Tuesday, January 19, 2010

NIK AZIZ BERAPA CABANG ?


Pada 14.January yang lepas Nik Aziz berkata para blogger sepatutnya menggunakan sepenuhnya ruang blog untuk kemanfaatan semua pihak supaya pembaca tidak terkeliru atau dikelirukan.

“Kita baca blog kerana nak ilmu. Tapi kalau apa yang dituliskan blogger itu banyak perkara yang berunsur provokasi, fitnah, apa ilmu yang kita dapat? Itu maknanya lebih kepada perbuatan mengumpat.

"Tambahan pula jika tulisannya itu dengan niat nak melaga-lagakan orang... kalau molek (betul) tak apa". Rujuk di sini.

Itu kata dia sekarang, selepas dia kena penangan blog. Baru dia tahu bagaimana seksanya hidup kalau diserang melalui blog. Bila sudah kena atas batang hidung sendiri, pandai pula keluarkan 'fatwa'. Waktu kena atas batang tubuh musuh dia , dia seronok.

Saya masih ingat lagi, sewaktu Raja Petra ditangkap kerana memfitnah Datin Seri Rosmah Mansor pada tahun 2008, Nik Aziz siap hantar satu warkah pengiktirafan kepada Raja Petra kerana berani.

Berikut disiarkan teks penuh surat Tuan Guru Nik Aziz:-

8hb Mei 2008/ 2 Jamadil Awwal 1429

YM. Raja Petra Raja Kamarudin

Warkah Simpati dan Pengiktirafan

Saya menerima berita mengenai nasib tuan yang dituduh dibawah Akta Hasutan 1948 dan kini ditahan reman dalam penjara Sg. Buloh sehingga kes disebut di mahkamah pada 6 Oktober 2008 dengan penuh kesedihan.

Bagaimanapun, jauh di hati saya, saya masih terasa kagum kerana di sana masih ada seorang sehebat tuan yang cekal mempertahankan apa yang difikirkan benar.

Prinsip ini cukup selaras dengan dasar anutan Agama Islam kita yang sentiasa bertunjangkan amar makruf nahi mungkar.

Ia kebetulan disebut juga oleh demokrasi dan turut diperuntukkan di dalam perlembagaan kita di bawah perkara kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat.

Soal bersalah atau sebaliknya; maka terlanjur tuan telah dituduh di bawah Akta Hasutan, maka ia terpulanglah kepada proses keadilan di mahkamah yang selanjutnya.

Sewaktu Nabi Allah Yusuf 'alaihissalam dikurung oleh pihak berkuasa di zamannya kerana fitnah, Yusuf berkata, "wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku. Dan jika tidak Engkau hindarkan daripadaku tipu daya mereka, tentu aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentulah aku termasuk orang-orang yang bodoh."

Lantaran istiqomah Nabi Yusuf itu, Allah maqbulkan doa baginda lalu "menghindar Yusuf dari tipu daya mereka. Sesungguhnya, Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Petikan dari Surah Yusuf Ayat 33 dan 34).

Selaras dengan perkembangan ini, izinkan saya turut bersama mendoakan tuan agar sentiasa dipelihara kesihatan dan keselamatan oleh Allah SWT.

Semoga yang benar itu akan terserlah jua walaupun harganya adalah pengorbanan. Selagi tuan benar dan kita semua benar di sisi Allah SWT, tuan dan kita pada amnya tidak perlu merasa khuatir.

Mari kita terus tabah, bersama dengan perjuangan demi menegakkan yang hak dan menolak kebatilan.

Salam perjuangan. Wassalam.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Menteri Besar Kelantan
Merangkap Mursyidul Am PAS - mr

Sekarang sudah terbukti yang Raja Petra melakukan fitnah. Pada masa kejadian DS Rosmah berada di satu majlis berbuka puasa. Tetapi, sehingga sekarang tidak pernah pun kita dengar Nik Aziz tarik balik surat beliau kepada Raja Petra. Blog kutuk atau fitnah musuh politik beliau dikira halal, tetapi jika kutuk atau fitnah dia, tak boleh. Itulah dia, Nik Aziz dan para bloggernya.

Kepada pembaca sekalian, nampaknya sekarang PAS telah terasa bahang panas serangan daripada kami semua. Jika dahulu hanya 'kaum-kaum' mereka yang menguasai media baru, tetapi sekarang tidak lagi. Itulah yang mengundang keluh kesah mereka.

Politik dunia IT bermula pada tahun 1998 sehingga sekarang . Mereka menggunakan internet untuk membuat fitnah dan memaki hamun selama sepuluh tahun. Kita baru masuk tak sampai dua tahun lagi, mereka dah pula panas. Kita akan berjaya, jika prestasi yang ada sekarang dipertingkatkan lagi.

Kepada para pembaca sekalian, kami bukan sengaja memilih jalan ini untuk berperang, begini, tetapi kami terpaksa melakukan. Bukan pilihan kami untuk memaki hamun para pemimpin PAS. Tapi kami rasa terpanggil untuk berkurang ajar dengan orang yang memulakan kurang ajar. Siapa yang mulakan ? Blogger-blogger PAS.

Dulu, jika kita lihat , mana ada blogger-blogger anti PAS yang sanggup memaki hamun Nik Aziz atau pimpinan PAS yang lain. Mereka masih ada rasa hormat ke atas orang yang kononnya bergelar 'tok guru'.

Sekarang tidak lagi. Memaki hamun Nik Aziz telah menjadi makanan geng-geng kami. Kerana apa ? Kerana blogger-blogger pro PAS yang mulakan kempen maki-memaki. Sebagai contoh anda boleh lihat di blog perisik rakyat dan laman web tranungkite online. Sila rujuk balik archive-archive mereka.

Bila mereka yang mula kurang ajar, itulah yang menyebabkan kami pun terpaksa jadi kurang ajar. Begitu juga semasa krisis Perak tahun lepas. Dr.Zambry dipanggil dengan pelbagai kata-kata hina. Itulah juga yang menyebabkan kami pun mula memberi pelbagai gelaran kepada Nizar.

Kami pun tak boleh tahan, bila asyik melihat dan membaca pemimpin kami dimaki hamun, dicerca dan sebagainya. Kami tidak boleh bertahan, bertahan dan terus bertahan. Kami juga harus menyerang. Akhirnya serangan yang kami lakukan telah mula menampakkan hasilnya sekarang.

Kami tidak akan kurang ajar, sekiranya kami tidak dicabar atau diajar untuk kurang ajar. Kami tidak akan berhenti menyerang, kami akan terus menyerang sehingga sampai ke garis penamat. Alang-alang celup pekasam , biar sampai ke pangkal lengan.

Sekian

RBF
GAP
DET
PISAU
DIMENSI
PAPA GOMO
PARPUKARI
MEDAN INFO
GARAMANIS
TAIPING MALI






16 comments:

Jeffry said...

ITU PSL KICKDEFELLA KASI 'KICK' BAIK PUNYE KAT PUNGKOQ NIK AJIS. PADAN MUKE! KEHKEHKEH

jibaouk said...

salam genggam bro's!!!!

bravo!!! tarak goyang punya!!!

artikel nie layak dpt 5 bintang!!!

hormat dari sy...

arin2772 said...

salam tuan...
teruskan usaha tuan dan rakan rakan melawan anasir anasir jahat yang sentiasa berkiblatkan nafsu untuk menjahanamkan negara... jgn biar negara kita terlepas kepada tangan kotor puak pembangkang yang bersekongkol dengan komunis!!! lawan mereka.. saya sokong tuan tuan semua... untuk caci maki tuan dan rakan rakan saya melihatnya sebagai 'an eye for an eye"... bg balik buah busuk kat mereka...

GOMO said...

salam bro...
mantap artikel ini.
ternyata nik ajis ni lidah bercabang..jahanam dan celaka sungguh.

ni nak ISA pulak si Kickdeffela. bukankah PAS menentang ISA? habis jahanam..tang depa semua betul

melayuangkat said...

Assalamualaikum semua,

Mak Cik faham perasaan kamu semua. Mak Cik tabik kamu bloggers muda yang bersemangat sayangkan bangsa, agama dan negeara serta tahu membezakan yang mana kaca dan permata.

Namun, berhati-hatilah. Perasaan Marah ini jangan kita layan keterlaluan. Nik Aziz orang tua, walaumacam mana pun mesti kita hormat pada orang tua. Kita mungkin tak setuju pada pendirian lalangnya, kita juga bosan mendengar dan membaca sumpah seranah blogger PAS dan PKR terhadap pemimpin kita, namun janganlah kita juga terlalu jadi macam mereka.

Mereka yang KONONnya lebih Islam daripada kita tetapi pada masa yang sama sekarang semua seperti yang tak kena. Dalam isu kalimah Allah pun mereka tak seratus peratus sepakat. Inilah dikatakan balasan dunia, belum lagi di akhirat.

Kita yang mengaku berAgama Islam mesti patuh bahawa dalam apa pun urusan kita yang utama adalah ADAB. Ramai orang tidak fikir mustahaknya beretika dalam urusan mereka. Ini kerana mereka sibuk dengan urusan membela janggut, membesarkan serban serta melabuhkan jubah dan bila menekan keyboard dengan naf ammarah dan benci sudah tentulah terus hilang pertimbangan apatah lagi hendak beretika. Padahal agama amat menitik beratkan adab sopan dan etika.

Oleh itu nasihat Mak Cik dalam menegakkan kebenaran beretikalah. Tidak perlu kita conteng atau lukis apa apa pada gambar orang tua seperti Nik Aziz, tidak baik. Kalaupun blogger PAS dan PKR buat demikian kamu semua tidak perlu meletakkan taraf kamu semua sama dengan mereka terutama si Tian Chua tu. Dialah antara culprit yang memulakan ini semua dengan gambar PM kita.

Maaf Mak Cik mencelah dalam blog ini. Mak Cik tidak bermaksud mengecilkan hati sesiapa namun sebagai orang tua Mak Cik hanya mahu menasihatkan sahaja. Bukankah Agama itu Nasihat menasihati? Apa guna jadi orang tua kalau lihat yang kurang baik pun tak mahu menegur? Takut? Takut apa?

Mungkin selama ini orang tua tua dalam PAS diam sahaja membisu bila bloggers mereka hentam UMNO dan hanya bising bila kena balik batang hidung sendiri. Kita pun tak tahun sebenarnya, mungkin yang hentam PAS tu bloggers mereka sendiri!!!! menyamar sebagai blogger BN. Sebab kalau nak hentam pemimpin mereka memang mereka tak berani buat terang terangan.

WaAllahuAlam. Maaf sekali lagi.

Anonymous said...

psl dia sengal sgt nik ajis 2..bang
dia jadi sengal psl lama sgt baca
Haramkah...baru dia tau...lidah ular dlm semak gaknya lidahnya..
Padan muka dia..suka sgt cakap karut-marut..

ruang bicara faisal said...

kpd melayuangkat

makcik, terima kasih atas nasihat. Inyaallah kami akan mendengar nasihat makcik di masa yang akan datang.

Pemerhati said...

betul kata makcik tu.. kita ni perlu hormat kepada 3 golongan manusia. Alim Ulama', Orang2 tua dan kanak2.. Kalau korang rasa Nik Aziz tak termasuk dalam golongan alim ulama' dia still ada dalam golongan orang2 tua. Jangan nnt disebabkan pulut santan yang binasa. Perjuangan harus diteruskan. Tapi jagalah tatasusila dan tunjukkan contoh yang terbaik. Nabi dan tunjukkan cara. Kita tinggal follow je. Kalau kita pun takde beza dengan si Topeng Perak dan konco2nya, jadi selagi itulah kita takkan berjaya tewaskan mereka. Negatif + Negatif tak jadi apa2. Bawak2 berbincang dgn yg lain2.

Anonymous said...

Cerita Nabi Yusuf a.s. spt yg dinyatakan nick acis ni dh pun brlaku tp, si petra ni dibawa oleh setan entah kemana..polis pun gagal nk trace malaun sekor ni..tentu yg melindung lahanat ni seekor (atau beberapa ekor) setan besar.

Nick, tlg lar, jgn nk bandingkan setan dgn nabi..serban awak tu besar bakul tp apa yg ada dlm serban awak tu? Bekalan setan bagi?

aliffnajmi said...

Salam semua.
Tahniah dan terima kasih pada geng2 blogger sekalian.

Dulu teruk pemimpin2 BN kena hentam dlm internet. Cek det yg kita kenal sbg insan yg cekal pun terluka luluh hatinya dek penangan fitnah2 juak2 PAS n PKR.

Lebih menyedihkan bila niat cek det letak jawatan pun mereka kata sandiwara n terus dihambur kata nista. Alhamdulillah... tak pulak cek det mencilakokan atau mendoakan pecah perut pada musuh2 politik beliau yg kurang ajar tu.

Jika dibandingkan respon cek det dan 'latah' n-ajis ni, kita dpt selami hati siapa yg sbnrnya busuk hitam.

Skrg sy cabar juak2 PAS utk menilai siapa yg sbnrnya 'FIRAUN'.

aliffnajmi said...

Seperkara lagi, sy setuju ngn makcik. Walaupun kita dah hilang rasa hormat pada n-ajis yg kononnya 'sangat Islam' tu tp jgnlah kita pulak ikut perangai2 bangsat juak2 mereka memaki hamun membuta tuli tu. Klu kita ikut bermakna kita dan bangsat2 PAS tu sama saja.

Hentam tetap hentam, belasah tetap kita belasah namun etika dan keperibadian mulia tetap kita jaga.
InsyaAllah.

Lihat contoh tindakan Rasullulah SAW masa baginda dibaling batu oleh yahudi laknat dan contohi juga tindakan 'cool' cek det menangani dan menjawab tohmahan dan cacian.

Bukan niat utk riak atau menilaitarafkan cek det dgn Rasulullah, tp sekadar memberikan contoh utk sy, kita dan n-ajis fikirkan dan teladani.

Tq. WaAllahuAlam.

ZAFAN said...

Nasihat makcik memang ikhlas. tapi makcik dengan pandangan makcik, RBF dan lainnya dengan pandangan mereka. Saya tetap sokong RBF kerana saya adalah antara yang panas menbara setiap kali mambaca artikel blog pro PAS terutama semasa musim hangat mereka sebelum ini. Saya tak pernah bayangkan bagaimana mereka boleh berperasaan dan berperangai sebegitu teruk. Walaupun hanya melalui blog tetapi cakap mereka terlalu rendah intelektual sehingga dengan mudah dan sewenang-wenangnya mengkafirkan orang lain. Pada saya yang tak terlalu kuat agama tetapi ada la juga asas yang menjadi pegangan saya akan tergolong dalam golongan kafir juga, seperti pendapat banggang mereka. Bukan saya saja malah keluarga, saudara mara hingga hampir seluruh kampong saya juga akan jatuh kafir jika mengikut tafsiran banggang mereka.
Jadi apa lagi yang ada untuk RBF dan geng geng selain membalas dengan cara yang kurang hajar juga. Biar jiwa dan kalbu mereka juga akan tersentak seperti tersentaknya pihak yang tidak menyokong mereka satu masa dulu.
Artikel RBF di atas memang padu. Syabas RBF. Nik Aziz memang patut sangat ditegur, di perli dan di sindir. Kita memang tahu dia tidak akan berubah tetapi pengikutnya yang masih waras tentu akan terfikir juga untuk menilai mana yang betul dan mana yang salah...Teruskan RBF..

jibaouk said...

Asmkum makcik melayu angkat...

izinkan sy tompang mencelah.

nasehat tulus ikhlas makcik umpama azimat yang amat bernilai.

Fakta : Landscape 'gerakan' telah berubah lalu "the best defence is attack".

Mohon maaf kiranya pandangan ini terlalu kritis.

Salam hormat sy pada makcik sekeluarga.

Wslm...

Anonymous said...

macam mana pulak mak cik,ceramah autaz pas kat masjid,asik dok mengata org je,kita gi masjid nak beribadat,menambah ilmu,tapi yang dihidangkan umpat keji...tak pe ke kalau org pas buat mak cik?

Anonymous said...

brape BN bayar untuk blog ni???? x takot ke makan n bagi makan anak2,,mak bapak dgn duit haram ni?????

melayuangkat said...

Salam Anon,

Orang PAS yang macam ni sebenarnya SAKIT. Penyakit ini amat merbahaya kesannya kita lihat pada penyokong bola sepak Pemuda Kelantan. INIlah HASIL mengajar orang muda membenci dan HASIL menghasut. Mula-mula benci UMNOlah, lama-lama benci membenci sesama sendiri. Pantang dicuit melenting. Sebab?

Sebab Syaitan dah bertapak dan bersarang dalam dada..Jangan ambil ringan pandangan Mak Cik ini. Marah, benci, dendam ini semua sifat yang keji...

Kalau boleh kita janganlah jadi macam mereka. Kita ke rumah Allah swt jadi kita buat perkara yang Allah swt suka, kita pergi ke tempat yang ada Rahmat Allah, jadi kita jangan buat Allah menyampah.

Jagalah diri kita, peliharalah Iman kita. Allah swt sayang pada orang orang muda seperti kamu semua yang BerIman lebih dari orang orang tua yang macam Mak Cik ni memang pun sepatutnya, berIman. Kalau dah tua macam ni masih tak sedar dosa pahala memang nak cari nahaslah namanya!!