Monday, January 18, 2010

ISTERI TAKIYUDIN PEMBEKAL TIKET KEPADA MPKB


Sepertimana yang dijanjikan dalam posting saya yang lepas iaitu saya akan mendedahkan tentang skandal Takiyudin Hasan di Majlis Perbandaran Kota Bharu.

Beliau adalah exco yang menjaga hal ehwal kerajaan tempatan di Kelantan. Maknanya MPKB berada di bawah kuasa beliau.

Saya difahamkan beliau telah menyalahgunakan kuasa beliau sebagai exco untuk 'memaksa' MPKB membeli tiket-tiket penerbangan dengan sebuah syarikat yang bernama Jasa Teratai Holidays Sdn Bhd. Rujuk di sini.

Saya difahamkan juga yang syarikat tersebut adalah milik salah seorang isteri beliau. Bukan sahaja MPKB yang terpaksa membeli tiket dengan syarikat tersebut, Majlis Daerah Ketereh juga sama.

Jika perkara ini benar, ternyata ianya adalah salah satu penyalahgunaan kuasa yang serius yang dilakukan oleh seorang exco dari sebuah parti yang kononnya berjuang mengikut kehendak Islam.

Mohon agar Takiyudin Hasan dapat menjelaskan perkara ini kepada rakyat Kelantan sebelum beliau sibuk mencari siapa yang membocorkan agenda mesyuarat exco kepada blogger kickdefella.

Mansuhkan OSA! Mansuhkan ISA! Banteras Rasuah!, itulah yang menjadi prinsip perjuangan PAS selama ini. Siapa yang bocorkan maklumat kepada kickdefella tak penting, kerana PAS tidak pernah memperjuangkan OSA dimartabatkan, sebaliknya meminta ianya dimansuhkan. Utamakan membanteras rasuah terlebih dahulu.

Lagi skandal MPKB di sini

9 comments:

PPUNT said...

teruskan pendedahanc anda..

tp jgn lupa, hal ini!

http://pemudanibongtebal.blogspot.com/2010/01/penjelasan-dari-ketua-umno-bahagian.html

ejarll said...

mereka nie semua sibuk bercerita psl pemimpin UMNO / BN, rupanye "ckp x serupa bikin"

rizuan mh said...

good job bro..rakyat perlukan rakyat spt Tuan yg berani mendedahkan perkara benar..teruskan terjah!!!

Jeffry said...

SLM BRO..RUPENYA ORG BEBINI LEBIH DARI 1 NI PUN ADE PEKDAHNYE LAAA HEHEH

matrengganu said...

Kertas tisu tandas MPKB sape yang bekalkan? Eh rasa nya saya tau la...mesti kroni dia jugak ...

mat saga said...

"Saya difahamkan juga yang syarikat tersebut adalah milik salah seorang isteri beliau"...

mari kita teka.... kutu nie ada berapa orang bini.....

saya teka 3...

siapa betul nanti bole claim hadiah tiket flight pegi balik ke Siam dengan bini dia...

Anonymous said...

Doa cacai tua yang dok suruh najib pecah perut tu dah terbalik ,,, alhamdulillah, Allah bayar cash kepada hamPAS dan kuncu kuncunya

adddotblogspotdotcom

jibaouk said...

salam genggam bro...

wa respect sama lu..
truskan wat keje..
mane patut balon... lu balon
sagak2 burong gagak la kan...

janji...'TARAK GOYANG'!!!

idop rbf!!!

Anonymous said...

ini jawa kelantan patut la perangai macam UMNO jawa