Wednesday, January 20, 2010

TUDUHAN MELULU RBF - UMNO NIBONG TEBAL

Nampaknya konflik antara RBF dengan Umno Nibong Tebal belum tamat lagi walaupun saya telah meminta maaf dan cuba menerangkan keadaan sebenar sepertimana yang dijelaskan oleh mereka. Rujuk di sini

Terbaru, Pemuda Umno Nibong Tebal melalui blognya menyiarkan penjelasan dari Ketua Umno Bahagian Nibong Tebal, berkenaan tuduhan melulu blog rbf. Rujuk di sini.

Sebelum saya pergi lebih jauh, izinkan saya meminta maaf sekali lagi kepada keseluruhan pimpinan Umno Bahagian Nibong Tebal di bawah pimpinan Dato' Zainal Abidin Bin Osman.

Saya tahu Dato' Zainal orang yang baik. Dia amat disayangi oleh masyarakat setempat. Sebab itu , dalam posting saya yang berkenaan saya tidak menyentuh nama Dato' Zainal. Saya hanya memberi tumpuan kepada pemimpin peringkat cawangan. Rujuk di sini

Saya akui, dalam posting saya yang lepas, ada juga yang saya terlanjur kata. Tetapi walaubagaimana sekali pun saya tetap tidak akan menarik balik posting berkenaan. Saya yakin saya berada di landasan yang betul walaupun tidak seratus peratus. Sekali-sekala kita kena 'gegar' juga untuk menyedarkan dari lamunan.

Sebagaimana yang saya beritahu sebelum ini, pemberian gula, beras, wang dan sebagainya tidak akan menyelesaikan masalah orang-orang yang susah. Saya tidak nafikan bantuan yang dihulurkan oleh UNT kepada arwah dan keluarganya.

Dia datang, bagi bantuan, dia minta bagi duit, dia minta bagi itu, dia minta bagi ini. Sampai dunia kiamat pun tak habis masalah kemiskinan. Lagi-lagi pula jika orang bermasalah itu kurang ilmu atau pelajaran. Mereka perlu tunjuk ajar, bimbingan dan kaunseling, bukannya semata-mata beras, gula, tepung dan duit.

Zaman sudah berubah, cara pun kena berubah. Jangan lagi asyik ikut cara tradisional. Dalam dunia perniagaan 'after sales service' lebih penting dari jual produk. Asyik duduk jual produk, tapi bila produk rosak tak boleh diperbaiki atau susah cari alat ganti, sampai mati pun pelanggan tak beli produk kita.

Begitu juga dalam soal beri bantuan, minta beri, minta beri, pemantauan tiada, bimbingan tiada, sampai bila pun tak menyelesai masalah, mari kertas undi, dia tak pangkah kita juga. Apa yang kita bagi jadi , KOSONG. Undi tak dapat, masalah dia pun tak selesai.

Umno ada ramai pemimpin di peringkat bahagian atau cawangan, tapi sayang seribu kali sayang, ramai pemimpin BODOH. Orang yang tak lulus LCE, pun boleh jadi, ketua cawangan, ketua pemuda, ketua wanita dan sebagainya. (Saya tidak tuju kepada Umno Nibong Tebal semata-mata, saya tuju kepada keseluruhan). Orang cerdik memang tiada tempat dalam Umno, nak masuk Umno kena cantas, itu sebab mereka masuk PAS. Sebagai contoh, Profesor Ramlah Adam, seorang Profesor yang hebat, tetapi bila bertanding jawatan dalam wanita Umno di Melaka, beliau tewas dengan orang yang tak lulus LCE.

Bila tiada orang cerdik pandai dalam parti, itulah yang menjadi masalah. Tak boleh tolong rakyat atau orang susah. Tiada idea-idea kreatif, asyik pakai cara lama, sedangkan zaman sudah jauh berubah.

Tidak semua orang yang tidak lulus LCE boleh dikategori sebagai bodoh. Ada juga yang cerdik, asalkan dia rajin timba ilmu dan ada kesungguhan untuk belajar dia boleh jadi cerdik. Tapi, masalahnya dalam Umno, susah. Demo faham tak ? , susah. Nampak cerdik sikit, parang terbang mesti melayang. Nak buat macamana, ahli Umno suka pilih jalan itu, maka terimalah akibatnya.

Berbalik kepada kisah di Nibong Tebal, saya yakin posting yang disiarkan oleh blog PUNT bukannya ditulis oleh Dato' Zainal sendiri. Ianya ditulis oleh orang lain, tetapi dia guna nama Dato' Zainal untuk nak bagi nampak hebat. Dia tak sedar cara dia menulis boleh menjatuhkan 'standard' Dato' Zainal. Tiada kelas punya penulisan. Pakai ayat ringkas-ringkas seperti menghantar sms. Koma tak tahu kat mana, jarak tak tahu dimana. Tulisan yang tak kemas langsung dari seorang 'ketua umno bahagian' yang bergelar YB dan Dato'.

Lihat perenggan pertama, susunan bercelaru sekali.
Yang dibawah ini pula ejaan ringkas dan ejaan salah.
Klik pada imej untuk melihat dengan jelas tulisan seorang 'ketua bahagian' palsu.

Perkara no 2
: Arwah bersama keluarganya tinggal di rumah yg di bina bwh skim PPRT,tanpa perlu byr sewa.

Perkara no 3 : Kejadian jam 1 pagi,dan jam 8 pagi Ketua Bahagian mendapat maklumat dan terus menghubungi Ketua UMNO Cwgn Sungai Buaya Sdra Abdul Ghani dan Pengerusi JKKK, Hj Rahman Noh utk bjumpa dgn keluarga dan uruskan anak-anak mangsa kerana Ketua Bahagian berada dlm program bersama PM.

Perkara no 4 : Ketua Bahagian telah meminta Penyelaras DUN Sg Bakap, Haji Mohd Foad yang juga Naib Keua UMNO Bahagian Nibong Tbeal untuk menziarahi mangsa bagi pihak beliau.

Perkara no 5 : Ibu mangsa kerap ke Pusat Khidmat Barisan Nasional utk memohon berbabgai bantuan,KB tak pernah tolak. Bantuan tunai dan mesin jahit sumbangan peribadi Ketua Bahagian juga di beri sebelum ini.

Perkara no 7 :
Selepas ni Dato' Zainal akan berbincang dgn suami arwah tentang masa depan anak-anak beliau dan berbincang dgn guru-guru anak supaya di beri kaunseling khas utk anak tsbut. (guru-guru anak atau guru anak-anak)

Yang ini pula campur aduk melayu dan inggeris
Apakah lagi yg mampu di buat oleh UMNO Bahagian sebelum dan selepas tragedy ini?

Saya yakin , 'ketua bahagian' atau Dato, Zainal palsu yang menulis blog tersebut adalah orang yang tak lulus kertas BM II semasa peperiksaan LCE. Daripada atas sampai ke bawah tulisannya penuh dengan kesalahan. Buat malu nama Umno.

Orang ramai tidak akan pelik, jika yang menulis sedemikian adalah RBF,Parpukari atau GAP ,kerana kami bukan sesiapa pun . Kami hanya blogger jalanan. Ini seorang 'ketua bahagian' yang menulis sedemikian, malu, malu, malu.

Senang cerita tutup sajalah blog PUNT, sebelum Umno dimalukan dengan lebih parah. Seekor unta membawa pasir, habis sebuah rumah masuk pasir, atau pun kerana nila setitik, rosak susu satu microwave.

Lagi pun dulu blog yang sama juga pernah memalukan Umno dalam kes Lim Guan Eng beri bantuan di tokong.

Kepada MT Umno pula, sekarang ini semua orang ghairah nak buka blog, kerana sambutan dalam dunia media baru semakin hangat. Harap MT Umno , dapat pantau mana-mana blog yang dibuka atas nama Umno. Jangan biarkan mereka buka blog dan tulis sesuka hati. Sedikit silap yang mereka buat, yang menanggung balanya adalah Umno. Sediakan satu garis panduan.

Macam kami semua tak kisah, kerana kami tidak mewakili Umno. Umno pun kami balun. Kami penulis blog bebas. Kami polong yang tidak bertuan. Kami tak hairan kepada sesiapa. Yang kami takut hanya kepada huruf seperti ini P.D.R.M. Silap tulis blog, Proton Waja sampai depan rumah, tunjuk kad kuasa, minta ic, buka gari, pasang di tangan dan diangkut ke Rumah Pasung .Dulu sekali sudah diangkut. Komputer, broadband, printer, sekali dengan beg-beg lap top pun , dia rampas habis. Yang jamin bukan pemimpin Umno, rakan blogger juga yang jamin. Dua malam menginap di bilik hotel tiga bintang. Balik rumah , bini pula tak bagi masuk rumah, kena mandi 'air tawar ' dulu di luar rumah, kononnya nak buang badi. Nasib badan lah, dulu elok-elok, gatal nak jadi blogger, tanggunglah akibatnya.

Selepas ini, pasti akan ada lagi komen yang masuk yang mengatakan saya mengikut rentak pembangkang. Saya tidak kisah, dengan itu semua, saya tetap akan bersuara untuk kebaikan Umno.



15 comments:

Jeffry said...

SLM BRO..MUDAH2AN YG KERUH DPT DI JERNIHKAN..YG KELAM DPT DI TERANGKAN..AMINNNN

jibaouk said...

salam genggam bro RBF!!!

Tak dpt wa bayangkan dlm 'mood menggelegak' pun lu masih lagi boleh komentar dgn tertib lagi berhemah.

Pengorbnan lu ngan kengkawan lain siapa ambil peduli bro!!!

Lu balik umah ke, lu mandi ke, lu makan ke, dapor umah lu org berasap ke.. dorang peduli ape...
yg penting kalo keje lu org bawak untung politik maka dorang ketawa la me lekek2...

Dorang semer sebok bro...

Justeru wa mohon sudi kiranya lu e-mail wa supaya luahan lu ngan kengkawan lain dpt lu org sampaikan kat Ptrjaya. Maknanya wa bawak lu org terus ke Ptrjaya untuk sessi 'perbincangan meja bulat' peringkat tertinggi.

Bukan ape... wa fikir ini hal remeh. Tak perlu formula roket sains pun utk settle hal ni... moga situasi menang-menang dpt digarap utk penyelesaian terbaik

Takat PUNT tu... maaf cakap la... bukan 'klas' lu org nak bedebat... banyak keje lain yang boleh dtgkan menfaat kearah pembinaan negara.

Jadi wa arap lu sudi la berhubung e-mail dgn wa. Kalau rasa 50-50 takpe.. take your own sweet time.. bincang ngan kengkawan lain dulu.

Tak minat pun takpe. Namun teruskan perjuangan kudus ni utk masadepan anakcucu bangsa kite.

Wa tunggu respon lu... k

Salam hormat buat kalian...

p/s : banyak org tak sedar 'bootom line' nya adalah 'UNDI - PRU13'

TAIPINGMALI (TM) said...

Pemuda kena betul dan berani. jika salah katakan salah. Kalau orang lain bersalah dan sudah mohon maaf maka kena maafkan. jangan jadi seperti kes mereka dgn Dap. sanggup memohon maaf kepada Dap...macam tu bukan hero lah namanya.. Pemuda boleh dianggap masih belajar. kena kenal sejarah dan sejarah pemuda juga..jgn jadi hero dalam cawan.

ruang bicara faisal said...

kpd jibaouk

terima kasih diatas kesudian anda.

biarkan dulu, saya dan rakan2 blogger tidak mahu terikat dgn mana2 buat masa sekarang. kalau sudah terikat susah, kami tidak boleh menyatakan yg benar.lagi pun banyak dah yang berjanji sebelum ini, janji hanya tinggal janji. mereka gunakan kami utk kepentingan politik mereka. mereka dpt hasil, kami dpt asap.


ada masa kami menulis, takde masa kami tak tulis. broadband ok, kami tulis, broadband kena potong ,kami pergi cc.

Insyaallah, saya dan rakan2 akan berjumpa anda satu hari nanti.

mat-di said...

Salam.

aku rasa tulisan sedara rbf pun byk gegarkan dunia politik .tak ramai yg NYATAkan dgn langsung tapi aku baca dekat byk blog yg secara kias2nya men`direct` kepada tulisan sedara rbf,bagi aku teguran tu memang nampak kasar.kalau tak betul jangan cepat gelabah.Geng Umno ni org kata ada jugak adabnya.4 negeri sebelum ni kalah pun xdak la buat demo .atau menonggeng tengah jalan.kita steady.dan cool.tapi dalam steady dengan cool pun jangan dok lena sangat.banyak isu dalam parti sendiri xdapat kita bendung.

pada sedara rbf,teruskan mengegarkan pihak mana2 yg sedara nampak xbetul.kita manusia ada pendapat masing2.kalau bleh kita dengar pendapat org pun xsalah.kita xsemestinya betul 100%.persepktif berbeza dalam sesuatu perkara

Local Fighter said...

Salam saudara,

Saya setuju dengan akar pendirian saudara untuk tidak menarik balik artikel mengkritik UMNO Nibong Tebal.

Kenapa mereka perlu melenting apabila dikritik? Adakah UMNO ini parti yang tidak boleh ditegur bila membuat kesilapan.

Ataupun hendak dibiarkan sahaja tersungkur semasa pilihanraya dek kerana sikap angkuh dan bongkak ini?

Saudara pun tidak perlu minta maaf sebenarnya, kerana kelemahan pucuk pimpinan di Nibong Tebal inilah menyebabkan perkara tersebut berlaku.

Hanya memberi beras,gula dan tepung, orang Pas lagi berlambak-lambak bagi cuma tidak dihebahkan di media.

Pemimpin perlu ada visi. Kena fikir jangka panjang. Bukan hanya bertindak untuk penyelesaian jangka pendek!

Tulisan PUNT itu sangat memalukan! Nampak sangat daya intelektual yang rendah dan memberikan persepsi negatif kepada tuan empunya badan!

Apa - apa pun, harap saudara jangan gentar untuk terus memberikan buah fikiran.

Kita bukan insan yang ada kepentingan material, bukan insan yang disumbat wang ringgit untuk menidakkan kebenaran.

Paksi kita satu, BERCAKAP BENAR WALAUPUN PAHIT!!!

ruang bicara faisal said...

kpd mat di & local fighter

tahun 2009 saya sudah hentam pembangkang cukup-cukup.

tahun 2010 ,misi saya kritik dan tegur umno, supaya jgn leka. mereka sudah mula syok sekrang ,selepas kejayaan di bgn pinang dan momentum rakyat kembali kpd bn. nampak gayanya nak kembali kpd perangai lama semula.

tahun ini 60 % , saya akan tumpu kpd masalah umno dan masalah rakyat. tahun depan hentam pembangkang balik.

saya tidak mahu umno terus lalai dan akan terima padah yang lebih teruk dlm pru 13.

saya sayangkan agama saya, bangsa saya dan tanahair saya.

jgn ulangi kesilapan lalu....

PPUNT said...

Sdr rbf yg dihormati,
masih tak sudah2 lagi?
apa masalah sdr sebenarnya ni??
boleh cuba terangkan??

Tak pernah pun kami cakap yg kami tak boleh dikritik, tak boleh ditegur.

Maybe rbf terlepas pandang yang Dato Zainal pun ada beri sumbangan peribadi beliau berupa 2 mesin jahit kpd ibu mangsa. Adakah itu dikategorikan sbg kail atau ikan?
fikir-fikirkan..

Tapi saya nak tegaskan disini yg penjelasan itu datang dr Dato Zainal sendiri yg mengirim mesej melalui inbox facebook. Biasanya, msg ni selalunya org byk guna short form saja.

Saya bukan spt saudara yg 24 jam kerja mengadap blog, mengadap internet. Banyak lagi komitmen lain dalam membantu menguatkan UMNO secara 'real' bukan secara maya spt sdr. Tak perlulah mendabik dada kononnya sdrlah paling hero,paling hebat dalam dunia blogging ini. Sekurang-kurangnya, ini komitmen sampingan Pemuda Kami dalam menguatkan parti walaupun tak seberap dan segah blog saudara yang terlalu hebat.

Saya akui kesilapan saya dalam men'copy' msg dr inbox FB ke blog, ada kelemahan terlepas pandang dalam membuat pembetulan ejaan.

itu hak sdr, sdr punya jari, taiplah apa yg sdr suka. Kalau rasa x nak minta maaf, itu hak sdr, ttp sbg sdr seagama, kami sentiasa memaafkan sdr. Tapi ingat, sebelum menghentam orang, selidikilah terlebih dahulu fakta sebenar.

Salam Perjuangan..

jibaouk said...

salam kembali sdr rbf & kengkawan...

Tkasih atas respon sdr.

Sy fikir posisi sy pun tak jauh beza dgn sdr.Cuma sdr & kengkawan 'bloggers' manakala sy 'activist'.

Mungkin prinsip kita juga sama iaitu : "bukan pencacai kepada sesiapa"

Sy percaya matlamat kita juga mungkin serupa 'kearah pembinaan negara - utk anakcucu bangsa'.

Namun utk mendptkan 'BAHAN' tidaklah semudah yg warga jangka.

Risikonya besar tidak terkata.

Justeru penyelarasan tahap tertinggi harus dibina agar situasi 'ayam terlepas tangan berbau tahi' tidak terjadi.

Era ini proses 'penjajahan minda' versi internet amat drastik lagi menggerunkan.

Ini bukan soal main tengah@nuetral. Bukan soal janji. Bukan soal ikatan malah jauh sekali soal materealistik serta kepentingan peribadi.

Ini soal 'revolusi keterbukaan minda' agar 'Bercakap Benar Walaupun Pahit' dpt dihayati.

Jauh lebih penting 'kelahiran harus disambut'.

Sy sendiri umpama anak tangga yg dipijak2 utk org lain sampai ke atas. Namun sy redha dipijak demi memastikan yg sampai keatas akan membawa aspirasi mempertahankan agama, bangsa dan tanahair tercinta.

Apa pun ini sekadar pandangan peribadi sahaja.

Sesungguhnya sy amat menghormati prinsip serta keputusan sdr & kengkawan yg lain.

Teruskan perjuangan. Jgn sesekali berganjak walau seinci pun kebelakang.

Bertahun2 pengorbanan sdr & kengkawan pasti ada hikmahnya.

Maka sy doa'kan agar sdr serta kengkawan yang lain sukses dlm menjalankan amanah ini.

Kesudian sdr dan kengkawan utk ketemu sy suatu hari kelak amatlah dihargai... insya Allah

Bila tiba waktunya, sudilah kiranya kita saling berhubungan.

Salam hormat.

add said...

Inilah perangai boleh dikatakan hampir semua pemuda atau umno bahagian!!!!!!!!!! Kalau dituduh, namun mereka ini tidak buat salah, maka akan diheret ke perbincangan secara meleret leret. Mengapa????? Kerana kereka ni tiada isu yang berani nak mengenengahkan isu "Juara Rakyat" di kawasan masing masing. Yang depa depa tahu hanyalah "Juara Projek Masyuk" dalam poket masing masing sahaja.

Saya amat bersetuju dalam artikel "terkena batang hidung" pemuda nibung tebal.

Kalau orang cop pemuda umno dayus,bacul banggang marah. Tapi tindak tanduk tu memang ia pun.

Anak Seberang said...

alo faisal
hang mcm budak2 la
gaya tak matured langsung
dh salah mintak maaf la..
aku org BM, jiran Nibong tebai
tau perkembangan skit2 UMNO Niobng Tebal ni..
depa buat keja pg petang siang malam... hang senang2 duk perlece orang..
dh tu x ngaku kutuk dato non..
tgk balik ayat last hang tu,
adakah tiada cawangan atau umno di nibong tebal!
kahkahakh... hang memalukan bloggers la..
hang bajet hang best tp hang tu mcm musibat...
sblm nk post, tgk la dulu,
dh salah x reti minta maap. aparaa...
aku pon br nk blog tp level aku ni pemuda cwgn saja la,
tak la blogger 'bajet best' mcm hang..
duk perlece blog org..
mcm blog hang sempoi sangat...
siok sindri la lu rbf
hang ingat hang best???

org mcm lu yg melingkupkan umno, bukan nk kuatkan umno..

Anonymous said...

kenapa laa pemuda umno nibong tebal sibuk2 sangat pasal kes tersebut walhal ia telah berlalu. takkan hanya perkara tersebut nak bergaduh dgn blogger...kerja mereka ialah membantu masyarakat...kalau tak boleh kena tegur jgn jadik pemimpin...nanti kalu dibilang pemimpin sampah, marah pulak...kalau tak dapat undi menyalahkan org lain, walhal diri sendiri tak betul...pemuda umno jangan terlalu elit, tapi tak bermakna berfikir dengan kepala lutut...

Anak Seberang said...

http://panggungopera.blogspot.com/2010/01/blog-rbf-yang-memualkan.html

Anonymous said...

ape nak gaduh2....

ORANG MINYAK KAGA said...

AKU RASA PAPUKERI PELARIAAN ESTET YANG MENYAMAR BLOGGERS. MEMANG KAO PATUT DIKERBAUKAN JIKA SANGGUP BERKAWAN DENGAN PARPU PARIAH TU

AKHIR KATA
MUAHHAHAHAHAHAHAH
PADAN MUKA
HE HE HE HE HE