Sunday, January 24, 2010

JPJ DAN CERMIN GELAP

Dibawah ini adalah e mail yang dikirim oleh seorang pembaca blog saya yang bernama En.Lokman.

Sesuai dengan misi saya iaitu menyampai suara rakyat marhaen, maka saya mengambil keputusan untuk menyiarkan e mail yang dikirimkan tanpa sebarang edit.

Pendapat saya juga sama seperti pengirim e mail berkenaan. Cuma dalam bab ini kita tidak boleh menyalahkan pihak JPJ.

Mereka memikul amanah, mereka menggalas tugas, maka mereka kena jalankan tugas yang telah dimanahkan. Jika tidak amanah mereka pula mendapat yang dosa buta-buta kerana tidak menjalankan amanah yang diberi. Yang membuat keputusan dan mengeluarkan arahan adalah Kementerian Pengangkutan.


JPJ Harus Mesra Pengguna Berhubung Isu Cermin Gelap

Mengulas laporan Karam Singh Walia mengenai operasi cermin gelap yang disiarkan Buliten Utama pada 14 Januari 2010 seterusnya dilaporkan semula mengenai operasi JPJ sekarang mengenai cermin gelap di seluruh negara. Berikut adalah pandangan kami sebagai rakyat Malaysia dan sebagai peminat kereta yang mempunyai citarasa dan keinginan tinggi untuk mencantikkan kenderaan. Dalam hal ini kita ingin mempersoalkan peraturan cermin gelap terhadap kenderaan MPV seperti ESTIMA, ALPHARD, WISH, EXORA atau lain-lain kenderaan yang berkonsepkan MPV

Kebanyakkan kereta import sudah sedia digelapkan dibahagian penumpang dan tempat letak barang. Dalam hal ini seharusnya ada timbang rasa dan kelonggaran bagi kenderaan MPV kerana kenderaan ini tidak mempunyai bonet tertutup dan boleh mendedahkan barang yang dibawa kepada risiko kecurian atau pecah kereta. Malah konsep rekaan ini telah dikaji oleh negara maju seperti Jepun kerana telah melihat jauh kehadapan bagi menjamin keselamatan barang dan juga penumpang. Maka dalam hal seharusnya JPJ boleh bersikap lebih mesra pengguna.

Dalam konteks penggunaan cermin gelap yang kononnya dijadikan isu besar oleh pihak JPJ, maka kami amat menuntut JPJ untuk menjawap persoalan berikut :

  • Apakah kesan pemakaian cermin gelap boleh meningkatkan kadar kemalangan jalanraya ? Jika ada berapakah angka sebenar punca cermin gelap yang boleh dikaitkan dengan peningkatan kadar kemalangan jalanraya di negara kita. Apakah dengan menguatkuasakan cermin cerah boleh dibuktikan pula dapat mengurangkan kadar kemalangan ?
  • Adakah JPJ sedar bahawa ada faktor yang lebih utama dan sangat signifikan iaitu faktor jalanraya di Malaysia yang tidak diselanggara dengan baik, garisan putih yang pudar di kebanyakkan jalanraya menyebabkan banyak kenderaan terbabas ? Selain itu faktor keadaan kenderaan seperti tayar botak, modifikasi terhadap enjin serta sikap pemandu lebih merupakan sebab utama yang seharusnya diberikan perhatian oleh JPJ Malaysia.
  • Bagaimana pula kenderaan perdagangan seperti van yang mempunyai penutup besi di keseluruhan bahagian belakang yang bertujuan menutup barang-barang yang dibawa. Bukankah van ni juga mungkin membawa barang yang diragui dan mungkin membawa penjenayah ?
  • Kenapa bas ekpress boleh menggunakan cermin gelap atau langsir untuk penumpang mereka yang bagi saya juga adalah kesalahan yang sama ?
  • Bolehkah JPJ menjamin keselamatan barang dalam kenderaan MPV selepas ini jika kenderaan kami dipecahkan kerana pencuri dapat melihat apa yang ada dalam bonet MPV kami ?
  • Apakah ada peraturan yang berbeza kepada orang yang berbeza, umpamanya kenapa VVIP atau kenderaan kerabat diraja boleh bercermin gelap sedangkan rakyat biasa tidak boleh ? Sedangkan sebagai pemimpin dan milik rakyat mereka sepatutnya memasang cermin cerah untuk kami melihat pemimpin setiap kali mereka berada di dalam kenderaan.
  • Apakah bezanya peraturan ini dengan peraturan di negara lain ? Mengapa peraturan ini tidak dikuatkuasakan di negara lain ? Adakah negara lain tidak cerdik atau JPJ kita yang tidak cerdik mencipta peraturan. Pernahkan JPJ menkaji akta lapuk yang sudah ketinggalan zaman ini dengan negara lain?
  • Adakah JPJ sedar bahawa semakin banyak akta yang mengarut dan peraturan yang pelik semakin banyak pula kadar kemalangan, dan ianya bukan berkaitan dengan cermin gelap seperti yang cuba diwar-warkan. Malah JPJ sudah hilang fokus kepada keutamaan mereka dalam hal-hal yang boleh membantu mengurangkan kadar kemalangan atau membantu kerajaan dalam hal ini. Fikirkan secara inovatif dan matang dalam mencari kaedah baru atau peraturan yang mesra pengguna. Jika perlu lihatlah kaedah negara maju dalam usaha mereka mengurangkan kadar kemalangan dan peraturan yang mereka ada.
  • Kenapa JPJ menghalang kreativiti dan hak kami sebagai orang yang mencintai kecantikan kenderaan dan dalam masa yang sama menghalang rezeki kedai-kedai aksesori mencari sumber rezeki. Adakah adil tindakan JPJ ini kepada rakyat sedangkan slogan kebajikan rakyat tidak diendahkan atas faktor mempunyai kuasa menyaman dan hilang pertimbangan budi
  • bicara dalam isu yang amat remeh dan kecil ?

Justeru itu kami ingin bertanya : APAKAH RAKYAT MALAYSIA BERHAK MEMBAWA KES KE MAHKAMAH JIKA KENDERAAN DISAMAN BERHUBUNG CERMIN GELAP,.? Jika BOLEH : alasan yang diberikan tadi boleh dijadikan hujah pembelaan untuk mempersoalkan tindakan JPJ dengan akta yang tidak mesra rakyat dan double standard. Justeru diharap semua rakyat Malaysia harus sama-sama berani untuk berhadapan dengan JPJ dalam isu-isu yang melibatkan hak kita sebagai pengguna. Bawalah kes ke mahkamah jika anda rasa kita sebagai pengguna boleh menang..Mungkin sebagai pengguna kita boleh meletakkan SAMAN RM1 JUTA atau yang berbaloi..Kalau kita kalah pun hanya perlu membayar saman sekitar RM300 sahaja. Biar kita penat sikit tapi ada ketikanya Penguatkuasa JPJ Malaysia wajar juga disusahkan sedikit sebagaimana mereka jarang menggunakan budi bicara ketika berhadapan dengan kita.

Seharusnya peraturan dan akta yang 'terlalu lapuk' dan 'tidak sesuai dengan zaman' wajar dipinda. Berilah peluang kepada kedai aksesori kenderaan mencari rezeki melalui perniagaan ini. Malah tindakan menyaman kereta yang menggunakan ‘nombor spray’ atau ‘nombot tidak timbul’ juga amat tidak wajar kerana nombor yang sama digunakan oleh kenderaan Singapura serta agensi kerajaan. Mengenai cermin gelap pula,. alasan cuaca di negara kita juga menyokong keperluan cermin gelap berbanding di Jepun yang lebih sejuk. Alasan mengaitkan kejadian jenayah dengan pemasangan cermin gelap pun amatlah dangkal sedangkan ramai pegawai polis atau JPJ juga menggunakan cermin gelap di kenderaan mereka. Selidiki dahulu pandangan orang ramai dan citarasa mereka selagi ianya tidak menyentuh aspek keselamatan dan menganggu orang awam. Penuhi harapan rakyat Malaysia yang kreatif dan berinovasi seiring slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan... KEBETULAN TAHUN 2010 KAN TAHUN INOVASI..



Kereta 'keluarga islam' Pulau Melaka tidak bercermin gelap. Supaya rakyat boleh nampak serban, ketayap dan mulut sedang berzikir. Nanti boleh dapat undi lagi

20 comments:

mrakunman said...

salam kerana sehaluan. tolong paparkan blog saya di papan blog list saudara. terima kasih

Hang horatio said...

salam..sy pasti jpj serta kerajaan msia boleh menjawab soalan2 yg di tanya seperti di atas dgn mudah.kerana benda2 ini sudah di kaji lebih mendalam.

Anonymous said...

saya sokong pendapat sau dara patut nya jpj memikirkan penguasaan pd lori perdagangan yg membawa muatan lebihan bila ada jpj mereka meletak lori ditepi jln kerana tiada undang yg blh meyaman mereka bila berhenti dan lori lori ini la penyumbang kemalngan maut di malaysia fikir fikir la..

Anonymous said...

Kalau tengok nombor Thailand yang guna nombor ASCII lagi teruk, kecik je nombornya 10 meter pun tak boleh nampak, hairan orang kita kalau masuk Thailand kena bayar cukai jalan, tapi Orang Singapore tak kena cukai jalan masuk Malaysia. Sekarang pun banyak kenderaan Thailand masuk Malaysia cermin gelap, tak tau apa diaorang seludup, Ayam ke Senjata Api ke, ish ish ish, orang yang jaga sempadan kena perhati benda ni, JPJ tidor kat sempadan, orang Malaysia kena ikut undang-undang orang luar tak perlu ikut undang-undang

eXception said...

Yup aku setuju, akta JPJ terlalu lapuk... Walaupun aku warga JPJ, tp aku pelik dgn akta JPJ yg mcm sesumpah... Kejap boleh kejap x boleh... Hai entahlah... Tp sikap pemandu sendiri yg menyumbang kpd kemalangan. Speedy, mabuk, mengantuk, potong double line...

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

BOCAH KAMPONG said...

bocahkampong amat bersetuju dengan artikel diatas..,seharusnya pihak berkuasa lebih menitikberatkan soal soal keselamatan yg terlalu ketara dijalanraya yg boleh mengancam nyawa..

Anonymous said...

Salam,

Kenapa abang JPJ nak kejar kereta bukankah lebih sengang tutup satu, kemudian satu dan satu lagi kedai-kedai cina yang jual tint hitam. Sudah tentulah kedai tint tu tak gerak. Alahai JPJ... dalam bijak masih juga dungunya.

Latipah Nomokario

antipkrsarawak said...

antipkrsarawak dah print artikel saudara untuk ditunjukkan kepada pegawai jpj yg buat sekatan jalan raya. kalau jpj saman kereta2 yg cermin gelap, antipkrsrawak akan bagi artikel saudara untuk mereka jawab sebelum saman orang!!!

ruang bicara faisal said...

kpd anti pkr sarawak

ha ha ha. rbf tak power utk menghalang saman jpj. bagaimana pun boleh minta budi bicara mereka.

nanti p.raya sarawak kita jumpa di sana. anda tinggal di kwsn mana

ruang bicara faisal said...

kpd mrakunman

ok, saya dah masuk ke dalam my blog list

Anonymous said...

Operasi cermin gelap ni nampak macam bermusim aje.

Satu operasi dilancarkan, maka banyaklah kereta-kereta kena saman, kena tanggal filem cermin gelap. Adus! hangus duit!

Kemuadian reda, cermin gelap tumbuh balik macam cendawan. Seolah-olah okay pula untuk bercermin gelap.

Kemudian operasi cermin gelap lagi.

Hmmm.. bagus juga bisnes cermin gelap ni ek?

antipkrsarawak said...

salam rbf.. saya dah tunjuk artikel saudara bg pak jpj kebetulan ada pertalian keluarga dgn saya. sy suruh dia jawab, tak terkata sepatah pun dia bro!! cuma dia kata ini dasar org atasan. lepas ni kita kejar mereka yg berada di jabatan keselematan jalan raya (JKJR) pulak bro!!! saya dok dekat2 kuching tp bukan dlm kuching. bukan di sri aman, bukan di betong, bukan di samarahan, bukan di sibu, bukan di sarikei, bukan di bintulu, bukan di miri, bukan di limbang, bukan di kapit.

Anonymous said...

setuju dengan komen pemilik blog ini tapi kurang setuju dgn hujah yg di bawa oleh penulis asal. juga dangkal dan agak dungu. dah xde ke business lain yg boleh dibuat selain cermin gelap? pernahkah jpj menyatakan bahawa cermin gelap punca kemalangan? jpj ni banyak sangat ke kuasa sampai nak tutup kedai tinted pun boleh? (ingat malaysia xde undang2 ke? kl xnak ada undang2, larilah ke mana di dunia yg xde undang2 dan hidup bebas. dlm hutan pun xleh sebarangan. ni kan dalam ketamadunan dunia skg). seronok sangat ke melanggar undang2 dan tuduh org yg menjalankan tugasnya dengan tuduhan yg menyakitkan hati? mungkin anda boleh cuba memohon jd anggota jpj, buat kerja seminggu pun jadilah. apa agaknya akan anda buat dlm hal cermin gelap ni? jgn cakap shj. selami hati mrk yg keje jpj. kita nak org bertimbang rasa dgn kita tp dgn menuduh mrk bukan2, adakah kita bertimbang rasa terhadap mrk? renung2kan dan selamat beramal (drp duk tuduh bukan2, baik duk surau atau kat bilik d rumah dan penuhi waktu dgn ibadat...)

Badlineclear said...

Satu pun x jln, mcm cerita bangau oh bangau...... JPJ/POLIS sama mcm 2 X 5 : kalau anak melayu pasang tinted tak boleh salah, kalau bukan anak bukan melayu boleh pulak. ada yang kena saman, ada yang tidak... sebenarnya penyangak2 tu tak guna pun tinted diaorang dh tahu JPJ/POLIS mesti tahan punya...... TOLONG FIKIRKAN

Anonymous said...

Kenapa ler aku beli keta jepun yg mmg dah cermin gelap ni...kenapa ler kastam lepaskan keta ni..org jepun yg cerdik mesti dah kaji kelebihan n kekurangan cermin gelap pd mpv n wagon...bila lebih kebaikkan drpd keburukkan itu yg dibenarkn cermin gelap pd kdr yg sesuai, bole nmpk lg org dlm keta aku ni.. malas tul nak g jpj.. habis duit nak buat cermin baru...lain kali jgn benarkn caldina, wish,alphard dan yg sewaktu dengannya masuk malaysia sebelum tukar cermin di negara asal..kan pengguna dah kena byr cermin dua kali...ish bole buat aduan pd KDN ni..tribunal aduan pengguna

Anonymous said...

JPJ, hanya tahan atau tangkap kereta aje, cermin hitam pada kereta adalah 100% bahaya kepada pemandu,so memperkuatkuasa menahannya,apa kata murid sekolah menaiki motor tidak memakai helmet dan tiada lesen , motor helmet visor hitam sampai tak dapat nampak muka,apa punya kuatkuasa ?

pemandu bijak said...

Cuaca panas kna ambil kira juga jg nak asik saman ja gelap bukan mna pun masih nampak sapa yg memandu yg penting rodtex diperbaharui tiap2 tahun saya sokong anda semua

Malaysia Tercinta said...

Peraturan cermin gelap JPJ dah lapuk, kena update segera.

Anonymous said...

bulan 6 ni operasi cermin gelap lg...jepun negara yg dah maju berpuluh tahun...jepun buat cermin gelap pada MPV sebab dia dah dibuat kajian mendalam...tp kita x mau terima idea kemajuan tu...dgn rekaan alasan yg masih tak munasabah..DASAR PANDANG KE TIMUR ke tu??

Anonymous said...

sy baru beli wish..tgk laporan PUSPAKOM..semua LULUS...camna JPJ blh kata salah plak? :)

SO, jgn saman pengguna je, SAMAN la jgk mereka2 ni...
1. penjual keta import tu (sbb dia tipu PUSPAKOM).
2. pemberi AP pd penjual krt import tu (siapa yg beri AP tu?)
3. kastam yg benarkn krt tu masuk.
4. pakar yg mencipta cermin tu.
5. pastu try saman syrkt TOYOTA Jepun..

mcm kes nak hapuskan dadah la, kita bkn tgkp penagih shj, malah pengedar dan pembuat juga...

baru la rakyat nmpk keseriusan kerajaan.