Wednesday, September 30, 2009

BAGAN PINANG : KALAU BUKAN ISA,TERBALIK KHEMAH SEMALAM

Pertama kali semalam dalam sejarah hidupku , aku melihat calon BN yang mendapat sokongan padu tanpa mengira peringkat dari seluruh pelusuk penyokong dan penduduk setempat.

Andai ditakdirkan bukan nama Tan Sri Isa Samad yang diumumkan semalam, saya rasa terbalik habis semua khemah di tempat pengumuman calon semalam dan dengan buta-buta sahaja PAS @DAPig berjaya menambah satu lagi kerusi dalam DUN Negeri Sembilan.

Tapi,Syukur kepada Allah kerana pemimpin tertinggi parti mendengar suara rakyat marhaen Bagan Pinang yang mahukan Tan Sri Isa menjadi wakil mereka di dalam DUN.

Ambillah peristiwa semalam sebagai pengajaran kepada semua ahli politik Umno dan BN. Lain kali ingat semasa kita berkuasa jangan lupa kepada rakyat bawahan dan jentera parti. Semasa kita dikenakan tindakan disiplin oleh parti sekalipun jangan kita mengkhianati parti. Orang akan kenang kita walaupun di mana sekali kita berada. Itulah resepi kejayaan Tan Sri Isa Samad.

Isu politik wang dan rasuah yang dimainkan oleh pembangkang di Bagan Pinang tidak akan laku. Penduduk setempat tidak pandang pun isu tersebut. Ianya hanya dimainkan oleh mereka-mereka yang datang dari 'Kolumpo'. PAS@DAPig di Bagan Pinang akan menerima nasib yang sama sepertimana UMNO terima di Permatang Pauh.

Cakaplah apa saja pasal Anwar atau bersumpahlah dengan 44 biji Quran sekalipun rakyat Permatang Pauh tidak peduli. Yang mereka tahu Anwar mesti jadi wakil mereka di Parlimen.

Begitulah senarionya di Bagan Pinang. PAS@DAPig boleh cakap apa saja pasal Tan Sri Isa, tapi rakyat Bagan Pinang tak akan peduli semua itu. Pada mereka,jika Anwar Ibrahim seorang peliwat dan seorang bekas banduan boleh diangkat sebagai pemimpin dan dicanangkan sebagai bakal PM,apa lagi Tan Sri Isa yang hanya dikenakan tindakan oleh lembaga tatatertib disiplin parti.

Kepada PAS@DAPig, lebih baik tarik diri dan tidak payah bertandinglah. Buang masa dan duit sahaja. BN telah pun memenangi pusingan awal semalam. Dari segi calon, BN sudah menang dan sokongan rakyat di tempat pengumuman calon semalam pun BN sudah menang. Sudah 2-0 BN memang. Kamu mahu bertanding lagikah PAS@DAPig ?

Dibawah ini sedikit gambar-gambar yang sempat saya rakam semalam menggunakan kamera cabuk saya. Minta maaf kalau ada gambar yang tidak jelas.

Di bawah lagi ada pula gambar-gambar sekitar majlis pengumuman calon pihak sebelah sana.









Kepada pembaca, anda tafsirlah sendiri berapa ramai penyokong BN yang hadir di majlis pengumuman calon BN semalam. Saya tidak pandai hendak tarfsirkan. Yang saya tahu, tanah seluas 4 ekar semalam penuh sesak dengan manusia dan makanan yang disediakan untuk 10 ribu orang tidak cukup. Itu sahaja yang saya tahu.

Manakala dibawah ini pula gambar yang dirakamkan oleh orang yang menggunakan kamera mahal di majlis pengumuman calon DAP yang bakal bertanding menggunakan logo PAS.


Diumumkan di atas pentas DAPig dan di Pejabat DAPig Teluk Kemang.
Selepas diumumkan oleh Presiden PAS, Penasihat DAPig terus menerkam dan menjulang tangan calonnya yang bakal bertanding menggunakan logo PAS.
DAPig lebih teruja dan bersemangat untuk menghadapi PRK Bagan Pinang. Ini kali ketiga calon DAPig bertanding menggunakan logo PAS selepas Khalid Samad di Shah Alam dan Nizar di Bukit Gantang.
'Lautan' manusia yang hadir ke majlis malam tadi. Lebih kurang 15 ribu orang. Siapa yang tak nampak tandanya dia nak mati.
Di satu sudut yang terpencil di majlis malam tadi , kelihatan mereka-mereka yang kecewa melihat PAS sedang diperbodohkan oleh DAPig.
Eh...eh... dalam bulan ada roket. Lihat betul-betul di rostrum. Maknanya betul apa yang dikatakan selama ini. DAPig memang mengawal PAS daripada dalam, dan PAS takutkan DAPig. Allah maha kaya, kalau nak tunjukan kebenaran sekejap sahaja. Bulan di luar, roket di dalam. Kulit PAS , isi DAPig.

Untuk melihat gambar-gambar sekitar majlis pengumuman calon BN semalam sila rujuk di sini.


NIZAR OIII !!!! CERITA SEBENAR TENTANG KUIL DI SEKSYEN 19

Saya menerima satu email daripada wakil penduduk Seksyen 19 Shah Alam yang mana kuil hindu berada di kawasan mereka sekarang dan bakal di pindahkan ke Seksyen 23. Penduduk meminta saya menjelaskan keadaan sebenar apa yang berlaku di sana.

Berikut adalah email kiriman mereka dan saya siarkan tanpa sebarang pindaan.

29hb. September 2009 – Selasa.

Daripada Warga Seksyen 19 Shah Alam.

Masalah kuil Seksyen 19 yang menjadi Isu Negara.

Sepanjang minggu pertama bulan September 2009, isu pemindahan kuil Seksyen 19 dan bantahan penduduk Islam Seksyen 23 menjadi tajuk utama media dan jadi Isu Negara. Pelbagai pihak membuat komen tanpa mengetahui secara terperinci punca masalah ini. Kami tidak memihak kepada mana mana parti politik, tetapi sebagai penduduk tempatan yang telah bersama-sama persatuan kejiranan kami berusaha menuntut hak kami untuk hidup aman dan tenang dikawasan kami sendiri. Akhbar Harakah keluaran 4-6 September 2009 telah menyiarkan gambar kepala lembu dimuka hadapan mengutuk perarakan anti-agama yang katanya boleh cetus huru hara jelas meniupkan sentimen perkauman. Kenapa cepat membuat tuduhan bahawa tindakan itu menghina agama lain?. Ia akan mengundang pelbagai spekulasi yang akan memburukkan lagi keadaan. Pihak UMNO sering menjadi mangsa kerana segala keburukan ditujukan kepada mereka. Ini tidak adil kerana dalam masalah kuil itu pemimpin PAS juga wajar dipersalahkan. Salah satu sebab punca kekalahan UMNO di Shah Alam adalah kerana isu kuil Hindu yang gagal ditangani dengan berkesan oleh pemimpin UMNO. Jadi penduduk yang kecewa telah memihak kepada pembangkang. Tetapi keadaan yang diharapkan menjadi lebih baik daripada masa lalu, menjadi semakin bercelaru kerana lain yang diharap, lain pula masalah yang diterima.

Masalah kuil di Seksyen 19 sudah memakan masa 21 tahun sejak tahun 1988 masih belum selesai hingga kehari ini. Setiap kali kuil itu diarahkan berpindah pasti ada campur tangan politik yang telah menangguhkan proses itu. Campur tangan inilah yang menyukarkan pihak penguat kuasa untuk bertindak memindahkan kuil itu kekawasan yang telah diperuntukkan kepada mereka. Rumah teres dua tingkat sebanyak 16 unit masih gagal didirikan di tapak itu kerana pihak kuil enggan keluar dari situ dengan pelbagai alasan. Semasa penduduk berpindah kekawasan perumahan ini pada tahun 1988 kuil itu kecil dan usang sahaja. Tidah ada bekalan air dan elektrik pada masa itu. Kawasan sekitar kuil itu semak dan sering ditenggelami air bila hujan lebat. Pada tahun 2000 persatuan penduduk sudah berusaha membuat permohonan melalui melalui bekas Adun pada masa itu agar kawasan yang terbiar dan kawasan hijau dijadikan Taman Komuniti untuk kegunaan penduduk tempatan. Tetapi, hanya jogging track yang diluluskan dibuat dikawasan hijau.

Pada tahun 2000 kuil usang dikawasan terbiar itu mula digunakan oleh penduduk India yang datang ramai-ramai dari kawasan Seksyen 20 yang baru dibuka ketika itu. Mereka bergabung dengan penduduk setinggan mengaktifkan kuil usang itu. Persatuan penduduk terpaksa membuat aduan dan perjumpaan kerana perkembangan yang berlaku telah mengganggu kehidupan penduduk Islam. Selepas beberapa kali perjumpaan diadakan kuil telah diarahkan berpindah ke kawasan kuil berkelompok Seksyen 18 pada tahun 2003. Kuil tidak berpindah ke Seksyen 18, tetapi bekalan elektrik telah dimasukkan kekuil itu. Bekalan air diambil secara haram dari paip jalan besar. Beberapa orang penduduk telah membuat aduan kepada pihak JBA Klang. Pada tahun 2005, Penduduk setinggan berdekatan jalan keretapi telah dipindahkan. Kuil semakin aktif selepas penduduk setinggan berpindah. Kedudukan kuil hanya diseberang jalan rumah penduduk Islam Jalan 19/24 dan Jalan 19/28. Setiap pagi dan malam penduduk terpaksa mendengar lagu-lagu Hindu dipasang kuat pada waktu pagi dan malam. Jika puak Hindu mempertikaikan azan yang masanya kurang 10 minit, bagaimana pula perasaan penduduk Islam berhampiran kuil yang terpaksa bersabar dengan gangguan bising lagu-lagu Hindu selama beberapa jam pada waktu pagi dan malam. Apabila keramaian diadakan penduduk berhampiran kuil terpaksa mendengar pelbagai bunyi gendang yang membingitkan telinga berjam-jam lamanya. Penduduk terpaksa menghidu bau kemenyan yang kuat menusuk hidung, Kawasan berdekatan berjerebu setiap kali unggun api yang besar dipasang disitu. Banyak lagi masalah sampingan yang lain terpaksa dihadapi penduduk akibat kegiatan mereka disitu. Penduduk Islam terpaks bersabar kerana tidak mahu berlaku pergaduhan kaum walaupun pihak kuil tidak menghormati sensitiviti penduduk Islam yang tinggal berhampiran. Apabila penduduk membuat aduan kepada pihak berkuasa gangguan bising berhenti sekejap, namun masalah yang sama akan berulang semula tidak lama selepas itu.

Penduduk Islam amat sedar usaha-usaha yang mereka buat untuk kekal terus disitu. Walaupun bantahan telah dibuat kepada pihak-pihak berkuasa mereka buat juga ubahsuai besarkan kuil, masukkan bekalan air dan elektrik serta membawa masuk barang kekuil. Semasa persatuan penduduk buat perjumpaan dengan Pegawai-pegawai penguat kuasa dan Jabatan Perancang MBSA, penduduk dimaklumkan ia-itu “Tindakan memindahkan kuil akan dibuat jika ada arahan daripada pihak SUK. Ada campur tangan pemimpin politik tertentu dalam masalah kuil itu. Pihak kuil mendapat sokongan komuniti India dari kawasan lain. Penguat kuasa sering menerima ancaman dan ugutan jika bertindak keatas kuil itu.” Ulasan : Jika penguat kuasa takut untuk bertindak bagaimana pula dengan nasib penduduk Islam yang tinggal berhampiran? Penduduk berhadapan dengan pelbagai risiko jika menegur mereka. Masalah yang dihadapi akibat gangguan pengunjung kuil itu sering mencabar kesabaran penduduk Islam disini. Kesabaran kami sudah ketahap maksima.

Persatuan penduduk telah menghantar aduan kepada DYMM Sultan Selangor pada bulan Julai 2006 apabila pihak kuil buat ubahsuai besar-besaran selepas bekalan air dimasukkan bulan Jun 2006. Selepas itu dua papan tanda telah dipasang “Tanah Milik PKNS Penceroboh Akan didakwa” di Jalan 19/24 dan Jalan 19/25. Tetapi notis larangan itu tidak langsung menakutkan pihak kuil. Realitinya tanah itu terus diceroboh kerana mereka tidak pernah didakwa. Ubahsuai terus dibuat walaupun penguat kuasa sering buat rondaan. Perjumpaan telah dibuat oleh persatuan penduduk dengan bekas Adun Batu 3 pada September 2006. Penduduk dimaklumkan oleh bekas Adun kuil akan dipindahkan. Menurut Jabatan Perancang MBSA pihak kuil beri alasan tidak mahu berpindah adalah kerana penganut Hindu di Seksyen 18 adalah pengikut Mariappan. Di Seksyen 19 mereka adalah pengikut Mahamariaman. Menurut bekas Pembantu Khas Adun pihak kuil telah ditawarkan berpindah kekawasan Seksyen 23 tetapi mereka telah menolak dengan alasan berdekatan dengan loji najis Indah Water. Perjumpaan penduduk dengan bekas Menteri Besar Selangor yang dihadiri oleh 7 orang wakil penduduk diketuai oleh bekas Nazir Masjid Ubudiah diadakan pada Oktober 2006. Selepas itu aduan telah dihantar kepada Pengurus Besar PKNS pada bulan December 2006. Pihak PKNS telah menghantar ramai pekerja mengukur kawasan kuil pada bulan March dan April 2007. Penduduk berdekatan telah dimaklumkan rumah teres dua tingkat yang terggendala sebanyak 16 unit akan didirikan. Tetapi sehingga kini tidak ada tindakan susulan yang dibuat oleh pihak PKNS.

Pada bulan Julai 2007 pihak kuil mengadakan keramaian selama beberapa hari. Oleh kerana tiada tindakan serius kerajaan negeri mengatasi masalah kuil, penduduk menghantar aduan kepada Biro Pengaduan Awam (kes 35158), Jabatan Perdana Menteri dan Badan Pencegah Rasuah. Maklum balas daripada kedua-dua jabatan itu untuk menyiasat perkara ini amat dihargai. Pelbagai agensi kerajaan berkaitan menghantar maklum balas yang positif kepada penduduk. Akhirnya penduduk telah menerima maklumat daripada Jabatan Perancang MBSA pada 29/12/2007 kuil akan dipindahkan ke Seksyen 22. Oleh kerana hampir pilihan raya diadakan pemindahan itu telah ditangguhkan. Kerajaan BN diganti Pakatan Rakyat selepas pilihanraya March 2008.

Aduan telah dibuat kepada pemimpin baru Pakatan Rakyat agar masalah kuil dapat diselesaikan. Sikap toleransi beberapa pemimpin Islam PR telah menyebabkan pihak kuil kelihatan semakin aktif dikuil itu dan gangguan bising semakin teruk. Pada bulan April 2008 bendera PKR dan bendera PAS dipasang dinotis larangan menceroboh di Jalan 19/24. Mereka telah mempersendakan notis itu. Aduan telah dibuat kepada Pembantu Khas YB Ahli Parlimen Shah Alam pada hari pertama bendera PAS dipasang disitu. Penduduk berdekatan telah bertanya kenapa letak bendera disitu telah dijawab oleh pemuda kuil, “Dua-parti sudah sokong tidak payah pindah”. Perjumpaan penduduk dengan YB Adun di Masjid Ubudiah diadakan pada April 2008, tetapi jawapan YB tidak memuaskan hati penduduk kerana tidak memihak kepada penduduk Islam. Penduduk menghantar aduan dengan surat mohon bantuan pemimpin PAS Pusat, Datuk Dr. Haron Din pada bulan April 2008 yang ditandatangani oleh 17 orang penduduk, namun tiada sebarang maklum balas diterima. Apabila kami hubungi pembantu beliau, kami diminta membuat aduan kepada YB Datuk Dr Hasan Ali dan YB Khalid Samad. Aduan juga dihantar kepada Ketua Pengarah Jakim pada bulan Julai 2008 tetapi tiada maklumbalas yang diterima. Aduan juga sudah beberapa kali dihantar kepada YAB Menteri Besar Selangor dan salinan kepada YB Dato Dr Hassan Ali sebagai Exco Hal Ehawal Islam. Aduan-aduan dan perjumpaan sudah dibuat dengan YB Ahli Parlimen Shah Alam dan YB Adun Batu 3. Tetapi, selepas aduan dibuat masalah gangguan pihak kuil tidak berkurangan pun. Jiran-jiran yang tinggal berdekatan ia-itu penceramah PAS terkenal Encik Md. Sabu yang tinggal di Jalan 19/32 dan Timbalan Mufti Selangor yang tinggal di Jalan 19/25 sepatutnya peka masalah penduduk Islam berhampiran kuil Hindu. Apabila penduduk minta bantuan pihak NGO Islam, YB Khalid Samad menuduh mereka sebagai Kaki Perhangat.

Ubahsuai baru besarkan jalan masuk kekuil dibuat sebelum keramaian besar diadakan pada Julai 2008. Aduan ubahsuai dibuat kepada kepada YB Adun Batu 3 tetapi pada 13/7/2008 komen yang keluar dalam blog YB “Diatas aduan penduduk bahawa ada pembinaan ditapak kuil, tetapi selepas dilihat tiada pembinaan.” Adakah penduduk menipu buat aduan? Kawasan kuil hendak dibesarkan sebelum keramaian Julai 2008. Pada 21/7/2008 beberapa buah lori membawa barang masuk kekawasan kuil. Seorang penduduk menahan sebuah lori dan bertanya untuk apa barang-barang itu? pemuda kuil menjawab kerajaan baru sudah lulus besarkan kuil. Aduan telah dibuat kepada YB Adun.

Keramaian bising bergendang diadakan semakin kerap pada bulan Julai 2008. Gangguan bergendang sudah melepasi waktu tengah malam tanpa peduli kegiatan mereka sangat mengganggu ketenteraman penduduk tempatan. Perarakan bergendang pada 26/07/2008 yang sangat bising ditengah malam melalui hadapan rumah penduduk Islam Jalan 19/28 membawa patung kuda terbang. Perarakan itu masuk ke Jalan 19/24 sebelum turun semula kekuil. Polis datang buat rondaan jam 1.15 pagi barulah mereka berhenti bergendang, tetapi selepas polis pergi dengar jeritan “Apa komplen komplen Melayu bodoh”. Penduduk berdekatan yang menegur kerana mereka buat bising waktu tengah malam telah diugut akan bunuh penduduk sekitar jika mereka diganggu. (Lapuran polis telah dibuat). Botol-botol arak bersepah merata-rata kawasan berhampiran Jalan 19/28. Gangguan bising pemuda India yang mabuk dan bising telah mengganggu kehidupan penduduk Islam yang tinggal berhampiran Jalan 19/24, Jalan 19/28 dan 19/29. Dibelakang rumah penduduk Islam di Jalan 19/29 telah diconteng besar dengan angka kumpulan gangster India 303. Kawasan ditepi rumah itu sering menjadi tempat melepak pemuda-pemuda India yang minum dan mabuk serta membuat bising. Papan tanda Jalan 19/29 juga telah disembur cat bertulis angka 303. - (Gambar rumah, botol arak dan gambar-gambar kuil boleh disemak melalui blog : Pewarisummah.blogspot.com – Kuil Seksyen 19).

Gangguan bising semasa penduduk menyambut Hari Raya Aidilfitri Oktober 2008 keterlalun. Lagu-lagu Hindu dipasang kuat membingitkan telinga boleh kedengaran hingga kejalan-jalan lain setiap pagi dan malam. Ubahsuai membesarkan bilik-bilik kuil telah dibuat lagi pada 14/12/2008 dan pada 21/12/2008. Semasa perjumpaan beberapa orang penduduk dengan YB Adun pada malam Ahad 21/12/2008, penduduk tempatan telah memberitahu YB masalah semasa yang berlaku akibat kegiatan kuil dan pengunjung kuil yang mengganggu penduduk. Pada malam itu keluarga yang telah diugut pada 26/7/2008 jam 1 pagi telah mengadu kepada YB bagaimana mereka telah diancam selepas menegur, penduduk mengadu depan pagar rumah diletakkan parang bersilang, penduduk mengadu pemuda India menuntut wang jika mahu kuil senyap semasa beliau hendak mengadakan doa selamat, penduduk memberitahu bacaan Quran terpaksa dipasang kerana tidak tahan gangguan bunyi lagu-lagu Hindu yang dipasang kuat. Rumah penduduk yang diconteng angka 303 juga telah dimaklumkan kepada YB pada malam itu. Persoalannya, wajarkah keadaan yang seperti ini berlaku didalam kawasan majoriti penduduk Melayu /Islam?

Pada 18/12/2008 aduan dibuat kepada NGO Islam kerana pelbagai gangguan yang dihadapi sudah menjadi kronik. Malangnya apabila kami mohon bantuan NGO Islam mereka telah dituduh membuat provokasi kepada pihak kuil oleh YB Khalid Samad yang turun padang pada 8/1/2009. Sedangkan pihak yang memulakan provokasi ialah pihak kuil itu sendiri. Penduduk yang keluar semasa YB Khalid Samad bertegang leher dengan pihak NGO Islam merasa kecewa dengan sikap YB Khalid Samad yang memihak kepada Hindu kuil. Surat-surat yang keluar dalam blog beliau pada 10/1/2009 dan 12/1/2009 yang membuat pelbagai tuduhan kerana kerana penduduk minta bantuan NGO Islam telah dijawab oleh penduduk Seksyen 19 melalui beberapa blog. Tuduhan beliau yang mengaitkan orang UMNO membuat provokasi kerana pilihan raya di Kuala Terengganu tidak ada kena mengena langsung dengan masalah penduduk disini. Kenapa beliau tidak merasa simpati kepada masalah penduduk Islam hingga terpaksa minta bantuan pihak luar? Beliau seharusnya sedar penduduk sedang berhadapan dengan gangguan kuil yang sudah sampai ketahap kronik. Penduduk amat kesal sikap YB Khalid Samad yang membuat pelbagai tuduhan kepada pihak NGO yang membantu penduduk Islam. Selepas campur tangan NGO kuil senyap pada bulan Januari 2009. Bendera parti PAS dan PKR telah diturunkan daripada papan tanda oleh penguat kuasa MBSA pada 8/1/2009. Penduduk Islam bersyukur ada sedikit perubahan selepas gelanggang senaman didirikan pihak NGO telah mengurangkan gangguan bising pemuda India yang melepak minum arak dan mabuk di Jalan 19/28. Tetapi selepas gelanggang digunakan oleh penduduk beberapa kali dinding gelanggang telah dibuka, botol-botol arak dibaling kedalam gelanggang dan penduduk berdekatan melihat pemuda India membaling bungkusan ke dalam gelanggang.

Pada 8/2/2009 semasa cuti hari Thaipusam pihak kuil mendirikan tandas dibelakang kuil berdekatan Jalan 19/25. Alasan mereka tandas yang dibuat pada 2006 telah masuk kawasan gelanggang. Penduduk berhampiran bertanya kenapa buat tandas disitu, Mereka jawab sudah dapat kebenaran YB Khalid Samad. Jelas sekali ubahsuai dan pembesaran bilik-bilik kuil dibuat adalah kerana mereka mahu terus kekal disitu. Tidak lama selepas tandas siap seorang sami dibawa masuk dan tinggal menetap disebuah bilik disitu. Selama 20 tahun penduduk tinggal disini tidak pernah ada sami tinggal dikuil itu. Sejak ada sami, kuil sudah dibuka awal pagi. Pada jam 6.30 lagu-lagu Hindu sudah kedengaran dipasang. Loceng kuil juga akan berbunyi awal pagi. Jadi, penduduk tidak merasa terkejut apabila membaca komen YB Khalid Samad dalam blognya pada 18/8/2009 masyarakat Hindu ingin kekal di kuil Seksyen 19 kerana disitu tapak asal kuil mereka. YB Khalid Samad sudah permudahkan hajat mereka yang memang enggan keluar dari situ. YB menulis lagi “Dasar kerajaan Pakatan Rakyat mudah, tiada kuil baru, tiada kuil diroboh”. Apakah kerana dasar itu kuil itu tidak akan diroboh bila kuil baru siap kelak? Penduduk Islam Seksyen 19 kecewa dengan dasar itu. Pihak kuil yang menceroboh dan mengganggu ketenteraman awam tidak diambil tindakan sewajarnya walaupun pelbagai aduan sudah dibuat. Penduduk Islam sering diminta bertolak ansur walaupun terpaka berhadapan pelbagai risiko. Wakil-wakil penduduk Seksyen 19 yang berjumpa dengan penduduk Seksyen 23 kecewa apabila ditunjukkan surat perjanjian bersyarat yang ditanda tangani oleh YB Rodziah, YB Khalid Samad dan pihak kuil Seksyen 19. Penduduk sudah lama berusaha mohon kuil itu dipindahkan. Kuil yang sepatutnya dipindahkan ke Seksyen 22 pada tahun 2008 telah dibatalkan kerana kedua-dua YB berasa amat simpati kepada Hindu kuil dengan alasan tapak itu jauh kedalam. Penduduk Islam Seksyen 19 terpaksa bersabar dengan pelbagai gangguan lebih lama lagi yang belum pasti sampai bila.

Wajarkah YB Khalid Samad menulis dalam blognya “Terdapat segelintir golongan yang bagaikan tidak sanggup melihat kuil dan tokong, sekiranya mereka buka jendela rumah dan dapat melihat bumbung kuil atau tokong mereka bagaikan dirasuk”. YB tidak pernah mengalami kehidupan penduduk berhampiran kuil Seksyen 19 sebab itu YB menulis tanpa peduli perasaan penduduk merasa tersinggung. Cabaran yang dihadapi penduduk Islam bukan sahaja daripada pihak kuil, tetapi juga daripada pemimpin Islam sendiri. Janganlah setiap kesalahan dituding jari kepada kerajaan yang terdahulu sahaja. Banyak kesilapan dan tindakan yang diambil oleh pihak YB tidak pun mengambil kira kesan dan akibatnya kepada penduduk Islam. Kerana sikap tolak ansur pemimpin dengan mereka, penduduk Islam Seksyen 19 berhadapan pelbagai ugutan serta gangguan bising yang semakin teruk. Walaupun gangguan bising sudah berkurangan sedikit tetapi jika kuil itu tidak dipindahkan kekawasan lain masalah penduduk pasti akan berulang kembali.

Selama 7 bulan selepas campur tangan NGO pada Januari 2009, tiada keramaian bergendang diadakan. Tetapi, mereka mengadakan semula keramaian pada awal Ogos 2009 yang lepas. Gangguan bergendang pada 7/8/2009 dibuat pada jam 1 pagi. Terkini, semasa penduduk Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri 2009, pihak kuil pula setiap malam membuat upacara mereka yang dikunjungi ramai penduduk kawasan luar. Mereka kelihatan datang setiap malam mengaktifkan kuil itu sejak malam Hari Raya pada 19/09/2009 yang lalu hingga ke hari ini. Pelbagai masalah dihadapi penduduk berhampiran apabila mereka berkumpul ramai disitu. Penduduk bimbang jika pelbagai gangguan akan berulang semula seperti pada tahun 2008. Pada malam Isnin 28/9/2009 mereka buat unggun api besar, bunyi bising mercun diletupkan dan pelbagai gangguan berlaku lagi.

Isu kuil Seksyen 19 yang sudah panas pada awal September 2009 telah mendapat liputan meluas. Pelbagai jabatan kerajaan menghantar wakil datang melihat kuil yang sudah jadi Isu Negara. Tidak kurang wakil-wakil media yang bertemu penduduk. Wakil-wakil media Cina hanya datang kekawasan kuil sahaja. Kenapa semasa Pakatan Rakyat memerintah ada dakwaan tapak kuil itu sudah berusia 106 tahun? Semasa BN memrintah isu 106 tahun tidak pula kedengaran. Penduduk berharap pihak PKNS bertegas dalam soal ini iaitu tanah tapak rumah yang tergendala sebanyak 16 unit adalah milik PKNS. Penduduk menunggu janji PKNS kepada semua penduduk yang terlibat 21 tahun yang lalu untuk pindahkan kuil itu. Harapan penduduk kepada YAB Menteri Besar Selangor agar prihatin masalah penduduk Islam Seksyen 19 yang telah berlarutan begitu lama. Terima kasih.

Ikhlas daripada kami

Warga Seksyen 19 Shah Alam.



Tuesday, September 29, 2009

NIZAR MANGKUK ! ANTARA SLOGAN-SLOGAN MENARIK DI KELANTAN

Kerajaan PAS yang memerintah Kelantan memang terkenal dengan kebijaksanaannya dan kehebatan mencipta slogan-slogan untuk menarik perhatian rakyat. Tapi hanya setakat itu sahajalah. Bila tiba bab perlaksanaan, hancussss.....

Dibawah ini saya sertakan dua slogan terlebih dahulu. Banyak lagi akan menyusul selepas ini.

Komen anda dialu-alukan....


Monday, September 28, 2009

NIZAR MANGKUK !!! HENTIAN PUTRA BOLEH RUNTUH BILA-BILA MASA...

Hentian Putra yang terletak berhampiran dengan PWTC di KL boleh runtuh bila-bila masa jika ianya tidak dibaiki dengan segera.

Daripada maklumat yang saya dapat,hanya 10 buah bas sahaja dibenarkan berada di dalam hentian tersebut pada satu-satu masa. Tidak boleh lebih daripada itu kerana ianya tidak mampu lagi menanggung beban yang lebih seperti dahulu lagi.

Jika anda berada disana,anda boleh merasai gegaran setiap kali bas bergerak di dalam terminal berkenaan. Setakat ini setahu saya belum ada lagi usaha membaiki yang dilakukan oleh DBKL.

Ada seorang pemandu bas ekspres mengadu kepada saya yang beliau merasa seolah-olah memperjudikan nyawa beliau setiap kali berada dalam terminal bas berkenaan.

Katanya lagi,apabila hanya 10 buah bas sahaja yang dibenarkan masuk pada satu-satu masa ,ianya akan mengakibatkan kelewatan perjalanan kepada bas-bas yang lain. Ini kerana bas-bas yang lain terpaksa menunggu 10 buah bas yang di dalam terminal keluar terlebih dahulu,barulah mereka dapat memasuki terminal bersama 10 buah bas lain pula untuk menaikan penumpang. Begitulah seterusnya.

Saya berharap pihak DBKL dapat mengambil tindakan dengan segera dan menjelaskan kepada rakyat tahap keselamatan hentian terbabit. Jangan sudah terhantuk baru terngadah.

Saya pun faham, kita tidak boleh salahkan DBKL 100 %. Terminal ini dibina entah berapa puluh tahun lalu dan mungkin tidak mampu lagi menanggung beban yang kuat. Maklumlah semakin hari semakin ramai rakyat Kelantan yang ke KL dan semakin banyak bas yang menggunakan terminal tersebut. Dahulu mungkin basnya ringan-ringan. Sekarang bas bertambah berat,maklumlah makin banyak bas dua tingkat yang digunakan.

Cuma saya minta tindakan segera harus dilakukan oleh DBKL demi kepentingan orang ramai selaras dengan Slogan 1 Malaysia, Rakyat didahulukan,Pencapaian Diutamakan. Jika boleh dibaiki,sila baiki dengan segera. Jika perlu ditutup,sila tutup dengan segera.

Harap Menteri Wilayah dapat turun padang dengan segera meninjau masalah terbabit.

NIZAR OIII !!! RASUAH JAWATAN DI SELANGOR

Sebelum ini saya pernah melaporkan nama-nama Adun Selangor yang dijangka akan keluar PKR dan menjadi Adun Bebas. Antaranya ialah Adun Bukit Melawati,Adun Kajang dan Adun Batu Caves.Rujuk di sini

Kemudian ianya dinafikan oleh ketiga-tiga mereka.Rujuk di sini

Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Kalau tiada apa-apa kenapa tiba-tiba sahaja mereka-mereka ini diberi jawatan penting dalam PKR di Selangor. Selama ini mereka semua tidak dipandang pun oleh kepimpinan PKR. Ini sudah dikira RASUAH.

M.Muthiah,Adun Bukit Melawati telah dilantik sebagai Naib Pengerusi 2 PKR Selangor. Selama ini PKR Selangor tidak memandang pun mamat seekor ini. Tapi setelah saya senarai namanya sebagai yang bakal meninggalkan PKR,tiba-tiba sahaja mamat ini diberi jawatan yang agak hebat.

Lee Kim Sin@Cikgu Lee,Adun Kajang pula telah dilantik Pengerusi Biro Keahlian PKR Selangor.

Manakala pesakit kepala otak pula, Amiruddin Shaari ,Adun Batu Caves telah dilantik sebagai Ajk Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor. Adun Batu Caves ini juga dikatakan telah mendapat habuan lumayan dalam bentuk-bentuk projek di Selangor sebagai upah kerana telah menghentikan kegiatan melobi Adun-Adun Selangor meninggalkan PKR. Sebelum ini beliau adalah penggerak utama kepada misi menumbangkan Kerajaan PKR di Selangor.

Beliau mempunyai hubungan yang baik dengan rakan-rakan beliau yang telah pun meninggalkan PKR, termasuk bekas bosnya iaitu Ezam Md.Nor. Amiruddin sentiasa kelihatan 'lepak' dengan rakan-rakan beliau yang telah meninggalkan PKR di kedai-kedai mamak di sekitar KL. Kepada PKR Selangor, selepas ini jika ada maklumat-maklumat sulit yang bocor kepada musuh politik,saya berharap anda tahu siapa gunting dalam lipatan yang harus dicari.

Akhir kata, walaupun prospek-prospek utama telah diberi RASUAH jawatan, ianya tidak menghalang mereka untuk meninggalkan PKR. Perubahan pasti berlaku di Selangor. Hanya masa yang akan menentukan. Tak lama dah pun,makin hari makin dekat.

Sabaq sikit saja...


Ingat...

We Have The Numbers !


Rujuk di sini untuk melihat perlantikan-perlantikan baru PKR Selangor.

NIK AZIZ KATA BANYAK PERUBAHAN DI KELANTAN

Mursyidul Am PAS itu berkata rakyat boleh menilai sendiri apa yang telah dilakukannya sepanjang mentadbir Kelantan selepas memenangi pilihan raya umum 1990.

Banyak perubahan dari segi pembangunan telah dilaksanakan di Kelantan, termasuk di daerah-daerah terpencil seperti Gua Musang, Tanah Merah dan Jeli, katanya kepada pemberita di majlis Aidilfitri PAS di perkarangan Stadium Sultan Mohamed Ke-1V, di Kota Bharu hari ini, lapor Bernama.

Terguling-guling keseorangan saya bila terbaca apa yang Nik Aziz kata diatas. Artikel asal sila rujuk disini

Nik Ajiz oh Nik Ajiz, saya tak nafikan PAS bawa banyak perubahan di Kelantan, tapi bukan perubahan pembangunan dan cara hidup rakyat, tapi banyak bawa perubahan slogan dan moto. Itu saja yang PAS mampu lakukan.

Setakat Nik Ajiz nak menipu orang-orang PAS yang otak tersumbat boleh lah. Nak tipu aku,maaflah.

Gambar dibawah adalah disekitar Medan Selera Buluh Kubu atau dulu dikenali sebagai Padang Bas. Dulu di semasa ianya beropersi di depan Stesen Bas Kota Bharu,tempat tersebut nampak kemas dan tersusun serta menjadi tumpuan pelancong untuk menikmati makanan tradisi Kelantan. Harus diingat, ianya peninggalan Kerajaan BN pada tahun 1990.

Tetapi setelah hampir 20 tahun PAS perintah Kelantan,tempat tersebut bukan dinaik taraf ,tetapi menjadi semakin teruk. Jika anda berkunjung anda sendiri pun akan muntah melihat tempatnya. Dengan bau busuknya,kotor dan tunggang langgang,ianya tidak layak dipanggil Medan Selera.

Jangan kata pelancong, rakyat Kelantan pun dah tak lalu nak kesana lagi. Hanya wakil-wakil rakyat PAS dan Exco-Exco Kelantan sahaja yang sering menjamu selera disana sambil berbincang pasal konsesi balak.

Kalau benda ini pun hang tak boleh nak jaga wahai Nik Ajiz, hang jangan temberanglah lebih lah.
Bab cipta Slogan,PAS memang nombor satu,tetapi bab perlaksanaan macam barua

Jam 4 atau 5 petang,peniaga akan mulakan perniagaan mereka disini.
Layakkah ini dipanggil Medan Selera ???
Bandaraya Islam kepala otak apa macam ini ???



Banyak lagi berita-berita kesundalan PAS di Kelantan akan saya bawa nanti. Pada saya Kelantan memang sudah berada dalam keadaan teruk sekarang. Ianya harus diselamatkan daripada terus dijahanamkan oleh penipu-penipu Islam di Kelantan.

NUJ UTUSAN:HANTU DAP DIBERI MEJA VIP


Selama ini sudah berbuih mulut saya bercakap yang si kitol ini iaitu Amran Ahmad adalah ejen DAP dalam Utusan Malaysia. Tapi ada juga yang masih nak membela dia.

Semalam sekali lagi terbukti. Beliau dijemput dan hadir ke majlis jamuan hari raya anjuran DAP di Cheras. Yang paling mengejutkan lagi ialah,beliau diletakan di meja VIP. Ulang sekali lagi MEJA VIP BEB !

Apa maknanya semua ini ???

Walaupun beliau berpura-pura bodoh semasa disana, tetapi masih ada lagi orang yang kenal beliau. Beliau cuba menutup wajahnya ketika gambar hendak dirakam dan berkata "Sudah sudah lah.. the past is past".

Senang saja kau cakap begitu. Kau sudah buat onar di Utusan Melayu,kemudian kau boleh cakap pula "Sudah sudah lah.. ". Kepala otak kamu !!!

Hey Amran Barua DAP,bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan daun pisang. Bau busuk akan terhidu jua.

Kalau di zaman Kesultanan Melaka dulu,pengkhianat seperti kau ini sudah tentu akan dipancung hidup-hidup.

Tapi nasib baik, kerana sekarang Melaka sudah tiada Sultan.

Saturday, September 26, 2009

NIZAR OIII !!! SERANGAN DI SELANGOR

Kami dipanggil balik bertugas semula di Command Centre Misi Tawan Selangor.

Semua diminta melaporkan diri dalam tempoh 24 jam.

Belum sempat habis cuti hari raya lagi,sudah dipanggil kembali.

Pelbagai kejutan akan berlaku di Selangor dalam masa terdekat ini.

Apa yang berlaku 2-3 hari lepas itu hanya batuk sahaja daripada Hassan Ali.

Belum lagi bersin. Kalau dah bersin maka siap sedialah...

Kepada BN Selangor, pastikan jentera p/raya telah siap sedia.

Friday, September 25, 2009

NIZAR OIII !!! PAS GUNA SELAGI BOLEH

Anda inginkan pahala ???

Lihat gambar diatas puas-puas

Selagi boleh guna apa sahaja untuk kepentingan politik mereka, maka mereka akan guna.

Pemujaan sudah sampai tahap wali.

Jangan sampai satu hari nanti Nik Aziz diangkat sebagai 'Nabi' pula. Tanda-tanda kearah tersebut sudah pun kelihatan sekarang.

Yang syok Nik Aziz. Duduk diam-diam tersengih-sengih seorang diri,kerana dirinya sudah menjadi pujaan ramai dan pengikut patuh sahaja apa yang beliau kata.

Nauzubillah...

Wednesday, September 23, 2009

NIZAR OIII !!! ISU SEMBAHYANG DALAM KHEMAH PAS

Respon daripada RBF berhubung komen-komen yang dihantar berhubung sembahyang bawah khemah PAS.

Matlamat utama PAS buat sembahyang bawah khemah adalah matlamat politik. Tidak lebih daripada itu.

Senang cerita aku kata beginilah. 50 % PAS buat kerana Allah. 50% kerana politik. Kepentingan politik yang mendahului segala-galanya.

Apa saja peluang yang ada untuk kepentingan politik PAS akan sambar dengan segera.

Kepada sahabat-sahabat sekalian, tunggu lepas raya ni,banyak lagi berita-berita daripada Kelantan yang aku akan bawa.

TAHUN MENIPU KELANTAN 1990-2009

Sunday, September 20, 2009

NIZAR OIII !!! HANCURLAH KAU. 10 RIBU KUNJUNGI RUMAH MB PERAK

Kita manusia boleh merancang,tapi Allah jua yang menentukannya.

Dr.Zambry merancang untuk mengadakan majlis rumah terbuka hari ini.

Nizar and the iblis group juga merancang untuk mengagalkan majlis tersebut.

Mereka menghasut orang ramai supaya jangan datang ke majlis tersebut. Khabar angin juga disebarkan oleh mereka , kononnya Dr.Zambry membatalkan majlis tersebut.

Tapi kuasa Allah mengatasi segalanya.

Bukannya bilangan rakyat yang datang berkurangan TETAPI berkali-kali ganda yang datang.

Lebih kurang 10000 orang rakyat Perak dari pelbagai kaum dan agama yang datang ke majlis tersebut.

Nampaknya lagi kuat kempen bubarkan Dun dijalankan lagi kuat sokongan yang Dr.Zambry dapat.

Kalau begini saya mencadangkan selepas ini Nizar and the iblis group kuatkan lagi kempen bubarkan Dun Perak.

Untuk melihat gambar sila rujuk disini

Friday, September 18, 2009

KURANG AJAR ! TIAN CHUA DALAM SURAU

Sila klik pada imej untuk melihat dengan jelas

Astaghfirullahalazim..


Cuba anda perhatikan gambar diatas, dan tengok wajah yang dibulatkan.

Itu wajah Tian Chua. Beliau berada di dalam surau berhampiran dengan mimbar. Aku ulang sekali lagi 'dalam surau'. Bukannya di 'perkarangan surau'. Anda boleh lihat sejadah tempat orang Islam sujud kepada Allah SWT di kaki Tian Chua.

Apakah hukumnya orang bukan islam memasuki surau ?

Perempuan yang dalam haid , hukumnya HARAM memasuki surau.

Adakah Tian Chua mandi hadas ?

Habis dah punah ranah islam kerana PAS dan PKR.

Aku tak tahu apa nak kata lagi.

Hanya ini yang boleh ku katakan

PAS PELINGKUP ISLAM

PKR PELINGKUP MELAYU

Buddha,Hindu,Kristian, bagi salam PAS kata boleh...

Kristian baca ayat Quran pun PAS kata boleh...

Aku hanya tunggu apa komen PAS dalam kes ini.

Gambar diatas disiarkan dalam Sinar Harian. Gambar tersebut dirakam semasa majlis penyampaian sumbangan hari raya di Surau at Taqwa,Taman Sentul Utama,KL.

Thursday, September 17, 2009

NIZAR OIII!!! SATU KHIR TOYO PERGI, SERIBU KHIR TOYO AKAN BANGKIT

Berita asal, sila rujuk di sini

Apa yang terjadi ini adalah sebagai bukti bahawa apa yang saya cakap selama ini benar. RBF bukan cakap kosong wahai saudara-saudari ku sekalian.

Jika PKR kata kerajaan mereka masih utuh dan tak akan runtuh ,kenapa mereka perlu gelabah untuk menghantar surat ugutan bunuh terhadap Datuk Seri Khir Toyo. Mesti ada sesuatu yang tidak kena.

Mereka sendiri pun sudah menghidu bau-bau keruntuhan mereka, cuma mereka sengaja 'control macho' kononnya mereka tidak akan runtuh. Tiada angin masakan pokok bergoyang.

Kerja-kerja meruntuhkan kerajaan pimpinan Khalid ini bukan kerja BN atau Umno. Ini semua kerja orang-orang dalaman PKR serta PAS dan RBF,GAP and The Gang (kami) hanya datang menghulurkan bantuan setelah diminta oleh mereka.

Mereka yang datang kepada kami meminta bantuan untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim. Asalkan niat mereka baik demi Agama,Bangsa dan Negara, tidak menjadi masalah kepada kami untuk menolong mereka.

Mereka yang datang membawa berbondong-bondong fail dan lima enam lori cerita tentang keburukan,kejahatan serta kejijikan Kerajaan Selangor sekarang. Kami hanya menjadi pelengkap untuk mereka menyudahkan misi mereka.

Ini amaran keras kepada PKR,PAS dan DAP Selangor. Satu Khir Toyo mati, seribu Khir Toyo akan bangkit menentang kamu. Kami tak takut, kami tak gentar. Kami akan lawan habis-habisan. Kami semua mempunyai semangat juang yang tinggi. Lawan Tetap Lawan, bukannya Tangguh Tetap Tangguh (kes Saiful vs Anwar)

Kepada Datuk Seri Khir Toyo, walaupun Datuk Seri tidak pernah mengenali kami semua, kami akan pertahankan Datuk Seri. Jika ditakdirkan Datuk Seri pergi ditangan mereka, Datuk Sri jangan risau kami akan bangkit melawan hingga ke titisan darah terkahir. Kami akan jaga anak isteri Datuk Seri. Kami akan meneruskan perjuangan Datuk Seri.

Datuk Seri, saya bukan penyokong setia Datuk Seri semasa Datuk Seri menjawat jawatan MB Selangor. Malah saya juga sering menghentam Datuk Seri ketika itu. Tetapi selepas Datuk Seri kehilangan jawatan tersebut dan negeri Selangor,saya lihat Datuk Seri seorang yang sanggup mengaku kesilapan, berani berubah ,tidak pernah mengaku kalah dan berani berdepan musuh walaupun dihalakan pelbagai jenis 'senjata' ke muka Datuk Seri. Inilah pemimpin yang kita mahu. Pemimpin yang tidak gentar, pemimpin yang berani.

Atas sebab-sebab itulah saya mengambil keputusan menyokong perjuangan Datuk Seri. Saya dan kawan-kawan harus menyokong dan memberi peluang kepada Datuk Seri. Kami harus memberi peluang dan menyokong orang berani mengaku salah dan berani berubah daripada menyokong orang yang tidak pernah berani berubah, hipokrit, cakap banyak tapi isi kosong.

Kepada rakyat Selangor, ayuh kita bersama-sama menyokong dan berdiri teguh di belakang Datuk Seri Khir Toyo. Kita beri peluang kepada beliau. Sesungguhnya beliau seorang yang sanggup bertanggungjawab, berprinsip dan tidak pernah putus asa. Tidak salah kita memberi peluang kepada orang sebegini. Kalau Nabi ampunkan umat,apatah lagi kita rakyat biasa.

Jangan ambil kira propanganda-propaganda yang disebarkan oleh juak-juak PKR,PAS dan DAP. Mereka sengaja cari jalan untuk calarkan imej Datuk Seri Khir Toyo, kerana mereka tahu Datuk Seri menjadi liabaliti dan halangan kepada mereka untuk bertindak rakus dan menipu rakyat Selangor. Selagi Khir Toyo ada selagi itulah mereka tidak senang duduk, kerana Datuk Seri Khir cerdik , pintar dan tahu segalanya pasal Selangor. Itulah sebab mereka nak bunuh Datuk Seri Khir.

Akhir sekali, saya ulang sekali lagi kepada Datuk Seri Khir Toyo.

Hidup mati, jodoh pertemuan semuanya telah ditentukan oleh Allah SWT. Andai ditakdirkan Datuk Seri mati di tangan mereka, kami tidak akan duduk diam. Kami akan lawan sampai ke titisan darah terakhir. Jangan risau tentang anak isteri, ramai sahabat seperjuangan yang akan sama-sama membantu. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Ini sumpah setia perjuangan kami.

Awas kepada juak-juak PKR,PAS dan DAP !. Aku ulang sekali lagi !

Satu Khir Toyo mati, seribu Khir Toyo akan bangkit menentang kamu.

TAKBIR !!!
TAKBIR !!!
TAKBIR !!!




NIZAR BINGAI MAKIN TERTEKAN




PERHATIAN !!! SILA KLIK VIDEO INI SAMBIL MEMBACA ARTIKEL DI BAWAH

Semalam 16.September.2009 sepatutnya hari meraikan ulangtahun pertama Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan hari sepatutnya juga juak-juak PKR,PAS dan DAP bergembira kerana kejayaan mereka menjadi pemerintah di Malaysia.

Tetapi segalanya harapan tinggal harapan. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. 16.September yang dikejar, akhir sekali 4.Febuary di Perak yang terlepas.

Akibat kerana terlalu tertekan dan marah, maka pada pagi 16.September dipilih sebagai hari untuk membaling cat merah terhadap gambar MB kesayangan rakyat Perak sebagai tempat untuk melepaskan geram.

Orang dalam gambar yang dibaling sekarang sedang berada di Tanah Suci Mekah. Mungkin tangan beliau sedang berdoa di depan Baitullah sewaktu gambarnya di baling.

Jadi kepada si pembaling, siap sedialah sekiranya tangan kamu bengkak atau bernanah selepas ini. Kebiasaannya doa dari Tanah Suci adalah doa yang diberkati.

Satu lagi, jangan terkejut selepas ini, jika gambar-gambar pemimpin anda pula yang dikhianati.

Jika anda boleh buat kepada orang lain, jangan ingat orang lain tidak boleh buat kepada anda. Ingat pepatah ini 'ada ubi ada batas'.

Laporan penuh, sila rujuk di sini.

Wednesday, September 16, 2009

NIZAR OIII !!! KERAJAAN SELANGOR TETAP TUMBANG

Kerajaan Selangor pimpinan Khalid Ibrahim tetap akan tumbang. Hanya masa yang akan menentukan.

Penafian Adun-Adun Selangor kononnya mereka tidak akan tinggalkan parti mereka tidak boleh dijadikan sandaran.

Dalam politik pelbagai kemungkinan boleh berlaku.

Contoh pertama, sehari sebelum menyertai PKR ,Chua Jui Meng menafikan dia akan menyertai PKR. Tahu-tahu esok dia muncul di Sunway Resort untuk sertai PKR.

Contoh kedua, malam sebelum keluar DAP, Adun Jelapang,Hee Yit Fong masih menafikan yang beliau akan tinggalkan DAP walaupun khabar angin sudah tersebar luas. Tup...tup.. esoknya jam empat petang dia berada di Pejabat TPM di Putrajaya mengumumkan keluar daripada DAP dan menjadi Adun Bebas yang menyokong BN.

Itulah sebahagian contoh. Jika anda ada contoh-contoh lain ,sila hantar ke ruangan komen.

Kepada rakan seperjuangan, harap bersabar, misi belum berakhir. Saya baru dedah pelan A, kita ada lagi pelan B,C,D A1,B1 dan sebagainya.

Satu saja ingatan saya

WE HAVE THE NUMBERS !

NIZAR OIII !!! INILAH IDOLA KU DALAM PENULISAN BLOG




Kepada penyokong-penyokong PAS,PKR dan DAP ,inilah orang yang menjadi 'idola' ku sekian lama dalam penulisan blog. Aku akan cuba sedaya upaya menjadi seperti beliau. Kamu semua lihat nama pun sudah boleh tahu. Dia RPK , aku RBF.

Kalau baiknya dia maka baiklah aku

Kalau tipunya AKU, maka DIA pun penipu.

Setakat nak gertak aku dengan saman, sorrylah. Penjara pun aku sanggup. Ini anak buah RPK lah...

NIZAR OIII !!! MEREKA NAK SAMAN SAYA !

Komen asal rujuk di sini

Ini adalah antara komen yang diterima oleh saya. Mamat yang menghantar komen ini mengaku dirinya Pembantu Khas Adun Selangor. Ewah...ewah...ewah.... bangganya dia memberitahu jawatan dia. Setakat mana benarnya kita pun tak pasti. Tetapi saya yakin beliau menipu.

Kalau benar dia Pembantu Khas Adun, maka beliau akan beritahu nama beliau dan dengan Adun mana yang beliau kerja.

Walaupun dia menipu, tapi tak mengapa saya tetap jawab komen beliau.

Kata beliau : Perbezannya ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mendedahkan nama-nama Ahli parlimen yang terlibat.

RBF Jawab : Datuk Seri Najib (Peng BN Sel) dan Datuk Noh Omar (Timb Peng BN Selangor) sehingga kini tidak pernah pun keluar satu patah perkataan daripada mulut mereka tentang pertukaran kerajaan di Selangor dan senarai nama-nama Adun yang terlibat.

Kata beliau : Tetapi di dalam blog saudara ini dinyatakan nama-nama ADUN yang melompat dan kononnya menandatangani surat tidak percaya kepada Datuk Menteri Besar Selangor.

RBF Jawab : Sama juga dengan blog,sms dan cakap mulut ke mulut daripada penyokong-penyokong PKR menjelang 16 Sept tahun lepas. Kononnya yang bakal melompat, Anifah Aman,Ghaffur Salleh, Ismail Sabri,Fuad Zakarshi dan ramai lagi. Mereka buat boleh, saya buat tak boleh ke ?

Kata beliau : Terdapat beberapa ADUN yang nama seperti saudara senarikan itu akan membuat laporan polis dan menyaman blog anda.

RBF Jawab : Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan. Silakan saman. Saya tidak pernah gentar dan tidak akan undur ke belakang. Lagi cepat lagi bagus. Kamu ingat saya takut ke dengan ugutan saman-menyaman. Hello bro, ini RBF lah. Sikit-sikit saman, sikit-sikit akuan bersumpah. Pirahhhh mabuk...

Satu soalan saya kepada anda pula, adakah anda ada terdengar, Ahli-ahli Parlimen BN akan menyaman blog-blog pembangkang apabila nama mereka dikaitkan antara yang bakal melompat.

Kata beliau : Insyallah tidak lama lagi anda akan menerima "surat cinta".

RBF Jawab : Terima kasih kerana masih ada orang yang sudi hendak bercinta dengan saya. Jangan pula diberi Rodziah atau Teresa Kok. Bagi Eli, ok lah.



NIZAR OIII !!! ADAKAH RBF DAN ANWAR SAMA-SAMA PENIPU ?

Ternyata dalam dunia politik Malaysia hari ini, rakyat tidak percaya kepada angka dan fakta. Rakyat lebih percaya kepada khabar angin dan persepsi. Bagilah berapa puluh meter pun fakta,rakyat tidak peduli. Tetapi cukup diberi setengah inci khabar angin atau fitnah rakyat akan percaya dan mereka akan tokok tambah supaya jadi beratus-ratus meter. Itulah realitinya politik Malaysia hari ini.

Menjelang 16 September tahun lalu, pelbagai khabar angin yang kita dengar,baik melalui mulut ke mulut, internet serta sms. Kononnya Ahli Parlimen A akan lompat pada sekian tarikh, Ahli Parlimen B akan lompat pada sekian tarikh. Manakala pada sekian-sekian tarikh pula parti komponen itu,ini akan keluar daripada BN dan menyertai Pakatan Pembangkang.

Siapa yang cipta semua khabar angin tersebut ? Tidak lain tidak bukan Anwar and The Geng. Khabar angin tersebut bukan sahaja tersebar dalam negara,malah hingga ke luar negara. Ianya telah menimbulkan suasana tidak tenteram dalam negara dan menjejaskan ekonomi negara.

Tetapi, bila saya pula bercakap benda yang sama pelbagai tuduhan buruk dilemparkan kepada saya oleh juak-juak PKR. Adakah kerana saya bernama RBF, maka saya layak dicaci, dihina dan sebagainya. Apabila Anwar Ibrahim mencanangkan penipuan tentang 16.September, tidak pula anda mencacinya. Malah anda terus menerus percaya kepadanya. Adakah dia sudah menjadi wali ?

Apa yang saya cakap di blog saya seminggu dua ini hanya berdasarkan kepada apa maklumat yang saya dapat. Bila ianya akan berlaku saya belum pasti. Tiada orang sebodoh Anwar yang mendedahkan strategi secara terang-terangan. Akhir sekali sampai ke Taiwan dikejarnya. Yang lebih malang lagi adalah penyokong-penyokong yang bertaraf lembu yang percaya hidup-hidup pembohongan Anwar.

Jika apa yang saya cakap ini tidak benar, mengapa dalam masa 10 hari ini sampai tiga kali Khalid Ibrahim panggil semua Adun bermesyuarat. Jika tidak ada angin masakan pokok bergoyang.

Walau apa pun yang anda hendak kata kepada saya, semuanya saya terima. Tetapi satu saja ingatan saya WE HAVE THE NUMBERS !

NIZAR OIII !!! MISI DITUNDA

Penubuhan Kerajaan baru di Selangor terpaksa dianjakkan kepada 20 atau 21 September kerana bimbang ketenteraman awam terganggu kerana keganasan yang bakal dilakukan oleh penyokong-penyokong PKR.

Tarikh diatas dipilih kerana pada waktu tersebut , penyokong-penyokong PKR kebanyakannya tidak berada di negeri Selangor kerana masing-masing pulang ke kampung halaman untuk menyambut hari raya.

Jika sidang Dun tanpa perkenan Sultan diadakan di bawah pokok ,Aziz Bari kata sah, Tak mungkin pula penubuhan Kerajaan Baru di depan Sultan pada Hari Raya Aziz Bari kata tidak sah.

Kalau ada yang berniat nak kata RBF penipu dan pembelit, sabar dulu. Lihat link ini terlebih dahulu.

Apa lagi...komenlah....

Tuesday, September 15, 2009

NIZAR OIII !!! ANWAR DAN AMIRUDDIN SAKIT KEPALA OTAK

Bukan setakat pencacai-pencacai PKR di peringkat bawah sahaja yang pening kepala dengan misi WE HAVE THE NUMBERS yang dilancarkan RBF & The Gang , tetapi ianya juga membuat Anwar Ibrahim dan Amirudin Shari sakit kepala otak.

Tak percaya ! sila rujuk di sini.

Semuanya gara-gara posting RBF yang lepas. Rujuk di sini

Kepada kumpulan sekutu RBF, bawa bertenang,jangan kalut. Itu semua lakonan Amirudin sahaja. Dalam politik dia kena pandai main peranan.

Ingat

WE HAVE THE NUMBERS !


NIZAR OIII !!! WE HAVE THE NUMBERS ! HANCURLAH KOMA !

Cuba bilang dalam video ini berapa kali mamat berkenaan menyebut perkataan
WE HAVE THE NUMBERS !


Lihat berapa ribu orang diperbodohkan hidup-hidup oleh si peliwat


Silakan komen...

NIZAR OIII !!! RAMAI KATA RBF PENIPU

Banyak komen, email, sms serta panggilan telefon yang mengatakan saya penipu ,kerana sehingga kini tiada seorang pun Adun Selangor yang keluar parti seperti mana yang diberitahu sebelum ini.Rujuk di sini.

Ada juga yang memaki hamun, serta mencaci saya.

Untuk pengetahuan semua kita bukannya tergolong dalam golongan bodoh, untuk mendedahkan segala strategi kita. Kita ada Pelan A ,kita ada Pelan B. Kita canang pelan lain , tiba-tiba kita guna pelan lain. Tahu-tahu bangun tidur pagi kerajaan telah berubah.

Kepada juak-juak PKR, jangan tarik nafas lega lagi.Blogger ini pun dah dapat menghidu apa yang bakal berlaku di Selangor. Rujuk di sini.

Apa yang kau orang nak kata, apa yang kau orang nak tuduh, suka hatilah labu.....

Tapi satu sahaja kamu harus ingat wahai labu...

Ingat !

WE HAVE THE NUMBERS !

Monday, September 14, 2009

NIZAR OIII !!! 16 SEPT : SEGALANYA ON TRACK DI SELANGOR


Kepada juak-juak PAS dan PKR jangan pula terkencing dalam seluar.

Silakan komen...

Sunday, September 13, 2009

NIZAR OIII !!! 16 SEPT, BANYAK PERKARA 'PELIK' DI SELANGOR

MENJELANG 16 SEPTEMBER DI BUMI SELANGOR

Banyak perkara- perkara pelik berlaku di Selangor sehari dua ini.

Cuti semua pegawai dan anggota polis di Selangor ditarik balik dan dibekukan sehingga akhir bulan September.

Beberapa trak FRU dan Water Canon dari Pulapol , Jalan Semarak kelihatan memasuki Kompleks SMS PDRM di TTDI Jaya,Shah Alam.

Pekerja-pekerja JKR dan MPK dilihat sedang melakukan kerja-kerja langskap dan persiapan untuk satu majlis keramaian di Istana Alam Shah,Klang. Majlis apa yang bakal berlangsung di sana , saya 'tidak pasti'.

Datuk Seri Najib mempengerusi mesyuarat BN Selangor malam tadi. Mesyuarat berlangsung hingga jam empat pagi. Tempoh masa mesyuarat yang terlalu panjang adalah sesuatu yang luar biasa bagi BN. Apa maksud semua itu, sila tunggu.

Tiba-tiba sahaja TPM datang melawat Pasar Tani di Seksyen 13 Shah Alam pagi tadi. Kehadiran mengejut TPM ke Selangor, seolah-olah ada sesuatu yang tersirat.

Kehadiran TPM disambut meriah oleh rakyat-rakyat Selangor yang berada di Pasar Tani berkenaan. Mereka berebut-rebut bersalaman dengan TPM dan ramai yang membisik," tolong Tan Sri,kami tak boleh tahan lagi dengan PKR dan DAP" "tolong Tan Sri,tolong rampas balik Selangor ni". Dan pelbagai rungutan lagi daripada rakyat Selangor.

Kesemua rungutan mereka, di jawab 'sabar' 'sabar' dan senyuman yang melirik manja oleh TSMY. Senyuman itu seolah-olah ada satu maksud tersirat yang tak dapat di luahkan dengan kata-kata.

Kebiasaannya kerja-kerja pertukaran kerajaan diketuai oleh TPM. Sebagai contoh di Perak. Maknanya perkara yang sama bakal berlaku di Selangor. Itu sebab TSMY turun mengejut ke Shah Alam pagi tadi.

Saya yakin juak-juak PKR yang membaca posting ini, ada yang rasa tiba-tiba nak demam, menggeletar kepala lutut malah ada yang terkencing dalam seluar. Sebelum ini pun dah pelbagai ragam, apatah lagi lagi dah dekat 16 .Sept ni. Telefon, jawabnya tak berhentilah hari ni, call sana, call sini nak cari kepastian.

Nampaknya, makin banyak lah sms ugutan yang aku terima. Tak mengapa, teruskan. Kata orang tua-tua orang yang nak mati kita kena layan kehendak mereka, takut kempunan pula nanti.

Ini adalah posting saya yang terakhir sebelum 16.September.2009. Tiada sebarang posting akan dikeluarkan pada 14/15/16 Sept. Posting seterusnya pada jam 12.00 tengahari , 17.Sept.2009. Kerana saya banyak kerja-kerja lain yang perlu dilakukan. Command centre kami juga bakal ditutup pada 16.Sept.2009 , kerana misi sudah menghampiri kejayaan.

Pada 17.Sept.2009 ,saya akan uploadkan gambar-gambar sekitar majlis angkat sumpah MB dan Exco baru dan saya akan siarkan gambar MB dan Exco baru memasuki pejabat masing-masing.

WE HAVE THE NUMBERS !!!

Saturday, September 12, 2009

NIZAR OIII !!! DUA JAM LAGI KAMI AKAN KE SANA !

2 JAM LAGI KITA AKAN MELIHAT KEBENARAN YANG CUBA DIPADAMKAN DI SHAH ALAM.

KEPADA PELAWAT, SILA BERKUMPUL DI TAPAK KUIL SEKSYEN 18 TERLEBIH DAHULU, KEMUDIAN BARU KITA BERKONVOI KE SEKSYEN 23.

AYOH !!! AYOH !!! KEKAWAN SEKALIAN

TURUN RAMAI-RAMAI

Friday, September 11, 2009

NIZAR OIII !!! JANGAN LUPA ESOK MELAWAT TAPAK KUIL

Kepada kawan-kawan sekalian. Jangan lupa misi hari (sabtu) jam 5 petang untu melawat tapak kuil di Shah Alam.

Luangkan sedikit masa anda di hujung minggu untuk melihat kebenaran yang cuba dipadamkan.

Sila rujuk link di bawah ini untuk aturcara majlis

Aturcara majlis - klik sini

Panduan Ke Tapak Lawatan - klik sini

PERHATIAN : TIADA SEBARANG MAJLIS BERBUKA PUASA DIADAKAN DI SURAU SEKSYEN 23 SEPERTIMANA YANG TERSEBAR MELALUI SMS . (sila rujuk link aturcara majlis diatas)

SEBARANG MASALAH ATAU PERTANYAAN,SILA HUBUNGI EN .KAMAL 017- 384 5897

TAMBAHAN : JIKA ADA MASA TERLUANG, KITA JUGA AKAN MELAWAT KUIL DI SEKSYEN 19 , SELEPAS SELESAI LAWATAN DI SEKSYEN 23. ANDA BOLEH LIHAT DENGAN MATA ANDA SENDIRI BAGAIMANA KEDUDUKAN KUIL TERSEBUT YANG DIKELILINGI OLEH RUMAH-RUMAH MELAYU.

NIZAR OIII !!! BARISAN BARU EXCO SELANGOR

Pembahagian kuasa di Selangor di bawah pimpinan Kerajaan Perpaduan nanti seperti berikut.

MB - (PAS) Datuk Dr.Hasan Ali

Exco - Empat PAS / Empat BN / Dua Bebas

Speaker Dun - BN

Timb Speaker - PAS

Kuota Senator Negeri - Semua PAS.

Ahli Majlis - Pembahagian 40-40-20 seperti mana Barisan Exco


Selamat tinggal PKR !!!


Khalid kembali ke ladang

Teresa kembali jual bah kut teh

Xavier kembali cabut gigi

Eli Bogel kembali ke Suaram

Rodziah kembali menjaga Nursery (Tabika)

Yakob SaFari kembali menjadi caterer

NIZAR OIII !!! KERAJAAN SELANGOR BERTUKAR 16 SEPT

Panazzzz.....

Ini berita terkini yang sampai ke Command Centre kami. Sejauh mana kebenarannya saya belum pasti lagi. Sama-sama kita tunggu dan lihat. Tiada angin,masakan pokok bergoyang

13 Sept - 3 Adun PR Selangor akan umum keluar parti.

14 Sept - 3 lagi Adun PR Selangor akan umum keluar parti

15 Sept / Jam 10 pagi - Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr.Hasan Ali akan mengumumkan PAS keluar daripada PR Selangor, dan bersetuju membentuk Kerajaan Perpaduan bersama BN dan Bebas.

15 Sept / Jam 2 petang - Datuk Dr. Hasan Ali akan mengadap KDYMM Sultan Selangor bagi menyerahkan senarai nama dan tandatangan 31 orang Adun yang telah hilang kepercayaan kepada MB Khalid Ibrahim.

16 SEPTEMBER / Jam 10 pagi - Datuk Dr.Hasan Ali akan mengangkat sumpah sebagai MB Selangor di Istana Alam Shah,Klang.



TAMBAHAN SIKIT :


17.Sept.2009 - Khalid Ibrahim akan kembali memetik kelapa sawit di ladang Guthrie bagi mencari wang lebih untuk membayar hutang Bank Islam.




NIZAR OIII !!! PANDUAN KE TAPAK LAWATAN PEMBINAAN KUIL SEKSYEN 18

Maaf , saya tidak pandai untuk melukis peta. Jika ada rakan-rakan blogger yang boleh menyediakan peta, sila sediakan dan pamerkan di blog anda. Kemudian beritahu kepada saya dan saya akan link kan ke blog anda.

Saya akan cuba memberi panduan seperti dibawah ini.

Jika anda memandu menggunakan federal higway daripada KL atau PJ, masuk ke persimpangan Kawasan Perindustrian Shah Alam, Seksyen 15, 16. Iaitu simpang ke 2 selepas kilang calsberg yang pernah dijanji untuk ditutup oleh PAS jika mereka berkuasa di Selangor.

Selepas masuk simpang itu anda akan jumpa bulatan,kemudian ambil jam 3 (kanan) menuju ke Seksyen 16. Anda akan jumpa kilang-kilang di sebelah kiri dan kanan anda. Ada pejabat Karangkraf dan UMW Motor disebelah kiri dan kilang cat Jotun serta kilang wang bank negara disebelah kanan.

Anda akan jumpa satu lagi bulatan di depannya ada pam minyak Shell dan kilang rokok JTI, ambil jam 9 (kiri), jalan terus sehingga jumpa kilang Cadbury,naik jambatan dan selepas turun jambatan terus belok ke kiri. Di situlah tapak yang dimaksudkan.

Jumpa di sana sanaaa sanaaa sanaaaaaaa......

Sebarang masalah sila hubungi Saudara Kamal 017 - 384 5897


Thursday, September 10, 2009

NIZAR OIII !!! LIHAT SINI,ATURCARA LAWATAN TAPAK KUIL DI SHAH ALAM

PEMBETULAN ATURCARA MAJLIS !!!

Disini saya sertakan aturcara baru lawatan ke tapak kuil di Shah Alam pada hari sabtu 12.09.09 jam 5 petang.

5.00 petang - berkumpul di tapak pembinaan kuil yang disediakan oleh Kerajaan BN pada 2007 di Seksyen 18. (Panduan ke sana akan diberikan kemudian) dan meninjau keadaan sekeliling.

5.20 petang - berkonvoi ke tapak yang disediakan oleh Kerajaan Pakatan di Seksyen 23

5.30 petang - meninjau keadaan sekeliling dan beramah mesra dengan penduduk setempat.

6.00 petang - bersurai

Tiada sebarang ucapan politik atau provokasi yang dibenarkan pada hari berkenaan. Kita bukan hendak berpolitik atau menimbulkan kekecohan. Cuma untuk menunjukan kebenaran yang cuba dipadamkan.

Anda datang...
Anda lihat...
Anda fikir...
Anda nilai...
Anda buat keputusan...

Kita datang dengan baik dan kita pulang dengan baik.

Kehadiran rakan-rakan blogger amatlah diharapkan.

Sebarang masalah atau pertanyaan sila hubungi Saudara Kamal di talian 017-384 5897



NIZAR OIII !!! JOM KITA MELAWAT TAPAK KUIL

Kita tidak boleh menganggap masalah yang dihadapi oleh penduduk Seksyen 23 sekarang adalah masalah mereka dan kita tidak perlu peduli, kerana kita tidak tinggal disana.

Jika anda beranggapan begitu,maka tanggapan anda itu salah. Kita kena anggap masalah mereka juga masalah kita. Cuma ianya kebetulan berlaku di kawasan mereka. Mungkin satu hari nanti anda juga akan menghadapi masalah yang sama. Kita harus bantu membantu sesama lain.

Jika kita tidak dapat membantu secara lain ,kita harus memberi sokongan secara moral kepada mereka, .

Sebagai contoh, wang jaminan di mereka yang didakwa di Mahkamah semalam sebanyak RM 28,500.00 dikongsi bersama oleh penduduk-penduduk Seksyen 23. Ada yang menyumbang daripada RM 5.00 hingga ke RM 2000.00. Inilah salah satu contoh yang baik dalam kita hidup bermasyarakat.

Oleh yang demikian sukalah saya disini, untuk memohon sedikit sokongan daripada rakyat Malaysia terutamanya penduduk sekitar Lembah Klang. Bukan wang ringgit yang dipinta, tetapi sedikit pengorbanan masa daripada Tuan/Puan/Saudara/Saudari yang budiman sekalian sebagai sokongan moral kepada penduduk Seksyen 23 atas keberanian luar biasa mereka.

Anda semua dijemput hadir melihat dengan mata anda sendiri apa sebenarnya yang telah berlaku di Shah Alam. Kita bersama-sama pergi melawat tapak kuil yang disediakan oleh Kerajaan BN di Seksyen 18 kemudian kita melawat pula tapak kuil yang disediakan oleh kerajaan pakatan di Seksyen 23. Kemudian anda boleh buat perbandingan dan nilai sendiri.

Semua dijemput hadir pada hadir pada hari Sabtu 12.09.09 jam 5 petang. Bawa ahli keluarga anda bersama. Luangkan sedikit masa anda dihujung minggu untuk saudara-saudara kita di Seksyen 23.

Setakat ini pihak penganjur telah menghantar beberapa jemputan kepada beberapa pemimpin BN,PAS dan PKR. Ada yang sudah memberitahu mereka akan datang dan ada yang belum menjawabnya. Walau bagaimana pun jauh di sudut hati kita, kita masih berharap agar mereka semua datang.

Saya akan sentiasa melaporkan dari masa ke semasa tentang lawatan ini. Harap sentiasa rujuk disini.

Wednesday, September 9, 2009

NIZAR OIII !!! JOM KITA MELAWAT TAPAK KUIL


Tapak yang disediakan oleh Kerajaan BN di Seksyen 18 pada tahun 2007

Kepada seluruh rakyat Malaysia , Blogger Patriot Selangor dengan segala hormatnya menjemput anda semua untuk melawat tapak kuil di Shah Alam yang sedang hangat diperkatakan kini.

Ayuh kita lihat dengan mata kita sendiri. Jangan hanya mendengar khabar dari orang lain. Kebenaran harus dibuktikan walaupun ianya cuba disembunyikan. Luang sedikit masa anda di hujung minggu untuk melihat keadaan sebenar.

Anda boleh lihat mengapa penduduk Seksyen 23 membantah sekeras-kerasnya pemindahan kuil dari Sekyen 19 ke Seksyen 23.

Anda juga boleh melihat dan menilai dengan sendiri tapak yang disediakan oleh Kerajaan BN di Seksyen 18 pada 2007 dan tapak yang disediakan oleh Kerajaan Pakatan di Seksyen 23.

Kita datang melawat dengan cara sopan dan bertertib serta penuh semangat muhibbah. Tidak dibenarkan membawa apa kepala binatang. Jangan lakukan sebarang provokasi atau kekacauan. Kita datang dengan baik dan kita pulang dengan baik.

Saya akan membawa laporan dari masa ke semasa berkenaan program ini. Termasuk panduan ke tapak berkenaan. Sebarang pertanyaan sila hubungi Saudara Kamal di talian 017-384 5897

NIZAR OIII !!! TANYA ANWAR DIA DAPAT BERAPA JUTA ?

Setiap kali ada orang-orang politik pembangkang, tidak kira PAS,PKR atau DAP yang keluar parti mereka masuk BN atau tidak masuk mana-mana parti,maka gegak gempitalah seluruh negara kononnya BN merasuah mereka-mereka.

Jangkaan saya suara-suara begini akan bergema lagi dalam masa seminggu ini.

Kali terakhir suara begini bergema ialah semasa Adun Lunas keluar PKR.

Kalau semua orang yang masuk Umno mendapat habuan, maka Anwar Ibrahim juga pasti mendapat habuan yang lumayan semasa beliau masuk Umno pada tahun 1992.

Jika Anwar mengatakan dia tidak mendapat habuan untuk masuk Umno, maka orang lain pun sama juga. Anwar ada pengalaman semua ini. Dia lebih tahu segalanya.

Siapa Wan Azizah dan siapa Anwar sila rujuk disini.