Wednesday, January 27, 2010

KISAH DARI KELANTAN. ROYALTI, BAYARAN TUNAI ATAU WANG IHSAN ?

Salam kepada semua

Hari ini (selasa) saya berada di Kota Bharu untuk menghadiri satu forum bertajuk 'ROYALTI MINYAK' ANTARA RETORIK POLITIK DAN KEPERLUAN RAKYAT. Penceramahnya, Dato Seri Mustafa Mohamed, Datuk Dr. Awang Adek Hussein dan Datuk Paduka Ibrahim Ali. Tempatnya di Grand Ballroom Hotel Renaissance Kota Bharu.

Saya amat bersemangat untuk ke program berkenaan. Tiada orang bayar pun duit tambang saya. Semuanya duit sendiri. Matlamat saya adalah untuk mendapat cerita yang sebenar dan laporkan kepada anda semua di blog saya.

Saya berada di sana seawal jam 8.30 malam. Program bermula jam 9. Tempat duduk penuh sehingga melimpah ke luar dewan. Kehadiran saya jangka 3000 orang. Memandangkan tiada kerusi untuk duduk, maka saya duduk bersila atas lantai di depan sekali.

Saya ingin memberi tumpuan kepada apa yang diberitahu, supaya senang untuk dilaporkan kepada anda semua, sebab itu saya memilih untuk berada di depan walaupun bersila.

Program bemula dengan ucapan Tok Pa yang penuh dengan dalil-dalil dan nas yang bernas. Lebih senang difahami lagi apabila tayangan slide show isi-isi penting perjanjian petrolium dan peta telaga minyak dipaparkan di skrin besar dan diterangkan secara terperinci oleh Tok Pa.

Saya berpuashati, dengan semangat yang berkobar-kobar rasanya tidak sabar untuk saya menerangkan kepada anda tentang pembohongan PAS mengenai tuntutan palsu royalti minyak Kelantan.

Semasa Tok Pa sedang berucap, saya berlari turun ke pasaraya di sebelah hotel berkenaan untuk membeli pen drive dengan hasrat agar dapat kiranya pihak urusetia 'save' data-data yang dipaparkan dan seterusnya dapat saya menerangkan kepada anda semua melalui blog saya.

Selesai program, saya meminta bantuan saudara Izwan (Pemuda Umno Kota Bharu) agar dapat menemukan saya dengan urusetia untuk tujuan hendak 'save' data-data dan peta telaga minyak.

Harapan tinggal harapan, setelah berjumpa urusetia, Izwan mengenalkan siapa saya kepada mereka dan saya menyatakan hajat saya, anda tahu apa yang mereka kata ? "Aku tak boleh bagi Wan,kena minta permission dulu, ini sulit" Mendengar kata-kata urusetia, saya tiba-tiba putus asa dan dalam hati berkata "sulit kepala otak kamu, kamu dah tunjuk kepada ribuan orang yang hadir, aku nak tunjuk kepada pembaca blog aku,kamu kata sulit".

Cuba anda semua fikirkan, setakat peta telaga minyak dan isi-isi penting perjanjian (bukan perjanjian antara Petronas dan Kerajaan Negeri), hanya isi-isi secara ringkas sahaja, itu yang dikatakan sulit. Kalau sulit, kenapa ditunjukkan kepada ribuan orang yang hadir ? Sedar atau tidak oleh urusetia yang 'sulit' itu telah pun dirakam oleh puluhan jurukamera yang datang. Jika benar sulit, maka anda kena ambil balik semua pita yang telah dirakam oleh jurukamera.

Bukan sulit, yang sebenarnya urusetia malas hendak buka kembali komputer yang telah ditutup. Itu yang sebenarnya. Suka hati merekalah, saya bukan ah long, saya hanya hendak tolong.

Saya hanya boleh bercerita kepada anda seperti yang dibawah ini. Maaf kerana tiada dokumen sokongan. Anda hendak percaya atau tidak terpulanglah. Pada saya sukar untuk orang percaya perkara begini jika tidak disertakan dokumen sokongan. Sebab itu semasa memberi penerangan Tok Pa sendiri pun menunjukkan dokumen sokongan termasuk peta. Perkara itulah yang membuat saya percaya dan yakin kerajaan PAS Kelantan membuat tuntutan palsu. Tapi sayang seribu kali sayang, Tok Pa berjaya meyakinkan saya, tetapi saya gagal meyakinkan anda. Apa nak buat , sudah nasib kita menjadi blogger jalanan.

Ceritanya begini.

Royalti yang dituntut berbilion-bilion ringgit oleh PAS adalah di kawasan MTJDA (Malaysia Thailand Joint Development Area). Kawasan tersebut menjadi pertikaian antara Malaysia dan Thailand sejak tahun 70 an. Untuk mengelakkan hubungan Malaysia-Thailand tegang, maka PM ketika itu Tun Abd Razak bersetuju supaya sebarang hasil minyak atau gas dari kawasan berkenaan dibahagi secara 50-50 antara dua negara. Satu jawatankuasa bersama dibentuk untuk menjaga kawasan berkenaan.

Tiada perjanjian melibatkan negeri, hanya negara dan negara. Selepas kawasan berkenaan (Blok PM 302) mengeluarkan gas beberapa tahun yang lalu, hasilnya menjadi milik kerajaan pusat. Kawasan berkenaan berada 200 batu nautika dari bumi Kelantan.

Mengikut undang-undang dan perjanjian antara Petronas dan negeri, bayaran tunai (bukannya royalti) sebanyak 5 % hendaklah dibayar kepada negeri yang berkenaan jika minyak yang ditemui berada 3 batu nautika dari bumi negeri berkenaan. (3 batu diambil kira dari kawasan air surut)

Satu kawasan gas telah ditemui di perairan Malaysia, kira-kira 150 batu nautika dari bumi Kelantan. Penemuan tersebut tidak banyak. Kawasannya amat kecil sekali. Nama telaganya PM 301. Gas mula dikeluarkan di kawasan berkenaan pada 2008.

Kelantan tidak layak mendapat bayaran tunai 5 % daripada hasil berkenaan ,kerana kedudukan telaga berkenaan (PM 301) berada 150 batu nautika dari bumi Kelantan. Melebihi 3 batu sepertimana perjanjian dengan Petronas.

Sebab itu dalam persidangan parlimen yang lepas, Anwar Ibrahim ada mencadangkan supaya perjanjian dikaji balik dari 3 batu nautika kepada 250 batu nautika. Anwar tahu perkara sebenar, kerana Kelantan pernah menghantar tuntutan yang sama semasa beliau Menteri Kewangan.

Bagaimana pun atas dasar perikemanusiaan dan ihsan, PM Datuk Seri Najib setuju untuk memberi wang berkenaan kepada rakyat Kelantan dan dinamakan wang ihsan. Hasilnya telah diserahkan kepada Kementerian Kewangan oleh Petronas. Dan wang tersebut akan disalurkan ke Kelantan melalui JPP pada bulan Mac ini sebanyak RM 20 juta. Bukannya berbilion-bilion sepertimana yang didakwa oleh abu jahal husam bin musa.

Dalam perjanjian antara Petronas dan negeri-negeri, istilah royalti tidak pernah diguna pakai. Istilah yang diguna pakai ialah bayaran tunai.

Untuk Sabah dan Sarawak pula , perjanjian telah dibuat sebelum mereka menyertai Persekutuan Tanah Melayu lagi. Perjanjian ketika itu menyatakan , selepas menyertai Persekutuan , kerajaan pusat tidak akan mengusik hasil minyak mereka walaupun telaga minyak mereka berada melebihi 3 batu. Sehingga sekarang pusat mematuhi perjanjian tersebut.

Jika Kelantan hendak merasa duit minyak sepertimana yang dirasa oleh Sabah dan Sarawak, maka husam dan Nik Aziz boleh lah cuba memohon untuk Kelantan keluar dari Malaysia. Saya pun teringin juga hendak melihat Kelantan ada kementerian-kementerian sendiri, polis sendiri,bomba sendiri dan sebagainya. Cubalah jadi Timor Leste (Timor Timur) pula. Dulu elok-elok dalam Indonesia, mereka hendak merdeka. Sekarang Timor Barat pula yang lebih maju dari Timor Leste.

Kesimpulannya, royalti minyak berbilion-bilon yang dituntut oleh Kelantan hanya retorik politik semata-mata sebagai bekalan PRU 13.

Sebab itu sehingga sekarang mereka tidak bawa ke mahkamah. Pertama, jika dibawa ke mahkamah, mereka tahu mereka akan kalah. Kedua pula, jika dibawa ke mahkamah, hal tersebut tidak boleh lagi diperkatakan diluar lagi sehingga perbicaraan selesai. Bila tidak boleh lagi berbicara hal minyak, maka sudah tentu rakyat akan berbicara pasal anak, menantu, PMBK, bazar tok guru 50 juta dan Rumah Kelantan yang diberi secara percuma oleh menantu kepada pemaju. Dan juga PAS tiada isu untuk didendangkan dalam ceramah. Bila tiada isu panas, sudah tentu pendengar ceramah akan kurang, bila pendengar kurang pula sudah tentu duit derma jihad juga kurang. Bila duit derma jihad kurang, pemimpin PAS juga akan kurang duit.

Itulah PAS, dari gigi susu sampai gigi palsu kerja mereka hanya berbohong. Biarkan si abu jahal husam bin musa dan Nik Aziz mampuih jatuh pokok nyoq ,kerana terbayang-bayangkan pitis berbilion-bilion.

Klik di sini untuk cerita royalti minyak- Anwar,Nik Aziz dan husam musa

10 comments:

ZAFAN said...

Kupasan yang baik. Tahniah RBF. Kepada yang tertanya selama ini seperti saya merasa lega dengan penjelasan walaupun tanpa dokumen sokongan. Saya percaya RBF dalam hal ini daripada cerita-cerita yang disensasikan oleh PR terutama Nik Aziz. Masa PM umumkan dapat wang ihsan hari tu siap kata berpuasa 3 hari untuk menunjukkan tanda kesyukuran. Bila kena cucuk balik dengan Husam tak setuju la pulak. Siap nak bawa ke mahkamah dan haramkan sesiapa dari kelantan berbincang tentang wang ihsan dengan kerajaan Pusat. Orang tak perpendirian macam ni pun boleh jadi MB. Tetapi masalahnya kenapa kerajaan tidak sebarkan maklumat ini secara menyeluruh..kenapa nak guna kaedah ceramah yang kehadiran tentu terhad. Kenapa tidak diterbitkan risalah terperinci dan sebarkan ke seluruh negara untuk rakyat tahu kedudukan sebenar?? Bukan susah sangat pun. Kan ada Pemuda, Wanita, Puteri, atau gabungan semuanya di kalangan parti dalam BN?. Daripada tak tahu nak buat apa baik la mereka menjadi agen kerajaan menyebarkan maklumat penting macam ini daripada dimanipulasi oleh pembangkang sampai silap haribulan yang sokong BN pun percaya Royalti sepatutnya bukan wang ihsan..Ini yang menjadi masalah kepada BN. Semuanya harap DS Najib yang buat. Ada blogger sukarela macam RBF pun depa tak percaya..

aliffnajmi said...

Salam, tahniah n terima kasih utk rbf.
Penyampaian ringkas n padat. Senang nak faham.
Jadi lepas ni leh aku gunapakai isi kandungan artikal ni utk patahkan hujah kawan2 aku yg masih taksub ngn hamPAS.

Dokumen sokongan tu mmg rasanya boleh bodek Tok Pa direct kot. :)

Anonymous said...

RBF,

harap saudara dapat bersabar kerana saya sedang usahakan ..

BlackList

Miak Bujat said...

Yup... aku setuju pasal statement minyak bagi negeri Sabah dan Sarawak kerana isu minyak adalah salah satu daripada 20 perkara yang dipersetujui sebelum Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia. Dan di Sarawak minyak pernah dijumpai di daratan pun. Buktinya adalah tinggalan lombong minyak di Miri yang kini dijadikan Muzium.

Anonymous said...

pas tak bawak isu royalti ke mahkamah,tp org ini akan bwak dlm masa sebulan lagi..
kita tgok reaksi nik aziz & husam masam
http://www.sinarharian.com.my/bterkini/2216.asp

Anak Lenggong said...

Tok ajis kata ambo tak nak duit ehsan..ambo nak jugak duit royalti tu..kalau duit ehsan ambo setuju..nanti anak beranok ambo tak leh nak raso pitih komisyen..sebab duit tu dibagi terus ke rakyat ambo melalui wakil BN..kalau duit royalti tu ambo nak dibayar melalui ambo..nanti leh jugak ambo bag2 kat kroni ambo..

Tok Nik weii..kalau berani sangat bawak lah kes tuntutan ni kae mahkamah dah berbula dah ambo dok tunggu takde pun husam tu buat laporan polis untuk dibawa kemahkamah..mu ni kuat nipu sungguh la pok nik

Xenan said...

kenapa tengku razaliegh bersama kerajan kltn dlm isu ni?

die belot ke?

Bicara Kelantan said...

salam..
saya mengsahkan setiap butir perkataan RBF ini benar. saya juga berada dalam ballroom hotel rennai utk mengikuti penjelasan dato' pa.

akuumnobangang said...

mustapha barua dan kapela haram berhim ali jugak yg kau nak sokong...ape punya sial makhluk melayu macam kau ni??diaorang ni ke yg rakyat kelantan pangkah utk mentadbir kelantan..dari mulut hmis dan berbau longkang ni ke yg korang harapkan akan dapat pecah belahkan pentadbiran kelantan,,,,gua tengok lu ni kecik besar/kecik besar je cam talibarut BN si laknat TV1 yg suka2 kepala hotak diaorang komen kedah mundur dsan dah tak ada harapan utk dimajukan dibawah pentadbiran PR(2 hari Lepas)??hoi melayu haprak dan bengong,,respek sikit lah kat pemimpin PR yg diangkat rakyat..jangan buat statement yg berjaya membuat orang membenci sesama melayu ..royalti ni adalah mutlak rakyat kelantan,,mentang mentang Barisan Nauzubillah perintah...tepuk tepuk lah tangan menghancurkan sesama melayu

aliffnajmi said...

kesian 'akuumnobangang', dah tertutup hatinya.
Dah terpampang kenyataan dpn mata... cuma perlu baca, fahamkan dan fikirkan dgn hati terbuka.

Klu masih ragu2, cuba bandingkan fakta2 rbf ni dgn fakta yg harakah/husam keluarkan.

Itu pun klu berani la.
Sekali lagi aku ckp.. ITU PUN KALAU KO BERANI LA!!

Maklum lah, puak2 pas ni mmg terkenal dgn sikap jumud dan taksub pd pemimpin dorang. Hitam kt N.ajis, hitam la kt dorang. Tak payah fikir, terima 100%.