Monday, November 30, 2009

LIDAH RASMI SYAITAN CEKAP AMBIL KESEMPATAN

Seperti biasa. lidah rasmi syaitan iaitu harakah memang cekap mengambil bola tanggung untuk di 'smash'.

Sebaik sahaja saya terlihat posting terbaru di blog Che Det, hati saya terus terdetik, Pas akan ambil isu ini untuk didendangkan sebaik mungkin.

Jangkaan ku benar nampaknya, tak sampai 24 jam ianya menjadi kenyataan.

Tak mengapa, setakat mana mereka nak main, biar mereka main. Bagi saya isu-isu sebegini lah yang sebenarnya yang menguatkan lagi Umno.

Daripada dulu lagi Umno memang mengamalkan sikap terbuka dalam partinya. Sesiapa pun boleh tegur, sesiapa boleh hentam. Daripada teguran dan hentaman itulah yang memberi pengajaran kepada mereka untuk berubah sebelum diubah.

Ini amat berbeza dengan Pas. Dalam Pas sesiapa pun tak berani hentam Pas secara terbuka. Nak tengok harakah hentam Pas ? Sorrylah, sampai kucing bertanduk pun tak nampak.

Nik Aziz sedang 'dok' melalut sekarang. Mana ada seorang pun pemimpin Pas yang berani hentam Nik Aziz. Semua takut. Yang berlari-lari nak buat sidang akhbar untuk puji Nik Aziz adalah. Semuanya mengampu dan kaki ampu.

Sudah terang lagi bersuluh, Nik Aziz mengamalkan kronisme dan menerima rasuah untuk tajaan Haji, tapi itu pun tetap diampu juga. Mangkuk hayun !

Ternyata dalam Umno ruang demokrasi lebih terbuka berbanding dalam Pas. Dalam Umno jangan kata bai'ah, surat akujanji pun tiada untuk bakal-bakal calon bertanding dalam p/raya.

Dalam Pas bukan demokrasi , tapi kuku besi yang diamalkan. Buka mulut sikit, terus dituduh ejen Umno atau BN dan orang itu bakal dipulaukan. Itulah Pas.

Bukan tiada pun antara Ahli Parlimen Pas atau pemimpin Pas yang geram dengan telatah Nik Aziz sekarang. Ada, cuma mereka tak berani buka mulut.

Aku cabar, kalau ada seorang pemimpin Pas ,tidak kira apa jawatan yang berani tegur Pas secara terbuka sekarang dan harakah mesti siarkan kenyataan itu. Jangan haraplah.

Sunday, November 29, 2009

KENAPA MULUT NIK AZIZ BERDARAH ?


Mengikut apa yang dikatakan oleh Nik Aziz kepada pemberita, tiba-tiba mulut beliau keluar darah yang banyak ketika beliau sedang tidur, jantungnya turut kencang, sehingga membuat beliau cemas.(rujuk di sini)

Kejadian itu berlaku selepas Nik Aziz menggegarkan dunia politik tanahair melalui tulisan di blog beliau berhubung isu EGM Pas. Juga sehari dua selepas SPRM 'mengunjungi' menantu beliau di PMBK.

Apabila dilakukan pemeriksaan di Hospital, didapati tiada apa-apa masalah. Kebiasaannya kita selalu mendengar orang berdarah hidung sahaja. Orang yang keluar darah dari mulut biasanya adalah orang dalam keadaan tenat. Tetapi Nik Aziz ,keluar darah dari mulut tanpa sebab.

Kenapa berdarah di mulut ? Tidak di hidung, tidak di mata atau di telinga ?

Kerana....

Mulut itu yang sering berbohong dan memfitnah.

Mulut itulah yang sering mengkafirkan orang yang berlainan haluan politik dengan beliau.

Mulut itulah yang selalu menentukan Syurga atau neraka kepada seseorang.

Mulut itulah yang dulu memperjuangkan hudud dan mulut itulah yang mendiamkan hudud sekarang.

Mulut itulah yang menyampahkan Nasharuddin Mat Isa.

Mulut itulah yang memperlecehkan rakan beliau sendiri, iaitu Haji Hadi.

Mulut itulah yang mengatakan dalam Islam tiada sumpah laknat.

Mulut itulah yang mengatakan Saiful Bukhari bersumpah cara kristian.

Mulut itulah yang mengatakan Islam benarkan kroni bila kroni menyebelahi beliau.

Mulut itulah yang mentafsirkan Al-Quran mengikut sesuka hati beliau.

Mulut itulah yang berkata ingin bekerjasama dengan Syaitan.

Mulut itulah yang mengatakan Allah pun mencarut.

Mulut itulah yang sering menipu mengatakan kerajaan Pusat tidak beri bantuan kepada Kelantan.

Mulut itulah yang... yang... yang... (hangpa sambung di ruangan komen pula)

Masyaallah.... berat, wahai kawan-kawan ku sekalian. Berat, bila kita pandai agama, tapi kita salahgunakan untuk kepentingan politik. Atas dunia lagi Allah SWT dah tunjuk. Dalam kubur dan di Akhirat kelak, wallahualam.

Tidak serik dengan apa yang terjadi , dua hari lepas mulut Nik Aziz buat hal lagi. Kali ini dia berdoa pula minta Allah musnahkan orang-orang Islam. Masyaallah...

Setahun lebih sebelum ini, Nik Aziz amat sombong dan ego selepas kemenangan bergaya Pas & The Gang dalam PRU 2008 dan dalam siri PRK yang lepas-lepas. Bermacam-macam kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau. Dia merasa diri dia benar-benar hebat.

Bukan saja musuh-musuh politik beliau saja yang beliau serang, tetapi rakan-rakan beliau dalam Pas turut sama diserangnya dalam isu kerajaan Perpaduan.

Langit tidak selalu cerah, awan mendung pasti berarak hitam...

Sebulan kebelakangan ini ,tak henti-henti Nik Aziz ditimpa musibah. Bermula dari mulut berdarah, SPRM siasat menantu, tajaan Haji, pembatalan ke Mekah, menantu dipaksa letak jawatan dan campur tangan anak-anak dalam politik.

Itu belum lagi Kickdefella buka cerita Sekolah Darul Anuar, Tanah Wakaf Pulau Melaka dan Stesen Minyak berdekatan.

Memang benar apa yang dikatakan oleh Nik Aziz sebelum ini dalam blog beliau bilamana beliau menulis pembuka ayat berbunyi begini "Jarang sekali hati saya menjadi tidak sedap sepanjang melibatkan diri dalam kepimpinan Islam" (rujuk di sini)

Hati beliau jadi tidak sedap bukan kerana kerana kerajaan Perpaduan, tetapi jadi tidak sedap, kerana beliau bakal jatuh dengan hina dan aib sekali.

Bila lihat apa yang berlaku terhadap Pas dan Nik Aziz sekarang , saya terus teringatkan Milli Vanilli (rujuk disini)

Jangan lupa, sambung di ruangan komen apa lagi yang mulut Nik Aziz pernah kata.








Saturday, November 28, 2009

KELUARGA NIK AZIZ DAH JADI CACING KEPANASAN

Selama ini kita semua tidak pernah mendengar anak-anak Nik Aziz bersuara, kecuali Nik Abduh beberapa bulan lepas pernah menggemparkan dunia politik negara melalui tulisannya di blog berkenaan dengan pembantu ayahanda.

Tetapi selepas Ariffahmi diminta meletak jawatan sebagai CEO PMBK , tiba-tiba muncul pula anak betina Nik Aziz membuat kenyataan untuk menghentam musuh-musuh suaminya. Beberapa hari lepas Nik Abduh juga membuat perkara yang sama.

Yang menjadi mangsa adalah kickdefella dan bekas bosnya. Yang membuat saya pelik adalah kenapa tiba-tiba mereka menjadi seperti cacing kepanasan. Seolah-olah mereka kehilangan sesuatu yang berharga apabila kehilangan jawatan yang disandang oleh Ariffahmi.

Semalam tiba-tiba muncul satu surat daripada Nik Amalina, yang juga isteri kepada Ariffahmi. Surat tersebut mula disiarkan di blog Dr.Mariah iaitu Ahli Parlimen Kota Raja. (Sila cari sendiri link untuk surat berkenaan). Saya merasa geli untuk meletaknya di blog saya.

Sungguh meloyakan apabila membaca surat berkenaan (boleh juga rujuk di blog kickdefella). Diangkat dan dipuja suami dan ayahnya. Seolah-olah hanya dia sahaja yang mempunyai ayah dan suami manakala orang lain tiada.

Walaupun meloyakan, tetapi saya tetap berterima kasih kepada Nik Amalina dan juga Dr.Mariah kerana mencelarukan lagi keadaan Pas serta memudahkan kerja kami. Sekalung Tahniah !

Ariffahmi memang hebat. Apa mandram yang dia pakai kita pun tak tahu. Pak mertua, abang ipar dan isteri, bangkit mempertahankan beliau.

Dulu masa Pak Lah dan KJ kena hentam dengan orang-orang Umno selepas PRU 2008, tiada pun bini KJ atau anak lelaki Pak Lah bangkit membuat kenyataan mempertahankan suami dan ayah mereka.

Yang paling kelakar adalah, ada juga seorang Ahli Parlimen Pas yang bodoh, yang menjadi pak sanggup untuk menyiarkan surat Nik Amalina. Seolah-olah dia tidak tahu impak yang bakal ditimpa Pas. Mungkin juga kerana Dr.Mariah telah dijanjikan 'syurga' oleh Nik Amalina atau dijanjikan bertanding di kerusi yang lebih selamat dalam PRU akan datang. Maklumlah anak ayah,boleh lah bisik-bisik kepada ayah untuk bagi kerusi selamat dan 'syurga' kepada kawan yang berjasa kepada beliau.

Ha ! ha ! ha ! kebodohan mereka membawa untung kepada kita.

Dengar cerita Nik Abduh pun ada pakai kereta mewah yang 'disponsor' sekarang ini. Nik Amalina juga mewah sakan sewaktu suami jadi CEO. Hearsay…so, jangan percaya sehingga saya dan anda melihatnya sendiri, ok…?

Nampaknya dendam Nik Amalina kepada kickdefella amat hebat sekali kerana tidak dapat merasa penajaan pakej VVIP untuk menunaikan Haji tahun ini. Sampai isteri keickdefella pun diheret sama olehnya.

Jangan lupa tinggalkan komen anda di sini dan jengok juga komen-komen tentang surat Nik Amalina di blog kickdefella.



Atau mungkin juga yang ini Nik Amelina?Mungkin juga salah seorang yang di sini adalah Nik Amalena?

Kepada Nik Amalina, harap ada surat kedua selepas ini dan berharap juga Dr.Mariah sudi menyiarkannya lagi. Jika Dr.Mariah tidak sudi menyiarkannya, sila hantar kepada saya, dan saya sudi siarkan di blog saya.

NIK AZIZ BUAT HAL LAGI

AIR MATA BIAWAK

Jam 10 malam tadi saya menerima satu sms dari seorang rakan 'wartawan' yang bertugas di Kota Bharu. Katanya semasa Nik Aziz menyampaikan Khutbah Hari Raya Idul Adha beliau hanya bercakap tentang wang royalti minyak yang sedang dituntut oleh kerajaan Kelantan sekarang.

Selepas selesai sembahyang Hari Raya Nik Aziz bercakap dengan wartawan. Semasa bercakap dengan wartawan Nik Aziz berkata minta Allah perbetulkan hati Najib, jika tidak minta Allah musnahkan Najib dan pengikut-pengikutnya. Masyaallah, makin lama makin teruk nampaknya.

Inilah contoh pemimpin Islam yang diagung-agungkan oleh juak-juak Pas. Inilah dia Tok GAru pujaaan hati pencacai-pencacai Pas.

Harap pihak KDN dapat memikir-mikirkan apa yang patut dilakukan terhadap orang tua ini. Jangan biarkan kudis yang ada sekarang menjadi barah kepada masyarakat.

Kalau Ashaari Arqam boleh diambil tindakan, maka kerajaan juga harus fikirkan tindakan kepada Nik Aziz.

Saya pun tidak mahu menulis panjang-panjang lagi, buat sakit hati sahaja. Mohon anda pula sambung di ruangan komen...

Friday, November 27, 2009

SAYA TAK HALAL DUNIA AKHIRAT- NIK AZIZ


Berikut adalah ucapan Nik Aziz di majlis penghayatan Hari Wukuf di Putik Pengkalan Chepa pada 26/Nov/2009.

"Ambo tidak halal dunia akhirat. Kalau datang meminta maaf pun, kalau saya tak beri tidak boleh buat apa", demikian kenyataan keras Mursyidul Am Pas, terhadap dalang yang menghalangnya untuk menunaikan haji pada tahun ini.

Beliau mendakwa tindakan tersebut di buat oleh dalang terbabit dengan terancang dan ia sebahagian daripada rancangan untuk menjatuhkan kerajaan Pas di Kelantan.

Mereka ini merancang nak meruntuhkan Islam, nak lawan agama(secara langsung) mungkin mereka rasa tak kena.

Jadi mereka cuba runtuhkan kedudukan ambo dan Presiden Pas melalui sebaran di Internet dan sebagainya.

Saya pun tidak tahu nak kata apa lagi dengan orang tua ini. Nak maki atau sumpah seranah mengenangkan dia orang tua, rasa tak sampai hati pula. Tapi kalau tak maki, rasa geram dah makin sampai tahap maksimum.

Saya tak tahu samada dia tak faham atau dia buat-buat bengong. Tidak pernah sesiapa pun di Malaysia ini yang sanggup menjadi Quraisy atau Abu Jahal untuk menghalang orang-orang Islam ke Mekah. Tapi Nik Aziz masih lagi duduk mengatakan ada dalang yang menghalangnya mengerjakan Haji.

Nampaknya dia masih lagi nak menegakkan benang yang basah. Dia malu untuk mengaku kesilapan dia sendiri, maka dia salahkan orang lain. Ini adalah perangai orang munafik.

Satu bagi satu perumpamaan.
(Ini contoh semata-mata)

Seorang pelawat dari luar negara datang melawat Nik Aziz di Kelantan. Sewaktu hendak meninggalkan Nik Aziz , beliau menghulurkan sebidang tikar untuk dijadikan alas bagi bersembahyang sebagai tanda kenangan kepada Nik Aziz.

Apabila Nik Aziz hendak sembahyang, beliau ingin menggunakan tikar yang dihadiahkan tadi sebagai alas. Lalu datang seorang Hamba Allah melarang Nik Aziz menggunakan tikar tersebut sebagai alas sembahyang kerana katanya ada campuran kulit babi digunakan untuk membuat tikar tersebut.

Lantas Nik Aziz tidak jadi sembahyang di tikar tersebut dan beliau merajuk terus dan enggan menunaikan sembahyang. Katanya, kerana ada dalang yang menghalang beliau bersembahyang.

Bolehkah begitu ? Sudah tentu tidak boleh, ini kerana Hamba Allah tersebut hanya menjalankan tugas beliau sebagai seorang Islam, memberitahu kepada yang tidak tahu. Dan Nik Aziz harus mencari alas lain sebagai ganti untuk bersembahyang, bukannya membatal kan niat untuk bersembahyang.

Begitu juga dengan niat Nik Aziz untuk ke Mekah. Jika beliau merasakan penajaan beliau itu salah, maka Nik Aziz gunakanlah wang sendiri untuk ke Mekah. Bukannya membatalkan niat ,kemudian hu ha sana sini kononnnya ada dalang yang menghalang beliau ke Mekah. Guano bengong sangat mu nih ?

Tidak lain tidak bukan, seperti yang saya kata di atas, semuanya untuk menutup malu sendiri, kemudian jadikan orang lain sebagai mangsa. Moga-moga Allah buka kan pintu hati manusia munafik ini agar kembali ke pangkal jalan.

Sepatutnya Nik Aziz berterima kasih kepada orang-orang yang menghalangnya ke Mekah dengan menggunakan wang yang ditaja oleh orang yang berkepentingan agar beliau tidak terjerumus kepada rasuah.

Tetapi tidak bagi Nik Aziz, dia menyalahkan pula orang yang menghalangnya agar tidak terjerumus dengan rasuah. Masyaallah....

Inilah susah bila manusia merasakan dirinya saja yang pandai, yang baik , yang hebat dan yang alim. Bongkak pun ada juga , sehingga tidak akan menghalal dan memaafkan sesama manusia. Sedangkan Nabi ampunkan Umat, siapalah sangat Nik Aziz ni, lebih kurang tukang karut dikir barat sahaja.

Apa nak pelik kalau Nik Aziz tidak maafkan pun. Tiada sesiapa pun yang melakukan kesalahan dengan beliau dalam kes beliau hendak ke Mekah. Beliau hanya syok sendiri sahaja, seolah-olah dia hebat sangat sehingga tidak mahu halal dan maafkan. Menantu kamu yang patut kamu hukum, kerana dia yang terlibat untuk menjerumus kamu ke dalam kancah rasuah.

Umat Islam diminta menunaikan Haji sekali seumur hidup jika ada kemampuan. Tujuan orang-orang Islam ke Mekah adalah untuk menyucikan diri. Apabila diri sudah suci ,dan hidup dipenuhi dengan amal ibadat, melakukan apa yang Allah suruh, meninggalkan apa yang Allah larang ,maka sudah pastilah Syurga tempatnya untuk insan-insan tersebut.

Nik Aziz pernah berkata, Islam yang dibawa oleh Umno adalah Islam plastik dan hanya boleh dibawa hingga ke lubang kubur sahaja, manakala Islam yang dibawa oleh Pas boleh dibawa hingga ke Syurga. Kalau dah begitu cukuplah, tak perlu lagi nak kelam kabut pergi ke Mekah, syurga dah dijamin, buat apa lagi nak susah payah.





Thursday, November 26, 2009

KRONISME PARTI PEMBANGKANG

M.Surat 10 Utusan Malaysia 26/11/2009

Karpal Singh, habis anak beranak diangkut ke Parlimen untuk majlis angkat sumpah (lihat 2 perempuan sikh sebelah kanan Wan Azizah) Itu Ahli Parlimen mana ?


Tahniah diucapkan kepada wartawan Utusan Malaysia,saudara Aznan Bakar diatas tulisan yang bertajuk Kronisme Parti Pembangkang di ruangan Rencana muka surat 10 Utusan Malaysia hari ini.

Ternyata tulisan anda amat kena dengan 'selera' rbf. Akibat teruja dengan tulisan tersebut saya terpaksa menangguhkan dulu perjalanan pulang berhari raya ke P.Pinang hari ini. Semata-mata untuk membuat posting ini bagi dikongsi dengan pembaca-pembaca lain.

Kepada rakan-rakan blogger dan rakan seperjuangan mohon sebarkan apa yang ditulis oleh oleh saudara Aznan. Tak lupa juga kepada penceramah-penceramah Umno, gunakan apa yang ditulis oleh saudara Aznan ini sebagai isi ceramah.

Zaman sekarang rakyat sudah tidak mahu mendengar lagi ceramah-ceramah yang bercerita Kerajaan BN buat jalan, buat balai raya, buat sekolah, buat itu , buat ini. Tahun 70 an boleh lah berceramah begitu. Zaman sekarang rakyat hendak dengar ceramah yang 'menghentam' musuh.

Kepada yang mana belum beli Utusan Malaysia tolong pergi beli cepat-cepat sebelum kehabisan. Selepas baca, tolong potong dan simpan. Harga tidak mahal, hanya RM 1.50 senaskah.

Kepada yang rasa berat punggung nak keluar pergi beli, anda klik di sini saja....

Jangan lupa ! Baca sampai habis, kalau boleh sampai khatam 33 kali....

HINDRAF NAK JADI 'RAJA' DI MALAYSIA

Mereka cuba nak jadi 'raja' pula di Malaysia.

Polis sentuh bahu pun tak boleh. Siap bagi amaran lagi kepada polis. Polis pula bukan main baik lagi dengan mereka.

Pejabat PM bagi peluang lima orang untuk masuk hantar memorandum ,mereka tolak. Tapi mereka pula yang bagi arahan kepada pegawai polis suruh pegawai pejabat PM bawa itu, bawa ini dan datang SEMBAH mereka.

Kaduk dah naik junjung wehhhhh.....

Akhirnya tinggal surat di tangga.

Padan muka !

Kepada mana-mana agensi kerajaan, selepas ini jangan layan mereka langsung. Jika anda layan mereka bermakna kerajaan mengiktiraf mereka. Sedangkan mereka pertubuhan haram.

Lihat video ini sampai habis. Dah habis tolong tinggalkan komen...



[In Putrajaya, Hindraf chairperson P Waythamoorty's daughter Vaishnavi and wife K Shanti attempted to hand over a letter containing the 18 demands at the Prime Minister's Office. They arrived about 2.45pm but ran into a stand-off with a representative of the premier's office.The group wanted the premier's representative to come out and meet them. Instead, five Hindraf representatives were invited into the office to deliver the letter. After 45 minutes, the group left the letter at the doorstep and dispersed, watched by a small team of police personnel.]-Malaysiakini

Tuesday, November 24, 2009

UMNO SELANGOR MASIH DIBUAI MIMPI

Sekarang sudah menjangkau dua puluh bulan negeri Selangor jatuh ke tangan PKR. Sehingga ke hari ini belum nampak lagi sebarang usaha bersungguh-sungguh yang dilakukan oleh Umno atau BN Selangor untuk menawan kembali bumi bertuah Darul Ehsan ini.

Nampaknya mereka masih lena di ulit mimpi indah. Pelbagai kemungkinan yang boleh ditafsirkan yang menyebabkan mereka masih tidur.

Mungkin mereka masih tidak sedar yang negeri Selangor sudah diperintah oleh kerajaan lain.

Mungkin juga pemimpin-pemimpin Umno Selangor merasa selesa dan mereka tidak perlu melakukan apa-apa kerana Umno Selangor di terajui Presiden Umno sendiri.

Mungkin juga falsafah ini yang dipegang oleh mereka "ah takde hal kita tak buat kerja pun,bos besar ada, bos besar boleh buat magic".

Mungkin juga mereka merasakan pendapatan mereka sama sahaja baik BN jadi pemerintah atau jadi pembangkang di Selangor. Atau mungkin juga mereka memang jenis orang yang memang tak reti nak buat kerja.

Sehingga ke hari ini seolah-olah tiada perasaan keluh kesah,bimbang atau menyesal dalam pemikiran pemimpin Umno Selangor. Kerja-kerja untuk menawan kembali seolah-olah tidak digerakkan langsung. Blogger pula yang 'lebih-lebih' dan bersungguh-sungguh buat kerja.

PAS dan PKR seperti biasa, galak berceramah walaupun mereka telah menjadi kerajaan. Pantang ada isu sikit terus mereka sambar.

Bagaimana pun pujian boleh diberikan kepada Umno Bahagian Shah Alam dan Kapar yang nampak kerap dan aktif menganjurkan program termasuk ceramah. Jangan nanti dalam PRU 13 , BN dapat tawan Shah Alam dan Kapar tetapi masih gagal tawan Selangor.

Walaupun Datuk Sri Najib sendiri yang mengetuai Umno Selangor ,tetapi beban tidak boleh diletakan diatas bahu beliau 100 %. Banyak lagi tugas lain yang perlu dilakukan oleh beliau. Kamu semua lah yang kena buat kerja dan hantar laporan kepada beliau.

Timbalan Pengerusi Umno Selangor juga sibuk dengan tugas sebagai menteri. Ketua Penerangan Umno Selangor ? Saya tidak mahu ulas panjang-panjang, saya hanya boleh kata begini wa kah kah kah kah.....

Sehingga ke hari ini sudah berapa bulan dia jadi Ketua Penerangan ? Haram ! tidak pernah sekali pun dia panggil blogger-blogger untuk minum kopi dengan dia.

TPM pun boleh panggil kami duduk berbincang dan minum-minum. Ketua Penerangan Umno negeri tidak boleh kah ? Suka hatilah kau lah Shukor. Kami bukan ah long, kami hanya nak tolong. Kalau tidak menghargai tidak mengapa, kami pun banyak kerja lain lagi yang nak dibuat.

Jika Umno Selangor masih tidak nampak jalan untuk bekerja mereka harus belajar dengan bekas MB Trengganu Datuk Sri Idris Jusoh,bagaimana untuk buat kerja.

Ternyata Idris Jusoh berjaya dengan projek gelombang birunya yang bersiri sehingga BN berjaya menawan balik Trengganu dalam PRU 2004 setelah kehilangannya dalam PRU 1999.

Saya cadangkan lebih baik Datuk Seri Najib pinjamkan seketika Datuk Seri Idris Jusoh ke Selangor. Biar beliau ajar cukup-cukup pemimpin Umno Selangor bagaimana untuk menjadi pembangkang. Jangan dok nga nga lagi...

Ikuti pula tulisan sahabat blogger lain dalam isu yang sama di sini dan di sini


Monday, November 23, 2009

SEKARANG SPRM ,LEPAS INI PDRM PULA

Semua orang terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Mohamad Ariff Md. Yusof khamis lepas. Rujuk di sini

Semakin hari kita semakin banyak benda pelik yang berlaku di negara kita.

Sekarang Mahkamah sudah putuskan SPRM tidak boleh soal siasat saksi selepas waktu pejabat. Selepas ini mungkin PRRM pula tidak boleh soal siasat selepas waktu pejabat.

Sebelum ini penjenayah diangkat dan dijulang sebagai hero oleh rakyat dan pemimpin politik pembangkang. Polis buat semua salah, penjenayah buat semua betul. Polis mati tak mengapa, penjenayah mati melanggar hak asasi.

Akan Datang ,tidak mustahil Mahkamah mengeluarkan arahan, semua tertuduh atau saksi baik yang disiasat SPRM atau PDRM tidak dibenar di tempatkan di lokap. Harus ditempatkan di hotel sekurang-kurangnya yang berbintang tiga.

Pegawai penyiasat pula tidak boleh yang garang-garang atau berbadan besar. Harus lembut seperti adik angkat Anwar Ibrahim, iaitu Sukma Darmawan. PDRM atau SPRM tidak boleh tengking-tengking atau jentik masa soal siasat. Harus bersopan-santun,lemah-lembut dan kalau boleh gemalai macam Sukma

"Encik nak pesan kopi atau teh sebelum kita mula soal siasat".

"Encik duduk di kerusi lorenzo tu, biar saya duduk di bangku kayu ini"

"Encik,encik boleh saya tahu tak kenapa Encik curi kereta orang itu"

Sudah lah,kawan-kawan sekalian, saya pun tidak mahu bercakap banyak,buat sakit hati sahaja.

Sekarang saya ingin mengajak anda semua 'berkenalan' dengan Hakim yang membuat keputusan luar biasa khamis lepas

Nama dia Mohd Ariff Md.Yusof.

Difahamkan beliau adalah ahli PAS seumur hidup . (Sekarang tidak pasti semenjak dilantik sebagai Hakim)

Pernah bertanding atas tiket PAS di Dun Kota Damansara pada tahun 2004.

Pernah menarik diri dari mengendalikan kes Nizar vs Zambry beberapa bulan lepas.

Untuk mengetahui lebih lanjut sila rujuk di sini.

Sunday, November 22, 2009

NIZAR ALIM KUCING ! ULAMA & PENDAKWAH CARI MAKAN

Berikut adalah e mail yang dikirimkan oleh seorang pembaca bernama En. Lokman kepada saya.

Saya merasa amat tertarik dengan kandungannya dan saya merasakan patut dikongsi dengan anda semua. Jom baca dan hayatinya...

Saya tertarik untuk berkongsikan artikel tulisan seseorang ini. Pedas tapi mungkin ada benarnya....Wallahualam. Jemput terus membaca...bukan untuk merendah-rendahkan golongan ini, tetapi inilah realiti. Selalu kita dengar, apabila ulama dan umara' rosak, maka rosaklah masyarakat tersebut. Maka agaknya, siapakah yang rosak dahulu? ulama' atau umara'? Jika umara' yang rosak...masih ada ulama' yang berperanan menegur. Tetapi jika ulama' yang rosak, siapa pula hendak tegur? Teruskan membaca....

Ulama, Pendakwah & Budaya Cari Makan

Tajuk ini bukan mencela atau menghina golongan yang tersenarai sebagai sabda nabi sebagai kumpulan yang perlu dihormati malah disifatkan nabi sebagai pewarisnya. Namun perkataan ulama terutamanya hari ini hanyalah satu gelaran ataupun panggilan yang dalam banyak keadaan si empunya panggilan ini langsung tidak memiliki keperibadian seorang ulama, kecuali mulut yang petah berkata-kata kerana mereka memiliki berbakul-bakul ilmu.

Ulama, pendakwah umpamanya kini telah pun menjadi golongan elit ataupun disindirkan sebagai golongan bangsawan Islam yang kedudukannya sangat tinggi bukan di atas tingkat kerusi atau pangkat tetapi seakan-akan bersila di atas timbunan buku-buku dan kitab–kitab ilmuan mereka.

Bagi saya perkataan ulama hari ini tidak ubah seperti pergelaran Datuk yang bersepah dan lebih menyedihkan ulama hari ini menggunakan status quo piawaian Islam terhadap kemurniaan gelaran itu untuk kepentingan peribadi bagi permainan duniawi mereka dengan menjual segala pengetahuan dunia akhirat.

Saya tidak takut untuk mencela golongan ini malah sudah sampai masanya insan biasa seperti saya selaku umat Islam menuding jari ke batang hidung ulama supaya segera bermuhasabah, sedar diri dan paling penting kalau merasa diri tidak layak eloklah memakai gelaran Pak Lebai sahaja.

Apabila isu lapan pengidap HIV Melayu Islam terpaksa menumpang di sebuah gereja di Rawang kerana ketiadaan tempat tinggal ia bukan isu baru tentang bagaimana gereja “tanpa sebarang prejudis saya tidak menggangap usaha ini sebagai satu taktik mengkristiankan orang Islam, tetapi sebagai nilai murni orang Kristian yang menyeru kepada kasih sayang dan kebaikan”.

Bagi organisasi gereja, peranan mereka turut membabitkan usaha membela golongan terbiar. Adalah tidak adil, sekiranya usaha kemanusiaan itu dianggap sebagai misi kristianiti, hanya kerana gereja turut menyediakan khidmat kemanusiaan kepada orang Islam yang tersisih dan terbiar.

Kita tidak boleh lagi menggunakan alasan Tok Kaduk: Sentiasa menyalahkan orang lain apabila kita gagal menjalankan tanggungjawab terhadap bangsa dan agama sendiri.

Kenapa ulama dan pendakwah yang saya bantai?

Kerana ulama adalah peneraju bagi gerakan ummah samada berorentasikan gerakan dakwah masjid, pertubuhan kebajikan atau apa jua bentuk peranan yang lebih dominan yang sepatutnya mereka mainkan sesuai dengan cabaran zaman yang tidak lagi memerlukan kelompok ulama elit yang lagaknya duduk di bilik mewah berkenderaan kelas A dan sentiasa sibuk ala-ala CEO agama.

Pengalaman Satu

Setahun yang lalu dengan biaya yang diberikan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan saya menerbitkan sebuah dokumentari mengenai kisah seorang gadis AIDS yang sudah berada ditahap kronik dan dilaporkan oleh doktor mempunyai peluang hidup antara enam bulan ke dua tahun. Gadis ini adalah mangsa rogol ketika masih kanak-kanak dan kemudian tercampak ke Chow Kit lalu menjadi pelacur dan penagih dadah.

Enam tahun lalu, ketika ditahanan penjara, gadis ini disahkan HIV positif, dan mula menerima kesan kemerosotan kesihatan yang sangat mendadak. Ini menyebabkan dia mengalami radang paru-paru dan menghabiskan sebahagian besar waktunya dengan terbaring di kaki lima jalan.

Atas persetujuan AADK, gadis ini kami pilih sebagai watak utama dalam dokumentari khas yang ditayangkan pada Hari Raya Aidilfitri 2008 melalui Saluran Ria.

Tragedi gadis ini bukan sekadar penderitaan HIV, tetapi lebih menyedihkan enam tahun lalu, ketika mengalami masalah kesihatan dan ketiadaan biaya untuk mendapatkan bekalan ubat bagi penyakit HIV yang dideritainya gadis ini ditemui oleh sekumpulan pendakwah wanita beragama Kristian dan diberikan perlindungan disebuah gereja dengan peruntukan perubatan bagi merawat penyakitnya yang menjadi sangat kronik kerana beliau juga mengidap asma yang serius.

Akhirnya tanpa dipaksa dia mengaku kepada saya telah memeluk agama Kristian kerana amat terharu dengan kasih sayang, perhatian dan sokongan yang diberikan oleh pihak gereja ketika beliau melalui sisa–sisa kehidupan yang perit di penghujung hidupnya.

Waktu itu, penagih dadah dan pelacur dianggap jijik oleh masyarakat dan menjadi bertambah jijik dengan kempen-kempen dan pandangan sempit para ulama, yang menjual air liur dengan mencela golongan ini sebagai puak yang dilaknat Allah, dan apa yang mereka deritai sebagai pembalasan akibat dosa mereka.

Pandangan ulama dan pendakwah memberi pengaruh yang amat besar kepada masyarakat kerana mereka adalah jurupandu yang menentu bentuk mentaliti umat Islam terhadap sesuatu isu dan pengaruhnya menjadi lebih kuat apabila golongan ulama memberikan tafsiran menggunakan hukum agama tanpa menggunakan budi bicara, khemah dan hikmah serta nilai-nilai murni dalam Islam berhubung konsep keinsanan dan kemanusiaan.

Ketika pertemua awal gadis ini memberikan syarat: Dia hanya bersetuju kisahnya didokumentarikan sekiranya pihak produksi saya sanggup membantunya untuk kembali kepada Islam dan mengaturkan pertemuan dengan pihak yang bertanggungjawab (ulama dan pendakwah) untuk mengislamkan kembali dirinya.

Penerbit dokumentari ini menghubungi seorang ustaz yang amat-amat terkenal di tanahair dan mempunyai pengaruh yang sangat luar biasa dalam masyarakat. Kami menjelaskan hasrat produksi untuk meminta bantuan beliau mengislamkan kembali gadis yang sudah pun murtad ini namun usaha kami gagal kerana tiga pekara yang disyaratkan oleh ustaz itu yang pada saya sangat menjijikkan.

Bayaran enam ribu ringgit bagi kemunculan beliau di dalam dokumentari ini. Produksi mesti menyediakan bilik hotel lima bintang berkelas suite untuk beliau dan keluarganya. Membayar semula klim minyak dan tol untuk perjalanan beliau hadir di lokasi penggambaran.

Secara komersialnya, apa yang diminta oleh ustaz yang terkenal ini terutama dari segi kewangan adalah terlalu tinggi dan tidak mungkin mampu kami bayar bagi sebuah produksi berbajet kecil yang kami hasilkan semata-mata untuk menyedarkan masyarakat mengenai ribuan pelacur dan penagih wanita yang tersadai dijalanan menunggu kematian tanpa sebarang pembelaan.

Dalam keadaan waktu yang suntuk, penerbit program ini teringat akan Datuk Zainal Abidin Sakom, ahli politik dan aktif dalam kegiatan dakwah. Melalui notis enam jam, Datuk Zainal terus bersetuju, malah sangat teruja hingga kami dapat mendengar suaranya yang sebak di telefon, mengucapkan ribuan terima kasih kerana penerbitan kami memberikan beliau peluang untuk melaksanakan satu ibadat yang tidak pernah beliau lakukan seumur hidupnya.

Akhirnya Datuk Zainal hadir dan majlis berjaya dilakukan dimana hampir semua krew, pelacur dan penagih dadah wanita di sekitar Chow Kit dan serta jemaah surau turut sebak dan menitiskan airmata kerana peristiwa begini hampir tidak pernah disaksikan.

Datuk Zainal sendiri menangis dan menyampaikan sumbangan peribadi bagi membolehkan gadis itu mendapatkan rawatan kerana ketika itu tahap asmanya sudah kronik.

Persoalan saya ialah apa kejadahnya ustaz popular itu, menuntut begitu banyak harta dunia untuk melaksanakan satu kewajiban dunia akhirat, yang sepatutnya menjadi tanggungjawab beliau melakukannya secara ikhlas?

Sampai sekarang timbul perasaan benci dan marah terhadap peristiwa itu, di mana saya langsung tidak dapat menerima hakikat seorang pendakwah yang sentiasa muncul di kaca tv dan hampir keseluruhan jadual hidupnya dipenuhi dengan programi ceramah dan koleksi vcd ceramah yang bertimbun laris di pasaran, tergamak mengenakan syarat yang demikian.

Pada saya, ini satu kesesatan yang melampau, seakan-akan ilmu yang ada padanya itu, satu aset komersial yang perlu dibayar, sekalipun terhadap mereka yang ingin menyerahkan diri kembali ke jalan Allah.

Pengalaman kedua

Anak saudara saya berjaya menjadi guru sandaran di sebuah sekolah rendah di Shah Alam. Dia baru sahaja lulus dari Universiti Utara Malaysia dan kebetulan tinggal di kampung, maka pengetahuan dan pengalamannya untuk mengendalikan satu program yang diamanahkan oleh pihak sekolah, terasa amat berat.

Satu hari, dia datang meminta bantuan saya: Mencari nombor telefon seorang pendakwah yang tersohor.

Kisahnya begini, PIBG sekolah tersebut mula merasakan hubungan di antara guru dan ibu bapa pelajar berada di dalam keadaan amat renggang, malah sudah berlarutan sejak bertahun-tahun lamanya. Justeru Jawatankuasa PIBG mengambil keputusan untuk menjemput seorang pendakwah tersohor bagi menarik kehadiran ibubapa sebagai kaedah mengakrabkan hubungan.

Topik ceramah dicadangkan menyentuh mengenai betapa pentingnya hubungan guru-guru dan ibubapa demi kebaikan murid-murid, terutama isu yang menyentuh prestasi pendidikan dan akhlak. Ceramah itu secara umumnya juga, diharap dapat menjadi satu pedoman atau tazkirah kepada semua yang hadir agar mengambil berat akan soal anak-anak, serta melihat makna tanggungjawab tersebut dari perspektif Islam.

Malah jawatankuasa sekolah itu turut bercadang untuk menaikan kain rentang, di sekitar kawasan perumahan berdekatan sekolah tersebut dengan harapan menjadikan kawasan sekolah bukan sekadar temapt untuk murid-murid tetapi setahun sekali mampu menjadi pusat kemasyarakatan melalui majlis-majlis dakwah ke arah penyatuan umat.

Saya segera memberikan nombor telefon seorang pendakwah terkenal untuk dihubungi dan saya percaya sekiranya kain rentang yang dicadangkan oleh pihak sekolah memaparkan wajah sang tokoh ini maka sudah tentu populariti dan rasa hormat masyarakat terhadap ketrampilan beliau yang selama ini memonopoli pelbagai program di hampir semua saluran tv tempatan akan mampu menarik ibu bapa, penduduk malah golongan muda bukan sahaja disekitar Shah Alam tetapi juga dari kawasan–kawasan berdekatan terutama Klang.

Al kisahnya begini, apabila anak sudara saya menghubungi sang tokoh yang memiliki ilmu agama yang kalau ditimbun boleh menjadi beratrus-ratus bakul banyaknya, dan jawabannya amat mengecewakan. Beliau meletakkan syarat lapan ribu ringgit untuk 90 minit sesi ceramah walaupun anak saudara saya memaklumkan pihak sekolah hanya memiliki bajet sekitar RM3 ribu hasil sumbangan tabung PIBG.

Maka sekali lagi anak saudara saya datang menemui saya untuk mendapatkan bantuan kedua. Yakni mencari dermawan untuk mendapatkan dana tambahan RM5 ribu untuk menampung kos bayaran kepada penceramah tersohor ini.

Saya terkedu dan tidak percaya tetapi itulah kenyataannya dan akhirnya apa yang dapat saya katakan hanyalah satu jawaban yang mudah. “Lupakanlah, kalaulah itu permintaannya majlis ini tidak mendapat barakah kerana yang diundang adalah seorang yang memperniagakan kalam-kalam Allah”.

Memandangkan sudah kesuntukan masa anak saudara saya memaklumkan bahawa penceramah itu ada mencadangkan beberapa nama penceramah yang lain yang sememangnya rate bayaran mereka sekitar RM4 ribu maka disebutlah anak saudara saya satu demi satu nama yang disenaraikan nama penceramah tersohor itu sekiranya pihak sekolah hanya mampu menyediakan dana sekitar RM 4 ribu adalah disebutkan empat lima nama yang sebahagiannya saya kenal dan sebagaiannya tidak pernah saya dengar namanya.

Namun yang jelas pada waktu itu nama-nama itu tidak lagi penting, kerana saya diserang tekanan perasaan yang luar biasa hingga keseluruhan tubuh saya menggigil dan menyebabkan anak saudara saya menjadi takut lalu segera pulang. Untuk pertama kali walaupun sudah 16 tahun berada di dalam dunia media massa saya mendengar kewujudan rate harga berdasarkan standard dan populariti seseorang pendakwah yang telah pun ditentukan di dalam pasaran semasa.

Thursday, November 19, 2009

NIZAR TOLOL ! KENAPA RASUAH MENINGKAT DI MALAYSIA


Sebagaimana yang diketahui, bahawa negara kita kini berada di tangga ke 56 dalam senarai rasuah tertinggi di dunia.

Pada tahun 2008 kita berada di tangga ke 47. Tahun 2007 tangga ke 43. Daripada 2007 ke 2008 kita jatuh 4 tangga. Manakala dari 2008 ke 2009 kita jatuh amat tinggi sekali, iaitu 9 anak tangga.

Kenapa ianya amat luar biasa sekali ? Tak lain ,tak bukan , kerana sejak 2008 hingga sekarang ada 5 kemudian 4 negeri yang diperintah oleh PAS,PKR dan DAP.

Sebelum tahun 2008 mereka hanya perintah satu negeri sahaja. Kemudian jadi 5 dan sekarang sudah tinggal 4.

Negeri-negeri yang diperintah oleh mereka lah yang menjadi penyumbang utama naiknya rasuah di Malaysia dengan ketara sekali antara 2008 ke 2009. Jika kita lihat kepada angka-angka ditahun sebelumnya tidak ketara sangat kenaikannya. Antara 2-5 anak tangga sahaja.

Jika SPRM tidak mengambil langkah pencegahan yang tegas, tidak mustahil kedudukan kita akan lebih teruk di tahun hadapan hinggalah BN merampas kembali negeri-negeri yang diperintah oleh mereka pada tahun 2013 kelak.

Rasuah amat berleluasa di negeri-negeri yang diperintah oleh mereka. Di Selangor,hanya tuhan saja yang tahu, di P.Pinang pun teruk juga, di Kedah mungkin kurang sikit. Di Kelantan dulu ok sikit, sekarang dah jadi teruk. Abuya pun dah pandai tibai tajaan. Menantu tak payah cakaplah, lagi teruk.

Jadi, kepada pencacai-pencacai dan penjilat-penjilat tegar PAS,PKR dan DAP , tak payah nak kondem Najib. Cermin dulu muka kamu semua terlebih dahulu samada ada cahaya rasuah atau tidak di muka kamu.

Kalau tak nampak di cermin, sila kencing dalam tempurung kelapa dan tilik muka kamu dalam air kencing. Pasti akan nampak cahaya rasuah di muka kamu dan pemimpin-pemimpin kamu yang maksum itu.

Update : Kepada pencacai-pencacai PAS,PKR dan DAP tak perlulah nak hantar komen maki hamun yang berlebihan. Saya tak akan siarkan. Saya baru cucuk sikit saja, kamu sudah melompat. 50 tahun PAS , 10 tahun PKR duduk menuduh Umno rasuah, tiada pula Umno melompat atau memaki hamun seperti kamu semua.

Dasar perasuah memang begitu, bila orang tuduh mereka , maka mula lah mereka melompat. Suh...suh... jangan cakap banyak. Pi tilik muka hangpa dalam air kencing..

SUMPAH ! KERAJAAN PUSAT TAK TOLONG KELANTAN

Kerajaan Pusat pimpinan BN tidak pernah tolong Kelantan. Kerajaan Pusat anak tiri kan Kelantan, Kerajaan Pusat Zalim. Kerajaan Pusat itu ,ini dan bla bla bla bla- Ayat standard Pas dalam ceramah,dalam Parlimen, dalam HaraMkah dan dimana-mana saja.

Anjing kalau sudah biasa makan taik , maka taik juga yang dicarinya. Begitu juga dengan Pas, kalau sudah biasa berbohong , maka bohong juga yang akan dibuatnya. Kalau tak bohong sehari badan mereka akan jadi lenguh-lenguh dan lidah mereka akan naik ruam.

Sebagaimana yang kita semua tahu, pembangunan dan pegurusan sesebuah pasar dalam mana-mana negeri sekali pun , hatta di negeri Pasir Dua Butir atau negeri Pasir Berdengun terletak di bawah kerajaan tempatan. Maknanya di bawah kerajaan negeri.

Tetapi amat malang bagi Kelantan. Kerajaan mereka nak buat ubah suai pasar pun tak mampu. Hingga terpaksa di buat oleh Kerajaan Pusat.

Tidak perlu jadi pemerintah lah kalau nak ubahsuai pasar pun tak mampu...

Gambar di bawah menjelaskan segalanya...


Gambar bawah , kerja menaik taraf tempat jualan buah-buahan yang dilakukan oleh Kerajaan Pusat. Lembu punya susu, sapi dapat nama. Nak buat pasar tak mampu, lagi mau cerita nak perintah Malaysia ke ? Bankrap lah negara ini jawabnya.


Semasa kerja menaik taraf berjalan ,semua peniaga dipindahkan ke tapak sementara ini. Tapak sementara pun Kerajaan Pusat juga yang tanggung. Apa yang Pas buat ni ? Naik taraf pun Kerajaan Pusat buat, tapak sementara pun Kerajaan Pusat juga yang tanggung. Nak tahu apa yang Pas buat ? Jom ke bawah...

Jeng ! Jeng ! Jeng !


Ha ! Ini dia kerja Pas 365 hari setahun, selama 19 tahun. Nasib baik ada 365 hari setahun. Kalau ada 460 hari,maka 460 hari itulah mereka ceramah.

Bulan puasa pun ceramah, bulan raya pun ceramah. Tak kira masa dan ketika. Ceramah,ceramah,ceramah. Fitnah, fitnah, fitnah.

Cara mudah nak tipu rakyat. Dalam ceramah dia berbohong. Selepas itu tipu duit rakyat pula. Baca sepatah dua hadis Nabi, selawat ,selepas itu dalam gelap tentera Pas bergerak bawa kantung dan kutip duit orang ramai.

Habis ceramah,kira hasil. Selepas itu hulur kepada penceramah. Elaun wakil rakyat dapat, duit ceramah dapat, balak dapat. Nak pergi Mekah kena cari penaja. Itulah Pas, menipu dulu,kini dan selamanya.


Wednesday, November 18, 2009

NIZAR OIII !!! SAYA SERONOK LIHAT AZMIN KAYA DI USIA MUDA



Tiada kata yang mampu diucapkan untuk menggambarkan perasaan ku. Perasaan gumbira ku. Ku gumbira bila melihat ada orang melayu seperti Azmin Ali dan Shamsidar sudah kaya raya di usia lewat 20 an.

Nasib ku tidak sebaik nasib mereka. Pada usia ku seperti mereka ketika itu aku masih lagi terkial-kial. Nak beli rokok 555 pada waktu itu yang berharga RM 2.00 lebih pun susah. Sebungkus rokok boleh hisap sampai seminggu. Hisap dua pam, padam. dan simpan Selepas itu cucuh balik, hisap 2 pam, padam lagi. Kerana nak menjimatkan rokok dan wang.

Bila teringat Azmin dan Shamsidar kaya pada usia muda dan juga bila melihat slip bank Hock Hua Bank lantas kotak fikiran ku berputar balik ke tahun lewat 80 an.

Pada satu pagi aku kagum melihat seorang jejaka yang berusia lewat 20 an muncul dalam rancangan Malaysia Hari Ini di TV 3. Namanya Aman Shah. Beliau menjadi jutawan pada usia muda. Semua orang terpegun dengan kekayaan beliau pada masa itu.

Beliau muncul dalam tv untuk berkongsi rahsia kejayaan beliau. Beliau ada kereta mewah dan pelbagai kemewahan lagi. Sedangkan beliau bekerja sebagai juruwang di Hock Hua Bank.

Selepas habis rancangan di TV, polis terus melakukan kerja mereka. Siasat punya siasat tembelang sudah pecah. Rupa-rupa si Aman Shah ini melakukan kerja mencuri duit pelanggan Hock Hua Bank.

Jika tidak silap saya beliau curi tak banyak. Rasanya 1 sen bagi setiap pelanggan dan kerja tersebut dilakukan setiap hari. Hasilnya, beliau dapat mengumpul sebanyak RM 4 juta daripada kegiatan haram tersebut.

Akhirnya Aman Shah terhumban ke dalam penjara. Dengar khabarnya beliau telah dibebaskan dan sekarang menjadi ahli PKR di kawasan Ampang.

Ada beberapa persamaan antara Azmin dan Aman Shah

Azmin kaya di usia muda - Aman Shah juga kaya di usia muda

Transaksi Azmin di Hock Hua Bank - Transaksi Aman Shah juga di Hock Hua Bank

Azmin ahli PKR - Aman Shah juga ahli PKR sekarang.

Adakah Azmin akan mengalami nasib yang sama seperti Aman Shah ? Walahhualam...

Hock Hua Bank, Ban Hin Lee Bank, Wah Tat Bank, D & C Bank semuanya sudah tinggal dalam lipatan sejarah.






NIZAR HANTU ! SALAHUDIN SAHKAN ! HUSAM MERAJUK ! SAIFUDDIN SOKONG !

Setiap tahun Kelantan adalah antara negeri yang sering dilanda banjir. Tahun 1985 dan 2005 adalah antara banjir yang besar yang pernah melanda Kelantan. Mengikut Husam Musa banjir besar yang melanda Kota Bahru pada tahun 2005 adalah kerana bala yang Allah turunkan kepada orang Kota Bharu akibat tersilap memilih Ahli Parlimen mereka dalam PRU 2004. Sila rujuk di sini.

Umum tahu, setiap kali berlaku banjir tidak kira besar atau kecil ianya akan memusnahkan banyak harta benda,kerana 'disapu' atau ditenggelamkan dek air.

Tetapi banjir yang melanda Kelantan tahun ini dijangka pelik sedikit. Air banjir bukan sahaja meneggelam dan memusnahkan harta benda atau hasil pertanian, tetapi ianya dijangka turut sama meneggelamkan kerajaan khawarij yang telah bertapak selama 19 tahun di bumi Kelantan.

Setelah membaca satu artikel di Agenda Daily semalam, ternyata mereka makin kelam kabut sekarang.

Salahuddin Ayub, mengesahkan bahawa beliau pernah menghadiri satu perjumpaan dengan menantu kepada 'abuya' orang-orang Pas. Salahuddin amat cermat dan berhati-hati sekali sewaktu menjawab soalan wartawan. Ini kerana beliau bimbang terlepas cakap. Beliau berpura-pura tidak ingat apa yang dibincangkan.

Manakala Husam Musa yang turut sama berada di Parlimen semalam, nampaknya merajuk. Dengan muka masam beliau mengatakan apa yang terjadi di Kelantan dua tahun ini semuanya ada kaitan dengan beliau, katanya sewaktu ditanya oleh wartawan tentang hu ha hu ha yang sedang hangat di Kelantan sekarang.

Alah cian dia, merajuk,mari cini adik, mari cini cayang, mari abang pujuk. Adik nak gula-gula ke nak ais krim ke, nak balak ke , semua abang boleh kasi.

Raja lompat parti pula iaitu Saifuddin Nasution al kataki, memuji penulis blog kickdefella. Katanya kickdefella seorang yang profesional.

Maknanya apa yang dilakukan oleh kickdefella sekarang termasuk juga tuduhan-tuduhan terhadap menantu 'abuya' adalah benar di mata Saifuddin.

Tak perlu lagi orang-orang Pas atau PKR nak menjerit,semua ini mainan Umno atau BN. Ini kerana Saifuddin sendiri telah mengatakan kickdefella seorang yang profesional. Bila dia kata begitu maknanya apa yang kickdefella buat adalah betul. Segala pendedahannya betul.

Terima kasih diucapkan kepada Saifuddin ,kerana menyatakan yang benar dan memudahkan kerja kami. Saya berjanji selepas ini saya tidak akan memanggil kamu katak lagi jika kamu tidak buat u-turn.

Rujuk di sini untuk membaca artikel penuh di Agenda Daily

NIZAR BRENGSET ! KAMU PERCAYA GAMBAR INI

Berikut adalah kenyataan media oleh Konsul Kehormat Mongolia di Malaysia, Datuk Syed Abdul Rahman Al Habshi.

Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan wartawan penyiasatan Perancis,Arnaud Dubus bahawa saya pernah menyerahkan sekeping gambar Perdana Menteri dengan model Mongolia,Altantuya Shaaribuu yang mati dibunuh seperti yang disiarkan oleh Suara Keadilan bil 206 (10-17 Nov 2009) Adalah jelas ia adalah satu pembohongan, rekaan dan berniat jahat untukmemburukan saya dan Perdana Menteri.

Gambar yang didakwa itu sebenarnya tidak wujud. Jadi bagaimana saya boleh serahkan gambar yang tidak ada kepada polis. Ia tidak masuk akal langsung. Sepanjang penyiasatan kes berkenaan saya hanya ada menyerahkan kepada polis sekeping gambar abdul Razak baginda (gambar solo) dan beberapa keping gambar Altantuya.

Saya tidak pernah melihat atau terjumpa gambar Perdana Menteri bersama Altantuya. Malah saya tak pernah mendengar satu ayat pun yang mengatakan Perdana Menteri memang mengenali si mati. Yang pernah saya lihat ialah gambar yang direka-reka oleh orang-orang tertentu melalui teknik pertindihan bertujuan untuk memburukan pihak tertentu dalam kes tersebut. Justeru saya berharap penjelasan ini akan mematikan tuduhan liar yang dibuat oleh Dubus.

Itu kenyataan beliau. Kenyataan RBF pula tak panjang. Pendek saja

Anda semua percaya atau tidak kepada gambar di bawah ini ?


Selepas itu lihat pula video ini.



Jangan pula bagi alasan sumpah tiada dalam Islam atau orang-orang munafik sahaja yang suka bersumpah. Bagaimana pula dengan sumpah bai'ah PAS untuk calon-calon mereka yang bertanding dalam p/raya sebagaimana yang dinyatakan oleh Mustafa Ali minggu lepas.

Tuesday, November 17, 2009

NIZAR KKK ! MEREKA MENGIMBAU NOSTALGIA


Gambar dipetik dari Agenda Daily

Tiga bekas orang kuat Pemuda Umno Malaysia sedang mengimbau kembali nostalgia di zaman kegemilangan mereka dalam Pemuda Umno dahulu.

Tak mengapalah mereka semua kawan-kawan. Silaturahim tetap tidak putus walaupun berbeza fahaman politik. Bagus ! Bagus !.

Kawan pun kawan juga. Nostalgia pun nostalgia juga, gelak pun gelak juga. Tapi jangan lupa, kes Saiful by hook by crook kena jalan juga di Mahkamah.

Maklumlah orang sedang kelemasan sekarang ini, apa saja yang ada yang boleh digunakan sebagai talian hayat dia mesti gunakan sebaik mungkin.

Saya yakin Datuk Seri Najib lebih memahami segala-galanya...

Sila rujuk Agenda Daily untuk laporan berkaitan.

Monday, November 16, 2009

MARI LIHAT VIDEO INI

Saudara Perjuangan Bangsa telah menghantar link video di bawah ini kepada saya melalui ruangan komen.

Setelah melihatnya, saya rasa video patut dikongsikan dengan anda semua. Satu video yang menarik, terutamanya bab lina joy.

Mari kita sama-sama menontonnya



Selepas tamat menonton, jangan lupa komen...komen...komen...

NIZAR OIII ! AKU CEO PMBK,GAMBAR ANAK AKU DAN PAK MERTUA AKU

Billboard di atas dipasang oleh syarikat yang menaja Nik Aziz dan keluarga ke Mekah. Sebanyak lima biji di pasang di Kelantan dengan kos sebanyak RM 125 ribu. Satu sudah tumbang kerana di pukul ribut. Yang tumbang tersebut ialah yang dipasang di Pulau Melaka. Berdekatan dengan sebuah rumah yang tuan rumahnya selalu kehilangan selipar.

Bayaran untuk kos papan tanda di atas di buat oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan. Siapa CEO PMBK ? Menantu Nik Aziz, Ariffahmi. Siapa dalam gambar berkenaan ? Anak dia dan bapa mertua dia.

Gambar kanak-kanak yang sedang membaca Al-Quran dalam billboard di atas adalah anak Ariffahmi,CEO PMBK. Manakala gambar warga emas yang berserban itu adalah bapa mertua Ariffahmi. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, bapa mertua Ariffahmi juga adalah mangsa kecurian selipar yang paling top di Kelantan tetapi tidak pernah membuat laporan polis.

Duit PBMK, aku CEO, letak gambar anak aku, letak gambar pak mertua aku. Jelik !!!




NIZAR KKK ! NIK AZIZ TERIMA TAJAAN TAHUN DEPAN

Mengikut laporan dari Utusan Online,Nik Aziz akan menerima tajaan dari mana-mana pihak untuk menunaikan Haji pada tahun hadapan.

Katanya kalau tiada pihak yang sanggup menaja , beliau akan pergi dengan menggunakan wang sendiri.

Beliau sudah buat 'iklan' awal-awal lagi. Setahun lebih awal. Supaya ada pihak yang akan menajanya. Ternyata orang tua ini memang jenis muka tak malu. Keluar duit sendiri kedekut, dan menjadi pilihan kedua.

Dari satu sudut lagi pula saya melihat kenyataan beliau ini adalah isyarat yang beliau sudah berhenti menjadi MB pada musim Haji tahun depan. Sebab itu beliau berani umum secara terbuka yang beliau akan menerima tajaan tahun depan. Bila sudah berhenti mungkin sukar sikit untuk dapat penaja.

Jadi, jalan terbaik adalah buat 'iklan' awal-awal semasa masih ada jawatan. Bila sudah tiada jawatan nanti buat 'iklan' empat hari empat malam pun dah tak laku.

Nampaknya 'serban' Nik Aziz sudah mula longgar sehari demi sehari. Insyaallah sedikit hari nanti , bila ianya sudah tertanggal kita boleh melihat apa yang terselindung di sebalik serban tersebut selama ini. Pada masa itu, saya pasti ramai yang akan terlopong.

Takbir !

NIZAR BEBAL ! NIK AZIZ BATAL ATAU PERGI ,RASUAH TETAP BERLAKU

Hati saya tersenyum sendirian bila membaca kenyataan yang dibuat oleh badut sarkas Pas dalam haraMkah daily (sumber fitnah tepat) Rujuk di sini

Katanya, pembatalan Nik Aziz ke Mekah untuk gagalkan usaha musuh. Kita faham sendirilah siapa musuh Pas yang dimaksudkan oleh nya.

Soal dia batal atau dia pergi tak penting, yang penting rasuah telah berlaku. Ibarat kata peribahasa melayu gadai terdorong ke pajak, sehari jadi sebulan jua. Maksudnya jika kita menggadaikan barang emas di pajak gadai, walaupun untuk sehari, bunganya tetap perlu dibayar untuk sebulan.

Samalah dengan Nik Aziz walaupun dia membatalkan pemergian dia ke Mekah kerana hu ha hu ha sana sini tetapi rasuah telah berlaku, dan rasuah tetap rasuah walaupun telah dibatalkan pemergiannya. Ini kerana bayaran telah dibuat kepada agensi yang berkenaan.

Satu Kelantan sudah tahu bahawa Nudin Awang adalah lelaki yang menaja Pakej Haji yang jumlah keseluruhannya hampir RM455,000 itu. Ramai yang melihat resit pembayaran yang Nudin tayang di sana dan di sini dengan penuh rasa rendah diri itu - Kickdefella
Nasib Nik Aziz tidak baik kali ini ,kerana 'kaum quraisy' Malaysia dapat menghidu kegiatan songsangnya. Yang sebelum-sebelum ini mungkin nasib beliau baik kerana 'kaum quraisy' Malaysia tidak dapat menghidu. Entah berapa banyak yang telah disebatnya sebelum ini kita semua pun tidak pasti.

Kepada badut sarkas Pas, janganlah kamu nak menghalalkan yang haram. Arak itu tetap haram walaupun setitik. Tiada alasan untuk menghalalkannya. Begitu juga dengan rasuah. Haram tetap haram walaupun untuk ke Mekah. Jangan kata bila dah batal maka tiada lagi rasuah. Jika dia tolak awal-awal tawaran yang diberikan ,maka bolehlah kita kata tiada rasuah. Ini semua dah bayar,dah umum, dah isi borang cuti, hanya menunggu hari untuk pergi sahaja ,mana boleh kata tiada rasuah.

Jangan tafsir ikut sedap hati dan kepentingan politik kita. Saya berharap masyarakat dapat menilai sikap sebenar Pas sekarang. Semuanya ok dan halal jika memihak kepada mereka.

Kata seorang rakan dari Kelantan, Pas tidak rasuah. Tidak juga makan suap. Tetapi suap, makan. Maksudnya mereka tidak rasuah, tetapi makan jika disuappppppp... Apa beza dua itu ?



NIZAR SARKAS ! BEKAS TIMBALAN MENTERI SEDANG DISIASAT SPRM

Wah.... nampaknya SPRM semakin serius membanteras rasuah sekarang. Walaupun beberapa bulan lepas SPRM 'merajuk' sekejap berhubung penyiasatan kes rasuah di kalangan orang-orang politik.

Tapi nampaknya sekarang SPRM kembali ke gelanggang . Sekali dia melangkah masuk, tak akan dia undur ke belakang lagi. Habis disapunya,tanpa mengira siapa atau parti politik mana. Syabas SPRM !

Dua minggu lepas kita dikejutkan dengan pendakwaan besar-besaran oleh SPRM terhadap beberapa orang politik berhubung penyalahgunaan wang peruntukan wakil rakyat. Khabar yang sampai ke telinga saya menyatakan ramai lagi yang akan didakwa, tanpa mengira parti politik. Wallahualam...

Satu lagi khabar angin yang sampai kepada saya beberapa hari lepas , mengatakan seorang bekas Timbalan Menteri (wanita) dari selatan tanahair juga sedang disiasat SPRM sekarang. Juga dalam kes yang sama. Saya ulang balik, disiasat bukannya didakwa. Disiasat, belum tentu bersalah. Bab ini kena berhati-hati sikit .

Sewaktu seorang Ahli Parlimen didakwa di Mahkamah Shah Alam baru-baru ini,kelihatan bekas Timbalan Menteri berkenaan yang juga Ahli Parlimen sekarang, turut hadir memberi sokongan kepada rakannya itu.

Setakat ini saya belum dapat mengesahkan lagi berita ini. Sebab itu saya tidak berani sebut nama. Hanya SPRM dan tuan punya badan yang boleh mengesahkannya. Tetapi siapalah saya ini untuk mendapatkan pengesahan dari SPRM. Sama sekali tidak layak,kerana saya hanya blogger jalanan sahaja.

Kepada SPRM, raya haji bakal menjelma lagi, apa cerita kes lembu korban Khalid Ibrahim ? Tak kan tak habis siasat lagi kot ?

Selamat maju jaya kepada SPRM.

Sunday, November 15, 2009

NIZAR BADUT ! MARI KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA WARTAWAN UTUSAN

Terharu hati saya bila membaca laporan bertajuk Mekah,Madinah 'bermandi' rezeki
di muka surat 12 dalam sisipan Kesihatan ,Mingguan Malaysia hari ini.

Laporan yang dibuat oleh saudara Marzuki, salah seorang wartawan Utusan Melayu yang dihantar membuat liputan sempena musim Haji tahun ini . Saudara Marzuki dihantar oleh majikannya untuk membuat kerja, bukannya ditaja oleh orang yang berkepentingan.

Dalam laporan tersebut saudara Marzuki menceritakan tentang aktiviti perniagaan di Mekah yang rancak sekarang bermula seawal subuh hari lagi.

Di Mekah juga,jemaah Haji kita masih berpeluang memakan makanan tempatan seperti nasi lemak,bihun,nasi berlauk,nasi kerabu dan pelbagai jenis kuih-muih.

Saya tak mahu ulas panjang-panjang tentang rencana tersebut,kepada yang sudah membeli Mingguan Malaysia ,selak saja muka surat tersebut dan baca. Kepada yang belum beli, sila pergi beli cepat-cepat. Jika sudah habis di kedai,sila hubungi Amran Ahmad (bekas peng Nuj-Um) dan minta dia hantarkan.

Apa yang saya hendak beritahu disini ialah tentang kemurnian hati saudara Marzuki. Di akhir rencana tersebut hati saya sangat tersentuh apabila membaca perenggan yang berbunyi seperti di bawah ini.

' Di depan Kaabah,saya beberapa kali berdoa agar satu hari nanti premis-premis perniagaan orang Islam semakin banyak di Malaysia sama ada di kampung,pekan,bandar dan bandar raya. Semoga harapan dan doa saya ini dimakbulkan '.

Itulah doa yang dibaca oleh saudara Marzuki di depan Kaabah. Ternyata saudara Marzuki ke Mekah bukan hanya untuk menjalankan tanggungjawab beliau terhadap majikannya sahaja.

Tetapi beliau juga menjalankan tanggungjawab beliau sebagai seorang Islam. Ini contoh Muslim sejati, yang sentiasa mendoakan untuk saudara Muslimnya. Kesempatan yang ada digunakan sebaik mungkin oleh beliau. Ini juga salah satu contoh pekerja yang baik. Bukannya pekerja yang menjadi hantu kepada DAP untuk menjahamkan majikannya.

Saya sungguh terharu dengan saudara Marzuki. Oleh yang demikian saya ingin menjemput pembaca sekalian mengucapkan terima kasih kepada saudara Marzuki melalui rungan komen di posting ini.

Tinggalkan ucapan terima kasih anda....

NIZAR SIPLIS ! PAS BUAT MIMING SELAMA 50 TAHUN


PERSAMAAN ANTARA MILLI VANILLI DAN PAS !

Tahun 1987 merupakan era terakhir musik rock, lebih sedap dipanggil genre hard rock. kalau aku sebut nama-nama seperti skid row,damn yankees,alice cooper,warrant,faith no more dll maka this type of rock group ini merupakan player terakhir rockers sebelum kejatuhan musik rock.

Godfather rock seantero dunia tak lain metallica, dan penyanyi utama kumpulan metallica pernah mengutuk keras rocker bon jovi kerana 'menghina' imej rock. Sebabnya jon bon jovi buat lagu jiwang.Ini juga antara penyumbang kepada kejatuhan genre rock.

Ditengah kekalutan kejatuhan empayar rock, timbul penyanyi 'duo' negro moden. milli vanilli yang dianggotai oleh rob pilatus dan fab. genre music mereka cukup dinamik, rap pop musik, dinamika personaliti, rambut panjang gaya rud gullit,badan sasa macam gap dan tarian hip hop penuh energetik mencipta kegilaan peminat seluruh dunia.

Katastrophi yang terjadi adalah diluar jangkaan. 3 tahun mereka menenggelamkan era musik rock..rockers seluruh dunia terkubur dengan kebangkitan milli vanilli.

Pelbagai anugerah/award telah mereka menangi. sebut sahaja kategori apa, award yang mana sudah mereka takluki. grammy award,mtv award,british award,anugerah bintang popular berita harian dan anugerah seniman negeri kelantan ...semua piala kemenangannya ada dalam lemari milli vanilli.

Aku tak dapt bayangkan ahli parlimen ampang pada waktu itu menari terkinja-kinja tatkala mendengar lagu milli vanilli.eeeeee....yaaakkks..

Antara lagu popular mereka yang aku ingat adalah blame it on the rain,girl you know it true dll menjadi putaran hits yang popular di peranti walkman aku !haha..

Lepas 3 tahun , satu kejutan berlaku. RUPA-RUPANYA MILLI VANILLI MENIPU. SELURUH LAGU YANG DIRAKAM DAN DINYANYIKAN ADALAH SUARA ORANG LAIN. maknanya selama 3 tahun mereka buat miming...masyaallah bohong semata-mata.

Maka dikeji lah hero ini seadanya... milli vanilli dijadikan bahan lawak,namun paling banyak adalah kejian. ramai peminat fanatiknya menangis apabila mendengar idola mereka sebenarnya kaki kelentong. tapi tidak pada nik ajis, tuan guru hanya nangis bila dengar lagu isabella. Tuan guru bukan peminat milli vanilli.

Dengar kabar, milli vanilli kini bekerja di stesyen minyak. moral ceritanya disini, walaupun ia mengambil masa 3 tahun untuk peminat mengetahui milli vanilli sebenarnya kaki kelentong, peminatnya di seluruh dunia tiada apologetik. tiada memberi belas kasihan. tak peduli,bila milli vanilli didapati menipu maka mereka perlu dihukum.

Di sini..aku berkias. pas telah mencirit biritkan orang melayu tentang hudud. pas kaki penipu. selepas 50 tahun pas hidup, hudud hanyalah sekadar 'miming politik' pas sahaja. dipentas mereka berbicara tentang hukuman hudud, tak buat kafir..tapi pada hakikatnya pas juga bermain brengset seperti milli vanilli.

Bila disergah karpal singh 'aip aip aip'...nik ajis tarik hand brake... err eerr kiii kkiitttaaa buat hudud 30 tahun lagi. Nak ulas pasal anwar attaturk, itu lagi BAPAK SEGALA MILLI VANILLI !

Disalin dari blog GAP

Ulasan RBF

Jika Milii Vanilli bekerja di stesen minyak sekarang,mungkin Nik Aziz akan kerja di 7 Eleven selepas ditendang oleh rakyat sedikit masa nanti.

Apa yang boleh saya ulas disini ialah, selama berpuluh tahun PAS duduk menjelajah. Keluar bandar masuk desa,keluar desa masuk kampung berceramah siang malam dan melaung-laungkan Umno rasuah. Nasib baik dia tak masuk ceramah dalam tali air.

Setiap kali p/raya kecil, papan tanda ,banner, bunting dan flyers merata tempat .Semuanya mengatakan Umno rasuah. Ya betul, ada berlaku rasuah dalam Umno atau BN. Tapi mereka tidak pernah tutup seperti PAS. Mereka mengaku, mereka terima dengan terbuka dan mereka ambil tindakan,serta cari jalan supaya ianya dapat dikurangkan dan hapus dengan perlahan-lahan.

Allah maha kaya, kalau Allah nak tunjuk sekejap saja. Terus Allah bayar tunai atas dunia. Sekarang 'abuya' kepada pengikut-pengikut PAS yang terjebak dengan rasuah. Soal dia batalkan ke Mekah tak timbul lagi. Yang penting rasuah telah diterima,kerana pembayaran telah dilakukan kepada TH.

Ini yang kita tahu. Yang kita tak tahu sebelum ini entahlah dah berapa banyak yang disebatnya. Kalau kepala dah busuk, badan dan ekor dah tentu busuk. Maknanya wakil-wakil rakyat PAS yang lain pun rasuah juga. "Tok guru buat, tak kan ambo tak leh buat" .

Husam Musa ? Jangan cakaplah. Cuma dia ligat sikit ,susah nak tinggal bukti. Jika jam 4 petang ini Husam berani bersumpah mengikut syarak yang dia tidak pernah mengamalkan satu sen pun rasuah atau salah guna kuasa sepanjang dia berkuasa di Kelantan,maka jam 5 petang ini juga saya berani berlari bogel keliling bandar Kota Bharu.

Saya tahu dia tak akan buat,sebab itu saya berani buat janji gila begitu. Masih ingatkah anda pada perempuan kemboja isteri kepada Adun Melor. Kenapa dia berani tuntut jutaan ringgit daripada bekas suaminya ? Kerana dia tahu suaminya ada mendapat hasil balak sebanyak RM 6 juta. Rujuk di sini

Akhir kata, PAS kini sudah layu,hanya menunggu masa untuk reput. PAS akan mengalami nasib yang sama sebagaimana dialami oleh Milii Vanilli.


Saturday, November 14, 2009

NIZAR DAN ZAMBRY ! AWAS DAJAL MUNCUL KEMBALI DENGAN SERANGAN PERTAMA


Dajal ini sudah muncul kembali dengan serangan pertama arahan dari tuan yang memeliharanya. Inilah yang dikatakan oleh Zul Nordin beberapa hari lepas yang mereka sudah panggil mesyuarat untuk melancarkan serangan terbaru terhadap Datuk Seri Najib.

Nampak ianya telah bermula. Kalau berani kenapa lari macam ayam berak kapur ? Marilah balik dan pergi mahkamah. Kalau mahkamah tak adil kamu tak lepas daripada tahanan ISA tempohari.

Tentang P.Balasubramaniam saya tak mahu bercakap banyak. Sila rujuk di sini saja. Saya nak bercerita tentang si dajal ini.

Si dajal ini semasa di zaman awal reformasi dulu banyak menipu duit orang ramai. Dia kutip yuran keahlian untuk sebuah NGO bernama ADIL sampai berpuluh ribu akhirnya lesap begitu saja.

Kemudian dia tipu Marina Yusof pula berhubung penyewaan bangunan Marinara di Jalan Tun Razak. Dengar ceritanya ratusan ribu juga.

Selepas itu tipu Hj.Ramli (Ingress) pula. Dulu Hj.Ramli dalam PKR sekarang bersama PAS. Kenapa Ya ? Fikir sendiri. Hj.Ramli pernah di tipu jutaan ringgit oleh si dajal ini. Sesiapa yang kenal Hj.Ramli boleh bertanya dengan beliau tentang bagaimana si dajal ini menipunya.

Lagi kisah si dajal tersebut anda boleh rujuk di blog rakan saya.

Orang seperti ini kita nak percaya ke ? Kalau orang yang otak tersumbat seperti blogger-blogger Pas bolehlah mereka percaya. Dah lama kita didendangkan lagu ini,tapi dia sendiri cabut lari. Tak berani. Jauh berbeza dengan Saiful Bukhari yang berani berentap dan berdepan dengan Anwar Ibrahim. Kalau berani mari masuk gelanggang, bukannya menjerit daripada jauh.

Saya petik satu baris ayat dalam akuan bersumpah Balasubramaniam. Kemudian anda lihat pula video yang pertama di bawah ini. Selepas itu ambil air sejuk dan minum . Bertenang 10 minit sambil-sambil berfikir.

Datuk Seri Najib Tun Razak informed Abdul Razak Baginda that he had a sexual relationship with Aminah and that she was susceptible to anal intercourse.



Dah selesai. Sedikit ulasan dari saya. Kalau Najib main-main dengan sumpah,sudah bertalu-talu bala datang menimpanya. Tak jadi PM gamaknya Najib hari ini. Tetapi tidak , semua proses peralihan kuasa berjalan dengan tenang dan lancar dan Najib semakin diterima rakyat hari ini. Sebaliknya PAS dan PKR yang semakin haru biru sekarang. Kenapa ? Kerana dimakan fitnah-fitnah yang dilemparkan oleh mereka sebelum ini. Si dajal raja petra juga hidup haru biru. Terpaksa hidup menyorok sana sini dan tinggalkan anak bini.Keluarga berpecah belah. Anak pula kena tangkap kerana merompak. Itu lah bala kepada pemfitnah.

Lihat pula video kedua ini. Selepas itu ambil kopi secawan dan minum. Bertenang 10 minit sambil berfikir.




Selepas itu lihat pula video ketiga ini. Selepas selesai melihatnya, jangan pula anda minum air bateri .Haru dibuatnya.

Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Friday, November 13, 2009

JAWAPAN SAYA KEPADA NIK AZIZ YANG SEMAKIN ANGKUH

Sampai bila orang ramai harus tertipu dengan air mata lakonan begini ?

Dalam politik Malaysia ,air mata adalah modal penting untuk berkempen. Ingatkah lagi di zaman reformasi dulu ? Air mata juga yang dijadikan modal oleh si burung kakak tua betina. Tak perlu keluar duit atau cakap banyak-banyak. Keluar setitik dua dan suara syahdu sedikit ,pasti akan dapat undi dan gambarnya dijaja bertahun-tahun.


Astagfirullhalazim...

Subahanallah....

Allahuakbar...

Terkejut tidak terkata saya bila membaca kenyataan Nik Aziz sebagaimana yang dilaporkan oleh malaysiakini di sini.

Beliau juga menyamakan dirinya dengan Nabi SAW. Subahanallah....

Nik Aziz makin sombong dan songsang nampaknya. Saya akan jawab mengikut perenggan apa yang dikatakan oleh Nik Aziz di malaysiakini.

Nik Aziz@malaysiakini : Menteri besar Kelantan membatalkan hasratnya menunaikan fardu haji musim ini kerana bosan dengan kerenah media, yang banyak mempersoalkan permergian beliau ke tanah suci itu yang ditaja pihak tertentu.

RBF : Kalau benar kenapa perlu takut. Teruskan seperti yang dirancang.

Nik Aziz@malaysiakini : Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata pemergiannya ke tanah suci yang dijadual pada 17 Nov ini ditangguhkan kerana media heboh mempersoalkan pemergiannya itu kerana ditaja orang tertentu yang didakwa mempunyai kepentingan dengan kedudukannya sebagai menteri besar.

RBF : Tak tumbuh tak melata,tak sungguh orang tak kata. Sudah terang lagi bersuluh, orang yang menaja adalah orang yang mempunyai kepentingan perniagaan dengan kerajaan Kelantan yang diterajui oleh Nik Aziz.

Nik Aziz@malaysiakini : Nik Aziz, yang juga mursyidul am PAS, berkata laporan dalam media dan laman blog mengenai tajaan untuk beliau itu bertujuan untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

RBF : Benar. Tugas kami memusnahkan musuh politik kami, sebagaimana tugas blogger Pas , harakah, dajalan raja petra serta pemimpin Pas memusnahkan pemimpin Umno dan BN. Itu pun Nik Aziz tak tahu ke ? Kalau tak mahu adengan musnah memusnah berlarutan atau ingin berpelukan sepanjang masa , jom tubuh Kerajaan Perpaduan. Masihkah kau ingat ayat ini ,pergi jahanam dengan Umno.

Nik Aziz@malaysiakini : "Kalau di zaman Nabi dahulu baginda pernah dihalang oleh orang Quraisy daripada memasuki Kota Mekah, maka kini saya dihalang daripada niat untuk mengerjakan haji di tanah suci itu oleh Qurasy Malaysia," katanya ketika menyampaikan kuliah pagi Jumaat di Kota Bharu hari ini.

RBF : Astagfirullhalazim... Nik Aziz telah menyamakan dirinya dengan Nabi SAW. Tidak pernah ada orang yang menghalang Nik Aziz pergi ke Mekah. Cuma orang mempertikaikan pembiayaannya. Nik Aziz memang sudah takbur berlebihan. Orang Quraisy menghalang Nabi SAW ke Mekah kerana tidak mahu ajaran Islam tersebar. Di Malaysia mana ada orang yang menghalang Islam disebarkan jika dilakukan mengikut lunas undang-undang negara dan syarak.

Sebelum ini sudah berapa kali Nik Aziz ke Mekah,adakah pernah 'Quraisy Malaysia' menghalang. Jangan bercakap bodoh dan ikut sedap mulut , kelak merana badan. Tahap riak dan sombong Nik Aziz telah sampai ke tahap maksimum. "Tidak sesekali masuk syurga sesiapa yang ada dalam hatinya walaupun sebesar zarah sifat takabur"- Hadis Bukhari dan Muslim.
Saya berharap rakyat Malaysia dapat menilai sikap seorang yang menggelarkan dirinya ulamak dan tok guru.

Nik Aziz@malaysiakini : Dalam ceramah itu, Nik Aziz berkata, beliau tidak begitu "pelahap" (menagih) tajaan oleh seseorang untuk menunaikan ibadah haji kerana beliau mempunyai wang sendiri, tetapi menerima tawaran itu kerana mahu memenuhi niat orang yang ingin menaja pemergiannya.

RBF : Kalau tidak pelahap kenapa terima. Mungkin tak tahan dengan godaan pakej VVIP yang berharga RM 65 ribu, kerana jika nak keluarkan duit sendiri RM 65 ribu + dengan isteri RM 65 ribu = RM 130 ribu mungkin berpeluh jantan sampai ke seluar dalam. Kalau betul-betul di dada ada iman dan tahan dengan godaan minta saja orang yang memasang niat tersebut menaja orang-orang yang tidak berkemampuan untuk tunai Haji. Yang sebenarnya anda tak tahan godaan....mengaku sajalah. Nak merasa macam Raja Arab ke Mekah,serba serbi VVIP dari mula sampai akhir, mungkin tinggal di Hotel Hilton,selipar pun tidak hilang.

Nik Aziz@malaysiakini : "Tapi oleh kerana akhbar geger (bising) sangat, saya tangguhkan dulu niat untuk pergi ke Mekah kali ini," katanya.

RBF : Berani kerana benar, takut kerana salah. Dengar saja SPRM masuk siasat menantu,terus muntah berdarah.

Nik Aziz@malaysiakini : Bercakap kepada pemberita kemudian, Nik Aziz mengakui ada pihak membiayai perbelanjaannya untuk menunaikan ibadah haji dan beranggapan ia tidak salah selagi tidak melanggar peraturan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

RBF : Jangan main anggap-anggap saja,pergi jumpa SPRM atau tulis surat kepada mereka,minta nasihat dan pandangan mereka. Itu pun tak boleh buat.MB apa ? Nak royalti boleh pergi jumpa Najib,nak ajak Najib berdebat boleh tulis surat. Yang ini tak boleh buat. Apa punya tur....

Nik Aziz@malaysiakini : Katanya, beliau menerima terlalu banyak tawaran daripada pelbagai pihak yang sanggup menanggung perbelanjaannya ke Mekah.

RBF : Dulu kata pernah ditawar rasuah berjuta-juta .“Saya pun orang hendak beri berjuta-juta tapi ingat ke neraka buat apa. Duit banyak, masuk neraka di mana cerdiknya kita.” -Nik Aziz. Sekarang dekat-dekat nak berhenti jadi MB nampaknya sudah tidak tahan godaan. Iman sudah nipis Rujuk di sini, dan juga di sini

Apa salah beritahu kepada penaja
"demo nak taja ambo boleh,tapi tunggu dulu selepas ambo berhenti menjadi MB,masa la ni tak leh sebab ambo masih MB". " Kalau ambo panjang umur,Insyallah ambo terima tajaan demo pada masa tu"

Nik Aziz@malaysiakini : Sebuah akhbar hari ini melaporkan bahawa SPRM telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan yang menteri besar Kelantan dan keluarganya mendapat tajaan untuk menunaikan ibadah haji.

RBF : Siasat, siasat,jangan tak siasat. Kalau boleh tubuh suruhajaya diraja sebagaimana percutian bekas Ketua Hakim negara dan VK Lingam. PAS selalu berminat dalam bab-bab penubuhan suruhanjaya siasatan diraja. Sikit-sikit minta tubuh suruhanjaya. Nah ! sekarang ambil,minta saja tubuh suruhanjaya diraja.

Nik Aziz@malaysiakini : Laporan yang memetik sumber itu menyebut bahawa jika ada unsur rasuah dan salah laku dalam kes itu, SPRM akan mengambil tindakan sewajarnya.

RBF : Teruskan...
Syabas SPRM

Mekah adalah tanah suci,serba serbi suci dan kita pula pergi untuk menyucikan diri. Seharusnya wang yang digunakan juga suci.

Ibarat kita nak ambil air sembahyang. Untuk berwudhu kita mesti menggunakan air mutlak. Air mutlak adalah air yang bersih yang bebas dari segala kekotoran. Sebab kita nak membersihkan anggota badan sebelum bersolat.

Kita tidak boleh berwudhu menggunakan air nescafe,milo,kopi atau teh,kerana ianya tidak bersih,walaupun ianya juga air. Sekiranya kita tetap menggunakan air ini untuk berwudhu,badan kita akan belengah.(melekit) .Bila sudah belengah sudah tentu tidak bersih. Air ini, jangan kata kena badan kita,tumpah di atas baju kita pun sudah kotor jadinya.

Begitu juga jika kita hendak menunaikan Haji atau berkorban. Mestilah guna duit yang bersih dan suci serta bebas dari segala kekotoran,barulah Haji atau ibadat korban itu diberkati Allah. Bukannya main ikut saja sesiapa yang taja tanpa usul periksa terlebih dahulu. Ataupun suruh PKNS bayar dan hantar lembu kemudian kita datang bahagi-bahagikan lembu tersebut kepada orang ramai untuk korban atas nama kita , tanpa memberitahu siapa yang bayar lembu tersebut. Tipu dunia bolehlah,di akhirat kelak tak cukup tanah untuk lari 4 x 400 meter.

Tadi saya sempat menonton Buletin Utama, gambar Nik Aziz selesai memberi kuliah jumaat di Kota Bahru pagi tadi. Orang ramai penuh mengelilingi Nik Aziz untuk bersalaman dengan beliau (ambil berkat). Seorang demi seorang yang bersalaman dengan beliau sambil mencium tangannya. Tetapi,tidak seorang pun diantara mereka yang bersalam itu yang Nik Aziz lihat muka mereka. Semuanya beliau tidak lihat muka. Orang salam sebelah kiri ,dia lihat depan,orang salam sebelah kanan dia lihat depan,orang salam sebelah depan pun dia tidak lihat muka orang tersebut.

Orang yang bersalam tidak melihat muka orang yang di salamnya adalah orang yang sombong dan kurang ajar .Itulah dia Nik Aziz. Dia dah rasa diri dia hebat,dia alim,dia waruk dan dia saja yang betul. Kepada sesiapa yang kenal YB Jamalluddin Mohd Radzi (Adun Bebas ,Behrang) sila tanya beliau tentang kisah bersalam dengan Nik Aziz. Beliau ada pengalaman. Sampai sekarang pun beliau tidak menghulur tangan untuk bersalam dengan Nik Aziz.

Akhir kata, tanda kejatuhan seseorang semakin hampir,jika dia sudah bersifat takbur,riak dan sombong.

Seseorang tidak kira sewadhuk mana,selebai mana,sealim mana sekali pun jika ada tiga sifat diatas maka mereka tidak akan masuk Syurga sepertimana yang ditegaskan oleh Nabi SAW.