Sunday, January 17, 2010

HUSAM TIDAK SEBODOH ITU...

Apabila blogger kickdefella mendedahkan tentang kerugian RM 50 juta dalam skandal Bazar Tok Guru, saya rasa seluruh penggemar politik tanahair akan terbayang wajah Husam Musa yang mendedahkannya kepada kickdefella. Ini kerana semua orang tahu mereka berdua amat akrab sebelum ini. Sekarang, Wallahualam...

Tetapi, pada pandangan saya, Husam tidak sebodoh itu untuk menjerut lehernya sendiri. Bengong sangatlah si Husam ini kalau dia yang mendedahkan apa yang dibincangkan dalam mesyuarat exco kepada kickdefella. Dia pun ada akal, kalau kickdefella yang cerita , sudah pasti orang akan kata dan sahkan dia yang bocorkan maklumat. Buat apa dia nak cari nahas. Sekarang ini orang bebas menuduh, tapi dia tak buat, apa dia nak takut.

Harus diingat Husam ini orang cerdik, orang pandai, dia dilahirkan bukan saja untuk Kelantan, tapi untuk Malaysia. "Dia ore yang ambo sayang".

Dalam barisan exco Kelantan, ada 3 orang sahaja yang tak rapat serta mendendami Husam dan kickdefella. Antaranya Nik amar dan Takiyuddin Hassan dan Daud Iraqi. Ada tujuh lagi exco, ditolak Husam ada enam lagi exco yang boleh bocorkan maklumat kepada kickdefella. Mungkin juga pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri yang hadir mesyuarat exco yang bocorkan maklumat tersebut.

Siapa yang bocorkan kita semua tidak tahu. Yang saya berani kata bukan Husam. Andai ditakdirkan Hj.Hadi panggil Husam dan suruh bersumpah pegang Quran depan dia petang ini saya yakin Husam berani buat. Dia tak salah, apa yang dia nak takut. Tapi, walaubagaimana pun perkara ini tak akan berlaku, kerana Hj.Hadi pernah berkata, sumpah adalah benda bodoh dan tiada dalam Islam.

Satu lagi yang saya nampak ialah, mungkin juga ini adalah 'game' dari Ariffahmi dan Takiyuddin untuk kenakan Husam. Mungkin ada 'toyol' yang memberi maklumat kepada kickdefella. Toyol tersebut buat kerja sepertimana yang disuruh oleh tuannya.

Seperti diketahui umum, Ariffahmi serta isterinya yang bengong itu dan Takiyuddin bermusuh dengan Husam. Kemungkinan besar mereka-merekalah yang 'memasang' orang-orang tertentu untuk membocorkan maklumat kepada kickdefella, sedangkan kickdefella tidak kenal orang tersebut. Apabila kickdefella dedahkan skandal tersebut, sudah pasti orang ramai akan terbayangkan Husam yang bocorkan maklumat.

Tujuan mereka berbuat begitu adalah untuk merosakan reputasi 'ore yang ambo sayang' dimata Nik Aziz dan seterusnya mereka berharap agar Nik Aziz memecat Husam. Tetapi mereka silap, Nik Aziz juga bukan bodoh dalam bab orang kenakan Husam. Nik Aziz dapat hidu, itulah pasal semalam dia kata ada budaya cah keting dalam Pas.

Senang cerita, buatlah apa sahaja sekalipun terhadap Husam, Nik Aziz tetap tidak akan percaya. Sayangnya dia pada Husam amat luar biasa sekali. Anak dia sendiri pun dia ketepikan.Itulah pasal anak-anak Nik Aziz marah kepada Husam. Hanya mati sahaja yang akan memisahkan kasih sayang antara Nik Aziz dan Husam.

Kepada Mahfuz Omar, bila nak desak Kerajaan Kelantan panggil sidang DUN khas untuk bincang skandal RM 50 juta ini ?

Nantikan pendedahan skandal Takiyuddin Hasan di MPKB dalam posting yang akan datang.

2 comments:

Anonymous said...

Salam Faisal,

Kes latihan perahu naga di Pulau Pinang yang mengorbankan nyawa murid-murid tu pun harap abang buat ulasan sikit.

Dulu penganjuran perahu naga di buat di empangan Air Itam. Sekarang pindah ke laut. Tentulah membahayakan nyawa anak-anak yang tengah sibuk berlatih untuk menang pertandingan tu.

Kalau kes jambatan runtuh di Pos Dipang waktu kem 1Malaysia pembangkang sibuk melompat suruh tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja patut kes ni pun kena suruh pembangkang buat Suruhanjaya Siasatan Diraja juga.

Pemerhati said...

Husam adalah liabiliti bagi PAS sebab dia adalah orang suruhan Anwar aljuburi!