Friday, January 29, 2010

MENGENANG SEJARAH : PAS PENIPU - KU LI

Razaleigh sumpah al-Quran 31 Ogos. 1999

KOTA BHARU, Ahad (25.Julai.1999) - Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah, akan bersumpah bersaksikan al-Quran di depan ahli Umno Kelantan pada 31 Ogos depan bagi membuktikan Pas selama ini berbohong.

Katanya, beliau akan bersumpah bahawa Pas bukan saja pernah berjanji memberi jawatan Timbalan Menteri Besar Kelantan kepada parti Melayu Semangat 46, tetapi jawatan yang sama di Terengganu, Kedah dan Perlis jika pakatan kedua-dua parti itu berjaya menawan negeri berkenaan pada pilihan raya umum 1990.

"Kita mahu seluruh rakyat Malaysia tahu Pas yang mendakwa memperjuangkan Islam, berbohong," katanya ketika berucap pada majlis amanat pejuang bangsa di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan, di sini malam tadi.

Beliau berkata, upacara itu yang akan diadakan di sini secara besar-besaran dan dijangka dihadiri puluhan ribu rakyat dan seluruh ahli Umno Kelantan, sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-43.

Tengku Razaleigh berkata, keputusan itu diambil bukan kerana politik, tetapi demi menegakkan kebenaran dengan menjadikan seluruh rakyat sebagai saksi.

Katanya, dengan bersumpah saja dapat menjelaskan hakikat sebenar pembohongan Pas enggan mengaku persetujuan perjanjian itu.

"Ambo (saya) sendiri akan bersumpah. Insya-Allah, ini bukan kerana politik tetapi demi menegak kebenaran. Ambo akan bersumpah bersaksikan al-Quran, bersaksikan rakyat ramai dan nescaya bersaksikan malaikat nak tunjuk palsu dan pembohongnya Pas," katanya.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Annuar Musa; Ketua Penerangan Umno negeri, Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir dan Ketua Penerangan BN negeri, Datuk Mohd Rozali Isohak.

Lebih 6,000 orang hadir pada majlis ceramah itu yang memenuhi Kompleks YKK Sri Peringat.

Pada majlis itu juga Tengku Razaleigh turut menyampaikan bendera BN untuk tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ketereh, Kadok dan Melor kepada wakil DUN terbabit.

Sebelum ini, Tengku Razaleigh yang juga bekas Presiden S46 pernah mencabar Presiden Pas, Datuk Fadzil Noor bersumpah dengan al-Quran jika benar tidak ada perjanjian mengenai pemberian jawatan TMB kepada S46 pada pilihan raya umum 1990 lalu.

Fadzil hanya memberi reaksi negatif cabaran Tengku Razaleigh itu dengan meminta bekas Presiden S46 itu pula berbuat demikian dengan bersumpah bersaksikan al-Quran.

Tengku Razaleigh berkata, jika Fadzil benar-benar tahu mengenai Islam, beliau kena sanggup bersumpah bersama-sama untuk membuktikan kebenaran.

Beliau juga mengaku tertipu dengan Pas kononnya mahu menubuhkan kerajaan Islam di Kelantan untuk dijadikan model kepada negeri-negeri lain di Malaysia.

Katanya, sebaliknya sehingga hari ini parti itu gagal melaksanakan apa yang dinyatakan dalam manifestonya itu termasuk menubuhkan kerajaan Islam di Kelantan.

"Ambo (saya) benar-benar percaya (kepada Pas) tapi rupanya kena tipu tetapi bukan saja ambo (saya) kena tipu, rakyat Kelantan turut ditipu kononnya nak tubuh kerajaan Islam di Kelantan termasuk Tuhan kena tipu.

"Ketika itu juga dalam perundingan (Pas dan S46) untuk Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis (negeri sasaran dikuasai Pas pada pilihan raya umum 1990), kita setuju bagi kepada Pas jawatan Menteri Besar dan S46 timbalan, sudah cukup.

"Jadi, Pas setuju perjanjian itu, tapi sekarang tidak mengaku. Jenis apa orang ini yang tak mengaku pula ada perjanjian," katanya.

Menyentuh hasrat Pas membawa Perlis keluar dari Malaysia dan lelong Putrajaya jika memenangi pilihan raya umum kali ini, Tengku Razaleigh berkata, tindakan itu keterlaluan.

"Parti dan orang macam ini tak boleh sokong dan ini pengkhianat bukan saja kepada negara tetapi bangsa dan agamanya sendiri kerana nak pecah-belahkan rakyat.

"Oleh itu, kita (Umno) kena buktikan Pas adalah parti pembohong kepada rakyat yang hanya masuk kampung berceramah menipu rakyat," katanya.


Ku Li sangkal lafaz sumpah tidak menepati Islam

GUA MUSANG 05.Sept.1999 : Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah, menyangkal dakwaan pemimpin tertinggi Pas kononnya kenyataan bersumpah yang dilafazkan di khalayak ramai ketika perhimpunan pada 31 Ogos lalu di Kota Bharu, tidak menepati kehendak Islam. Sebaliknya, kata beliau, kenyataannya itu sudah menepati kehendak Islam kerana ia terlebih dulu dirujuk kepada orang yang alim mengenai Islam.

Ku Li bersumpah Pas bohong Sultan tidak restu hudud

KOTA BHARU, Selasa, 1.Sept.1999 - Tengku Razaleigh Hamzah hari ini bersumpah dengan nama Allah bahawa Pas berbohong apabila memberi alasan Sultan Kelantan tidak menandatangani pindaan hukum hudud sehingga undang-undang Islam itu gagal dilaksanakan di Kelantan. Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan itu berkata, pembohongan Pas itu diketahui apabila siasatan jelas mendapati Sultan sudah menandatangani pindaan enakmen berkenaan.

Pas enggan jawab isu hukum hudud

KOTA BHARU, Rabu, 2.Sept.1999 - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak menjawab kenyataan bersumpah Tengku Razaleigh Hamzah bahawa Pas berbohong apabila memberi alasan Sultan Kelantan tidak menandatangani pindaan hukum hudud sehingga ia gagal dilaksanakan di negeri ini. Sebaliknya, beliau berkata, kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno itu di majlis perhimpunan Hari Kebangsaan semalam, langsung tidak mengejutkan, malah sebagai perkara biasa saja.


RBF : Jangan lupa tinggalkan komen anda....


10 comments:

ZAFAN said...

Apa nak dikata PAS itu adalah parti politik. Jadi semua perkara bermotifkan politik. Termasuk hudud, isu minyak, negara islam, ISA, kalimah Allah dan macam macam lagi. Dimana ada kepentingan disitulah mereka tuju..

Hanya yang tidak mampu berfikir dengan baik saja sebut PAS untuk ISLAM...

Anonymous said...

they lose nothing when they talk/do, and definitely not much interested in servicing the people.

they are all like reality tv host.

dengan scenario yang sedang berlaku di kelantan...the kerabat mesti jitter.

hello ALLOWANCE SEUMUR HIDUPnya dong!!!

Media Cyber said...

ku li .. dia mmg pernah bersumpah.. pas mmg parti penipu.. tapi apakah tujuan entri ini? :P heee! sekadar bertanya... kalau tentang royalti minyak. dia mungkin hanya ingin membantu. tapi sejauh mana bukti yg ada untuk kerajaan pas kelantan menuntut royalti.. kejap2 11 billion. kejap2 2 billion plak. kejap2 20 juta kerajaan persekutuan bagi, dia mintak plak 40 juta. mana satu yg betul? dari 11 - 2 trillion boleh jadi 40 juta. hebat betol pas ni bercakap putar belit.

akuumnobangang said...

teruskan lagi mengeluarkan ayat ayat syaitan dan haprak paLing bangsat DI ALAM MAYA INI
jangan luper kau tampalkan kat seluruh pelusuk kelantan POSTING SEUMPAMA JALANG ini bagi menjayakan niat murni sang penguasa engkau utk rampas kelantan....

aku tumpang gembira dengan niat MURNI ENGKAU utk mengadu domba UMAT melayu yg nyata telah tenat dengan tipu DAYA dulu kini dan selamANya utk menghancurkan umat melayu dimalaysia ni

pas ni jangan lupe tuntut pingat kat sultaN kelantan atas daya usaha kau ini moge beroleh ganjaran tun atau pun datuk paduka dan sebaginya

jahAnam dan mampus kaum yahudi laknaT bertopengakAN WAJAH melayu di Alam melayu ini,,AMEEENNNNNN

Anonymous said...

mintak maaf laa RBF, saya tak tahu sama ada nak percaya dengan orang kelantan lagi in the future..walaupun tak semuanya menipu..

ruang bicara faisal said...

kpd anon 10.07

saya faham perasaan anda. saya faham apa yang anda maksudkan

kelantan sbuah negeri yang kaya dengan adat, seni dan budaya.

begitu juga dengan politik kelantan. penuh dgn adat, seni dan budaya.

pada saya senang shj. apa yang ku li buat di stadium kt bharu malam tadi adalah untuk menggali lubang kuburnya sendiri.

Mat Saga said...

Apa benda la Tengku nie.... baru perasaan ke PAS tu penipu....

Saya dah tau lama dah.... dulu-dulu lagi dah...

Nama pun dah PAS = Penipu Alam Semesta...

bukan orang je dia tipu... semua dia tipu.... orang , tuhan , raja , lembu , kambing , ayam , pokok , laut , gunung , planet Pluto..... pendek kata semua benda kat alam maya nie dia tipu...

Anonymous said...

hahahaha... 'akuumnobangang' dah panas!!

Klu dilihat, byk komen2 ko tak ada isi langsung. Klu tak puashati ngn fakta tu, bahas dan bidas ngn fakta jugak lah. Kenapa nak asyik mencaci carut jer.
Ops.. lupa, mmg itu ajaran tok guru ko kan?

Ishtighfar.
Ya Allah, Kau ampunkan lah dosa 'akuumnobangang' ni dan pemimpin2 mereka. Tunjukkanlah mereka jalan yg benar. Aminnn.

*BENCIHENTAMKEROMO

Anonymous said...

panas ,,,,,,kepala hatok kau panas...ajaran tok guru,,kepala butuh mak bapak kau yg ajar

sekian terima kasih

Anonymous said...

Berjaya juga ajaran tok wali selipar kepada pengikutnya dan kelab penyokongnya..boleh maki hamun..caci mencaci..metaliti tahap selipar jamban..