Wednesday, January 27, 2010

DARI KELANTAN...

Salam dari Kota Bharu...

Saya kini masih di Kota Bharu. Ku sangka berada di Kota Bharu saya akan lebih tenang. Rupanya tidak. Kerja mengalahkan wartawan CNN. Berkejar ke sana, ke sini.

Ramai orang yang nak memberi info kepada saya dengan tujuan untuk didedahkan. Termasuklah dari kalangan orang-orang PAS sendiri.

Nantikan pembongkaran terhebat dari saya tentang 'kegiatan ekonomi' seorang yang menjaga perancangan ekonomi di negeri Kelantan. Dokumen sudah berada di tangan saya. Siasatan 70 % selesai , tinggal lagi untuk dilengkapkan gambar-gambarnya.

Untuk gambar, saya perlukan sedikit masa, kerana saya perlu bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Apa pun harap bersabar. Sampai masa akan didedahkan.

Satu info yang menarik juga. Seorang 'rakyat' Kelantan yang selama ini hebat dalam bab saman-menyaman begitu takut untuk menghadapi saman dari K****Y J***L****N. Daripada siapa dia meminta pertolongan juga akan didedahkan.

Selama ini saya ingatkan dia hebat, salah sikit saman, salah sikit saman. Ruuuuupa - ruuupanya dia penakutttttt, bila dia sendiri kena saman.

Juga kisah seseorang yang cuba hendak menumpang berteduh di bawah payung Istana , kerana sudah tiada tempat lain lagi untuk dia berteduh.

Nantikan pendedahan semua ini sedikit masa lagi. Sekarang saya himpun-himpun dulu, bila balik KL baru saya lengkapkan semua laporan. Malam esok saya akan ke Stadium untuk mendengar ceramah 'royalti' minyak. Saya pun nak dengar juga apa yang Ku Li nak cakap esok.

Let's play game...

Bye-bye

RBF
Kemanan Kopitiam
Kota Bharu

8 comments:

Gen Info said...

Wah bagus ni, diharap dengan pendedahan tersebut maka dapatlah rakyat menilai yang mana kaca dan mana intan.

Akhirnya sokongan yang membawa ketaksuban pada Nik Ajis akan membawa padah

Salam Perjuangan

Anonymous said...

Jangan lupa cuba Nasi Tumpang dan Nasi Dagang...sedaaaaaaap.

GOMO said...

salam bro..mantap...gua tak sabar nak tunggu..ha ha ha

ini macam habis CELAKA bak kata nik ajis...he he he

jangan lupa bro..kawan siap sedia mengempur nya...he he he

Kesedaran said...

Assalamualaikum

Sy tabik hormat kpd tuan kerana berusaha untuk mencari bukti dan membongkar akan penyelewangan yg berlaku di Kelantan. Tahniah dan sy berharap ianya satu laporan yg lengkap dengna fakta tanpa ada penambahan dari sudut apa sekali pun.

Sy juga rasa berbangga kalau tuan ada masa untuk mencari fakta dan bukti untuk mencari penyelewangan di negeri-negeri lain tidak kira di perintah oleh BN atau PR. Londehkan agar dapat rakyat tahu akan kelemahan kerajaan yg mereka pilih. Tapi tolong adil, tidak pilih bulu. Segala penyelewangan di setiap negeri didalam TANAH MELAYU ini perlu di war-warkan kepada rakyat agar PRU13 rakyat dapat memilih mereka yg boleh memerintah untuk rakyat bukan untuk suku sakat mereka.

Tahniah sekali lagi dari saya.

Anonymous said...

Bro,buang cepat gambar nik amalina dengan wanita berpurdah tu.dia nak saman bro.kacau sungguh perempuan tu.

Anonymous said...

mintak tolong rakamkan ceramah tersebut yer..nak gak dengar apa kata ku li ni

Anak Lenggong said...

Salam bro..

Kami akan tunggu berita pembokaran tu..tapi dalam dok snap sana snap sini..tersnap mat lanun poji@perisik rakyat pulak..sebab sekarang dia kena berusaha keras untuk mencari sumber fitnah..disebabkan salah saorang blogger yang dok input didalam blog dia si Aduka tu dah dok dalam kandang besi...

Anonymous said...

salam bro....
aku x sbr nak tggu cite tu....
cpt skit balik KL ok...hehehe..

-mr manson-