Berikut adalah komen yang saya terima dari PUNT berhubung artikel saya yang sebelum ini.
Sdr rbf yg dihormati,
masih tak sudah2 lagi?
apa masalah sdr sebenarnya ni??
boleh cuba terangkan??
Tak pernah pun kami cakap yg kami tak boleh dikritik, tak boleh ditegur.
Maybe rbf terlepas pandang yang Dato Zainal pun ada beri sumbangan peribadi beliau berupa 2 mesin jahit kpd ibu mangsa. Adakah itu dikategorikan sbg kail atau ikan?
fikir-fikirkan..
Tapi saya nak tegaskan disini yg penjelasan itu datang dr Dato Zainal sendiri yg mengirim mesej melalui inbox facebook. Biasanya, msg ni selalunya org byk guna short form saja.
Saya bukan spt saudara yg 24 jam kerja mengadap blog, mengadap internet. Banyak lagi komitmen lain dalam membantu menguatkan UMNO secara 'real' bukan secara maya spt sdr. Tak perlulah mendabik dada kononnya sdrlah paling hero,paling hebat dalam dunia blogging ini. Sekurang-kurangnya, ini komitmen sampingan Pemuda Kami dalam menguatkan parti walaupun tak seberap dan segah blog saudara yang terlalu hebat.
Saya akui kesilapan saya dalam men'copy' msg dr inbox FB ke blog, ada kelemahan terlepas pandang dalam membuat pembetulan ejaan.
itu hak sdr, sdr punya jari, taiplah apa yg sdr suka. Kalau rasa x nak minta maaf, itu hak sdr, ttp sbg sdr seagama, kami sentiasa memaafkan sdr. Tapi ingat, sebelum menghentam orang, selidikilah terlebih dahulu fakta sebenar.
Salam Perjuangan..
Kepada pembaca dan kawan-kawan sekalian, singgah-singgahlah di blog PUNT dan tinggalkan sepatah dua komen yang positif sebagai peransang kepada mereka. Mulai hari ini juga saya telah meletakkan link blog PUNT di blog saya, agar saya dan pembaca-pembaca lain senang untuk melihat apa yang dilakukan oleh PUNT dalam membantu masyarakat.
Mari kita sama-sama beri tepukan kepada PUNT.
Pssttt.....sekali sekala seronok juga menyakat kawan-kawan. Menyakat untuk kebaikan, bukan untuk keburukan.
14 comments:
Salam perjuangan,
RBF, Mc pun ahli UMNO juga, pernah terlibat dalam konflik dalaman, hingga menyebabkan perpecahan. Jika hal yang boleh kita settle ni. Settle la baik2. . Mc tak masuk sebelah sape2 cuma menegur untuk kebaikkan. Cuma Mc agak kurang berkenan dengan KPUM si KJ ni. . makin celaru dengan si KJ weii. .
Encik Faisal,
Hang awat kabut ni? Hang dok cakap pasal Dato Zainal takdak class tu pasai apa? Hang tu baguih sangat ka? Tu mmg dari FB dia, mmg dia yang tulih pon. Pakai shortform pun salah ka? Dia letak disitu pun pasai nak buktikan kebenaran. Hang tau apa? Buat pelecer la hang ni. Hang lagi bagus pi sokong PKR tu la , tak dak kerja lain asyik nak hentam orang tak pikiaq! Hang ni mmg blogger upahan PKR la faisal oi. Hang pi la tok sah nak kalut pasai kami dah.
SALAM RBF..
DI SINI TUAH INGIN MENGUCAPKAN SYABAS KEPADA RBF KERANA INGIN MENYELESAIKAN SEDIKIT SALAH FAHAM ANTARA RBF DAN PUNT.
SEMANGAT INI YANG TERBAIK YANG PATUT ADA DIKALANGAN BARISAN UMNO ATAU PRO KERAJAAN.
YA RBF...BERMAAF-MAAFAN DAN SALING MENGAKU KESILAPAN MASING-MASING ANTARA DUA ORANG SAHABAT ADALAH SATU TINDAKAN TERPUJI, HEBAT LAGI BERANI.
JADI KEPADA RBF DAN PUNT..JIKA KITA INGIN TERUS MAJU DAN BERJAYA..KITA HARUS MAMPU MELUPAKAN YANG LEPAS DAN TERUS MELIHAT KEHADAPAN DENGAN POSITIF.
WASSALAM..
kesimpulannya. setiap berita yg hdk dibawa kajilah dulu dan jgn sesekali bersandarkan pd andaian. Manakala yg menerima berita selidiklah dulu akan kesahihannya.
p/s: berita dari bloger hanya sekadar hiburan sahaja.
alhamdulillah..terharu dgn sikap kalian..semoga semangat begini menjadi UMNO lebih kuat.insyallah.RBF ayat sy klu ada salag leh tolong betulkan skali x?hikhik.
Syabas RBF dan Pemuda NT ... ini sekadar sakat menyakat saja dlam UMNO . mula2 gaduh lepas tu baik balik .
buang yang keruh ,ambil yg jernih .. kita manusai sentiasa mengaku kesilapan tetapi jika kita sedar akan kesilapan kita itu, maka kita lah telah berlajar sesuatu ..
NT bertuah mendapat Ketua Bahagian spt Datuk Zainol dan KP Hj Rashidi.. Kepada pemimpin UMNO yang lain , jangan tidur lagi ..
turun padang dekati rakyat , panggilah segala reporter sinar, utusan, metro buat liputan kerja ada supaya rakyat di kawasan anda menilai anda membuat kerja ..
Sedara MC saya banyak mengikut kebanyakkan blogger pro UMNO atau BPN.Ada di antara mereka terang2 mengutuk tindak tanduk kj.Saya kurang pasti besar mana salah KJ.Saya pun teringin nak tahu kalau boleh apakah salah KJ sebenar2nya.Isu ini patut ditangani atau senang cakap,perlu di settlekan sebelum kita nak menghadapi PRU13.Bagaimana kalau kita dalam Umno untuk menjawap isu2 lain sedangkan dalam parti sendiri kita kurang yakin dengan Ketua Pemuda.Jika ada saudara yang boleh kemukakan bukti dan dalil2 salah KJ ni amatlah saya hargai.Tapi kalau sekadar melepaskan geram dan mengata di belakang,saya rasa buang masa saya.Kalau ada yg salah kita betulkan.Bukan kita menghentam dan merosakan perpaduan dalam pasukan sendiri.Tanya pada diri sedara,bagai mana pendapat sedara tentang Pemuda Umno sekarang.Andai KJ tu tak kuat kepimpinannya,apa kah sumbangan ahli lain? Kononnya kalau Ketua tu tak betul maka ahlinya tak perlu ambil inisiatif untuk gerakkan Pemuda?Begitu juga bila Pak lah turun.Kononnya Umno akan kuat balik.Tapi sedarkah kritikan Tun M pada Paklah sebelum ini banyak membuat orang muak dengan UMno.Orang ramai tak suka Umno bukan sebab pak lah atau Kj semata2..anda tahu jawapannya?.Kita lihat saja kenapa Umno masih belum diterima rakyat meskipun Paklah dah turun tahkta.
ps:tiap kejadian ada sebab munasabah,dan setiap kejadian ada hikmahnya.Maafkan saya kalau sekadar bertanya.Jawaplah dengan hati terbuka.Sedara rbf.,maaf lari topik..
Lu memang best la RBF....
harap dapat la dikekal gaya penulisan dan momentum teguran anda sampai bila-bila...
budak-budak punt nie pun satu...
kena tegur sikit dah kecik hati , berbalas-balas pantun pulak... TUN MAHATHIR orang tegur dan komen pun jawab relax je.... siap jawab secara sinikal lagi....
Assalamualaikum Faisal,
Semua pihak eloklah Buang yang keruh ambil yang jernih...
Tahniah kepada dua dua pihak yang sedia menegur dan sedia untuk ditegur...inilah sebaik baik tindakan untuk memperkasakan UMNO yang luka..Mudah mudahan PUNT akan selantang di dalam komen terhadap Faisal untuk mempertahankan UMNO dan orang orang Melayu..mengenali Faisal di Bagan Pinang..saya percaya Faisal tiada niat untuk mencerca PUNT sebaliknya menegur untuk membetulkan kesilapan..sedangkan lidah lagi tergigit..salam perpaduan sesama kita
Episod saudara dengan UMNO NT hanya menunjukkan sikap UMNO NT yang lagak tidak boleh ditegur.
Bila orang silap, terus nak melenting dan bantai. Masih leka UMNO dengan sikap angkuh.
Menyampah aku tengok. Kalau Perkasa parti politik, aku kasi undi pada Perkasa.
Bila bab perjuangkan Melayu, takut dan diam saja terhadap ketirisan Najib.
Bro,
Bro tau tak NT tu penyokong kuat KJ. Lepas ni bro kena minta maaf dgn KJ pula ke? Kuatkan lah pendirian tu jangan mudah melatah. Sekarang ni diorg rasa diorg telah menang kerana berjaya menundukkan bro. Tapi apa nak buat, takkan la nak ubah balik keputusan tu. Percayalah lepas ni dia akan minta bro minta maaf pada KJ pula. Diorg saja nak test tgk kekuatan dan ketahanan bro je tu dan diorg telah berjaya!
Nampak macam saudara rbf ni kendur..hehe
Jangan takut bro. Hatta kalau ketua bahagian waima presiden UMNO pun kalau salah tetap salah.
Inilah nasib UMNO dipimpin oleh orang - orang yang intelek rendah. Bukan ingin menghina tetapi realiti.
Setakat Dato' orang tak cakap dia hebat..lainlah kalau ada Dr, dan 2-3 ijazah.
Pemuda UMNO pun lebih banyak buat program konvoi dan cuti2 Malaysia daripada bercorak ilmiah dan intelek!!
Tengok Pas, universiti diorang terjah! UMNO apa buat?
UMNO buat bodo..pastu berangan nak tawan balik.
tegur teruk sikit suruh sokong pas, tegur kasar sikit suruh sokong pkr. tah kelas berapa punya minda pun aku tatau..
Post a Comment