Monday, February 1, 2010

KISAH BENAR- MP PKR MINTA BERJUTA-JUTA (BAB 1)

Apa yang bakal saya ceritakan di bawah ini adalah kisah benar dan pengalaman yang dilalui oleh saya sendiri berhubung dengan dakwaan yang sering dilemparkan kononnya BN 'membeli' wakil-wakil rakyat dari parti pembangkang setiap kali berlaku kes lompat atau keluar parti.

Sebelum saya menceritakan perkara berkenaan , izinkan saya mengulas terlebih dahulu kes terbaru yang melibatkan ahli parlimen PKR dari Bandar Indera Mahkota.

Anwar Ibrahim membuat tuduhan terbaru semalam, seperti mana yang dilaporkan oleh malaysiakini di sini. Saya sudah muak dengan tuduhan-tuduhan sebegini. Mungkin akan ada yang bertanya, kenapa saya muak. Saya tahu perkara ini semua dongeng dan tuduhan jahat yang sengaja direkacipta untuk menimbulkan kebencian rakyat terhadap kerajaan dan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN.

Semua ini adalah untuk menutup kelemahan diri sendiri dan untuk memesongkan pemikiran rakyat dari memberi perhatian kepada isu yang mereka hadapi. Anwar ibrahim juga mengambil kesempatan ini membalas dendam kepada Datuk Seri Jamaludin Jarjis (JJ).

Perlantikan JJ sebagai Duta Malaysia ke Amerika amat tidak menyenangkan Anuar. Ini kerana JJ memainkan peranan yang baik untuk menjelaskan perkara sebenar tentang negara dan keadaan semasa kepada Amerika. Sedangkan selama ini Anwar sering menipu Amerika dengan berita-berita palsu. Kehadiran JJ di Amerika sedikit sebanyak mengurangkan pengaruh Anwar di sana, sehingga membuatkan pihak di sana sudah tidak lagi mempercayai beliau sekarang.

Itulah yang membuatkan Anwar cemburu kepada JJ. Dan kesempatan ini digunakan sebaik mungkin oleh beliau untuk mengaitkan Datuk Seri Najib juga terlibat dalam komplot ini. Tidak lain tidak bukan adalah untuk menanam perasaan benci rakyat kepada BN dan PM.

Yang menjadi persoalan kepada saya, jika benar 'deal' juta-jutaan ini berlaku kenapa Azan tidak mahu melaporkan kepada SPRM. Alasan yang diberikan, kononnya panggilan telefon itu sebagai panggilan sebagai kawan baik. Jika beliau anggap JJ sebagai kawan baik, kenapa beliau harus mengkhianati JJ secara terbuka dengan membuat tohmahan yang bukan-bukan.

Tidak menjadi perkara pelik kepada saya jika JJ menghubungi Azan. Harus diingat JJ ahli Umno di Pahang, dan Azan juga adalah produk yang dikeluarkan oleh dari kilang Umno di Pahang. Mungkin mereka pernah saling mengenali satu sama lain sebelum ini. Tidak pelik, jika sebagai orang yang dikenalinya, JJ menghubungi Azan sewaktu Azan ada masalah. Sekadar bertanya khabar. Saya yakin 100 % tidak akan ada sepatah pun perkataan tentang duit yang keluar dari mulut JJ sewaktu berbual telefon dengan Azan.

Itu cuma imaginasi Azan dan Anwar Ibrahim kononnya bila ada orang Umno telefon, maka mereka terus terbayang duit. Pemimpin Umno tidak sebodoh itu untuk bercakap mengenai duit dengan musuh politik mereka. Mereka tahu ianya akan diputar belit oleh pembangkang.

Saya juga tidak pelik, jika Azan sendiri bertanya tentang imbuhan dengan JJ. Apabila JJ cuba mengelak atau menolak permintaannya, maka dia tampil membuat pendedahan dengan harapan untuk menonjolkan dirinya sebagai seorang hero yang tidak kelabu mata dengan wang juta-jutaan ringgit dan tetap setia dengan prinsip perjuangan.

Dalam dunia ini tidak payah cakaplah pasal duit. Jika benar-benar Azan telah ditawarkan sedemikian dan melihat duitnya saya yakin Azan telah pun menjadi ahli parlimen BN beberapa hari yang lepas lagi.

'Se tok guru- tok guru' Nik Aziz pun kelabu mata dengan pakej Haji RM 65,000.00 hingga sanggup menuduh blogger sebagai quraisy Malaysia, apatah lagi Azan yang bukan tok guru.

Selabuh-labuh jubah Haji Hadi dan 'sejanggut-janggut' Nik Abduh pun boleh tertawan dengan nombor-nombor kereta yang menarik, apatah lagi Azan yang tak berjubah dan berjanggut.

Kesimpulannya, Azan tak usahlah hendak perasan yang nilainya juta-jutaan. Jika benar ada tawaran sedemikian saya yakin Azan sudah sapu. Disaat-saat beliau bermasalah, duit pun tak banyak, belum tentu lagi menjadi calon dalam PRU yang akan datang, maka bodohlah Azan untuk menolaknya. Tak usahlah nak bagi alasan kononnya iman tebal dan tidak sanggup mengkhianati perjuangan. Kata-kata manis tersebut ibarat menanam tebu di bibir mulut, tapi hati yang sebenarnya adalah lain perasaannya. Jangan kelentonglah, saya tahu sangat dengan perangai-perangai orang PKR.

Berbalik kepada kisah benar yang saya ingin ceritakan. Setiap kali berlaku lompat parti atau keluar parti, saya merasa geli hati dan adakalanya muak bila kita didendangkan dengan fitnah-fitnah kononnya orang yang berkenaan telah dibeli oleh BN. Saya tahu benda ini tidak berlaku dan tak mungkin berlaku. Tidak semudah itu untuk pemimpin-pemimpin BN mengeluarkan wang seperti yang didakwa.

Saya bercakap berdasarkan pengalaman saya. Saya terpanggil untuk membuat pendedahan ini demi untuk menceritakan perkara yang sebenar kepada orang ramai. Saya mahu orang diluar sana tahu apa yang sebenar. Saya tahu pendedahan saya ini bakal mengundang masalah kepada saya dan juga rakan-rakan yang pernah terlibat. Tetapi saya terpaksa mendedahkan juga kerana saya sudah tidak tahan lagi tuduhan-tuduhan palsu yang semakin melampau sekarang.

Biarlah saya menjadi lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain. Sebenarnya saya sedaya upaya untuk tidak membuka perkara ini . Tetapi saya rasa sudah tidak boleh tahan lagi. Asyik kita sahaja yang diserang, dan kita pula asyik bertahan sahaja , tanpa melakukan serangan walaupun ada peluru, sampai bila pun musuh tak cedera.

Izinkan saya memulakannya. Cerita-cerita yang kononnya BN membeli orang-orang atau wakil rakyat pembangkang semuanya adalah karut semata-mata. Bukan BN yang tawarkan juta-jutaan, tetapi wakil rakyat pembangkang yang menawarkan diri mereka dan merekalah yang meminta berjuta-juta dari BN.

Pada bulan Disember 2008 saya pernah terlibat dalam 'urusniaga' wakil rakyat yang ingin keluar parti. Saya tidak terlibat di peringkat awal. Saya hanya terlibat di peringkat pertengahan. Punca yang membolehkan saya terlibat adalah kawan atas kawan.

Seorang ahli parlimen PKR (MP PKR) menghadapi masalah dengan partinya, beliau ingin keluar parti.

Pada peringkat awalnya beliau 'berurusniaga' dengan kawan kepada kawan saya. Saya tidak tahu langsung tentang 'urusniaga' tersebut peringkat awal. Saya hanya tahu beberapa bulan selepas itu, setelah 'urusniaga' beliau tidak laku kerana tiada orang yang sanggup membelinya.

Bersambung dalam bab 2.

6 comments:

Jeffry said...

PATUT LA YB2 PKR MCM SI KHALID GAGAP SUKE SGT MENIPU. DGN YBK PUN DIA NAK KELENTONG!. TAK CUKUP DGN KELENTONG DIA FITNAH JUGAK!. BAGUS LE YBK DAH REPOT POLIS ARITU. AGAK2 KLU DIA DH TERSEPIT DIA BUAT CARA PENGECUT MCM SI AZAN TU. KEHKEHKEH...JENG!..JENGG!!...JENGGGGG!!!...

Goh Wei Liang said...

Ini sikit sikit kata BN beli MP. Bukti tak ada. Cakap bukan-bukan saja.

Tapi ada tape Aminah dulu yang kata ada wakil Pakatan Rakyat cuba beli dia.

Itu sah dan ada bukti. :)

Cikgu Mahathir menulis... said...

Somoga kehidupan saudara Goh Wei Liang sejahtera di bumi bertuah ini... salam satu malaysia...

Anonymous said...

ape dah jadi dgn tape tu? kes tak jln ke?dah sah2 ade bukti.

-mr manson-

Anonymous said...

kenapa anwar gila tak nak masuk court? sebab dia takut!! orang yang takut ni memang orang bersalah..bila masuk court terus kena penajara, habis laa dia punya MP yang dia sibuk jaga dan nak beli tu...

Anonymous said...

mengapa tidak:)