Monday, March 29, 2010

BRAVO DATUK SERI NOH OMAR

Sinar Harian hari ini 29/3/2010

Saya menyokong 100 % apa yang dikatakan oleh Datuk Seri Noh Omar.

Adakalanya orang-orang Umno terlebih pandai dari Presiden parti. Setiap kali ada p/raya kecil mulut mereka lebih cepat dari mulut Presiden dalam bercakap pasal calon.

Dua tiga hari lepas mereka buat kenyataan nak minta Umno bertanding. Esok lusa ,Kamilia Ibrahim pula buka mulut nak minta calon wanita bertanding. Macam-macam kerenah. Semuanya nak mengajar Presiden.

Bercakap kedai kopi senanglah. Orang yang dalam bilik mesyuarat bagai nak pecah kepala memikirkannya, kita tak tahu. Duduk di dalam barulah kita tahu betapa sukarnya mengendali kan parti yang pelbagai kaum.

Benda-benda ini semualah yang membuat perpecahan telah berlaku sebelum p/raya. Bila masa kempen kelak, ada yang merajuk, ada yang boikot, ada yang marah. Itu semua tanda-tanda menuju kekalahan.

Nak menang, buat cara nak menang. Siapa yang Presiden pilih kita terima dan kita pakat-pakat buat kerja, kalau kalah Presiden jawab. Bersatu teguh, bercerai roboh.

3 comments:

Santauangin said...

Si Noh ni satu lagi. Dia adalah merupakan seorg insan yg berjiwa rakyat, berwibawa dan mesra rakyat. Kan dulu masa pemilihan UMNO ada baik nya dia bertanding jawatan NP. Dia lebih baik dari Hishamudin dan Zahid Hamidi. Aku tabik spring kat dia. Harapan pada pemilihan akan datang dia kana bertanding jawatan NP dgn mengusir keluar Hishamudin dan Zahid. Kedua dua nya memang tak reti langsung nak berkerja.

Semoga masa depan Noh dlm UMNO akan terus cerah dan terus membela nasib org melayu di Malaysia ini.

A.Rangkuti said...

Salam.

Rupanya masih ramai lagi dalam UMNO yang memandai-mandai. Tak ubah-ubah lagi perangai dan sikap buruk mereka.Kalau nak menonjolkan diri biarlah dengan cara yang betul. Dengan cara performance yang cemerlang bukannya dengan hanya pandai bercakap.

Akazi is HERE said...

salam hormat bro

rasanya PM lebih berhak menentukan sape calon yg layak berdasarkan perbincangan di antara rakan2 dlm BN