Friday, January 22, 2010

PERANG MINYAK (BAB 2)

Hati saya sebagai rakyat biasa amat teruja apabila Pak Lah dilantik sebagai PM, dan dalam masa yang sama juga terasa sedih kerana terpaksa 'berpisah' dengan Tun Dr.M yang mula ku kenali sejak kecil lagi.

Tak mengapalah, kita cuba yang baru. Yang lama tinggal kenangan. Lagi pun Tun sudah lama dimiliki oleh rakyat, biarlah keluarganya pula memiliki beliau.

Pak Lah angkat sumpah sebagai PM hampir dengan bulan Ramadhan. Dan sewaktu dalam bulan Ramadhan, kita semua boleh lihat di media masa setiap hari yang Pak Lah mengimamkan solat Maghrib, Isyak dan Terawih di setiap majlis berbuka puasa yang dihadiri beliau.

Sejuk rasa hati rakyat, apabila melihat seorang PM mengimamkan solat. Selepas itu dia pula berkata "bekerjalah bersama-sama saya, bukannya bekerja untuk saya" . Waduh...waduh..waduh... lagilah bertambah sayangnya aku pada Pak Lah.

Semakin hari semakin sayangnya aku pada Pak Lah, sayangnya tidak terkata. Datanglah hari mengundi p/raya umum 2004, aku bangkit dari tidur seawal jam 6 pagi dan terus ke kamar mandi, lalu aku 'mandi sunat p/raya'.

Selepas 'mandi sunat p/raya' , solat subuh, sarapan pagi dan terus aku serta isteri menaiki motosikal ke pusat pengundian. Jam 7.45 pagi kami dah terpacak depan pusat mengundi, menunggu masa untuk dibuka. Berkali-kali aku pesan kepada isteriku, 'abang tak rela,kalau sayang undi parti lain, undi lah BN, Pak Lah bagus, Pak Lah baik" . Sebelum itu sewaktu proses 'kempen' di rumah, isteriku suka menyakat aku, dia kata dia tak nak undi BN. Jadi aku pun risau juga, takut-takut dia tak undi sungguh.

Begitulah gambaran yang aku nak beritahu betapa sayangnya kita kepada pemimpin dan betapa semangatnya kita nak mempertahankan pemimpin. Keadaan berjalan seperti biasa, selepas itu aku lihat kesilapan demi kesilapan yang dilakukan oleh Pak Lah, aku biarkan sahaja sambil dalam hati berkata "bagi dia peluang, dia baru lagi".

Kasih sayang aku pada Pak Lah mula pudar, selepas dia tidak menghalang menantunya untuk bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda Umno. Bukan aku sahaja yang berperasaan sedemikian, ramai juga kawan-kawan ku yang berkongsi perasaan yang sama dengan ku.

Masa berlalu begitu pantas, tahun 2006 menjelang tiba. Satu pagi yang hening, aku sedang bersiap-siap untuk ke tempat kerja, isteriku di dapur, sedang menyediakan sarapan. Mamak penghantar suratkhabar sudah pun baling Utusan Malaysia langgananku ke dalam pagar rumahku.

Tiba-tiba isteri ku menjerit daripada bawah "abang, abang, abang" kusangka ada kecemasan, cepat-cepat aku berlari turun untuk melihat apa yang terjadi. "Kenapa sayang,kenapa sayang" soal ku, sambil tercungap-cungap, tangannya masih lagi memegang Utusan Malaysia dia berkata kepadaku "harga minyak naik bang,minyak naik,naik 30 sen pula tu". "Itulah awak, dulu sungguh-sungguh suruh saya undi Pak Lah (BN) ,sekarang dia naik harga minyak pula". Tidak pasal-pasal , pagi-pagi lagi aku dah disembur dengan peluru M16.

"Betul ke ?". Soalku kepadanya, "tak mungkinlah, tiada angin,tiada ribut, tiba-tiba naik 30 sen" . " Awak tak percaya tengok sini" , sambil dia menghulur Utusan Malaysia kepadaku.

Setelah membacanya, hatiku terus berkata, "cinabeng punya Pak Lah, Dr.M jadi PM 22 tahun tak pernah naikkan minyak sampai 30 sen sekaligus". Bermula dari detik itu ,tiada lagi Pak Lah dalam hatiku. Cukup sampai disini saja, putus sudah kasih sayang.

Itulah yang saya nak beritahu, betapa kecewanya rakyat, bila pemimpin yang kita sayang tidak pandai menjaga rakyat. Ada kalanya kita sayang kepada pemimpin melebihi dari segalanya. Tapi pemimpin tidak sayang kepada kita.

Hasil dari kenaikan harga minyak sebanyak 30 sen pada 2006, BN terus terima akibatnya dalam p/raya Sarawak 2006. Pembangkang berjaya tambah kerusi mereka dalam Dun Sarawak. PKR yang hidup segan , mati tak mau pun boleh menang satu kerusi dalam p/raya berkenaan.

Kesan daripada kenaikan harga minyak 30 sen pada 2006 lah yang menyebabkan rakyat hidup merana sekarang. Harga barang naik melambung-lambung. Dulu RM 50.00 boleh guna untuk 2-3 kali ke pasar. Sekarang RM 50.00 sekali pergi pasar sahaja sudah habis. Pak Lah bukan tahu semua itu, dia bukannya pergi ke pasar. Kalau tanya dia harga ikan kembung berapa sekilo , pasti dia tak boleh jawab.

Dulu boleh juga makan berhidang dengan keluarga. Sekarang ini, seekor ikan kembung potong 3, ayam pula kalau boleh potong 25, nak potong 25. Sekarang nak makan berhidang tak boleh dah, takut lauk tak cukup, maka terpaksalah isteri letak lauk siap-siap dalam pinggang anak (nasi campur) dan pesan kepada anak-anak "lauk tak boleh tambah lagi, nasi boleh tambah, nanti tak cukup lauk untuk makan malam atau esok".

Oleh yang demikian, tak payahlah lagi kerajaan nak kacau harga minyak untuk rakyat Malaysia. Untuk rakyat asing tak mengapa. Kekalkan apa yang ada sekarang atau jika boleh turunkan kepada RM1.50/liter.

Kesan kenaikan harga barang banyak dirasai oleh kaum wanita. Mereka-merekalah punca utama kekalahan teruk BN dalam PRU 2008. Wanita kalau nak marah ,mereka dah tak fikir bulan, bintang, dacing, roket dan lain-lain. Lihatlah contoh di rumah masing-masing, tambahan pula waktu datang bulan.

7 comments:

Anonymous said...

RBF.
Saya setuju dgn RBF masa Pak Lah mula-mula jadi PM, memang Pak Lah lain drp TDM.

PRU11 adalah sokongan rakyat pada Pak Lah. Masa tu, saya memang sokong 200% pada Pak Lah melebihi TDM. Kami semua nampak sinar.

Tapi benar, tahun 2006 menyaksikan minyak naik RM0.60 secara mendadak!

Tahun 2008 menyaksikan kenaikan paling giler dlm hidup aku -- RM2.70, satu kenaikan yg melampau drp BN!

Tapi RBF, aku tetap undi BN kat Shah Alam masa PRU12 & Pak Lah balas dendam pada rakyat yg tak beri sokongan pada dia.

Pada aku, Pak Lah hanya puppet. Yang control Pak Lah adalah manusia di tingkat 4 tu..KJ adalah pemusnah negara. Juburi adalah peliwat rakyat. PAS pelacur agama & DAP adalah komunis!

Apa yg aku takutkan sebenarnya telah terjadi hari ini. Pemimpin kita terlampau berlembut sangat kepada golongan minoriti. Contohnya isu penggunaan kalimah ALLAH.

Isu ini sebenarnya mengikis lagi kasih sayang kita kepada BN/pemimpin.

Bulan May ini akan menyaksikan sekali lagi kenaikan atau penurunan harga minyak.

Mari, kita tengok siapa yg kena!!!

feiq said...

ingtkan ko tak paham2 lagi..

Anonymous said...

Salam

Saya tunggu komen sedara rbf mengenai isu ron95 menggantikan ron 97 dimana sebelum ni kita guna ron97 dengan harga murah..tetapi bila ron95 diperkenalkan ianya minyak yg kualiti rendah dari ron97 tetapi harganya lebih kurang ron97 sebelum ni.dan ron97 sekarang dijadikan minyak premium dengan harga yang lebih tinggi dr sebelumnya.adalah itu caranya menaikkan harga dengan menukar jenis minyak.kalau betul nak gunakan ron95,bgtau sajalah yang ron97 hendak dinaikkan harga.bukankah senang?

apa komen sedara semua tentang hal ini.dan dibawah kepimpinan sapa plak yg membuat idea sebegini?

ps: saya setuju kalau orang rumah datang bulan jangan kita cari pasal.Naya saja nanti. he he he

chairil @ said...

RBF,

apa yang aku dgr, minyak akan naik sampai RM 3.++.

itu untuk yang tak de subsidi. yang ada subsidi tak tau berapa harga.

subsidi pulak ikut cc kereta. bawah 1.5 dapat subsidi. atas 1.5 tak dapat.

itu apa yang member aku cerita la. betul tak betul kita sama2 tgk.

bg aku simple je. kalau betul kerajaan naik kan harga minyak DAN anwar berani bagi janji untuk turunkan harga kalau menang pilihanraya, aku akan pangkah Pakatan Rakyat next electtion. lantak la peliwat ke, apa ke. janji rakyat tak hidup susah.

ni blom apa2, new year je, dah naik harga gula. kita tgk je la next election kalau betul kerajaan jadi bodoh untuk bagi harga minyak naik.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

apa nak pening kepala...kenakan je bayaran kepada setiap kenderan bermotor yang masuk kenegara kita abis cerita..taka takutkan orang singapura tak masuk johor...manalagi dia orang nak pegi.dan yang buat sial nie org siam dok seledup minyak..suruh dia orang bayar abih cerita.nia nak buat keja teragak-agak..apa cerita.bijak lak sikit guankan kuasa kita tu...abih sudahnya rakyat kita gak yang susah....ada akal fikir laaa sikit

ORANG MINYAK KAGA said...

SEJUK HATIKU MEMBACA PENCACAI GEROMBOLAN PANIK KERANA KERJAAN DAH KONFAM NAK MENAIKKAN HARGA MINYAK. KALAU DAH PANDAI2 MEMBOROS WANG MEMBINA MAHLIGAI DAN PROJEK MEGA MAKA TIADA PERUNTUKKAN UNTUK MAT2 MOTOR LE.
NAK WANG LEBIH KAO MINTAKLAH DARI PAPUKERI. KU DENGAR DIA TU KAYA WOOIT