mungkin itulah yang membuatkan Husam benar-benar kecewa, iaitu campurtangan keluarga Nik Aziz dalam pentabiran Kelantan.

Jika sebelum ini di Perak telah wujud trio 3N yang menjahamkan kerajaan campuran Perak. Iaitu Nizar, Ngeh, Nga .

Sekarang 3N muncul lagi di Kelantan untuk menjahanamkan PAS Kelantan, iaitu Nik Aziz, Nik Abduh, Nik Amalina.

Apa pun Nik Amalina dan Nik Abduh telah mencatat sejarah baru dalam dunia politik tanahair. Merekalah anak-anak MB yang paling gedebe dalam sejarah politik Malaysia, kerana berani menyuruh MB mengugurkan Exco kerajaan Negeri. (rujuk di sini)

RBF : Tunggu 3N di Selangor pula muncul....





7 comments:

Anak Lenggong said...

Perut dia dah kenyang melantak hasil bumi kelantan..so ..daripada dia asyik dok ditembak oleh anak nik ajis ...dia akan cuba melarikan diri...kalau melawan lebih2 nanti ..dia takut abis rahsia dia terbongkar..

Anonymous said...

Memang panas sekarang ni di Kelantan, bukan saja hal pemimpin pemimpin PAS, malah dalam bulan ini saja sudah 30 orang dari usia 15 tahun hingga 40an telah dihadapkan diMahkamah kerana kes khalwat. Malah kalau kita tinjau bandar besar KL/Sgor saja org dari sana juga yang byk rosak akibat "culture shock".

Entahlah harap kita semua agar rakyat Kelantan kembali ke pangkal jalan serta banyak banyaklah berfikir secara logik, telus, baik buruk rakyat Kelantan serta pembangunan Kelantan. Kalau inginkan pembangunan serta anak anak muda kembali ke Kelantan byk boleh dibuat serta dibangunkan tak semestinya wang berbillion kerana pentadbiran tidak cekap, isi perut kaum keluarga sendiri difikirkan, angkuh tidak mahu pembaharuan walhal berkemampuan punca Kelantan tidak semaju bandar Perlis atau Kedah (ambil contoh mudah).

Tahun baru 2010 n diharap agar jangan pemimpin PAS lebihkan berpolitik, maki caci serta mencelarukan minda serta hati ahli ahli kerana ingin menjaga hati DAP/PKR yg sah sah tidak memihak atau membantu PAS selama ini dilihat cuma PAS byk dipergunakan dan diperkudakan sehingga perjuangan sebenar PAS sudah tidak selari dari awal penubuhan PAS.

madi said...

Walau pun Husam tidak berpuaas hati dengan tindakan Nik Aziz, namun hakikatnya beliau takut untuk bersuara secara terus terang, hingga terpaksa menggunakan kiasan melibatkan pemimpin UMNO, Inilah wajah pemimpin PAS yang hipokrit.

YANG GAMBI said...

Salam RBF, inilah berkahnya do'a TGNA untuk membinasakan UMNO.....

Mylasia said...

Nik Aziz kata bukan kne buang lar bro...dorg dah habis kontrak...hahahah budus takkan habis kontrak kener hantar surat perletakan jawatan kot....bodoh lar tuk guru pas ni bodoh2

Perjuangan Bangsa said...

TNGA marah kepada blog yang cuba merosakkan pemerintahannya ? aku salah dengar ke atau TNGA dah x nampak ?

Mat Gondrong said...

SETPOLMB mana ada kontrak. Sampai bila orang yang melantik tu menjadi Menteri Besar, selagi dimahukan oleh MB, selagi tuh dia akan memegang jawatan tersebut. Tatau laa plak, kot N.Ajis tu menipu... setau hamba... takder la plak.