Thursday, January 28, 2010

TOK PA ATAU KU LI YANG BETUL ? SAYA PENING SEKETIKA

Saya baru sahaja selesai sarapan pagi nasi berlauk dengan gulai ayam kampung di Kampung Sireh. Habis sarapan terus capai Utusan Malaysia. Selesai Utusan capai Sinar Harian pula, lalu terbaca wawancara Ku Li mengenai 'royalti' minyak Kelantan di ms N14.

Sekali baca , saya pening. Dalam hati terus berkata, yang mana betul ? Tok Pa betul atau Ku li betul. Pening berterusan. Dalam kepala otak dah mula fikir yang buruk-buruk mengenai Tok Pas. Opssss...maaf , Tok Pa. Tersasul...

Tak puas hati, baca sekali lagi. Pening kurang sedikit, tapi masih lagi pening. Orang tua-tua selalu berkata, apa-apa yang kita tak faham kena buat tiga kali baru kita boleh faham. Begitu juga kalau kita sakit badan, sakit pinggang ,terseliuh, patah dan sebagainya, maka kita harus mengurut. Sekali urut tak jadi. Kena tiga kali urut baru boleh hilang sakit. Maklumlah, saya jenis suka makan kepala sotong, jadi susahlah sikit nak faham.

Untuk menghilangkan saya punya pening, maka saya baca sekali lagi wawancara tersebut untuk kali ketiga. Habis baca baru saya faham, rupa-rupanya apa yang dikatakan oleh Ku Li membawa maksud yang sama dengan apa yang dikatakan oleh Tok Pa dua malam lepas di Kota Bharu. Kesimpulannya Ku Li betul, Tok Pa pun betul juga. Rujuk artikel saya yang lepas disini.

Cuma yang berbeza ada dua perkara sahaja. Pertama, Ku Li kata Kerajaan Pusat tidak cerdik kerana bayar wang ihsan. Tak mengapalah, dia nak kata biar dia kata, UMNO mengamalkan kebebasan bersuara. Kita pun hormat dia kerana dia orang tua, banyak pengalaman dan jasa dia yang kita tak boleh lupa ialah, kesanggupan dia membubarkan parti Semangat 46 pada tahun 1996, bercerai talak dengan PAS atas nama Angkatan Perpaduan Ummah untuk kembali kepada UMNO atas dasar penyatuan melayu.

Daripada dulu lagi Ku Li dah nampak yang PAS sebuah parti yang tidak boleh diharap serta memecahbelahkan umat. Ku Li juga pernah bersumpah dengan Quran di Masjid Besar Kota Bharu untuk membuktikan penipuan PAS terhadap S46. Maknanya Ku Li tahu PAS sebuah parti yang penipu. Sebab itu dia sanggup kembali kepada Umno. Inilah orang yang cerdik, sanggup membubarkan parti sendiri, kembali kepada UMNO atas nama perpaduan, dan berkata sanggup menjadi ghurka sahaja, tidak perlu ada apa-apa jawatan. Tahniah Ku, jasa Ku tetap saya kenang sampai bila-bila dan saya akan ceritakan semua ini pada anak cucu, cicit saya supaya mereka tahu pengorbanan Ku yang begitu besar terhadap bangsa melayu. Ternyata Ku beribu kali lebih mulia daripada pemimpin-pemimpin PAS yang berkopiah atas kepala dan berjubah berbanding dengan Ku yang hanya bersongkok dan berbaju melayu.

Kedua pula, dalam wawancara tersebut , tidak ada sepatah perkataan yang disebut oleh Ku Li tentang jarak. 3 batu ,10 batu, 150 batu dan 200 batu nautika. Ku Li patut jelaskan perkara ini. Yang lain dia jelaskan semua , perjanjian 36 tahun dulu, bayaran tunai 5 % dan yang lain-lain sama seperti Tok Pa jelaskan. Mungkin juga Ku Li simpan perkara berkenaan untuk dijelaskan di Stadium malam ini. Mungkinlah....

Jarak itu memainkan peranan penting. Sebab itu Anwar Ibrahim bawa dalam Dewan Rakyat agar 3 batu nautika ditukar menjadi 250 batu nautika. Benda ini lah yang menghalang ayah nik amalina mendapat 'wang minyak' .

Soalan wartawan Sinar : Sekarang wujud pertikaian antara Kerajaan Negeri dengan Pusat berhubung isu ini. Kedua pihak mempunyai alasan tersendiri dan tidak mengalah. Sebagai orang yang matang baik di peringkat pusat mahu pun negeri , apa pandangan YB mengenai kemelut royalti ini ?

Antara petikan jawapan Ku Li

Pada saya permusuhan ini tidak perlu dipanjangkan. Kedua pihak perlu berdamai dan bermuafakat. Kalau hendak bawa perkara ini ke mahkamah pun bukan akan selesai satu masalah.

Kita jangan lawan dengan politik. Pada saya kalau semua bertolak ansur dan mengalah, perkara ini boleh diselesaikan secara baik, tidak ada masalah. Perang Vietkong yang komunis pun akhirnya boleh berdamai, inikan pula kita sama kita.

Syahdunya rasa hati saya bila membaca jawapan Ku Li, tanpa disedari air mata ku mengalir keluar. Masalahnya Ku, siapa yang mula main politik tentang perkara ini ? Siapa yang mula keluarkan angka-angka palsu kononnya Kelantan patut dapat berbilion-bilion. Masa PRK Manek Urai dulu tuntutan hanya 2 bilion, sekarang sudah jadi sampai 9 bilion. Sedangkan hakikatnya Kelantan layak dapat 20 juta sahaja, itu pun jika berada 3 batu nautika dari bumi Kelantan. Bila berada 150 batu nautika , Kelantan langsung tak layak dapat, tapi bila mengenangkan kita sama kita , maka DS Najib sudi bagi RM 20 juta. Kerana apa ? Kerana kita sama kita.

Kerajaan Pusat sudah hulur tangan, mereka ajak wakil negeri duduk bersama dalam j/kuasa wang ihsan, tapi dengan angkuhnya mereka tolak. Banyak masalah yang boleh diselesaikan kita sama kita , tapi PAS yang tidak mahu selesaikan secara kita sama kita. Ku pasti tahu macamana perangai PAS kerana Ku sendiri pernah tidur sebantal dengan mereka. Sudah pasti Ku tahu yang bantal mereka busuk dan penuh dengan air liur pembohongan. UMNO sendiri sudah banyak kali cuba untuk berdamai dan bermuafakat dengan PAS, tetapi mereka tolak mentah-mentah. Kalau tidak dibawa ke mahkamah dimana lagi kita boleh selesaikan masalah tersebut. Di rumah 'keluarga Islam' Pulau Melaka ?

Sebagai bukti pembohongan PAS, dua malam lepas Tok Pa kata Kelantan dapat RM 20 juta wang ihsan. Tiba-tiba dalam warta berita malam tadi , muncul suara abu jahal kelantan mengatakan, bukan 20 juta, tapi 40 juta. Aik.... tiba-tiba pula dia kata 40 juta, selama ini dia kata berbilion-bilion. Tidakkah itu dipanggil pembohongan, penipuan , dusta, pelawak dan yang sewaktu dengannya.

Sekian dulu untuk waktu ini. Hari sudah tengahari, saya nak bergerak ke DUN Salor. Seseorang sedang menunggu saya disana untuk membongkarkan kisah wakil rakyat yang tidak menjaga kawasannya dan menipu pengundi sendiri. Siapa wakil rakyat DUN Salor ? Cari sendiri....

Singkatan perkataan Ku atau Ku Li yang dipakai diatas adalah YBM Tg.Razaleigh Hamzah. Ku bermaksud Tengku. Panggilan manja orang Kelantan panggil Ku.

U/P: Layari juga blog rakan kongsi saya iaitu GAP (RBF, GAP & CO) untuk pendedahan-pendedahan panazzz. Dunia teknologi memudahkan kita. Saya di Kota Bharu, GAP di Selangor. Tapi sekelip mata semuanya sudah sampai ke tangan GAP.

RBF melaporkan dari depan pejabat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PBMK), Jalan Kuala Krai,Kota Bharu,Kelantan.

Pssttt....ada exco simpan bini muda di kondo mewah di KL. Nak tengok ke gambar bini muda dia ? Nanti dulu. Saya simpan dulu sebagai insuran.

15 comments:

Anonymous said...

Salam semua.
N. Ajih kata kerajaan pas kelantan lagi pandai urus duit minyak dari kerajaan pusat.. Katanya sebab tu lah kat kelantan takde stadium & masjid runtuh..
Apa org tua ni sedar ke tak apa yg dicakap tu? Sejak pas perintah kelantan, berapa buah masjid dan stadium yg dah dibinanya? Mcmana nak runtuh kalau takde apa pun yg kau buat ataupun bina..
Oii, masjid & stadium yg pas duk guna tu adalah dibina masa BN perintah Kelantan la.. Rasa2nya N.Ajis ni dah makin nyanyuk dan dah tiba masanya utk letak jawatan sbg MB.. Dia ni betul2 buat malu org Kelantan yg berfikir guna otak.. bukannya yg menyokong membabi-buta mcm org2 Pas..

akuumnobangang said...

hoi melayu bangang lagi bodoh..dua dua makhluk asing dari planet pluto ni ke yg rakyat kelantan lantik tadbir kelantan??ape ke chikai sangat pemikiran kau ni...tak paah nak pening2 jaga hal ehwal orang..kelantan ada sultan,MB dan Exco,,yg jaga bumi kelantan..kau elok jaga dalam dan tepi kain rumahtangga kau je..bukan dapat duit 1sen pun kau nak pening2 kepala bodoh lagi bangang lahhh..kau n geng totok kau

Anak Lenggong said...

Salam bro...lepas ni akan keluar ulasan dalam blog Poji@perisik rakyat pulak...kita tengok apa pulak yang dia kelentong...

Panglima Perang Cyber said...

cepat sikit tulis cerita hok bini muda tu..

kawe cadang jawapan lengkap bab royalti ni ditulis oleh demo.

lepas tu kita sebarkan dlm blog geng2 kita

demo tulis gapo husam dan sek sek pas kato dan demo tulis jawapan dia.

kawe sibuk tak sempat nak cari hehe...

RuangBicaraSongsang said...

Saudara Faisal.

Berkata benarlah walaupun pahit.

Kenapa saudara masih cuba mengatakan yang Ku Li tidak menyentuh langsung berkenaan 'batu nautika' sedangkan dia terang-terangan telah menjelaskan perihal itu dalam laporan akhbar / wawancara yang sama ?

Kenapa saudara tidak memetik kenyataan Tengku Razaleigh yg berikut juga :

" Kita kena ambil kira bahawa semua negeri-negeri dalam Malaysia adalah berdaulat, ada sempadan-sempadan yang telah ditentukan. Kalau kawasan yang dicari minyak itu kawasan bertindih Kelantan-Terengganu, atau Kelantan-Siam umpamanya, maka Kelantan mesti ada hak ke atas hasil itu. TIDAK KIRA BERAPA BATU NAUTIKA DI LAUT atau di darat, jika itu memang dalam kawasan Kelantan, maka Kelantan berhak menuntut. Royalti tetap royalti kalau itu memang dalam kawasan Kelantan, tidak timbul wang ihsan minyak. Apa yang telah dipersetujui ialah royalti, bukan wang ihsan. Pada saya, rakyat Kelantan berhak menuntut royalti itu walaupun minyak yang dikorek hanya setitik ... "

Lagi terang mahu bersuluh ?

Bodoh sangatkah rakyat Malaysia untuk memahami konsep Persekutuan Malaysia dan maksud ' Bersekutu Bertambah Mutu ' pada jata negara ?

Bodoh sangatkah rakyat Malaysia untuk memahami kenapa ada Sultan di setiap NEGERI ??

Bodoh sangatkah rakyat Malaysia untuk menyedari wujudnya JDA Malaysia-Thai kerana adanya Malaysia di situ adalah kerana ianya perairan KELANTAN !

Tanpa Kelantan dalam Persekutuan, apalah erti JDA Malaysia-Thai ..

Pemangku Raja Kelantan pun sudah bersuara menuntut royalti, kenapa saudara masih pertikai ? Tidakkah itu derhaka namanya ?

Saudara bukan mencari kebenaran tetapi melekat pada agenda tertentu yang bias. Buangkanlah agenda kepartian jika saudara ikhlas mencari kebenaran.

Sekarang, nampaknya saudara hanya berminat dengan ' kebenaran yg manis ' sahaja ... Yang pahit campak longkang ?

( Hahahaha ~ rupa2 nyer blogger pun byk juga yang kencing yer .. Cakap tarak serupa bikin ! )

ruang bicara faisal said...

kpd ruangbicara sonsang

anda tak faham

sepatah haram pun tak disebut oleh ku li tentang jarak. iaitu 3 batu, 150 batu atau berbatu, maka layak atau tak layak dpt royalti.

ada dia sebut pasal perjanjian jarak ?

tolong fahami betul2 dulu apa yg saya maksudkan dan yg ku li maksudkan.

kalau tak faham,baca berkali-kali sampai faham

akuumnobangang said...

itu lah engkau..perjuangkan lagi assobiyah melayu bagsat kau tu,,dah terang jugak si mangkok tu jd menteri atau org kuat petronas dulu yg ada termeterai wang royalti adalah pada rakyat kelantan..
bangang tahap barua kau ni

anak lenggong,,pi jahanam kau..AMEENNN

PANGLIMA PERANG GILER MEROYAN KOT
SORANG LAGI ADIK BERADIK SI PARPU KARI TU

Anonymous said...

hello tuan ruangbicara songsang...its very near to songhkla and its more than 3 batu nautica (ada dalam perjanjian jarak).

lagi pun perjanjian adalah diantara negara dengan negara. bukan negara dgn negeri.

i believe husam SHOULD bercakap benar sepanjang perjumpaan beliau dgn petronas. pasai tu depa senyap dari berbillion jadi 20 juta.

bab kuli...yang hairan mengapa semasa jadi boss semangat 46 tak bising pasal royalti minyak?

Jeffry said...

YG HERAN TU HUSAM MCM MALU2 NAK TERIMA WANG EHSAN TU. KEJAP NAK KEJAP X NAK. KEJAP MINTAK JUMLAH TU..KEJAP TUKA JUMLAH LAIN. MAKNANYA DIA MMG NAK LA WANG EHSAN TU WLUPUN PAK AJIS TAK NAK TERIMA SBB KONON2 NK BERPEGANG PD PRINSIP! (EGO LA TU)..PIRAHHH MABUK!! KEHKEHKEH

Anyonyamouse said...

" bab kuli...yang hairan mengapa semasa jadi boss semangat 46 tak bising pasal royalti minyak? "

Soalan yg sama ditanya oleh wartawan dalam paper Sinar Harian tuh.

Dia jawab lebih kurang gini bunyinya, " dia dari dulu memang lawan tapi takde paper yang sanggup publish kenyataan dia. Nasib baik sekarang ada internet, paper pun dah tabley senyapkan dia lagi ".

Boley baca sendiri kat temubual tu. Dua muka penuh tu!

Anyonyamouse said...

Nak sentuh pasal komen Anonymous 6:50 pm.

Malaysia negara persekutuan.

Bila berlaku perjanjian antara negara, secara automatik akan merujuk kepada negeri. Tafsiran Negeri bukannya Wilayah/Province atau Tanah Jajahan atau Daerah. Negeri adalah negara bebas yang bersetuju menyertai Persekutuan sebagai ahli dan bukannya untuk diserah kedaulatan.

Malaysia bukan Absolute Monarch spt Brunei, Komunis spt China, Republik spt Iran mahupun sistem beraja seperti Thai. Malaysia lebih kurang mcm United States of America dan Emeriyyah Arab Bersatu. Malaysia sepatutnya menegakkan semangat persekutuan seperti USA tetapi malangnya ini hanya berlaku terhadap Sabah dan Sarawak sahaja dan tidak kepada negeri2 lain di Semenanjung. Antara sebab mengapa timbul isu royalti ini.

Pasal 3 batu nautika. Sabah dan Sarawak, bahkan Terengganu sekalipun ada menerima royalti minyak tetapi tiada satu pun telaga minyak mereka bawah 3 batu nautika manakala perjanjian yang telah ditandatangani adalah perjanjian yg sama sptmana yg Kelantan dan Petronas meterai.

Pasal lebih dekat dengan Songkhla. Kalau begitu kenapa Siam setuju tubuhkan JDA ? Tidakkah boleh sahaja dia bolot semua ? Kan lebih dekat dengan Songkhla ? Mereka tidak sebodoh itu untuk berkongsi dgn Malaysia. Rakyat mereka 75 juta! Lebih banyak mulut hendak disuap!

Sempadan maritim bukannya diukur atas dasar LEBIH dekat dengan mana-mana negara ! Tidak semudah itu ! Ada tatacara dia.

Kalau tidak mana mungkin Malaysia berani nak pertikai Blok Ambalat yg terang-terangan nampak lebih dekat dgn Indon? Sila fahamkan dahulu Undang-Undang Maritim Antarabangsa ...

Anonymous juga kata :
" i believe husam SHOULD bercakap benar sepanjang perjumpaan beliau dgn petronas "

Saya seperti Ku Li.
Hanya berminat dengan hak dan bukannya agenda politik.

Dalam hal ini, Husam cuma pemain sahaja, sebenarnya Petronas lah yang sebenarnya patut bercakap benar dan jadi gentleman kerana mereka lebih tahu.

Petronas yang sepatutnya keluar kenyataan kerana ini perjanjian antara negeri dengan petronas.

Kenapa petronas diam ?

Oh, Malaysiaku !

ZAFAN said...

Rasanya semua perlu berdiri atas kebenaran. Kalau kebenaran tidak dipesetujui carilah tempat yang boleh menentukan kebenaran. dalam hal ini tentulah mahkamah tempatnya. Oleh itu bawalah kes ke mahkamah. PAS tentunya ada berderet peguam yang sudi bawa kes ke mahkamah dan kerajaan pasti juga ada senarai peguam yang boleh mempertahankan pegangan mengenai wang ihsa.

Daripada kedua pihak menambahkan kesusutan dan keliruan rakyat dengan cerita masing masing dan meningkatkan suhu kebencian di kalangan penyokong masing-masing baik semua ini dihentikan. Kita sama kita bukan sapa sapa pun..Sama bangsa dan sama agama..

Anonymous said...

By right? or by agreement?..

"By right" uses common sense..telaga minyak dikawasan perairan kelantan (tak kira jauh mane) so secara logiknye kelantan patut ade hak atas hasil minyak itu..

By :Agreement" based on written and mutual agreement..boleh pakai in the eyes of LAW..

so korg nak yg mane?..ahh..tak kisah la mane2, janji result yg kite nak, menyebelahi kite..kalu agreement, agreement la..kalu "by right", by right la..

kalu ku li kata rakyat kelantan berhak, dia guna common sense..tunjuk agreement ade tak kata kelantan ade hak? kalu aku jd dia aku ckp kelantan berhak, negeri aku jugk..

tp dia kena phm, itu la kuasa agreement..agreement will prevails. takkan dia tak paham konsep menda nih?..

unless Kelantan nak jd independant, then boleh la claim dia punye..kalu still bernaung atas name Malaysia, kena la ikut federal government..

Anonymous said...

kenapa PETRONAS diam?

sape kata PETRONAS diam? PETRONAS tu government abih yg ceramah pasal wang ihsan dari UMNO tu apokobonda nye?..PETRONAS bknla agent politic kerajaan, byk keje lain nak cari rezeki wat pe nak melayan or meroyan pasal isu royalti/wang ehsan ni kat Kelantan? buang mase

da menjadi sesuatu yg standard perkara ni akan berlaku:

1. Buat interpretation sendiri, jadikan clausa2 agreement tu menyebelahi kite..kalu takde, buat la seribu satu persoalan tentang clausa2 tersebut spy ianye diragukan. Tambah ayat2 alquran & hadis sbg penyedap perisa walaupun ianye takde kena mengena;

2..kalu diatas tak boleh membantu, try cari jalan nak menidaksahkan atau melapukkan agreement tersebut supy tidak boleh digunapakai;

3. Bawak rakyat sekali utk sokong, tak payah citer yg sebnarya, senang je just cakp minyak di perairan kelantan, so kelantan patut dpt duit..bg contoh terengganu, sabah & sarawak, diorg dapat, why not kelantan?.kalu aku jd rakyat kelantan aku pun akan gi ceramah smlm tu..duit utk rakyat kelantan, sapo taknak? tp sayngnye, org kelantan tak tau pasal agreement tu..bagus idea sorok fakta nih..


4. Doa ramai2 mintak pecah perut org tu..agaknye bila da berdoa2 ramai2 tu dapat membawa perasaan sbg org yg teraniaya..cara Islam..

5. Laungkan TAKBIR! - yg ni aku tak phm, agaknye isu Kalimah ALLAH ni diorg laung takbir ke tak? bila DAP hina Islam ade laungan takbir ke tak?. gunala laungan takbir utk berjihad kearah Islam, jgn sbb politik semata2..

Sekian..

Warga Pasir Bedengung said...

" kalu ku li kata rakyat kelantan berhak, dia guna common sense..tunjuk agreement ade tak kata kelantan ade hak? kalu aku jd dia aku ckp kelantan berhak, negeri aku jugk.. "

Apa plak ? Dia yg buat agreement tuh ! Dia yang sain agreement tuh dlm tahun 1974 sebagai wakil Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Kelantan ! Dia Menteri Kewangan ketika tuh. Dia antara yang mewujudkan PETRONAS !

Eh, kamu nih tak follow isu nih dari awal ker ?

Sila kembali ke tahun 1974 sebelum komen ..

Nampak sangat hentam kromo jer komen ..

Aper laa ...



" unless Kelantan nak jd independant, then boleh la claim dia punye..kalu still bernaung atas name Malaysia, kena la ikut federal government.. "


Hahha.. BERNAUNG ? Hahhaa ..

Alahaaiii .. yang nih pun satu hal lagi !

Bila masa Kelantan diNAUNGI Malaysia ? Ingat zaman British ker ape nih ?

Kesian .. Mamat nih masih tak paham2 konsep Persekutuan. Apa kamu ingat nih Zimbabwe ker ?

Sila fahamkan Perlembagaan terlebih dahulu sebelum komen hal hubungan negeri dan Persekutuan.