Monday, February 1, 2010

KISAH BENAR- MP PKR MINTA BERJUTA-JUTA (BAB 2)

Sambungan dari bab 1

Beberapa bulan selepas itu saya dihubungi oleh seorang rakan saya. Beliau adalah rakan kepada saudara Kadir, bekas pemimpin PKR Selangor. Beliau berkata kepada saya yang seorang MP PKR hendak keluar PKR dan meminta imbuhan RM 10 juta. Setelah rakan saya menyebut namanya, saya amat terkejut. Ini kerana saya tidak menyangka MP tersebut sanggup meninggalkan PKR kerana sifat PKRnya yang amat tebal. Saya tidak memberi apa-apa jawapan kepada kawan saya, saya hanya berkata, nanti saya fikirkan. Perbualan berkahir disitu.

Selepas beberapa hari, saya dihubungi kembali oleh rakan saya untuk bertanyakan perkara berkenaan, samada saya sudah mendapat 'pembeli' atau belum. Saya kata tidak dan saya tidak melakukan apa-apa 'urusniaga' lagi, kerana saya tiada pengalaman sedemikian dan juga saya ada rasa takut.

Selang beberapa hari rakan saya menghubungi saya kembali, bertanya perkara yang sama. Katanya rakan beliau, iaitu Kadir sudah tidak boleh tahan lagi dengan MP berkenaan yang setiap hari mendesak Kadir untuk menjual dirinya. Untuk mengetahui perkara yang sebenar, saya meminta rakan saya agar mengaturkan pertemuan antara saya dan Kadir.

Pertemuan berlangsung pada satu malam di sebuah restoran mamak di Subang. Kadir menceritakan kepada saya, katanya MP berkenaan adalah rakan beliau semasa beliau di dalam PKR. MP berkenaan ingin keluar parti kerana sudah tidak tahan dengan permainan politik dalaman PKR sendiri dan rakan-rakan pakatan mereka. Beliau sudah lama memberitahu hasratnya kepada Kadir, tetapi Kadir tidak dapat memenuhi kehendaknya kerana beliau meminta wang untuk syarat keluar dari PKR. Disini kita boleh nampak sikap 'tamak' MP PKR tersebut. Beliau bermasalah dengan partinya, beliau yang nak keluar, kemudian beliau juga yang minta wang dari BN.

Kadir memintanya menyertai BN secara Fisabilillah (tanpa sebarang bayaran). Tetapi beliau enggan. Kadir pening dengan MP tersebut yang begitu kerap menghubunginya dan mendesak beliau agar cepat mencari 'pembeli' dirinya. Saya berkata kepada Kadir, saya akan berusaha untuk mencari 'pembeli' tetapi saya tidak berjanji. Siapalah saya, untuk berhubung dengan pemimpin-pemimpin atasan BN. Mereka tidak mengenali saya, dan saya juga tiada akses kepada mereka.

Setelah puas berfikir, lantas saya teringatkan seorang kawan saya yang bernama Ramli (bukan nama sebenar) . Saya tahu beliau orang kuat Umno. Lalu saya menghubungi beliau, dan menyatakan perkara sebenar. Setelah habis mendengar apa yang diberitahu oleh saya , Ramli ketawa sakan apabila mendengar RM 10 juta yang diminta MP berkenaan.

Dalam ketawanya itu, saya terkejut apabila Ramli meminta saya mengaturkan pertemuan dengan MP berkenaan. Wow, kata hati saya, ini dah nak jadi nampaknya. Perasaan takut sudah bertukar gembira. Lalu saya menghubungi Kadir dan meminta beliau mengaturkan pertemuan antara Ramli dan MP berkenaan.

Diringkas cerita, pada malam esoknya MP berkenaan telah ditemukan dengan Ramli di Damansara. Saya dan Kadir ada bersama. Saya sangkakan Ramli ada 'pembeli' yang sanggup membeli MP berkenaan, rupa-rupanya tidak. Ramli juga berkata , jika berminat nak masuk BN , masuklah secara Fisabilillah. Ramli berkata kepada beliau," awak nak keluar parti awak, nak jadi MP bebas, tetapi hendak minta duit dengan BN".

Ramli sebagai bekas seorang tentera amat tegas semasa bercakap dengan MP berkenaan. Ramli mengatakan kepada beliau, bukan budaya Umno atau BN untuk membeli wakil-wakil rakyat, ini semua budaya Anwar Ibrahim. "Duit-duit ini semua budaya Anwar, bukan budaya Umno" kata Ramli dengan tegas sambil merujuk kepada Anwar pernah membeli wakil-wakil rakyat PBS di Sabah dan budaya politik wang dalam Umno yang dipelopori oleh Anwar.

Tidak berpuashati dengan jawapan Ramli, MP berkenaan boleh lagi berkata "tolonglah bang". Ramli tersenyum, manakala dalam hati saya pula berkata "ada juga MP yang bodoh macam ini" . Ya lah, mana tak bodohnya, seorang wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat seolah-olah tiada 'standard' kerana merayu untuk menjual dirinya. Orang yang dirayu pula adalah musuh politik beliau.

Ramli mengundurkan diri, tinggal kami bertiga. MP berkenaan sibuk menceritakan masalah beliau. Saya hanya mampu mendengar. Keesokan harinya saya menghubungi Ramli kembali menceritakan keserabutan kami dengan MP berkenaan yang tidak putus-putus merayu supaya membelinya.

Sebelah petangnya, saya menerima panggilan daripada Ramli yang meminta saya membawa MP berkenaan berjumpa dengan seorang pemimpin Umno peringkat atasan pada malam tersebut di sebuah Hotel A di Shah Alam.

Pada malamnya saya dan Kadir menunggu MP berkenaan di depan sebuah hotel di Subang. MP berkenaan tidak berani pergi dengan keretanya, kerana takut-takut jika dilihat oleh orang-orang PKR. Beliau menaiki kereta saya ke tempat yag dijanjikan dan kereta beliau ditinggalkan di depan hotel berkenaan.

Ramli dan pemimpin Umno yang berkenaan telah pun berada di sana. Pertemuan berlangsung lebih kurang satu jam. Pemimpin Umno berkenaan tidak banyak bersuara semasa pertemuan tersebut. Sebaliknya MP PKR yang tersebut lebih galak membogelkan pemimpin partinya dan sekutu mereka dalam pakatan. Beliau bercerita dengan begitu emosi sekali.

Pertemuan selesai. Tiada sebarang angka yang berani disebut oleh MP PKR berkenaan kepada pemimpin Umno tersebut, walaupun pada peringkat awal kami telah berpesan kepada beliau supaya buka mulut sendiri dan minta apa yang dia mahu dengan pemimpin Umno berkenaan.

Senyap seketika, selang dua tiga hari dia buat hal balik. Dia kembali kepada perangai lama dan menekan setiap hari agar mencari pembeli dirinya. Kami marah kepadanya, ini kerana kami sudah bawa beliau jumpa, tetapi beliau tidak berani buka mulut. Lantas beliau meminta diaturkan sekali lagi pertemuan dengan pemimpin Umno yang ditemuinya sebelum itu.

Kali ini pertemuan diatur di sebelah pagi, di coffee house Hotel B di Shah Alam. Kadir tidak turut serta, kerana beliau telah jemu melayan telatah MP PKR berkenaan. Saya dan ditemani oleh seorang rakan bernama Husin ada bersama.

Kali ini saya tidak mahu membuang masa lagi melayan telatah MP berkenaan yang seperti
kanak-kanak. Setelah selesai sarapan dan berbual-bual ringan, saya terus kepada topik yang ingin diperkatakan.

Saya telah tekad, untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Saya nak tutup cerita, tak mahu lagi banyak sandiwara. Saya terus berkata kepada MP tersebut di depan-depan pemimpin Umno berkenaan "yb, terangkan kepada Datuk, apa yang you nak, cakap terus terang" . Merah padam muka MP berkenaan, kerana terkejut dengan soalan terjah saya.

"Saya nak keluar parti dan saya nak minta sedikit token" kata MP berkenaan. Saya pula yang tanya "berapa you nak,cakap terus terang depan Datuk". "I nak minta RM 10 juta,banyak nak kena cover". Sekarang giliran muka Datuk berkenaan pula yang merah padam, saya lihat cermin mata beliau menggolosor turun. Mungkin kerana amat terkejut dengan permintaan tersebut. "No lah, kita tak boleh bagi wang, dan kita pun tiada wang sebanyak itu. Kalau you nak masuk, kerana you dah sedar dan untuk kepentingan rakyat , masuk seperti biasa sahaja, tiada apa-apa bayaran ,kalau tidak mahu tak mengapa". Itulah jawapan dari pemimpin Umno yang berkenaan.

Dengan muka yang malu tersipu-sipu, MP berkenaan mohon mengundurkan diri. Selepas dia pergi, saya pula yang menjadi mangsa ceramah oleh Datuk berkenaan. "Apa dia ingat Umno kilang buat duit ke" ? soal Datuk berkenaan kepada saya.

Diringkaskan cerita , MP berkenaan kembali pula kepada perangai lama. Dia mula menghubungi dan merayu kembali. Kali ini dia minta perlindungan pula, katanya rumah beliau tidak selamat lagi kerana dia mengesyaki PKR menghantar orang untuk memantau pergerakan beliau.

Kita memberi kepada beliau dan keluarganya perlindungan, tempat tinggal yang selesa dan beliau bebas bergerak ke sana sini. Dalam masa yang sama beliau kembali kepada tabiat lama iaitu merayu untuk dibeli. Harga sudah turun mendadak. Dari RM 10 juta sudah jadi RM 3 juta. Itu pun tiada orang hendak beli. Yang paling kelakarnya, dia siap hendak beri nombor akaun adik beradiknya lagi untuk memasukan wang yang dimintanya. Kadir berkata kepada beliau, "mana ada orang nak bayar, you bagi nombor akaun pun tak guna" Beliau marah sambil meninggi suara,"apa ini BN, 3 juta pun tak boleh beri ke ? Saya boleh tambah satu seat lagi untuk mereka" .

Mungkin kerana terlalu kecewa, dalam diam-diam beliau lari meninggalkan tempat tinggal yang kita beri tanpa memberitahu sepatah haram kepada kita. Semasa beliau tinggal di tempat tersebut, beliau juga ada berjumpa dengan seorang lagi bekas pemimpin Umno yang boleh dikatakan berpengaruh juga. Tetapi, kali ini lebih malang lagi, bekas pemimpin berkenaan bukan setakat menolak mentah-mentah, tetapi memperlekehkan beliau lagi.

Untuk cerita yang melibatkan saya, ianya berakhir setakat itu sahaja. Tetapi saya difahamkan selepas itu MP berkenaan masih lagi berhubung dengan Kadir untuk perkara yang sama. Dengar ceritanya ianya berlarutan sehingga bulan mac 2009, tetapi tetap tiada orang yang mahu membelinya dan sehingga kini beliau masih bersama PKR.

Daripada awal sehingga tamat 'urusniaga' yang memakan masa selama enam bulan, dari harga RM 10 juta hingga jadi RM 3 juta pun , tetap tiada orang yang sanggup membeli beliau. Sepanjang saya berurusan dengan beliau, beliau ada berkata jika beliau berjaya masuk BN dengan bayaran yang dijanjikan, beliau yakin ada dua lagi MP (satu PKR , satu DAP) akan mengikut langkah beliau, sambil menyebut nama kedua-duanya. Seorang dari Perak dan seorang dari Selangor.

Kepada orang ramai, tidak perlulah anda hendak percaya kepada fitnah-fitnah jahat diluar sana , kononnya BN atau Umno suka membeli orang-orang pembangkang. Semuanya karut semata-semata. Saya tidak akan berani memberi jaminan kepada anda jika saya sendiri tidak pernah mengalaminya.

Seandainya benar-benar BN sanggup membeli wakil-wakil rakyat mereka, saya rasa BN sudah cukup selesa di Dewan Rakyat sekarang. Tetapi, andaikata situasi politik yang ada sekarang dan Anwar masih bersama Umno, saya yakin sudah berduyun-duyun wakil-wakil rakyat pembangkang yang menyertai BN. Anwar memang pakar dalam bab-bab beli membeli wakil rakyat. Itu kehebatan Anwar yang saya tidak boleh nafikan selain dari kehebatan meliwat dan kehebatan membuat propaganda.

Sebagai penutup cerita saya ulang balik kata-kata Ramli kepada MP PKR berkenaan. "Duit-duit ini semua budaya Anwar, bukan budaya Umno.

17 comments:

Wenger Khairy said...

Cerita yang sungguh menarik. Tetapi tetap karya fiksyen. Kao ni nak memperdayai budak tambi macam Parpu tu senanglah. Aku pun ada cerite, yg aku tahu PKR ada ajen mereka tersendiri. Kalao nak berunding tak payah nak menggunakkan mat motor sebgai orang tengah.

Tapi dalam PKR banyak yang tak layak jadi MP, tu aku setuju. Mungkin ada MP yang setpolnya setahap mat kutu. Maka tak malulah mereka nak berunding dengan mat moto lain kan?,

Apa dah jadi dengan "we had the numbers."

Cakap bodoh aje pandai. Tapi aku tetap menjadi pengunjung. Keranamu ni adalah kumpulan pemikir kepada Parpukari Jamban.

Syabas pada semua.

Kah kah kah

Cencaluk said...

Betul tu bro daripad UMNO berikan jutaan ringit kepada MP pembangkang baik mereka betulkan lampu yang rosak kat bangunan PWTC.

Tak pun UMNO boleh gunakan wang tersebut untuk melakukan aktiviti yang berguna.

Bak kata mak saya kauorang ingat aku cop duit ka?

hj jamaludin said...

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Alhamdulilah baik sungguh pemimpin UMNOBN kalau mengikut ulusan cerita dongeng yang dibentangkan oleh empunya blogger .Siap keluarkan fatwa kalau nak masuk UMNOBN mesti Fisabililah lagi . Moga moga 2 ADUN melayu PKR dan 1 ADUN CINA DAP yang lompat Parti yang berlaku di Perak pun tak di BELI oleh UMNOBN , mereka lompat parti atas kesedaran hendaknya dan moga2 mereka sokong perjuangan UMNOBN secara "FISABILILAH" .

Jeffry said...

MAMAT TUH DH MCM PELACUR JALANAN JEK. TUNGGU KASTEMER DTG "BELI" DIA PLAK KEHKEHKEHKEH ADOIYAII. PKR MMG MCM TUU! SANGGUP MELACUR DAN DI LACUR! CHEH!

Anonymous said...

Salam kome di sana..

Teman percaye ceghite mike,dun wurry..tapi kalau mike dpt update dan sertakan sekali dengan sumpah mike, lagi kuat..boleh paper arus perdana ceduk citer neh.

-oghangkuale-

Anonymous said...

Alahai Wenger, hang boleh blah la... Blog sendiri x dak sapa hingin nak baca, hang muka x malu mai kat sini pasai pa? Kekekeke

Hang x suka, hang boleh berambus. Ni mcm ketagih juboq ja aku tengok... Kuikuikuikui

Kirim salam kat Berok Hitam tauuuu

Ash

Anonymous said...

wenger

budak keling keadilan mengaku peminat kj.

Harimau-Menaip said...

Salam Tuan,

Saya benci dengan rasuah. Oleh itu, saya memaut dan memtik blog Tuan sambil meminta SPRM untuk menyiasat. Rujuk "SPRM Mesti Kasi Siasat!" di blog saya.

Wallahualam.

jiwakita said...

salam...

daripada duit UMNO dilabur kat penyagak
MP PR..lebih baik duit tu boleh buat banyak buat roadshow perkukuhkan parti dan sokongan.....

yang nampak dan tersenbunyi UMNO jugak
menjadi mangsa kutukan, cacian dan fitnah
kononnya MP PR melompat dan jadi bebas
kerana kena beli...

add said...

wahai wenger khairy, cencaluk berulat dan hj jamaludin aka hj beruk!!!!!!!!

Memang celaka lah kamu semua ni. Kenapa MP PKR,PR ni maksum ke? habis apa yang nik aziz nyanyuk cerita tu semua betul ke? saidina guan eng tu penuh tawaduk ke nak membela islam di penang? mengapa otak ikan kau orang semua mudah sangat percaya dalam hal ni, kau ni dah kena holy water dah ke? tu yang gelap hati tu. kau percaya sangat dengan bacaan ayat alquran masa ceramah pas,dap. memang melayu pelavur bangsa la kau ni, sama je dengan ku li batak di kelantan tu.

hei banjingan banjingan semua yang aku sebut nama tu, bertaubatlah dengan Allah dan mohon ampunlah dengan rakyat melayu semua sebelum korang mati, kerana kau orang lah yang memporak perandakan politik malaysia , maka kau akan terimalah hakikatnya bahawa anak cucu cicit kau orang akan di sumpah laknat oleh anak cucu cicit umno yang sama sama akan hidup dengan cucu cicit korang semua. Kami orang umno sudah berpesan kepada generasi kami, kalau umno hilang di tanah melayu, maka anak cucu cicit kami akan membunh/menghapus dengan cara kasar atau halus setiap anak cucu cicit dari Pakatan Rakyat.... semoga tanah melayu akan sejahtera dengan umno dan BN. Amin ya Rabbal Alamin.

add said...

Tahniah kepada RBF kerana menjawab segala tohmahan dari pihak pembangkang. Sebenarnya inilah yang orang umno mahukan dalam blog umno, untuk mematahkan dakyah dakyah karut dari pembangkang. Nak mengharapkan kepada Pemuda Umno, baik panggil "sotong" je. Kalau nak panggil puteri? buat habis duit je, nak suruh blog umno Selangor? hampeh....

apa apa pun sekalung tahniah buat sdr RBF untuk posting kali ini. (sebelum ini pun berterima kasih juga)

Anonymous said...

we have the number tu anwar punya ayat okay..jangan jadik bodoh..cuma peliwat jer yang suka beli2 orang ni..

Anonymous said...

Hampas sungguh PKR ni.Ingat UMNO/BN ni cam kelab EPL ade duit juta2.Good job bro!

ruang bicara faisal said...

w.salam kpd TUAN HARIMAU MENAIP

t.kasih kerana ambil perhatian.

saya bersedia membantu SPRM jika mereka melakukan siasatan

saya terpaksa mendedahkan semua ini demi maruah yang saban hari dirobek-robek oleh mereka.

berani kerana benar

takut kerana salah

ruang bicara faisal said...

w.salam kpd TUAN HARIMAU MENAIP

t.kasih kerana ambil perhatian.

saya bersedia membantu SPRM jika mereka melakukan siasatan

saya terpaksa mendedahkan semua ini demi maruah yang saban hari dirobek-robek oleh mereka.

berani kerana benar

takut kerana salah

Anonymous said...

Keadilan dan KJ x dapat dipisahkan...
Macam mana dia boleh menang ketua Pemuda pun aku x tau...

Tu... Nuar dok tunggu passport lg tu...hang x mau pi tolong hantaq ka wahai KJ...

Petualang boleh jd KP Umno? Mmg BODO Umno ni...

Ash

Zul said...

Kah!Kah!Kah!Kah. Blog paling paling lucu yg pernah aku lawati. Syabas kpd umno krn selama 52 thn memerintah, tlh berjaya membekukn otak penyokong2nya.