Thursday, March 25, 2010

HANCUR LAH....


Apa lagi nak dikata melainkan perkataan ini , TANGGUH TETAP TANGGUH....

Rakyat pun sudah naik muak kalau begitulah murahnya hati mahkamah kita dalam soal menggangguhkan kes.

Patutlah semakin hari kes tertunggak di mahkamah semakin menimbun. Itu tak mengapalah kita tak kisah sangat bab kes tertunggak, tetapi bagaimana pula bab keadilan untuk mangsa.

Sudah hampir dua tahun Saiful menjadi mangsa fitnah dan cacian penyokong-penyokong Anwar. Sampai bila perkara ini akan berakhir ?

Mahkamah sepatutnya tidak terikut-ikut dengan gendang yang dipalu oleh pasukan peguambela Anwar. Kes ini adalah kes berprofail tinggi dan perlu disegerakan. Ini melibatkan maruah seorang yang bakal bergelar 'PM' dan mempunyai nama di seluruh dunia.

Setakat alasan parlimen sedang bersidang atau peguambela sibuk dengan kes lain, saya rasa itu adalah satu alasan yang ringan sahaja. Lainlah jika pasukan peguambela belum dapat menyediakan lagi bahan-bahan untuk perbicaraan.

Saiful orang muda, dia juga mempunyai perancangan masa depan. Dia juga ingin berkeluarga. Jangan gelapkan masa depan beliau. Sampai bila dia harus hidup berkurung dan tidak bebas untuk menjalani kehidupan seperti anak muda lain.

Untuk berlawan dengan Anwar dan memberi tekanan kepada mahkamah agar tidak memandang enteng kes ini, saya rasa sudah sampai masanya, rakyat Malaysia yang bersimpati dengan nasib Saiful menggerakan satu Kelab Penyokong Keadilan Untuk Saiful. Kita harus ingat, ini adalah pertarungan antara Anwar dan Saiful. Ibarat bilis melawan jerung.

Anwar mempunyai bala 'tentera' yang ramai dan mereka tidak putus-putus menyerang Saiful dan memberi tekanan kepada mahkamah. Manakala Saiful pula bertarung seorang diri untuk melawan mereka-mereka ini. Jika perkara ini berterusan nampaknya, Saiful akan terus 'dipijak' dan 'dilanyak' oleh pasukan dan penyokong Anwar.

Jika penyokong Anwar boleh menggerakan sokongan kepada Anwar kononnya Anwar difitnah dan dianiaya,tak mengapa, itu hak mereka. Maka menjadi tanggungjawab kita juga untuk bangkit menggerakan sokongan kepada rakyat marhaen seperti Saiful. Kerana kita juga merasakan Saiful dianiaya.

Kita tidak boleh membiarkan perkara berlarutan. Kita harus bangkit untuk mempertahankan rakan kita yang dianiaya. Saiful bukan pemimpin agung , Saiful bukan Datuk Seri, Saiful tidak berkawan dengan Yusof Qhardawi, Saiful tidak berkawan dengan Wolfowitz. Menjadi tanggungjawab kita untuk menjadi benteng kepada Saiful bagi bertarung dengan Anwar.

Oleh yang demikian, bangkitlah wahai sahabatku sekalian. Sama-sama kita menolong Saiful.

Takbir.....

9 comments:

Abu Simbel said...

apa kita nak namakan pergerakan ini? K.O.N.G.K.E.K?

Detguaq said...

Idea yang bagus.

Anonymous said...

setuju sangat!

umpama saiful vs gay goliath!

Admin said...

salam bro...

bravo... hidup rbf
tahniah

Noor Faiza said...

Keadilan buat Saiful!. Saya sokong

aliffnajmi said...

Salam dan slmt kembali sdr Faizal.

Ntah la bro... saiful yg 'kerdil' mcm tu pun CIFUT takut. CIFUT yg kononnya 'singa' lari lintang pukang... mengelupur... meroyan, tak berani berhadapan.

Keliling kampung mengadu domba, memutar fakta utk meraih simpati dari sipengikut buta hati.

Mcm ni ke pemimpin yg dikatakan akan menerajui Malaysia?
Layak ker CIFUT digelar pemimpin?
Isk..!!

Wong Pencen said...

Apa bezanya Faisal dengan Anwar sekarang? Kalau sebelum ini Anwar sering mempersoalkan keputusan mahkamah yang tidak menyebelahinya, kini Faisal pun mempersoalkan keputusan mahkamah. Adakah Faisal hanya akan menerima keputusan mahkamah apabila keputusan tersebut menyebelahi pihak yang Faisal sokong?. Apa bezanya Faisal dengan Anwar?

Anonymous said...

berani kerana benar...takut and tanggoh kerana salah lah...( awak nampak tak si CIFUT BABI tu tak pakai glasses lagi..dia dah buat lasik mata kat Prince court supaya nanti kat sg buloh kalau spec dia jatuh tak perlu susuah lagi...he he he

Hashim said...

Kelab Jubor Kemut Power (KJKP)....buh nama aku.