Tuesday, March 31, 2009

KERJA PAS HANYA "MEMBINATANGKAN" ORANG

Sewaktu rehat tengahari tadi saya sempat meninjau seketika ke laman-laman web dan blog.
Apabila saya membuka laman web http://www.tranungkite.net/v8/index.php di ruangan borak siber saya terlihat saya posting yang bergambar seperti diatas.

link seperti berikut http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22493&highlight=

Seingat saya walaupun kita di pihak Barisan Nasional sering dituduh jahat atau pelbagai tuduhan lain lagi tetapi kita tidak tergamak untuk membinatangkan pemimpin-pemimpin Pas. Tetapi orang yang sering menggunakan imej islam dan waruk sanggup membuat gambar begitu dan sanggup pula disiarkan oleh pengendali web berkenaan iaitu DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN DUNGUN.

Inilah imej sebenar mereka yang sentiasa berpura-pura alim.

Bila melihat gambar diatas fikiran saya terus terlintas kepada gambar Sultan dan Mufti Perak berbadan anjing yang diedarkan di Bukit Gantang sekarang. Saya dapat merasakan gambar tersebut dibuat oleh puak-puak Pas, kemudian lempar tuduhan kepada Umno.

Dengan adanya gambar diatas ini,saya rasa sudah cukup bukti untuk kita menafikan Umno terlibat dalam gambar berkenaan di Bukit Gantang.

Kepada rakan-rakan blogger yang pro BN,mohon edarkan gambar ini di Bukit Gantang. Kita tunjuk kepada masyarakat Bukit Gantang siapa yang lebih arif dalam hal-hal merekacipta gambar begini.

Sebagai bukti di mana gambar ini disiarkan ,mohon cetak sekali dengan nama laman web yang berkenaan.

Saya telah mencetak semua gambar itu dan save page yang berkenaan untuk diserahkan kepada pihak yang berkenaan sebagi bukti.


Monday, March 30, 2009

SAYA BAKAL DISAMAN OLEH BLOGGER PEMBANGKANG


Saya amat jarang sekali membuka blog-blog tin kosong . Tin kosong ada yang cantik dan ada yang hodoh tapi bunyinya kuat bila disepak bila dibuka isinya kosong atau dipenuhi nyamuk.

Begitu juga dengan blog-blog yang dikendalikan segelintir blogger-blogger pro pembangkang.Termasuklah blog yang berhajat menyaman saya. Bunyi namanya hebat,susun atur pun hebat tapi bila dibuka tiada satu pengajaran atau benda yang berfaedah yang kita dapat daripada blog mereka,melainkan berita-berita berbentuk fitnah dan pembohongan.

Akibat saya tidak buka maka sebab itu saya tidak tahu ada satu blog ingin menyaman saya sebanyak RM 5 juta kerana memfitnah mereka dalam kes mereka memfitnah sahabat saya saudara Nazmi.(lihat posting sebelumnya) Saya hanya tahu melalui beberapa sahabat yang sms kepada saya semalam.

Nak saman saya ?

KECIL TAPAK TANGAN NYIRU HAMBA TADAHKAN

Saya rasa teramat gembira bila mereka ingin menyaman saya.Bolehlah saya bersua muka dengan mereka di mahkamah.

Mereka yang mula fitnah orang,kemudian mereka kata saya pula yang fitnahkan mereka.

Ibarat pencuri yang baru lepas mencuri,bila dikepung oleh orang kampung maka si pencuri ini pula yang berpura-pura mengejar pencuri sambil menjerit pencuri...pencuri...

Itulah gambarannya sebenar yang dapat saya gambarkan.

Walau bagaimanapun saya tetap menunggu surat saman daripada blog yang berkenaan.Ayuh...kita berentap di muka pengadilan.Saya mungkin tiada duit nak bayar RM 5 juta.Tapi tak mengapalah saya cuba bayar dengan segala jenis bulu yang ada pada diri saya sebagai pengganti wang.


Saturday, March 28, 2009

PADAN MUKA ! LAPORAN POLIS TERHADAP BLOGGER PEMBANGKANG

Saudara Nazmi Rosli pada petang tadi ditemani oleh saudara SD Johari Hj.Yassin telah membuat laporan polis terhadap laman blog dan web seperti berikut
  1. http://perisik-rakyat.com
  2. http://politikbanjar.blogspot.com
  3. http://www.tranungkite.net
  4. http://perakbangkit.blogspot
Laporan telah dibuat di Balai Polis Klang pada jam 4.44 petang.

Tujuan laporan dibuat adalah untuk melindungi keselamatan beliau,keluarga dan harta bendanya kerana laman-laman blog dan web diatas telah menyiarkan gambar beliau,kereta,pejabat dan alamat kediamannya.

Laman-laman web atau blog diatas telah menuduh saudara Nazmi adalah pengendali laman blog perak bangkit yang terlibat menyiarkan gambar tatu pada badan manusia yang bertulis "kill nizar".Sedangkan saudara Nazmi BUKAN pemilik blog perak bangkit seperti yang dituduh oleh blogger perisik rakyat.

Inilah sikap TIDAK BERTANGGUNGJAWAB penulis-penulis blog pro pembangkang.Mereka sesuka hati menulis dan menyiarkan BERITA FITNAH terhadap orang tanpa usul periksa dan bukti yang sahih.

Pemimpin kencing berdiri,pengikut kencing berlari.Apa nak dikata lagi ! Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi ?

Mereka semua telah diajar oleh pemimpin-pemimpin mereka untuk membuat dan menyebarkan BERITA-BERITA FITNAH. Sama juga seperti harakah dan suara keadilan yang digantung tiga bulan oleh KDN sekarang.Hidup mereka sepanjang masa hanyalah membuat fitnah.Harapkan serban sebesar bakul sahaja di atas kepala dan kopiah seputih salju,tetapi hati hitam legam.


Saudara Nazmi juga telah memberitahu saya,gambar kenderaan beliau diambil di tempat letak kereta di pejabatnya.Dan beliau telah melihat rakaman CCTV ,gambar serta waktu orang yang merakam gambar kereta beliau,kerana ianya dirakam oleh CCTV di tempat letak kereta di pejabatnya.Pengawal keselamatan disitu juga ada menyaksikan seseorang telah datang mengambil gambar kenderaannya.

Saudara Nazmi akan mengambil tindakan MENYAMAN semua laman blog dan web diatas dengan seberapa segera. Beliau sedang berjumpa dengan peguamnya sekarang di Subang Jaya untuk tindakan selanjutnya.

Sila klik untuk melihat laporan polis.


















LAPORAN POLIS

Saudara Nazmi sedang membuat laporan polis di Balai Polis Klang sekarang terhadap beberapa buag blog yang membuat laporan palsu,kononnya beliau adalah blogmaster PERAK BANGKIT yang menyiarkan gambar tatu "kill nizar".

Blog tersebut menyiarkan gambar kereta saudara Nazmi,gambar tempat kerja,alamat rumah beliau dan no kp beliau.

Kesan daripada penyiaran berita palsu itu,saudara Nazmi dan keluarga beliau telah diancam malam tadi dan hari ini.

Atas alasan keselamatan beliau terpaksa membuat laporan polis untuk keselamatan beliau sekeluarga dan harta bendanya.

Beliau juga kan bertindak menyaman laman-laman blog dan web tersebut.

Saya akan siarkan kemudian laporan polis tersebut

Friday, March 27, 2009

ALLAHUAKBAR ! ALLAHUAKBAR ! ALLAHUAKBAR !


ALLAHUAKBAR !

ALLAHUAKBAR !

ALLAHUAKBAR !

ALHAMDULLILAH !

ALHAMDULLILAH !

ALHAMDULLILAH !

YA ALLAH YA TUHANKU,SAYA SEBAGAI HAMBA MU YANG HINA INI,BERSUJUD SYUKUR KEPADA MU YA ALLAH,KERANA TELAH MEMENUHI HAJAT DAN IMPIAN KAMI AGAR MEMBERI KEPADA KAMI PEMIMPIN YANG SEMPURNA DAN BAIK AKHLAKNYA.

SESUNGGUHNYA SAYA AMAT BERSYUKUR KEPADA MU ALLAH.



Wednesday, March 25, 2009

WASIAT TERAKHIR KEPADA PERWAKILAN


SAFKANLAH KEPADA SAYA SEKUMPULAN PIMPINAN YANG AMPUH DAN PADU.BARISKANLAH KEPADA SAYA SATU PASUKAN YANG SETIA,BERINTEGRITI,BERKEBOLEHAN LAGI BERDEKASI

Itulah rayuan Presiden Umno yang baru dan bakal Perdana Menteri Malaysia semasa perasmian serentak

Persidangan Perwakilan Wanita,Pemuda dan Puteri UMNO 2008 di PWTC malam tadi.




Sekarang giliran saya pulak sebagai rakyat Malaysia dan ahli UMNO akar umbi ingin merayu kepada para perwakilan.


Kepada mu kami berharap wahai saudara-saudari perwakilan yang budiman sekalian.Kepada mu kami wakilkan segalanya untuk menentukan saf kepimpinan yang mampu membawa harapan baru kepada UMNO,BN dan NEGARA.Oleh itu kami berharap agar Perwakilan yang budiman sekalian agar tidak mempersiakan harapan kami rakyat bawahan ini.


Kami bukan rakyat yang hebat,kami bukan orang kaya,kami bukan Datuk-Datin,kami bukan segalanya.Kami hanya rakyat marhaen yang ingin melihat UMNO terus maju.


Ada antara kami,hanya penjaja pasar malam,pemandu teksi,kerani bank,budak pejabat.Tapi kami adalah ahli UMNO yang mempunyai semangat juang yang tinggi.Kami tidak sesekali akan menghancurkan UMNO.KAMI AKAN SETIA BERSAMA UMNO HINGGA KE AKHIR HAYAT WALAU APA PUN TERJADI.Kami berharap agar perwakilan juga mempunyai semangat yang sama seperti kami.


Inilah amaran terakhir bagi UMNO sekiranya ia ingin kembali mendapat sokongan padu dari bangsanya sendiri. Kalau korupsi membaham jiwa dan raga orang UMNO dan menganggap korupsi sebagai salah satu jalan hidup,maka jangan terkejut dan menyesal kalau ia menjadi pembangkang selepas PRU akan datang.

Oleh yang demikian pilihlah pemimpin yang mampu menggalas tugas dan berani menghadapi cabaran-cabaran daripada pembangkang yang semakin agresif



Saya ingin memberi satu perumpamaan...

Kita seorang yang ada duit ,kita buka satu perniagaan.Kemudian kita hendak lantik seorang pengurus untuk menguruskan perniagaan kita,kerana kita sendiri tidak pandai hendak menjalankan perniagaan tersebut,.Maka pengurus bagaimana yang harus kita cari ?

Bila kita berniaga kita mesti nak untung.Siapa yang nak berniaga rugi ? Apabila nak untung maka kita harus mencari seorang pengurus yang pintar,mahir,tegas,tidak mempunyai rekod buruk,dihormati oleh pekerja.Dan dalam masa yang sama bila kita kita lantik pengurus yang hebat ini ianya juga menimbulkan kebimbangan kepada pesaing perniagaan kita.

Apabila perniagaan berjalan lancar,maka kita pun terima aduan daripada kakitangan kita kononnya pengurus ini tegas,sombong dan sebagainya.Sebagai pengurus beliau mesti tunjukan contoh yang baik dan tegas kepada pekerja bawahannya,supaya mereka patuh pada peraturan dan bekerja dgn tekun.Mana mungkin pula pengurus tersebut boleh bergurau senda dengan pekerjanya,nanti pekerja naik toncang pula.Walaupun pelbagai tohmahan dibuat tetapi pengurus ini tetap menjaga kebajikan pekerjanya.Beliau tidak zalim terhadap pekerja.

Adakah kerana pekerja kita merungut pasal pengurus ini,tegas dan sebagainya maka kita buang pengurus yang baik itu ? Tidak mungkin.Orang yang tegas dan berdisiplin itulah oarang yang boleh membawa kejayaan kepada perniagaan kita. Sebagai pemilik syarikat kita tidak perlu peduli semua itu yang penting perniagaan kita diuruskan dengan lancar oleh pengurus tersebut dan kita mendapat untung daripada apa yang kita laburkan itu.
Begitulah juga gambaran nya disini.Kita sebagai rakyat atau perwakilan.Kita ada kuasa untuk menentukan siapa yang layak mentadbir parti dan Na egara kita.

Maka kita hendaklah memilih orang yang benar-benar layak seperti dalam perumpamaan dia atas.

Apa kita nak pedulikan jika ada segelintir orang kata ,calon ini sombong dan sebagainya.Yang penting beliau ada rekod yang baik dan mampu mentadbir Negara kita.Dalam masa yang sama juga beliau tidak lupakan rakyat.
Ingat wahai para perwakilan,kita bukan pilih orang di atas itu untuk jadi "BOS" kita.Beliau jadi "pekerja" kepada kita.Kita yang "BOS".Negara ini kita yang punya.

Jadi saya tidak salah kalau kita pilih seorang pemimpin seperti mana kita lantik pengurus syarikat kita.

Sekian hanya setakat ini dulu untuk kali ini.Harap perwakilan tidak lupa memilih calon yang benar-benar layak.

Jumpa lagi bersama kegemilangan esok malam.

Tuesday, March 24, 2009

MUHYIDDIN KAKI BODEK ?

ADAKAH BENAR MUHYIDDIN KAKI BODEK ? SILA BACA SEHINGGA HABIS WAWANCARA INI.

"kita terpaksa berkata benar,walaupun yang benar itu pahit untuk ditelan"

Berikut adalah wawancara Mingguan Malaysia bersama TSMY pada 13.April.2008



SILA KLIK PADA IMEJ UNTUK BACAAN YANG LEBIH JELAS






















SEHARUSNYA PERWAKILAN UMNO TIDAK BOLEH SESEKALI MEMPERSIAKAN HARAPAN RAKYAT UNTUK MELIHAT MUHYIDDIN DIANGKAT MENJADI TIMBALAN PRESIDEN UMNO.