A jubilant Father Lawrence holds up an Arabic version of the Holy Bible, said to contain the word Allah -dipetik dari malaysia insiderMasuk saja dalam mahkamah ,tempat duduk sudah dipenuhi oleh puak-puak gereja,termasuk yang pakai tudung kecil atas kepala. Sungguh mengejutkan ,bilangan mereka lebih ramai dari orang kita. Dada saya dan GAP kencang seketika. Nasib baik selepas itu satu demi satu orang-orang kita masuk. Ada lagi yang cuba masuk,tapi bila melihat keadaan mahkamah yang sudah penuh,mereka keluar. Tapi saya dan GAP berusaha juga carikan ruang untuk mereka agar mereka dapat masuk. Beberapa orang sebelah sana yang menjeling-jeling melihat apa yang saya dan GAP buat. Tapi, peduli apa aku. Bila keadaan sudah 'balance' barulah saya dan GAP dapat menarik nafas lega.
Apa yang menyedihkan saya ialah, kenapa begitu sukar sekali untuk orang-orang kita datang ke mahkamah bagi memberi sokongan. Nak kata tak tahu, tak mungkin. Sms telah pun bertebaran, media masa pun sudah hebahkan. Dimana silapnya, saya pun tak tahu. Kalau dikira kepada jumlah orang-orang Islam di Malaysia ini, sepatutnya bukan saja bilik mahkamah yang penuh, perkarangan mahkamah dari atas sampai ke bawah mesti penuh. Tapi, ke mana menghilang semua orang-orang kita ? Adakah mereka tidak kisah dengan semua ini ? Ataupun bila sudah tergadai baru nak melompat. Nah ambil ! sekarang sudah tergadai.
Tiada seorang pun pemimpin politik melayu baik dari PAS atau UMNO yang hadir.,apatah lagi dari PKR. Yang ada hanya seorang pemimpin kecil Pemuda Umno Bahagian Kota Raja ,Klang iaitu, Kapten Zairul. Itu pun dia terkontang kanting datang seorang diri. Nasib baik dia bertemu saya dan GAP boleh juga dibuat teman. Ada juga seorang cina tua yang memakai baju hitam dan topi bertulis PAS FOR ALL.
Sebaliknya ,ahli parlimen Klang, Charles Santiago dari DAP, seorang kristian sanggup datang ke sana dan masuk ke dalam bilik mahkamah untuk mendengar hujah dan keputusan. Beliau tidak takut dan beliau tidak malu untuk datang. Walaupun saya tidak suka kepada dia, tapi saya boleh puji dia kerana dia berani datang demi agama dia. Dia tidak takut untuk hilang undi. Dia meletak kepentingan agama dia lebih dari kepentingan politik.
Malang sungguh nasib kita orang Islam dan melayu. Tiada wakil rakyat atau ahli parlimen kita yang sanggup datang demi agama kita, tidak kira samada dari PAS atau UMNO,semuanya kerana politik. Tahniah diucapkan kepada Kapten Zairul. Walaupun dia pemimpin kecil, tapi dia berjiwa besar dan berani.
Berhubung keputusan mahkamah pula. Saya amat takut dengan keputusan hari ini. Saya bimbang jika kita semua tidak boleh mewariskan negara kita kepada anak cucu kita seperti mana yang kita rasa sekarang dan tok nenek kita rasa dulu.
Semakin hari ,kita semakin hilang kuasa. Lebih malang lagi apabila kita ada orang seperti Khalid Samad dalam negara kita. Manusia dajal seperti ini sanggup sokong tuntutan orang-orang kristian untuk menggunakan perkataan Allah.
Bagaimana mungkin satu keputusan yang amat penting bagi orang Islam ditentukan oleh seorang hakim yang bukan Islam. Apakah negara kita sudah tiada lagi hakim-hakim Islam ?
Sudahlah, saya tak mahu bercakap banyak lagi. Kalau anda semua betul-betul peka ,tak kira apa parti sekalipun beramai-ramai kita datang menunjukan kepekaan kita esok 1/01/2010 selepas Solat Jumaat di Masjid Wilayah,Jalan Duta KL. Ramai-ramai nyatakan bantahan anda secara aman.
Ulasan dari GAP, sila rujuk di sini


















