Thursday, January 21, 2010

PERANG MINYAK (BAB 1)

Selain air dan makanan, minyak adalah satu benda yang amat penting dalam kehidupan manusia. Kerana minyak macam-macam boleh jadi. Rusuhan boleh jadi, pergaduhan boleh jadi, peperangan boleh dan boleh juga meruntuhkan sesebuah kerajaan.

Oleh yang demikian, jangan cuba bermain api dengan minyak, kelak terbakar peti undi. Jadikan persitiwa silam sebagai pengajaran. Jangan buat benda yang rakyat tak berkenan.

Sepertimana yang diketahui umum, mulai Mei ini skim harga minyak baru akan diperkenalkan. Nak beli minyak kena guna MyKad, dan di MyKad ada mengandungi maklumat jenis kenderaan dan cc kenderaan yang diguna oleh pemegang MyKad berkenaan berdasarkan rekod pendaftaran kenderaan dengan JPJ. Harga minyak bergantung kepada model dan cc kenderaan. Cc kecil harga murah, cc besar harga mahal. (Dengar ceritanya begitulah)

Ali anak kepada Pak Mat Ngok Ngek, tinggal di JB. Ayahnya tinggal di Kokdiang. Ali pakai kereta Perdana V6 2.0. Ali belikan satu kereta Kancil 750 cc untuk ayahnya, bagi memudahkan ayahnya ke kebun, ke klinik dan ke Masjid. Kereta di beli atas nama Ali, kerana ayahnya tiada penyata gaji, maklumlah kerja kampung. Tiada penyata gaji atau penyata bank ,tak boleh buat pinjaman bank. Maknanya ada dua kereta berdaftar atas nama Ali dalam rekod JPJ dan MyKad nya . Satu Perdana V6 2.0 dan satu lagi Kancil 750 cc.

Harga minyak bagi Perdana RM 2.50/liter (contoh) kerana cc nya besar dan harga minyak bagi Kancil RM 1.80/liter (contoh) kerana cc nya kecil. MyKad Ali berada ditangannya dan Ali berada di JB. Pak Mat Ngok Ngek yang berada di kampung nak pakai MyKad siapa untuk mengisi minyak kereta Kancil nya ? MyKad Pak Mat tak boleh pakai, kerana mengikut rekod JPJ tiada kenderaan yang didaftarkan atas nama Pak Mat.

Bagaimana Pak Mat nak isi minyak ?

Adakah boleh jika Pak Mat telefon kepada Ali, "Li, pak nak isi minyaq no, hang pi tunggu kat petrol stesen" Maka Ali pun pergilah ke pam minyak di bandar JB , cucuk MyKad dia dan telefon balik kepada bapa dia di Kokdiang, " Pak, Li dah cucuk kad gambaq Li ni, pak angkat lah pam no 5, isilah 20 puluih ringgit "

Adakah situasi di atas boleh berlaku ? Tak mungkin kan .

Ini baru contoh pertama yang saya bagi. Banyak lagi contoh lain yang akan menyusul dalam bab yang akan datang.

Apa cerita pula yang ini, mengikut rekod MyKad , kita pakai kereta 2.0 keatas, kemudian kita pergi Langkawi, sewa kereta 1.3 cc , nak beli petrol harga mana ?

Kesimpulannya, jangan buat kerja pelik-pelik yang menyusahkan rakyat. Kelak merana dalam PRU 13.

PAS sengaja duduk diam sekarang ini . Dia duduk intai dan dalam hati berkata "bola tanggung mari dah, bola tanggung mari dah, sedap kawe smash kali ni". "Biar dulu, biar dulu, kita buat BN jinak dulu,lepas ni kita smash kaw-kaw".

Bersambung dalam bab akan datang. Bila tak tahu lagi. Ada masa boleh menulis, tiada masa tunggulah dulu...


20 comments:

mat-di said...

Salam

Saya setuju dengan komen bro.Saya pun rasa kaedah ini kurang praktikal.Mungkin berlaku penyelewengan,Mungkin juga menimbulkan masalah kalau sistem pengimbas distesen minyak gagal berfungsi.Kalau boleh mykad di jadikan mcm kad mesra petronas tu saya rasa ok jugak.Cuma hanya pemilik sah kenderaan layak membeli minyak yg disubsidikan.Tak semua kenderaan itu dibawa oleh pemiliknya,Macam Pak Mat dengan Ali.Kerajaan kena terangkan dengan terperinci kaedah tersebut,Lakukan kajian sebelum laksanakan.Banyak kebocoran boleh berlaku kalau sistem ini dimanipulasikan.Yang rugi kita semua.Tindakan yang tak popular mcm ni membebankan rakyat.

M.Saad said...

Tuan RBF....
Nampaknya politik minyak akan menghancurkan UMNO/BN jika tak kena gaya. Isu wang ehsan/royalti di Kelantan...dan segala macam misteri mengenai minyak nie...

antualahai said...

mengenang kualiti pemikiran pak menteri yang ada di bawah Najib sekarang ni...

alahai...

add said...

Disebabkan tak nak bagi rakyat asing beli minyak yang di subsidi oleh kerajaan, maka habis sistem tunggang langgang. Jangan sampai kerajaan yang ada sekarang ni tak perlu lagi beri subsidi kepada rakyat dah la ye. Kang kalu dok buat macam tu, maka jadi ketua pembangkanglah DS Najib Tun Razak selepas PRU 13 nanti. Maka naik lah CINA kapir harbi memerintah dan menguasai Malaysia, dan hilang lah melayu di malaysia dalam sepuluh tahun lagi, termasuklah melayu yang dok menyokokng PAS.

Kepada kerajaan BN sekarang buka hati, celik mata, bukak seluas luasnya telinga, jangan dok percaya 100% kepada pembantu, su politik,su akhbar,pa,pi,pu,pe,po. Jangan lah dok percaya kepada mereka ni sebabnya depa ni lebih sudu dari kuah sebenarnya. Kesian lah pada TS Muhyidin Yassin kerana tak sempat nak menjawat jawatan PM.

Kepada RBF, jangan peduli kata kata bangsat dari pemuda nibung tebal tu.

Satu perkara lagi saya nak suruh sdra keluarkan isu ialah tentang penarikan balik COLA dan elaun perumahan untuk kakitangan awam, apakah benar atau khabar angin atau dalam proses penarikan atau bagaimana. Kerana saya sering mendengar keluhan penjawat awam sekarang ni heboh dok berbincang pasal kes ini. Mohon sdra RBF mencari isu tersebut (kalau boleh).

Kalau ini satu perkara yang benar, maka lenyaplah sudah kerajaan sekarang untuk tempoh dua atau tiga tahun lagi untuk memerintah negara.

Terima kasih kepada RBF.

Grand Marquis said...

Saya pernah menyatakan hal ini dalam blog Dr. Khir. Kerajaan seoalah-olah suka penalized orang yang menggunakan cc besar. Tindakan ini adalah tindakan yang sangat tidak bijak kerana kebanyakan orang yang guna kereta CC 1.8-2.4 ni adalah golongan middle class. Tidak hairan kita lihat orang-orang middle class banyak yang membenci kerajaan.

CC 1.8-2.4 pun tak lah besar sangat sebenarnya. Tapi tindakkan kerajaan seolah-olah mahu memaksa semua orang Malaysia untuk guna kereta-kereta kecil. Jangan lupa, kenderaan yang selesa ini adalah satu faktor kebahagian hidup manusia. Tidak hairanlah mengapa orang selalu dakwa kehidupan di Malaysia ni semakin stressful. Sebabnya kerajaan, pantang tengok orang nak selesa sikit, mula nak menekan golongan ini.

chotz said...

salam,

menteri yg terlibat semestinya bebal & dangkal dlm pemikiran (anaknya penyanyi). pengunaan mykad utk pembelian petrol adalah sgt tidak praktikal:

1. mykad cepat rosak; bayangkan keadaannya bila diguna (swipe) semasa membeli minyak?? bayangkan situasi genting, minyak kering, masa nk beli minyak, attendant ckp mykad kite rosak & tak boleh digunakan??

2. situasi kenderaan digunakan oleh ahli keluarga lain (mcm contoh yg diberikan); spt: anak menggunakan kereta cc rendah milik ayahnya di IPT luar KL.. isteri menggunakan kereta cc rendah milik suaminya & sedang outstation; etc.. nak guna mykad siapa? sedangkan si anak & si isteri bukan pemilik kereta..

3. utk pengguna perkhidmatan kereta sewa di langkawi, labuan, sabah & sarawak (utk pelancong semenanjung & vice versa)?? bagaimana mereka (pelancong) nk mengisi petrol jika mykad mereka tak boleh digunakan kerana bukan pemilik kereta??


p/s: saya cadangkan kerajaan gunakan kaedah lain yg lebih praktikal. bagaimanapun, saya bersetuju jika kenderaan asing dikenakan harga petrol tanpa subsidi.

Anonymous said...

Sepatutnya kerajaan kena bentangkan pada rakyat proposal kerajaan utk selesaikan kemelut minyak ni..bukan terus gunapakai dlm bulan May 2010 ni..

bila rakyat dah marah..nanti flip flop pulak..

Panglima Perang Cyber said...

geli hati kawe baca artikel demo walaupun sangat serius ni..

kawe percaya kita boleh email KDNHEP utk tanya pasal ni..

bro tulis dan siar jawapannya nanti ye.

bereh...

Jeffry said...

TU BRU PAK ALI..BLUM KISAH SI APEK LEE DARI SEBERANG TAMBAK. DIA DTG SINI NAIK PORCHE..JUMPA SEDARE DIA YG PAKAI PAJERO MINTAK TLG ISI MINYAK FULL TANK. BILA DH PENUH DIA PINDAH MINYAK TU KAT PORCHE DIA DGN SELAMBE..PERGHH

syazanial said...

pendapat yg bernas

Unit Media Wangsa Maju said...

Salam 1Malaysia,

Kami dari Unit Media Wangsa Maju mengambil kesempatan mengucapkan Syabas kepada anda kerana pengendalian blog yang begitu cekap dengan artikel2 yang bernas dan mantap.

Harap kita dapat bekerjasama dalam menjayakan blog dan menjawab segala fitnah dan dakyah yang dilemparkan pembangkang pimpinan Anwar Al Juburi..

Kami juga telah link blog anda dalam senarai blog kami. Sila layari http://mediawangsamaju.blogspot.com/.


Sekian, Salam Ikhlas dari,
UNIT MEDIA WANGSA MAJU.

Chairman Kaga said...

MUHAHHAHAHAHAHHA
HAHAHAHHAHAHA
HE HE HE HE
DARAP SERIBU JUTA
UNDILAH BARISAN NASIONAL
KENA PENAMPAR KIRI KANAN DI DOMPET
RAKTAT DIKERJAKAN
PAPUKERI DIUTAMAKAN
NILAH 1MALAYSIA

Anonymous said...

Bro. Lepas ni semua stesyen minyak ada dua tokey. Satu tokey stesyen dan satu lagi tokey Mykad. Berlambak le yang buat part time...

matrengganu said...

Tak payah la pakai mana2 formula. Formula sekarang pun dah cukup praktikal. Harga minyak dunia naik,kita semua bayar harga baru, bila minyak dunia turun kita sama2 penuhkan tangki. Orang kita kat atas tu bukan lah cerdik sangat pun. Kita suruh pergi mesyuarat,dia orang hilang tah kemana..ke padang golf ada, dating dengan mak we pun ada, tidur pun ada.. hingga kan nak lulus kan usul pun tak cukup orang!!!

VoidDance said...

Salam.

Saya memang kritik RBF dalam byk hal. Tapi ini cuma mahu RBF sendiri bersuara. Sekarang khabar angin sedang hebat mengatakan COLA kakitangan awam akan ditamatkan tidak lama lagi. Malah, ada yang berkata, elaun perumahan juga akan dipotong.

Kalau benar perkara ini berlaku, rasanya BN takkan ada harapan menjelang pilihanraya akan datang. Kita perlu ingat, ramai kakitangan awam sekarang terdiri daripada golongan muda dan mereka yang lahir selepas kemerdekaan/peristiwa 13 Mei/DEB. Mereka tiada sentimen semangat kebangsaan sepenuhnya seperti yang BN sangka.

Seperti ramai kakitangan awam yang sedang bersuara,

"Jangan bermain dengan api! Jangan timbulkan perasaan marah kami!"

mylasia said...

aku nak isu ni diketengahkan...aku undi protes parlimen tempoh hari pun sebabkan isu ni....isu ni memang sensitif...zaman skang tempat kejer bukan depan pintu rumah...bukan boleh lewat seminit sebab sesaat pun dah tanda merah...takkan nak pakai kancil kut..ramai yang ulang alik seremban-kl, bp-pasir gudang just tuk kerja...kena pikir tu...

lagi satu isu yuran sekolah dan "budget cut off" tuk sekolah2...mengapa sekolah yang jadi mangsa?sekolah tu anak2 sapa yang duk bljr? ..depa suma tu org kampung bai...adik2 aku punya yuran tahun ni beratus sorg2...zaman aku dulu 30-40 jer staun...yang paling menyayat hati buleh plak kate tuiton atau kelas tambahan takdak taun ni sebab takda budget...

ni sumer buat aku nak protes balik ni...

Anonymous said...

awat la byk sgt keja bodo yg pak mentri buat skang ni

Anonymous said...

betul bro..aku setuju dgn pendapat ko. kepada ismail sabri yaakob, terima ni....harrkkk ptuihhhh! nak tunjuk terer la konon...KPI bagus. kepala hotak dia!!! kita susah payah buat program Juara Rakyat dia nak menyusahkan rakyat pulak. dasar kepala bingai!!

najamarine said...

kenape sejak akhir2 ni ade je idea tak praktikal dari kerajaan??

siapa yg mulakan idea ni??menteri mana yg bersungguh2 nak laksanakan??
seperti potongan elaun COLA kepada kakitangan kerajaan..macam ade yg tak kena la..

ade kepala yg susun strategi nak jatuhkan malaysia..dan jugak merugikan kerajaan BN sendiri..hurmmm.

Anonymous said...

KERAJAAN TIADA WANG KAO NI MASIH TAK PAHAM. DAH BENGKREP. KAO MINTALAH DUIT DARI MAHADEY. GUA DENGAR DIA KEBAS SERATUS RIBU JUTA WOOITT