Friday, October 30, 2009

NIZAR HARAM JADAH, PANAS DARI SELANGOR, ADUN LOMPAT PUN SATU MALAYSIA


Slogan Satu Malaysia diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib,nampaknya mula menjadi sebutan orang ramai dan digunakan oleh kebanyakan pihak sekarang.

Pendek kata serba serbi Satu Malaysia sekarang ini . Sama seperti iklan coca cola.

Makan Satu Malaysia,minum Satu Malaysia ,tidur Satu Malaysia,Adun keluar parti pun Satu Malaysia juga...

Berita panas dari Comand Centre kami yang terletak di tepi federal highway dan dalam Parlimen Nurul Izzah.

Semalam adun melayu dari Port Klang telah mengumumkan keluar PKR. Bakal menyusul adun india dan adun cina dari Selangor juga bakal mengumumkan keluar dari parti opssss, tak boleh cakap dari parti mana ,rahsia !

Tungguuuuuu.....Satu Malaysia punya adun bakal keluar 'Pakatan Rak-yat'.

Labu oh labu, ku sangka panas hingga ke petang,rupanya hujan di tengahari....

Thursday, October 29, 2009

NIZAR HANTU RAYA , KHALID DI TAMPAR BADRUL

Tengahari tadi dengan penuh gedebe Khalid Ibrahim membuat kenyataan untuk mengusulkan kepada PKR pusat agar Adun Pelabuhan Klang meletak jawatan.

Tup...tup... menjelang petang hari Khalid Ibrahim yang selama ini gagap menjadi bisu sekelip mata akibat ditampar oleh Adun Pelabuhan Klang,Badrul Hisham Abdullah. Gedebenya tengahari tadi terus hilang.

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

Selama ini Badrul sering berdiam diri terhadap apa saja yang dikatakan oleh Khalid terhadap beliau. Akhirnya kesabaran beliau hilang hari ini. Dalam masa beberapa jam sahaja Badrul bangkit membuat satu keputusan yang drastik tanpa disangka-sangka dan dirancang.

Jangan pula diberi alasan kononnya Umno telah membeli Badrul. Tak mungkin dalam masa 4-5 jam sahaja urusan jual beli boleh diselesaikan. Melihat kepada reaksi Badrul dalam sidang media hari ini nampak sangat beliau dalam keadaan tidak bersedia untuk meninggalkan PKR. Tetapi kerana geram dan hilang kesabaran maka ianya dilakukan juga.

Di Perak,ada seorang raja bohong bernama Nizar. Di Selangor pun ada juga seorang raja bohong bernama Khalid. Asal mereka berdua ini buka sahaja mulut pasti pembohongan akan keluar daripada mulut mereka.

Khalid berkata ,Badrul tidak pernah menjawab surat tunjuk sebab yang dihantar oleh beliau. Badrul menafikannya, dan beliau berkata telah menghantarnya serta di cop sebagai bukti penerimaan surat oleh pejabat MB Selangor. Bohong tak habis-habis seorang si gagap ini,sama seperti bekas rakan sejawatan beliau di Perak yang menjadi balaci DAP.

Tidak pernah berlaku seorang MB menghentam dan memperlekehkan adun sendiri secara terbuka. Dulu,sewaktu nak bertanding,oleh kerana tiada orang yang sanggup menjadi calon,maka mamat yang dicop 'sakit jiwa' inilah yang diangkat sebagai calon. Sehingga orang ini habis licin segala wang dan bulu-bulu yang ada di badan digunakan sebagai belanja kempen. Malah terpaksa berhutang sana sini.

Bila sudah menang,beliau diabaikan,peruntukan disekat,hantar pula orang lain menjadi wakil adun,kemudian dituduh pula sebagai sakit jiwa. Inilah yang dikatakan diberi madu,dibalas tuba atau habis madu sepah dibuang.

Kalau tahu Badrul tidak layak menjadi adun,kenapa pilih beliau sebagai calon ? Khalid sering mengakui yang beliau lebih hebat dan lebih molek daripada Khir Toyo. Hebat kepala otak hang,kalau nak pilih calon pun tak pandai.

Jalan terbaik adalah Khalid harus berundur sebagai MB Selangor supaya Selangor tidak lagi dirundung pelbagai masalah. Orang yang hebat dalam dunia perniagaan,tidak semestinya dia hebat dalam dunia politik. Dua dunia ini amat berbeza. Lagi pun Khalid sedang dirundung masalah hutang dengan Bank Islam yang belum selesai di mahkamah.

Kalau rasa tidak mahu berundur,apa kata bubar saja dun Selangor dan kita berentap semula. Kita tidak memaksa untuk membubarkan dun,itu hak Khalid selagi dia ada majoriti. Kita hanya mencadangkan. Terpulang kepada Khalid.

Tetapi untuk Khalid terus menjadi MB Selangor,saya rasa ianya sudah tidak relevan lagi. Beliau harus berundur. Anwar Ibrahim dan Wan Azizah harus mengambil tindakan terhadap perkara ini, sebelum Selangor hancur. Berpuluh tahun BN bangunkan Selangor sehingga mencapai kemajuan seperti hari ini. Datang Khalid tak sampai dua tahun lagi,sudah ada tanda-tanda punah ranah.

NIZAR BALACI DAP ! BUANG HASSAN ALI,BUANG JUGA RONNIE DAN TENG

Saya tangguhkan dulu posting berkenaan sidang Dun Perak. Kita berbincang dulu pasal Hassan Ali.

Sejak semalam lagi terdapat ura-ura Hassan Ali akan digugurkan sebagai Exco Selangor.

Jika perkara ini benar-benar berlaku,saya rasanya ianya satu titik hitam yang amat malang bagi umat Islam dan orang-orang melayu di Selangor tanpa mengira kiblat politik mereka.

Kerana menentang penjualan arak secara bebas dan mempertahankan pegawai-pegawai kerajaan yang rata-ratanya orang-orang melayu dihina dan diperlekehkan ,maka Hassan Ali digugurkan jawatannya.

Jika hendak gugur Hassan Ali,maka kita semua juga harus menuntut Khalid Ibrahim menggugurkan Ronnie Liu dan Teng Chang Kim di Selangor. Kerana dua ekor inilah punca segala kekalutan di Selangor.

Saya bukan bercakap atas kapasiti orang Umno atau BN. Saya bercakap atas kapasiti saya orang Islam dan melayu.

Kerana hendak jaga undi kaum cina maka mereka mesti korbankan Hassan Ali. Inilah dia PKR dan DAP. Undi melayu mereka letak di jubur sahaja. Melayu tak penting bagi mereka.

Kepada seluruh umat Islam di Selangor tanpa mengira fahaman politik,saya ingin menyeru anda semua bangkit menentang Khalid Ibrahim sekiranya Hassan Ali digugurkan sebagai Exco,tetapi Ronnie dan Teng tidak digugurkan. Kita harus menyokong Hassan Ali tanpa mengira PAS atau UMNO, tetapi kita sokong atas dasar Islam dan melayu.

Jika hendak gugur ,harus gugurkan ketiga-tiga mereka.

Apa komen anda. Setuju atau tidak ?

DR.ZAMBRY BUAT APA YANG NIK AZIZ TAK MAMPU BUAT

Syukur Allamdulillah. Dr.Zambry telah menjadi MB pertama dalam sejarah negeri-negeri di Malaysia memasukan peruntukan dalam bajet negeri untuk membina Pusat Tahfiz (Maahad Tahfiz) di setiap daerah dalam negeri Perak.

Sebagai permulaan peruntukan sebanyak RM 1 juta disediakan pada tahun 2010 bagi membangunkan Maahad Tahfiz di Daerah Manjung. Pembangunan Maahad Tahfiz di daerah-daerah lain akan dilaksanakan dalam RMK ke 10.

Tahniah Dr.Zambry !

Sebuah negeri yang menggunakan slogan 'membangun bersama Islam' dan dipimpin oleh seorang tok gAru selama 19 tahun pun tak mampu untuk membuat sebagaimana yang diumumkan oleh Dr.Zambry hari ini.

Memang ada pusat tahfiz di Kelantan atau negeri-negeri lain,tapi semuanya dikendalikan oleh swasta atau orang perseorangan dan jika ada pun yang dibiayai oleh kerajaan mungkin bilangan tidak sama seperti yang diumumkan oleh Dr.Zamry hari ini.

Sekali lagi tahniah diucapkan kepada Dr.Zambry. Saya berharap agar negeri-negeri lain juga mencontohi apa yang dilakukan oleh kerajaan Perak. Jangan kedekut mengeluarkan wang ke jalan Islam demi memastikan kejayaan umat. Pasti balasan yang diterima berkali-kali ganda lagi daripada apa yang dikeluarkan.

Sesungguhnya Islam yang dibawa oleh UMNO lebih baik daripada apa yang dibawa oleh PAS. Saya tidak berani berkata Islam yang dibawa oleh UMNO membawa kita ke syurga,manakala Islam yang dibawa oleh Pas setakat lubang kubur sahaja. Itu semua kerja Allah SWT. Apa yang Allah suruh kita tidak melaksanakan sepenuhnya dan apa yang Allah larang pun kita tidak ikut sepenuhnya,tetapi bolehkah kita nak ambil tugas Allah dan para malaikat menentukan siapa ke Syurga dan siapa ke neraka ? Cermin muka terlebih dahulu sebelum boleh kata siapa masuk Syurga dan siapa masuk neraka.

Kalau Nik Aziz tiada cermin ,saya cadangkan beliau kencing dalam tempurung kelapa kemudian tilik muka dia dalam air kencingnya tadi. Selepas itu tanya diri sendiri,layakkah diriku ini menentukan orang ini ke Syurga dan orang itu ke neraka. Jika dia masih kata dia layak tentukan,minum saja air kencing dia yang dalam tempurung tersebut.

Islam yang dibawa oleh PAS (Puak Khawarij) ini hanya Islam retorik,Islam peti undi,Islam plastik,Islam aksesori atau Islam make up sahaja. Tidak lebih daripada itu.

Pemimpin-pemimpin sama saja seperti GRO. Di depan masyarakat,kopiah atau serban atas kepala,mulut penuh dengan bacaan ayat -ayat Al-Quran dan melaung-laungkan Islam ! Islam ! Islam ! dan mengatakan mereka lebih baik daripada BN. Apabila rakyat pilih mereka barulah rakyat tahu siapa mereka yang sebenarnya. Perangai yang sebenar mengalahkan syaitan.

Samalah dengan GRO,bila nak pergi melayan jantan,pakai make-up tebal 2 inci,lipstik sampai mulut merah menyala,eye shadow,maskara ,pakaian seksi-seksi dan wangian hebat-hebat. Bila dah seperti itu , sekali tengok macam Sofia Jane di tahun 90 an . Tapi bila mereka buang semua yang dipakai tadi, cis ! hampeh ! lebih kurang Ahli Parlimen Ampang atau Rantau Panjang saja.

Tipah tertipu beb....

Selamat tinggal PAS PRU ke 13.

Perhatian kepada para pembaca, semalam saya sempat mengikuti Sidang Dun Perak,saya berjaya masuk ke Dewan mengikuti seorang wartawan yang juga teman saya. Ada banyak cerita menarik yang saya ingin kongsi dengan anda,tetapi saya tidak berkesempatan menulisnya sekarang kerana terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan. Saya akan siarkan secara berperingkat-peringkat di lain hari.

Tuesday, October 27, 2009

HAJAT NIZAR TERCAPAI, DUN PERAK BAKAL DIBUBARKAN

Setakat ini sudah sembilan bulan manusia-manusia yang gila talak di Perak duduk meroyan melaungkan-laungkan supaya DUN Perak dibubarkan.

Insyaallah, jika tidak ada aral melintang hajat mereka akan tertunai.

Jika tidak ada aral melintang juga atau dunia kiamat rakyat Perak akan sekali lagi keluar membuang undi.

Mengikut apa yang saya tahu DUN Perak bakal dibubarkan selewat-lewatnya pada 08.March.2013 iaitu selepas genap lima daripada PRU ke 12 yang diadakan pada 8.March.2008.

Maka selepas tarikh itu , SPR selaku pengendali p/raya mempunyai masa selama 60 hari untuk mengadakan p/raya.

Terima kasih harus kita ucapkan kepada nizar haram jadah kerana telah berkempen empat tahun lebih awal untuk membubarkan DUN. Suburnya demokrasi di Malaysia ni...

Jangan lupa yop, simpan tenaga sikit,nanti bila DUN dah dibubarkan kome pula yang dah terbaring atau dibaringkan mengiring mengadap kiblat,maka tak boleh bertanding lagi.


NIZAR DAP ! SEJUK HATI AKU BILA BACA ARTIKEL HARAKAH DAILY

Sepanjang hidup aku melayari laman web Harakah daily, baru hari ini aku temui satu artikel yang secocok dengan jiwaku.

Sejuk dan tenang saja jiwaku bila membacanya, hingga aku terpaksa batalkan untuk hentam PAS dalam posting terbaru hari ini. Dan aku terpaksa gantikan dengan posting ini.

Kalau sepanjang masa begini kan bagus. Yang itu jemput yang ini. Manakala yang ini pula rakam tahniah pada yang itu. Inilah contoh yang baik yang perlu ditunjukan oleh pemimpin kepada rakyat.

Jika semua bersatu dan berpadu tidak mustahil kejayaan akan tercapai.

SILA RUJUK DISINI UNTUK MEMBACA ARTIKEL YANG SAYA MAKSUDKAN

NIZAR HANTU DAP ! KENAPA KERAP NGEH & NGA JUMPA CHIN PENG

Komunis banyak bertapak di Perak di zaman dulu. Lubuk komunis adalah di Sitiawan. Pengerusi DAP Perak,Ngeh Koo Ham juga berasal dari Sitiawan. Parlimen yang diwakili beliau juga adalah Beruas. Beliau juga berasal dari keluarga yang ada kaitan dengan komunis. Sama juga dengan Nga Kor Ming. Mereka berdua adalah sepupu. Orang macam inilah yang diangkat, dijulang dan dijilat oleh PAS.

Dua tiga ekor ejen-ejen komunis ini sering pergi berjumpa dengan bapak komunis,Chin Peng yang berada dalam buangan di Thailand. Yang dapat dikesan oleh kita dalam masa sebulan ini sebanyak dua kali. Yang tidak dapat dikesan oleh kita entah berapa puluh kali.

Untuk tujuan apa sebenarnya mereka begitu kerap berjumpa dengan bapak komunis ? Tidak lain tidak bukan adalah untuk menjahanamkan negara ini. Dendam mereka tidak pernah surut. Yang lebih malang lagi adalah apabila ada juga orang-orang kita yang berjaya diperdayakan oleh mereka untuk menjayakan agenda mereka.

Dalam bulan oktober yang lepas Ngeh dan Kulasegaran menaiki pesawat Air Asia dari P.Pinang ke Bangkok untuk berjumpa bapak komunis. Beberapa hari lepas sekali lagi Ngeh, seorang peguam dan beberapa orang lagi ke Hatyai pula untuk tujuan yang sama.


Monday, October 26, 2009

NIZAR MANGKUK !!! KAU YANG CUBA JADI SAMSENG

Seperti dijangka, tempoh 3-4 hari yang ada ini sebelum DUN Perak bersidang akan digunakan sebaik mungkin oleh nizar haram jadah and the gang untuk memfitnah Dr. Zambry dan memperhangatkan keadaan.

Semalam sudah bermula di Malaysiakini apabila nizar membuat tohmahan kononnya ada samseng-samseng yang telah di upah untuk mengawal sidang Dun dan menyasar untuk memukul 5 adun yang samseng dalam sidang Dun 7.Mei yang lepas. Rujuk di sini .

RBF hendak bertanya kepada nizar haram jadah,sejak bila pula sebuah kerajaan negeri boleh mengiktiraf samseng dan memukul adun sesuka hati dalam Dun. Mereka bukan berperangai binatang seperti kamu dalam sidang Dun yang lepas yang menjadi samseng,serang adun BN sana sini,raba adun wanita dan patahkan mikrofon sesuka hati. Kamu yang samseng dan yamseng sebenarnya.

Kerajaan Perak pimpinan Dr.Zambry dan Speaker Dun ,R.Ganesan hanya mengambil langkah mempertingkatkan kawalan keselamatan,kerana kamu semua yang memberitahu bahawa sidang Dun kali ini lebih kecoh daripada sidang Dun yang lepas. Siapa yang memberi amaran samseng ini ? Tolong sedar sikit nizar. Atau pun kau sedang mabuk wisky bersama ngeh dan nga semasa membuat kenyataan tersebut.

Sudah menjadi tanggungjawab Dr.Zambry sebagai ketua kerajaan negeri dan R.Ganesan sebagai speaker untuk menyediakan kawalan keselamatan terbaik bagi menjaga keselamatan semua adun-adun dalam Dun,setelah amaran diberikan oleh kamu bahawa kekecohan yang lebih ganas akan berlaku. Inilah yang dinamakan orang bertanggungjawab. Bukannya seperti kamu,yang lebih gemar mencetuskan huru-hara dan keganasan.

Tolong sedar diri sikit,kamu dan barua-barua kamu sebenarnya yang terlebih samseng. Bukannya Dr.Zambry dan adun-adun beliau.

NIZAR KKK !!! KERJA UMNO UNTUK MELAGA-LAGAKAN PAS

Pada pagi ini satu sidang media akan diadakan oleh PAS di Ibu Pejabat PAS di KL. Sidang media ini diadakan untuk menjawab segala permasalahan yang timbul dalam PAS dua tiga hari kebelakangan ini.

Oleh yang demikian saya ingin mengajak pembaca dan rakan-rakan sekalian untuk sama-sama berkongsi apakah yang akan dikatakan oleh PAS dalam sidang media berkenaan nanti. Sila hantarkan melalui komen.

Saya mulakan dulu

1) Pas tiada masalah. Semuanya dalam keadaan baik.

2) Sedikit silap faham sahaja

3) Kita selesaikan secara ukhwah

4) Ini semua kerja Umno dan media Umno untuk melaga-lagakan PAS dan memperbesarkan masalah.

Yang lain-lain sila sambung di ruangan komen....

Silakan.....

Sunday, October 25, 2009

NIZAR MANGKUK HAYUN ! PANAS ! PANAS ! PAS MAKIN PARAH

Pas semakin parah. Ketua Dewan Ulamak PAS, Harun Taib menafikan yang Nik Aziz menulis dalam blognya berkenaan Muktamar khas.

Kalau bukan Nik Aziz yang tulis,siapa lagi gamaknya yang memegang pasword blog Nik Aziz ? Mungkin penasihat ayahanda yang pernah dibangkitkan anak Nik Aziz sebelum ini. Penasihat ayahanda setahu saya tidak ramai.

Antaranya ialah Setpol Nik Aziz iaitu Anual Bakhri yang dikenali suka bersajak dan anak emas Nik Aziz iaitu Husam Musa.

Jika kita lihat video di bawah ini,Harun Taib dengan nada yang keras dan begitu yakin menafikan Nik Aziz yang tulis. Apa sudah jadi ?

Pandangan saya senang sahaja iaitu, teruskan bergaduh dan bercakaran, teruskan....teruskan....
Terima kasih kerana menyenangkan kerja kami.



Saturday, October 24, 2009

NIZAR MB PODAH !!! UNDI TAK PERCAYA KEPADA NIK AZIZ & HJ.HADI

Seperti yang kita semua sedia maklum, keadaan dalam PAS bergolak kembali. Semuanya kerana tidak mahu menerima ketentuan Qada dan Qadar apabila mereka kalah di Bagan Pinang dan kerana tulisan seorang yang pernah PAS sanjungi sebelum ini,Aziz Bari. Tidak pasal-pasal Hj.Hadi menjadi mangsa kembali. Apa yang terjadi tidak perlu saya ulas panjang lebar disini kerana semua orang telah mengetahui jalan ceritanya. Cuma saya ingin mengajak anda berkongsi apa yang ditulis oleh blog FSS. Ianya amat menarik untuk dikongsi bersama. Sila rujuk disini.

Apabila saya duduk termenung seorang diri,lantas terlintas di fikiran saya apa yang terjadi hari ini mungkin bala yang diturunkan oleh Allah terhadap PAS secara perlahan-lahan dan satu hari nanti PAS akan pupus di muka bumi Malaysia kerana sudah berpuluh tahun mereka menipu orang-orang Islam di negara ini.

Ini dapat dilihat dengan mata kasar kita semua. Selama ini berpuluh tahun kita semua tidak pernah mendengar orang-orang PAS mengutuk atau bercakaran sesama sendiri. Sekarang ini bukan setakat orang-orang atau blogger-blogger PAS bergaduh dan menghentam sesama sendiri,malah yang bergelar tok guru pun bergaduh sesama tok guru. Hebat ! Sepatutnya bila mereka makin kuat,mereka makin berpadu,bukannya makin berpecah.

Enam kali BN kalah PRK dalam masa setahun ini, tidak pernah mereka bercakaran begini. Tetapi PAS yang kalah hanya sekali,begitu teruk bercakaran,hingga terpaksa mencadang diadakan EGM luar biasa. BN,makin kalah makin berpadu, PAS makin menang,makin bercakaran. Disini kita lihat kematangan politik antara dua pihak. Pandangan saya senang sahaja, Nik Aziz terliur melihat apa yang dibuat oleh MCA ,turut sama dibuat oleh PAS. Oleh yang demikian,PAS bolehlah buat EGM luar biasa,kemudian biar perwakilan tendang kedua-duanya sekali,iaitu Nik Aziz dan Hj. Hadi. Pilih pula Husam Musa sebagai Presiden dan Nizar sebagai Timbalan Presiden. Barulah sedap bertarung dengan Umno.

Rekod menunjukan,setiap kali berlaku krisis atau kekalahan dalam Umno atau BN,mereka makin kuat. Contoh,krisis Dr M dan Ku Li, dan krisis Dr.M dan Anwar Ibrahim,serta kekalahan teruk dalam PRU 12 dan kekalahan demi kekalahan dalam PRK. BN,tidak hancur,malah mereka berusaha untuk naik kembali secara berperingkat , titik permulaan bermula di Manek Urai walaupun kalah tapi majoriti PAS merosot teruk,kemudian naik sikit lagi di Permatang Pasir,BN berjaya menambah undi mereka dan yang ketiga mereka berjaya di Bagan Pinang. Belakang parang,jika diasah setiap hari pasti akan tajam jua. Mata pisau yang tajam,jika digunakan untuk menetak sesuka hati sudah pasti akan tumpul.

Apa yang terjadi kepada BN sebelum ini,boleh dianggap sebagai pengajaran. Allah masih sayangkan BN,sebab itu Allah uji mereka dengan kekalahan. Sama seperti Allah uji manusia jatuh sakit,sesungguhnya penyakit itu dapat menyucikan dosa kita. Berbeza dengan PAS dan rakan-rakannya,Allah uji mereka dengan kemenangan,tetapi mereka menjadi makin lupa diri. Mereka lari dari landasan yang sebenar.

Mereka angkuh,mereka sombong,mereka berlagak. MB Selangor dengan angkuh mengeluarkan arahan ,beliau tidak benarkan SPRM menyiasat pegawainya di Pejabat SPRM, nak siasat datang ke Suk Selangor. Ini semua,sifat-sifat riak dan takbur. Baru diberi sedikit kuasa sudah mengalahkan seorang Raja. PAS dan rakan-rakannya harus ingat,BN pernah berada lebih gagah daripada apa yang PAS dan rakan-rakannya ada sekarang. Itu pun boleh membuatkan BN lemah dalam sekelip mata. Apa yang PAS dan rakan-rakannya ada pada hari ini amat kecil daripada apa yang BN ada dulu. Jadi,tak usahlah nak berlagak lebih. Kalau nak jatuh sekejap sahaja Allah jatuhkan.

Begitu juga dengan Nik Aziz, 19 tahun beliau menjadi MB Kelantan dan Mursyidul am PAS saya tidak ingat berapa lama. Sepanjang 17 tahun beliau menjadi MB Kelantan,beliau dihormati oleh kawan dan lawan. Tetapi sejak dua tahun kebelakangan ini beliau semakin mengarut dan sering menjadi bahan kutukan, makian atau cacian lawan dan kawan. Malah sudah ada suara yang dalam PAS sendiri mengatakan beliau menjadi beban kepada PAS sekarang. Nampaknya beliau mahu mengakhiri karier politik beliau dalam keadaan hina. Mungkin ini juga balasan Allah terhadap beliau.

PAS memulakan politik mereka dengan kafir mengkafir dan kemungkinan besar politik PAS akan diakhiri kerana kafir harbi,iaitu DAP.

Apabila membaca tulisan bekas Mufti Perlis dalam Mingguan Malaysia 11.Oktober.2009,saya membuat kesimpulan ianya sama dengan apa yang dilakukan oleh PAS selama ini. Disini saya sertakan sedikit petikan tulisan beliau

Dalam sejarah pertelingkahan umat Islam kelompok yang paling kuat dan awal menggunakan isu agama untuk mengkafirkan orang Islam yang lain ialah puak Khawarij. Kelompok ini Nabi SAW sifatkan seperti berikut: ...Seseorang kamu akan merasa lekeh solatnya dibandingkan solat mereka, merasa lekeh puasanya dibandingkan puasa mereka. Mereka membaca al-Quran, namun al-Quran itu tidak melebih halkum mereka. Mereka tersasar keluar dari agama seperti anak panah tersasar dari sasarannya... (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Inilah Khawarij yang kelihatan hebat dalam ibadah dan pidato agama mereka dengan menggunakan nas-nas al-Quran. Mereka mengkafirkan orang Islam yang melakukan maksiat, juga mengkafirkan orang Islam yang tidak mengikut kumpulan mereka. Puak Khawarij ini mengangkat slogan: "Tidak ada hukum melainkan hukum Allah". Slogan yang kelihatannya berteraskan al-Quran, tetapi dengan tujuan yang buruk. Kata Saidina Ali bin Abi Talib kepada mereka: "Satu slogan yang benar, tetapi dengan tujuan yang batil". (Al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, 304/10, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah). Dengan slogan al-Quran Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah maka mereka itu orang-orang yang kafir. (Surah al-Maidah, ayat 44). maka mereka melancarkan kempen mengkafirkan dan memerangi orang Islam. Atas andaian yang tipis maka dengan mudah seseorang dijatuhkan hukuman murtad dan kafir.

Kesimpulannya, kita boleh samakan PAS dengan Khawarij dan mengikut beliau lagi, Nabi SAW menyebut tentang mereka:

Mereka itu berucap dengan ucapan sebaik-baik makhluk. Mereka tersasar keluar dari Islam seperti anak panah tersasar dari sasarannya. Iman mereka tidak melebihi halkum mereka. Di mana sahaja kamu temui mereka maka bunuhlah mereka kerana sesungguhnya membunuh mereka itu ada pahala pada Hari Kiamat. (Riwayat al-Bukhari)

Saya tidak boleh mengulas banyak apa yang dikatakan diatas,kerana saya bukan pakar dalam bab tersebut. Tetapi saya faham apa yang disebut oleh Nabi SAW dan apa yang ditulis oleh Dr.Maza, dan saya berharap anda semua faham. Siapa tidak mahu pahala ? Dalam hidup ini semua orang ingin menambah pahala,tapi biarlah kita semua tambah pahala melalui cara lain lain terlebih dahulu. Bab yang diatas kita serahkan kepada orang yang lebih arif dan pakar. Terus terang saya katakan disini, walaupun sudah dua minggu tulisan tersebut disiarkan,boleh dikatakan setiap hari saya membacanya. Kerana saya tidak puas membacanya dan saya nampak,apa yang dilakukan oleh PAS selama ini sama sebiji dengan apa yang Dr.Maza coretkan dan apa yang Nabi SAW sebut. Sedih betul saya apabila mengenangkan nasib orang-orang Islam yang ditipu oleh PAS selama ini.

Terlalu dasyat penipuan yang dilakukan oleh PAS selama ini. Sukar untuk dimaafkan. Apa lagi yang hendak dikata,selagi ada manusia yang percaya kepada mereka,selagi itulah mereka teruskan perjuangan sonsang mereka. Yang boleh menghentikan mereka adalah kita semua.

Kepada orang-orang Islam di Malaysia,insaflah dan sedarlah, jangan percaya lagi kepada Islam retorik yang dibawa oleh PAS. Mereka pun manusia,tidak lain tidak bukan yang dikejar oleh mereka juga adalah kuasa,wang ringgit dan pangkat. Mereka tidak maksum,mereka manusia biasa. Sila rujuk disini dan disini.

Kerajaan yang kita ada pada hari ini di Malaysia adalah antara yang kerajaan yang terbaik dikalangan negara Islam di dunia ini. Tidak pernah kerajaan kita melarang kita mengamalkan Rukun Islam dan Rukun Iman.

Tiada orang yang dilarang mengucap syahadah di Malaysia. Tiada orang yang dilarang sembahyang oleh kerajaan Malaysia. Tiada orang yang dilarang berpuasa di negara ini,yang tidak berpuasa ditangkap dan didenda, dan kerajaan pula menyalurkan dana lagi untuk menghidupkan lagi Ramadhan. Tiada orang yang dilarang mengerjakan Haji, malah siap dengan Menteri lagi berada di Tanah Suci untuk menguruskan jemaah Haji, dan Malaysia adalah antara negara yang terbaik dalam bab menguruskan jemaah Haji. Tambah lagi satu,ini ramai yang orang lupa,kerajaan siap bagi subsidi lagi kepada jemaah Haji menunaikan Haji,tanpa mengira fahaman politik. Begitu juga dengan zakat, adakah anda pernah terdengar orang Islam di Malaysia dilarang membayar zakat. Lagi satu,tiada negara lain dalam dunia yang mempunyai sistem bayaran zakat yang teratur seperti di Malaysia. Tambah lagi satu,bukan setakat kita tidak dilarang membayar zakat,malah kerajaan (LHDN) memberi penolakan cukai lagi kepada zakat yang sudah dibayar. Yang kita pernah terdengar ialah ada orang yang nak salurkan duit zakat orang-orang Islam kepada yang bukan Islam.

Ya,saya akui ada lagi banyak sedikit sebanyak yang kita perlu perbaiki agar selaras dengan syariat Islam. Tetapi,bukan senang untuk dilaksanaka,kerana negara kita mempunyai pelbagai kaum dan agama. PAS yang dulu perjuangkan hudud pun sudah lupakan hudud sekarang,kerana ingin menjaga perasaan orang bukan Islam. Apatah lagi BN yang sudah berpuluh tahun menjadi tempat parti-parti rakan lain bernaung. Sebelum jadi pemerintah senang bercakap,bila sudah menjadi pemerintah barulah tahu betapa sukarnya untuk melaksanakannya.

Yang mana yang tak betul,kita sama-sama tegur dan sama-sama kita perbetulkan . Di Malaysia belum pernah ada orang yang mati kerana memberi teguran atau cadangan kepada kerajaan.

Kepada orang-orang Islam dan melayu di Malaysia,jika anda berfikir PAS yang boleh menggantikan Umno di Malaysia ternyata anda silap. Itu semua kerja menempah maut. Kerja undur ke belakang kembali. Negara akan menuju kehancuran. Menyesal kemudian tidak berguna. Pegang saja pada falsafah ini 'bukan senang nak senang,bukan susah nak susah'.

Untuk membaca penuh tulisan bekas Mufti Perlis (Dr.Maza) , anda boleh rujuk disini


Friday, October 23, 2009

NIZAR & SIVAKUMAR , YOU WILL LOSE AGAIN !!!

PERAK ROYAL RUMBLE 2009
Part II


DATE : September 28, 2009

TIME : 0900hrs

VENUE : Perak State Assembly Hall

TICKET RESERVATIONS
http://parpukari.blogspot.com/
http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/


Thursday, October 22, 2009

TEOH BENG HOCK : 'PEMBUNUH' HARUS DICARI DENGAN SEGERA

Semakin hari nampakya inkues kematian Teoh Beng Hock menjadi semakin rumit. Adakala ianya membosankan. Ianya nampak semakin caca marba dan dipolitikan. Tambahan pula peguam yang mewakili keluarga Teoh iaitu Gobind Singh juga orang politik.Kehadiran ahli patalogi dari Thailand memberi keterangan semalam,sekali lagi menggemparkan dunia politik tanahair. Ronnie Liu dan Gobind tersenyum lebar semalam. Malah Ronnie ,kelihatan sentiasa mengekori punggung Doktor berkenaan di mahkamah semalam. Seolah-olah beliau seorang Exco tiada kerja di pejabat. Masa berjam-jam dihabiskan di mahkamah.

Walaupun beberapa sahabat saya termasuk AIDC meragui Doktor berkenaan,kerana beliau mempunyai hubungan yang baik dengan beberapa ahli politik pembangkang,tetapi saya mengambil sikap sebaliknya.

Saya boleh bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Doktor berkenaan,iaitu 80 % kemungkinan Teoh dibunuh. Tetapi dengan apa cara untuk dibuktikan dan siapa pembunuhnya ?

Tak lain tak bukan ialah,kubur Teoh harus dikorek kembali dan biarkan Doktor berkenaan membuat bedah siasat sekali lagi. Saya berharap pihak keluarga Teoh,peguam, DAP dan Kerajaan Selangor bersetuju untuk ianya dilakukan, bagi mencari keadilan. Jangan pula mereka,tidak bersetuju. Berani kerana benar, takut kerana salah.

Oleh yang demikian ,mulai sekarang pihak berkuasa harus mengawasi kubur Teoh 24 jam,untuk memastikan tiada anasir-anasir jahat cuba mensabotajkan mayat atau kubur Teoh.

Selepas semua pihak bersetuju dan perintah mahkamah diperolehi untuk mengorek semula kubur Teoh,biarkan Doktor berkenaan melakukan pemeriksaan, dan sekiranya benar beliau mengatakan Teoh dibunuh,maka beliau harus mencari DNA siapakah yang ada dibadan Teoh.

Dalam masa yang sama sekiranya benar Teoh dibunuh,maka pihak polis haruslah menahan reman semua pegawai SPRM yang terlibat dalam kes Teoh, Ronnie Liu,Ean Yong Wah (majikan Teoh) dan Tan Bon Hwa. Soal siasat mereka habis-habisan. Sekiranya ada antara mereka yang mengaku terlibat,maka inkues harus ditamatkan dan dakwa mereka yang berkenaan. Tiada guna meneruskan inkues,jika ianya menjadi medan politik,bukan lagi menjadi medan mencari kebenaran.

Sekiranya tiada pembunuh yang dapat dikesan,maka tiada jalan lain,inkues harus diteruskan walaupun ianya membosankan.

Falsafah saya senang sahaja, yang benar tetap benar. Kebenaran tetap wujud walaupun memakan masa yang panjang. Berani kerana benar, takut kerana salah. Keadilan untuk Teoh harus dituntut. Dalam masa yang sama jangan lupa keadilan untuk Saiful Bukhari juga harus dituntut.

Tuesday, October 20, 2009

NIZAR MANGKUK !!! PAS TIDAK PERCAYA QADA & QADAR

Mengikut laporan Malaysiakini,PAS merancang mencabar kemenangan Tan Sri Isa Samad dalam PRK Bagan Pinang. Sila rujuk di sini.

Ternyata puak-puak Khawarij (PAS) ini tidak percaya kepada Qada dan Qadar. Mereka sukar menerima kekalahan mereka. Daripada dulu hingga kini inilah perangai puak-puak Khawarij.

Dalam penggal ini BN mengalami kekalahan dalam PRK bermula di Permatang Pauh,Kuala Trengganu,Bukit Gantang,Bukit Selambau,Manek Urai dan terkahir sekali di Permatang Pasir. Adakah anda mendengar BN mencabar keputusan PRK berkenaan ? Tidak ! BN terima kekalahan mereka dengan hati yang terbuka.

Kalau hendak ikutkan,BN boleh cabar keputusan PRK Manek Urai kerana kemenangan kecil PAS boleh diragui ditambah pula undi rosak lebih tinggi daripada majoriti. Tapi BN tidak lakukan semua itu, BN terima kehendak Qada dan Qadar.

Tetapi tidak bagi parti yang menggelarkan mereka parti islam tetapi perangai dan perbuatan lebih daripada syaitan. Baru sekali kalah PRK ,macam-macam fitnah yang dilakukannya.

Kepada puak-puak Khawarij,sila muhasabah diri anda. Kembalilah kepada landasan Islam yang sebenar.



Monday, October 19, 2009

NIZAR MANGKUK !!! PAS TAK PERLU BUAT POST MORTEM BANYAK-BANYAK

Sehari dua ini banyak betul post mortem yang dibuat oleh PAS berhubung kekalahan mereka di Bagan Pinang.

Tidak perlu lah PAS nak bedah sana-sini dan bagi pelbagai alasan yang tidak logik termasuk undi pos.

Kalau PAS cuba nak bercakap banyak pasal undi pos,nah....ambil,RBF bagi kepada PAS semua undi pos,ambillah. Kemudian cuba congak balik,adakah PAS menang,jika undi pos semua telah diambil oleh PAS.

PAS terimalah post mortem yang dibuat oleh RBF di bawah ini yang menyebabkan PAS kalah teruk di Bagan Pinang.

1) Faktor Tan Sri Isa Samad, lagi banyak PAS kutuk Isa,lagi banyak undi yang beliau dapat.

2) Penipuan melampau tentang budak yang kena tetak dengan orang-orang Umno. Rujuk di sini

3) Seruan jihad oleh Ketua Pemuda PAS yang samdol itu telah membuatkan penduduk tempatan meluat dan menggerunkan mereka.

4) Kesesakan jalan raya utama di Bagan Pinang dan Teluk Kemang kerana PAS membuka markas dan peniaga-peniaga PAS yang meniaga di tepi jalan membuatkan orang-orang kampung marah.

5) Pengundi india tidak mengundi PAS kerana isu Kg.Buah Pala,bukannya kerana isu kuil di Shah Alam. Mereka sedar yang selama ini mereka ditipu oleh PAS,PKR dan DAP.

6) Aksi-aksi melampau penyokong PAS daripada luar menambahkan kebencian penduduk tempatan kepada PAS.

7 ) Anwar Ibrahim tidak ceramah sepenuh hati di Bagan Pinang. Beliau hanya guna gear satu dan dua sahaja. Anwar hendak buktikan kepada PAS, tanpa beliau,siapalah PAS. Situasi berbeza dengan di Permatang Pasir tempohari. Maka ,PAS kenalah sedar diri sikit. Jangan duduk berlagak kononnya tanpa Anwar mereka boleh hidup. Tolong 'kipas' Anwar kuat-kuat lagi. Kalau boleh bubarkan PAS dan semua ahli PAS masuk PKR,termasuk Hj.Hadi dan Nik Aziz.

Hasil daripada itu semua maka setelah lapan hari berkempen,PAS hanya mendapat 2000 lebih undi. Tahniah ! Cuba lagi di masa hadapan.

Wednesday, October 14, 2009

NIZAR OIII!!! AMARAN KEPADA BN. JANGAN BERLAGAK !


Pertama sekali saya memohon maaf kerana agak lambat untuk membuat ulasan tentang kemenangan BN dan kekalahan PAS di Bagan Pinang. Ini kerana tuntutan kerja saya perlu diutamakan daripada tuntutan berblog. Kerja untuk menyara anak bini adalah satu ibadah dan wajib. Maka itu yang perlu diutamakan. Blog hanya 'sunat'. Ada masa terluang boleh menulis. Manakala hentam PAS,PKR dan DAP pula tergolong dalam 'sunat muaakat'. Itu falsafah saya. Tiada kena mengena dengan yang telah mati atau yang masih hidup.

Kepada BN,jangan berlagak dengan kemenangan besar di Bagan Pinang. Jangan cepat buat rumusan kononnya BN telah diterima rakyat. Bagan Pinang tidak boleh dibuat KPI kononnya BN sudah mencapai target. Jangan selesa dan jangan syok sendiri. Kalau bukan Isa Samad yang calon di Bagan Pinang tempohari,berpeluh jantan hingga ke punggung juga BN dibuatnya. Tidak perlulah ada burung-burung kakak tua yang hendak menjerit menjadi jaguh di Perhimpunan Agung Umno kononnya BN telah diterima rakyat.

Inilah yang terjadi dalam Perhimpunan Agung Umno 2007, banyak burung kakak tua yang membuat ucapan pada waktu itu melalak-lalak kononnya BN dalam keadaan kuat dan bersedia menghadapi p/raya umum bila-bila masa. Malah ada yang berkata BN sudah berada dalam gear empat dan bersedia menghadapi p/raya umum.

Nah....ambil kau ! Gear empat kononnya,sekali datang tsunami Mac 2008, bukan masuk gear lima, gear satu balik dibuatnya. Moral of the story, jangan bercakap besar bila ada kuasa lebih. Sekali-sekala saya terfikir ada baiknya juga apa yang terjadi pada masa itu. Jika tidak kerana keputusan p/raya Mac 2008,jangan harap kita semua dapat merasa tol percuma, diskaun tol,dan plaza tol ditutup. Makin bertambah adalah.

Sama juga seperti anak-anak kita, sekali-sekala kita harus tampar sampai lekat kesan lima jari di pipinya sebagai pengajaran supaya tidak nakal di masa hadapan. Sekali dia kena teruk sampai dia dapat anak pun dia masih ingat akan penampar bapa atau ibunya. Siapa tak sayang anak ? Kata orang tua-tua, sayang anak tangan-tangankan. Begitu juga dengan BN dan Umno. Siapa tak sayang BN atau Umno ? Kalau sayang BN dan Umno sekali-sekala kita juga kena tangan-tangankan,tapi janganlah sampai mati.

Untuk dijadikan bukti yang BN dan Umno telah berubah,maka gayanya harus ditukar . Mana-mana Menteri atau pemimpin yang telah turun berkempen di Bagan Pinang sebelum ini, tolong turun balik ke sana untuk meraikan pengundi sebagai tanda terima kasih dan jangan lupa tunaikan segera janji-janji yang telah ditabur. Jangan buat lagi perangai lama seperti p/raya kecil yang lepas-lepas di penggal yang lalu. Selepas menang,semua balik KL, pengundi di biarkan sendirian,sehingga mereka merasa sedih dan tertipu.

Ingat ! 'After sales service' lebih penting daripada menjual produk. Orang tidak akan beli barang kita walaupun murah,sekiranya selepas dibeli penjual buat tidak peduli. Orang akan beli barang kita walaupun mahal ,sekiranya kita pandai mengambil berat masalah pelanggan selepas kita menjualnya. Tidak kira samada yang buruk atau yang baik ,orang tetap akan bercakap dan saling menyampaikan satu sama lain. Tambahan pula dalam dunia teknologi yang serba moden hari ini yang mana info di Bagan Pinang boleh sampai ke Miri dalam masa kurang daripada satu minit.

Kalau betul-betul nak berubah,sila berubah. Jangan harapkan yang nombor satu dan nombor dua sahaja yang berubah. Tapi yang lain-lain masih dengan perangai lama. Ianya memerlukan komitmen bersama. Jangan hanya mulut sahaja yang bercakap berubah,tapi hati tetap kering dengan perangai lama. Jika tidak ,terimalah padahnya dalam p/raya umum akan datang dan tidak mustahil juga Bagan Pinang bakal menjadi kubur buat BN dalam masa akan datang.

Ulasan tentang sebab kekalahan PAS saya akan siarkan dalam posting akan datang.

Monday, October 12, 2009

APA DAH JADI ?


Hati saya terasa berat untuk menulis artikel ini. Ceritanya sudah lama saya ketahui,cuma saya senyapkan sahaja kerana insan tersebut amat istimewa di hati saya. Tetapi hari ini saya tidak dapat pendamkan lagi,kerana cerita mengenainya semakin menjadi-jadi dan datang dari sumber yang yang boleh dipercayai. Saya terpaksa berkata benar walaupun pahit.

Meminum arak adalah haram dalam agama Islam, menurut firman Allah SWT. “Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar (arak), berjudi, (berkorban untuk) berhala dan mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.” (Al-Maidah 5:90)

Sebab musabab pengharaman itu adalah kerana ia boleh mengganggu fungsi otak dalam berfikir, bercakap dan bertindak. Kita sedia maklum seseorang yang mabuk boleh melakukan pelbagai perkara di luar batasan perilaku kemanusiaan seperti membunuh, memandu laju, membuat bising atau melakukan perkara yang memalukan seperti hadis Rasulullah SAW yang menyebut “Arak adalah ibu segala maksiat dan ia adalah maksiat paling mengaibkan.” (Riwayat Ibnu Majah).

Begitu juga penggunaannya dalam kuantiti yang sedikit sebagai perasa dalam makanan atau sebagainya tetap haram walaupun tidak memabukkan kerana Rasulullah SAW ada bersabda “Apa yang memabukkan dalam jumlah yang banyak, adalah diharamkan walaupun dalam jumlah yang sedikit.” (Riwayat Ibnu Majah). Oleh itu, tidak ada alasan untuk meminum arak walaupun seteguk atau setitik.

Kesimpulannya, peminum arak memberi kesan amat buruk kepada diri individu berkenaan, merosak imej agama, malah mengganggu ketenteraman masyarakat dan boleh menjejas kekuatan negara. Masyarakat wajib menjauhi arak dan terbabit dengannya sama ada secara langsung atau tidak langsung kerana menurut satu lagi hadis Rasulullah SAW “Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai khamar (arak): Pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan wang hasilnya, pembayarnya dan juga pemesannya.” (Riwayat Ibnu Majah).

Dalam dunia ini kebanyakannya adalah negara-negara Islam yang dianugerahkan oleh Allah SWT hasil bumi yang paling berharga iaitu minyak. Syukur Alhamdulillah,negara kita juga tersenarai antara negara Islam yang dikurniakan minyak oleh Allah.

Tetapi saya sedikit ralat dan kecewa kerana apabila mendapat tahu ada orang yang terlibat dalam amanah untuk menguruskan hasil bumi kurniaan Allah di negara ini dan seterusnya terlibat dalam menguruskan syarikat berkenaan , tergolong dalam golongan orang yang meminum khamar. Masyaallah...

Saya amat-amat berharap agar orang yang berkenaan dapat menghentikan kegiatan buruk tersebut. Jika tidak dapat berhenti saya cadangkan agar beliau mengundurkan diri dari jawatan yang dipegangnya sekarang,sebelum syarikat tersebut ditimpa bala bencana yang diturunkan oleh Allah SWT.


Sunday, October 11, 2009

NIZAR MANGKUK !!! TAKBIR ! TAKBIR ! TAKBIR !

TAKBIR !

TAKBIR !

TAKBIR !

RAKYAT BAGAN PINANG SUDAH HUKUM PEMBOHONG. LAIN KALI AMBIL LAGI SIRAP BANYAK-BANYAK SIRAM ATAS KEPALA,KEMUDIAN HIRIS BAJU SENDIRI ,LEPAS ITU KATA ORANG UMNO TETAK.

NAH AMBIL KAU , 5331 Beb.......

Semua saluran kalah beb......

Jangan bagi alasan undi pos pula. Tanpa undi pos Tan Sri Isa boleh menang.

Ulasan RBF lain kali. Saya sudah terlalu letih ,berkejar kesana sini seharian hari ini. Untuk keputusan mengikut pusat mengundi,sila rujuk ke blog Parpukari.


Saturday, October 10, 2009

NIZAR OIII !!! PESANAN TERAKHIR KEPADA PENGUNDI BAGAN PINANG

Memandangkan malam ini pihak SPR telah mengeluarkan amaran keras kepada semua parti yang bertanding di Bagan Pinang agar menghentikan segala kegiatan kempen tepat jam 12.00 tengah malam ini,maka RBF pun meggunakan sebaik mungkin masa yang ada ini untuk membuat posting sebelum jam 12.00 sebagai pesanan terakhir kepada pengundi.

Kepada pengundi Bagan Pinang, sila pastikan anda tidak membuat keputusan yang silap esok. Pilihlah Tan Sri Isa Samad sebagai Adun kawasan anda.
Jangan sesekali memilih calon DAP yang menggunakan logo Pas bagi bertanding di Bagan Pinang.Cukuplah dengan apa yang berlaku di tempat lain. Jadikan itu semua pengajaran. Ternayata mereka semua tidak boleh buat kerja. Mereka hanya pandai tabur fitnah dan berbohong. Lidah mereka ibarat lidah syaitan.

Lihatlah betapa kelam kabutnya Selangor,betapa kalutnya P.Pinang,betapa teruknya Kedah,betapa hancurnya Kelantan dan betapa sialnya Perak selama 11 bulan mereka memerintah.

Oleh yang demikian,sila pastikan perkara yang sama tidak berlaku di Bagan Pinang. Pilihlah wakil rakyat yang boleh bekerja dan telah pun membuktikannya selama ini. Jangan pilih Adun bunian ,seperti mana Ahli Parlimen Teluk Kemang. Mereka hanya datang sewaktu hendak berkempen,selepas menang mereka hilang dan makan elaun haram setiap bulan.

Pilihlah Tan Sri Isa Samad sebagai wakil rakyat anda. Beri pukulan maut kepada DAP dan Pas. Pastikan Tan Sri Isa menang dengan majoriti 4000 undi ke atas atau pastikan calon DAP@Pas hilang wang deposit.

NIZAR MANGKUK !!! LIHAT KEJAHATAN PEMIMPIN PAS

Inilah wajah sebenar pemimpin Pas. Tidak salah ,jika daripada dulu lagi saya menggelarkan mereka syaitan yang bertopengkan manusia.

Saya tidak berapa hairan jika apa yang diceritakan dibawah ini,dilakukan oleh Pemuda Pas,ketua cawangan atau ahli biasa.

Yang saya terkejut ianya dilakukan oleh seorang KETUA DEWAN ULAMAK PAS NEGERI. Sungguh kejam perangai mereka ini.

Artikel dibawah saya petik dari blog saudara Shahboy, Naib Presiden 1 Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)




Macam-macam dah cerita tentang Pakatan Pembangkang kita dengar hari ini. Shahboy yang baru balik dari kampung ni pun dibuatnya tak senang duduk. Hari ini kalau rakan-rakan membaca Surat Khabar Berita Harian m/s 12 tentu akan jumpa artikel ni. Seorang ustazah yang merupakan Isteri orang kenamaan PAS mendakwa hanya menerima nafkah RM300 daripada suaminya, Abdul Rashid Rahman, 59, yang juga Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, sepanjang 10 tahun mendirikan rumah tangga. Apa dah jadi dengan Orang-orang PAS ni.. Cakap mengenai ISLAM cukup gah.. tetapi perangai macam orang yang tidak ada akal!!!

Dakwaan itu dibuat Siti Rosmala Mohamed, 37, di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Kangar, Mohd Zaidi Abdullah, pada hari pertama perbicaraan kes tuntutan fasakh yang difailkannya, semalam. Menurut Siti Rosmala lagi, nafkah RM300 itu diterima pada bulan pertama iaitu September 1999 dan tiada lagi nafkah sehingga hari ini. Tidak cukup dengan itu Abdul Rashid juga dituduh mendera Isterinya juga.Siti Rosmala turut mendedahkan suaminya juga bertindak kejam dengan memukulnya termasuk di kepala, selain dirotan hanya kerana kesalahan kecil.

Kelihatan Ustaz Abdul Rashid memberi sumbangan kepada orang yang memerlukan. Ini Ikhlas atau tujuan politik semata-mata. Isteri di rumah tidak terjaga.

"Dari luar dia memang kelihatan baik dan warak, tetapi sebenarnya dia lelaki yang kejam dan panas baran," katanya.

Menjawab soalan peguamnya, Shazril Khairy Mustafa mengenai nafkah batin, Siti Rosmala berkata suaminya tidak pernah lupa menunaikannya.

"Dari segi batin dia tidak pernah lupa. Kalau boleh setiap hari dia mahu sehingga kadangkala dia tetap memintanya walaupun saya dalam pantang," katanya.

Hakim menangguhkan perbicaraan dan menetapkan 24 Ogos sambung bicara. Siti Rosmala, ustazah di Sekolah Menengah Tunku Bendahara di Kodiang, memfailkan tuntutan fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Kangar bagi menuntut perceraian daripada suaminya selepas mengakui tidak tahan lagi dipukul dan didera.

Permohonan itu difailkan melalui Shazril dengan menamakan suaminya yang juga calon Pas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Santan pada Pilihan Raya Umum ke-12 sebagai defendan. Bagaimanapun, defendan tidak hadir dan diwakili peguamnya, Zulmi Sabry. Terdahulu, Siti Rosmala menghadiri prosiding dua lagi kes berjalan serentak di Mahkamah Tinggi Syariah berhubung hak penjagaan tiga anak berusia dua setengah tahun dan sembilan tahun. Ia membabitkan sebutan semula kes yang difailkan Siti Rosmala pada 10 April tahun lalu. Mahkamah Tinggi Syariah Kangar pada 14 April 2008 memutuskan hak penjagaan sementara diberikan kepadanya.

Sementara satu lagi kes membabitkan permohonan difailkan Abdul Rashid pada 25 Julai 2008 untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kangar pada 14 April tahun lalu.

RBF : Jangan percaya kepada syaitan yang bertopengkan manusia. Mereka lebih awal ke neraka dan lebih teruk diseksa di akhirat kelak,daripada kita semua,kerana mereka mempermainkan agama Allah untuk kepentingan politik.

NIZAR MANGKUK !!! LAGI PENIPUAN PAS DI BAGAN PINANG

Semua strategi PAS di Bagan Pinang tak menjadi. Mereka harapkan taktik Permatang Pasir berjaya dikitar semula di Bagan Pinang, tetapi tidak, semuanya makan diri balik.

Harakah kah kah kah daily melaporkan seorang ahli Pas yang bernama Bob dipukul oleh orang Umno. Mereka cuba putar belitkan lagi cerita sebenar. Rujuk disini

Anda lihat video dibawah ini,siapa yang serang siapa terlebih dahulu.


Kalau Bob,seorang ahli PAS yang ada adab dan mengamalkan cara Islam yang sebenar, dia datang cara begini "Assalamuaikum sahabat, boleh tumpang tanya sikit,kenapa anda pukul adik saya,dia ada buat apa-apa salah ke ?"

Tetapi tidak, ahli Pas memang sudah diajar dengan cara kurang ajar,maka dengan ketayap atas kepala Bob datang menyerang dan berkata begini, "heh brother,heh,lu pukul adik gua". Tak ke kurang ajar namanya itu. Jangan kata orang lain, kalau saya sendiri pun muntah hijau Bob tersebut saya kerjakan.

Zaman dahulu,Pas ajar ahlinya bercakap guna bahasa 'ana','ante'. Sekarang semenjak ditarbiahkan oleh DAP mereka menggunakan perkatan 'lu','gua' pula. Ingatkan bila berkawan dengan DAP, Pas yang berjaya tarbiahkan DAP,tetapi sebaliknya pula. Syabas PAS !

Kesimpulannya, kepada pengundi Bagan Pinang, jangan pilih calon Pas sebagai Adun anda. Bimbang satu hari nanti, Bagan Pinang akan bertukar menjadi Bagan Bohong atau Bagan Fitnah.

Friday, October 9, 2009

NIZAR OIII !!! LIHAT, LAGI 'KEJAYAAN' PAS DI KELANTAN

Kepada penduduk Bagan Pinang,apabila saya mendengar Salahuddin Ayub mengatakan Tan Sri Isa Samad gagal membangun Port Dickson dan Negeri Sembilan selama 22 tahun menjadi MB,saya tergelak sakan.

Kepada orang-orang Bagan Pinang,saya rasa tidak perlulah untuk saya perincikan satu persatu kepada anda apa yang yang telah dibuat oleh bekas MB anda semasa beliau berkuasa. Anda semua telah pun tahu dengan sendiri.

Biarkan saya berceritakan kepada anda tentang ‘KEJAYAAN’ Pas selama sembilan belas tahun memerintah Kelantan. Nampaknya air liur syaitan yang diludah oleh Salahuddin Ayub terkena muka beliau sendiri.

P 19 Tumpat terletak dalam Negeri Kelantan Darulnaim. Di sebelah selatannya bersempadan dengan Parlimen Kota Bharu,sebelah baratnya bersempadan dengan Parlimen Pasir Mas,manakala sebelah utaranya bersempadan dengan ‘Parlimen Narathiwat’.

Sejak lima penggal yang lalu Parlimen ini dikuasai oleh PAS.

Sekarang pun Parlimen tersebut masih dipegang oleh PAS melalui seorang tokoh koporat terkemuka yang pernah mempunyai saham dalam syarikat perjudian Berjaya Group. Tokoh koporat ini sering mengekori punggung Anwar Ibrahim setiap masa. Di mana ada Anwar ,disitu pasti terselit beliau,sedangkan beliau ahli Pas,bukannya ahli PKR.

Nama tokoh koporat tersebut saya rasa sudah ramai yang tahu. Tak lain tak bukan Datuk Kamarudin Jaafar atau nama glamornya Datuk KJ. Sebelum Khairy Jamaluddin muncul dengan nama KJ,beliau terlebih awal menggunakan nama KJ.

Orangnya cukup hensem dan bergaya. Pakaiannya yang dipakai pada satu-satu masa , dari atas hingga ke bawah termasuk yang dalam-dalam sekurang-kurang pun bernilai RM 10-15 ribu. Semuanya jenama hebat-hebat luar dari luar negara.

Rumahnya bernilai jutaan ringgit di Kelana Jaya. Pendek kata, kalau lihat kepada orangnya dan cara kehidupannya memang ada ‘class’. Bukan komang atau lekeh punya orang.

Kalau tengok pada tuannya yang smart,hensem dan ada class sudah pasti anda akan terbayangkan kawasan yang diwakili beliau juga smart dan ada class.

Tapi sayang seribu kali sayang,hebat hanya pada dirinya dan cara hidupnya sahaja. Parlimen yang diwakili beliau sangat-sangat terabai dan mundur. Ibarat kata orang tua-tua di Kelantan “nampak comel luar jah,tapi punggung penuh tahi”. Maksudnya, tuan nampak cantik dan bergaya dari luar , (muka putih,rambut berkilat dan berminyak,wangi dsbnya ) tapi di buntut penuh dengan tahi kerana tidak peduli untuk cuci selepas buang air besar.

Jika selama ini ada Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak selalu mengatakan banyak kawasan dalam negeri mereka masih mundur di semenanjung semuanya maju. Ternyata mereka silap. Tidak keterlaluan jika saya katakan Tumpat adalah salah satu pekan yang paling mundur bukan sahaja dalam Kelantan malah dalam Malaysia. Harus diingat, Tumpat adalah salah satu Jajahan atau Daerah dalam negeri Kelantan. Bukannya sebuah kampung kecil. Tapi dalam soal pembangunan,langsung tidak menggambarkan sebagai sebuah Jajahan atau Daerah. Ianya amat jauh ketinggalan berbanding Jajahan-jajahan lain di Kelantan, umpamanya Pasir Puteh,Pasir Mas,Tanah Merah atau Kuala Krai.

Tumpat ibarat sebuah pekan koboi walaupun Negara sudah merdeka selama 52 tahun dan 19 tahun PAS memerintah Kelantan. Inilah ‘kemajuan’ yang dibawa oleh PAS sepertimana yang dikatakan oleh Nik Ajiz. Selepas ini anda lihatlah gambar-gambar yang sempat saya muatkan di bawah.

Jika ada kemajuan atau kemudahan yang elok di Tumpat semuanya adalah kerja yang dilakukan oleh BN sebelum ini atau sekarang. Sekolah,klinik,hospital,sudah tentulah ianya menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Tetapi ada masanya Kerajaan Persekutuan terpaksa bertindak melangkaui bidang kuasa mereka apabila mereka pula terpaksa melakukan kerja-kerja yang perlu dilakukan oleh Kerajaan Negeri. Kenapa Kerajaan Pusat buat ? Kalau tak buat sampai mampuslah Kerajaan PAS tak buat. Sebagai contohnya adalah jalan-jalan kampung yang rosak atau perlu diperbesarkan. Jika Kerajaan Puasat tidak tolong buat,mampus lah rakyat sana,habis kereta motor jahanam kerana jalan raya sama seperti jalan di kampung-kampung kecil di India.

Tetapi apabila Kerajaan Persekutuan menjalankan projek-projek kecil tersebut dan kontrak tersebut dapat kepada orang-orang yang menyokong Kerajaan BN, puak-puak PAS pula pergi jaja fitnah kononnya BN bagi projek kepada kroni. Harapkan kepada mereka , mereka tak buat, apabila orang buat mereka jaja fitnah. Buruk sungguh perangai puak-puak iblis ini.

Mereka pertikai projek dapat kepada penyokong BN. Tapi mereka tak fikir,pekerja projek tersebut orang parti mana, pembekal bahan binaan dari parti mana, pembekal mesin dan jentera yang disewa dari parti mana, kedai-kedai kopi tempat pekerja kontrak makan minum orang parti mana. Tak mungkin semua itu orang BN. Kalau semua itu orang BN,maknanya PAS tiada penyokong di Kelantan dan sudah tentu BN telah berkuasa di Kelantan. Saya juga berharap PAS tidak lupa,wang gaji pekerja-pekerja kontrak itulah yang saban malam dimasukan ke dalam kantung derma PAS setiap kali mereka mendendangkan fitnah diatas pentas ceramah.

Inilah susahnya bila dapat pemimpin yang berfikiran jumud dan suka membuat fitnah. Siang malam mereka pasang ejen mereka untuk bergerak ke kampung-kampung bagi tujuan menyebar fitnah. Ejen-ejen yang bodoh tersebut tanpa usul periksa dan atas nama perjuangan serta syurga terus bergerak menyebarkan fitnah.

Berbalik kepada kisah Parlimen Tumpat. Selain mempunyai seorang tokoh koporat yang mewakili Parlimen Tumpat ada lagi tiga insan yang mempunyai jawatan berada dalam parlimen tersebut. Adun Pasir Pekan yang juga Timbalan MB Kelantan berada dalam Parlimen Tumpat, Adun Wakaf Bharu seorang Exco Kerajaan Kelantan dan Speaker Dun Kelantan , juga berada dalam Parlimen berkenaan

Empat orang yang hebat berada dalam Parlimen Tumpat, tapi pekan Tumpat sama seperti Pekan Tak Bai di seberang sungai golok. Apa mereka buat selama ini ? Fitnah ! Fitnah ! Fitnah ! Rakyat terabai.

Tak payah perintahlah wahai PAS, kalau berpuluh tahun perintah sebuah stesen bas pun tak mampu nak dibina di Tumpat. Anda lihatlah sendiri stesen bas di Pekan Tumpat dalam gambar dibawah.

Pasar Tumpat yang ada sekarang pun adalah peninggalan Kerajaan BN dahulu,di zaman Datuk Hj. Dusuki (BN) menjadi ahli parlimen Tumpat pada tahun 1996. Pasar yang ada sekarang sudah tidak mampu lagi untuk menampung peniaga yang semakin bertambah. Akhirnya peniaga terpaksa berniaga di tepi jalan dalam keadaan tidak tersusun.Setakat ini tiada tanda-tanda atau usaha dari Kerajaan PAS untuk membesarkan atau membina pasar baru di Tumpat. Kasihan kepada peniaga-peniaga yang berniaga di luar yang terpaksa bertarung dengan hujan atau panas untuk mencari sesen dua rezeki bagi meneruskan kehidupan.

Saya memohon Kerajaan Persekutuan agar dapat ‘meninjau-ninjau’ sedikit dan membantu apa yang perlu dibuat di Pasar Tumpat. Kalau ikutkan sakit hati kepada PAS, rasanya tidak perlu saya memohon bantuan Kerajaan BN. Tetapi kerana rasa kasihan kepada rakyat dan peniaga yang menjadi mangsa akibat kebodohan pemimpin negeri mereka, saya rasa wajar Kerajaan BN membantu. Buangkan seketika perbezaan politik, demi kepentingan rakyat selaras dengan tema 1 Malaysia,Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan. Kalau BN tidak tolong,siapa lagi hendak tolong. PAS ??? Ha ! Ha ! Ha! Cipta slogan dan fitnah sahaja.

Selain daripada Pasar Tumpat yang menjadi peninggalan Kerajaan BN berpuluh tahun yang lalu, Pantai Sri Tujuh yang ada di Tumpat juga dibuka oleh Kerajaan BN dahulu. Satu masa dahulu pantai ini amat popular dan sering menjadi perhatian pelancong. Bukan sahaja pelancong tempatan malah pelancong luar negara juga. Saya masih ingat di zaman kenakalan saya dan teman-teman lain sewaktu remaja di tahun 80 dan awal 90an dulu ,kami sering menaiki bas bernombor 43 menuju ke sana untuk melihat mat saleh pakai spender dan minah saleh memakai bikini berjemur di pantai tersebut.

Tapi sekarang bayang mat saleh dan minah saleh tidak kelihatan lagi di pantai tersebut. Yang ada hanya pakcik saleh@pak leh duduk menjual budu dan ikan kering. Manakala pantainya amat kotor dan tidak tersusun. Segala kemudahan semuanya sudah hancur.

Selain pasar dan pantai yang ditinggalkan oleh Kerajaan BN dahulu, kawasan membeli belah bebas cukai Pengkalan Kubor juga hasil peninggalan BN dahulu.

Kepada rakyat di Parlimen Tumpat,Dun Pasir Pekan,Dun Wakaf Bharu dan Dun Kelaboran,tolaklah calon-calon PAS dalam p/raya akan datang. Sesungguhnya mereka buka orang bekerja sebaliknya orang yang hanya tahu bercakap kosong dan memfitnah sepanjang masa.

Berilah peluang kepada wakil-wakil rakyat BN memajukan kawasan anda dan mempertingkatkan sosio ekonomi anda semua. BN telah membuktikannya sewaktu memerintah Kelantan dahulu. Cuma sayangnya jodoh tak panjang. Jika tidak sudah tentu Tumpat sekarang setaraf dengan Melaka . Segalanya ada di Tumpat,pantai,sungai,pulau, kraftangan,makanan sedap-sedap dan ‘cek mek molek pun comel-comel.’

Cuba anda semua bayangkan,jika BN tidak pernah memerintah Kelantan sebelum ini, bagaimanakah keadaan negeri tersebut sekarang. Adakah seperti Bangladesh,Nepal atau Pontianak di Indonesia ataupun contoh terdekat adalah Tak Bai yang terletak hanya seberang sungai.

Kepada pengundi Bagan Pinang,jangan pilih calon Pas sebagai Adun anda. Jangan gelapkan tempat anda. Jalan mesti ke depan,bukan ke belakang




Ini Pekan Tumpat atau Tak Bai ?
'Kejayaan' Pas selama 19 tahun memerintah Kelantan
'Pembangunan' yang dibawa oleh Pas
Awas ! Ini bukan di Bagan Pinang, tapi di Tumpat,Kelantan
Ahli Parlimen standard tinggi,kawasan sendiri macam haprak
Inilah stesen bas Pekan Tumpat. Saya tak pasti samada ianya layak dipanggil stesen bas atau padang bas
Adakah anda mahu Bagan Pinang jadi begini ?
Sedih hati melihatnya
Pasar yang dibina semasa parlimen ini dipegang oleh BN dan BN memerintah Kelantan

Ruang niaga yang terhad menyebabkan peniaga terpaksa berniaga di luar
Pasar baru perlu dibina. Nak harapkan Pas yang bina. Tunggu sampai kiamatlah...
Peniaga terpaksa berperang dengan panas dan hujan
Peniaga wanita mendominasi perniagaan,yang jantan entah ke mana
Rakyat rajin dan kreatif, tapi pemimpin negeri bodoh...
Kawasan bebas cukai Pengkalan Kubor yang dibangunkan oleh Kerajaan BN semasa memerintah Kelantan