Monday, March 29, 2010

HULU SELANGOR : ASAL BUKAN KUDA TUA, BN AKAN MENANG

Mungkin akan ada dikalangan rakan-rakan saya yang tidak setuju dengan apa yang saya perkatakan dalam artikel ini. Mungkin ianya juga tidak menyenangkan sesetengah ahli-ahli Umno.

Tetapi saya terpaksa berkata benar walaupun pahit. Prinsip itulah yang dipegang oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin hingga Pak Lah terpaksa letak jawatan lebih awal.

Perbezaan pendapat antara kita tidak menjadi masalah, malah ianya lebih bagus untuk mencambah pemikiran. Yang penting matlamat dan hala tuju kita sama, iaitu BN menang di Hulu Selangor.

Berbalik kepada isu calon Hulu Selangor yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Perkara ini senang saja. Formulanya mudah. Pegang saja kepada prinsip kekeluargaan BN. Semuanya boleh selesai.

Itu kerusi MIC, maka kita kenalah bagi peluang untuk MIC bertanding. Lainlah MIC dengan rela hati menyerahkan kepada Umno. Kita kena saling hormat menghormati antara satu sama lain dalam semangat BN yang sudah terjalin lebih 50 tahun.

Kita tidak perlu pertikaikan yang pengundi melayu lebih dari 50 % disana. Kalau nak dikira begitu tiada satu tempat pun daripada 222 kerusi parlimen dan lebih 400 kerusi Dun dalam negara kita yang majoritinya pengundi india. Kita beri atas konsep kongsi kuasa BN.

Kita Umno, sebagai abang sulong dalam BN haruslah menunjuk contoh yang baik kepada adik-adik yang lain di dalam BN. Biarlah ianya selaras dengan kehendak Pengerusi BN yang juga PM iaitu konsep 1 Malaysia.
Jangan pula hasrat Datuk Seri Najib memperkasakan 1 Malaysia menjadi tong kosong. Puas sudah beliau keliling negara sampai naik lenguh mulut bercakap pasal 1 Malaysia, tetapi kita dibawah tidak menyahutnya.

Bukan niat saya hendak menolak Umno dari bertanding di sana. Kalau ikutkan hati saya , saya mahu semua calon Umno yang bertanding di seluruh kerusi parlimen dan Dun dalam negara kita.

Tapi kita kena ingat, kita tak mampu menang tanpa sokongan MCA,MIC dan yang lain-lain. Kawasan melayu yang 70 % keatas mungkin bolehlah. Kawasan campuran hancurlah.

Sebagai contoh, akibat MIC,MCA dan Gerakan banyak mengalami kekalahan teruk di Perak dalam PRU yang lepas , maka kita hilang kerajaan yang ditunjangi Umno di Perak. Calon Umno hampir semua menang . Tapi apa maknanya Umno menang, tetapi tidak boleh membentuk kerajaan dan kehilangan jawatan MB. Kita hanya kekurangan tiga kerusi sahaja di Perak. Begitu juga di Parlimen, akibat rakan-rakan kita kalah banyak, maka kita hilang majoriti 2/3 di dewan rakyat.

Sebab itu kita jangan pandang ringan kepada rakan-rakan kita. Sedikit sebanyak mereka menyumbang kepada kita. Kita saling memerlukan antara satu sama lain.

Inilah masanya untuk kita menolong mereka memperbaiki balik parti mereka yang rosak imejnya dalam PRU yang lepas. Itu sebahagian dari tanggungjawab kita dalam BN. Kita harus ingat dalam perut yang dikandung BN itu bukan Umno sahaja yang ada. Tiga belas parti komponen yang ada. Cubit paha kiri, paha kanan terasa.

Jika kita tidak sama-sama membantu memulihkan mereka, maka kita terimalah akibatnya dalam PRU yang akan datang. Yang membuatkan BN kalah teruk dalam PRU lepas bukannya Umno. Umno masih lagi kuat. Yang membuat kita kalah adalah parti-parti rakan kita. Jangan sampai mereka terasa hati dan mereka keluar dari BN. Kita yang akan menerima padahnya kelak.

Kita patut bersyukur dengan semangat setiakawan rakan-rakan kita dalam BN yang tidak belot kepada kita dalam peristiwa 16 September 2008. Andai ditakdirkan pada masa itu mereka belot, maka hancurlah kita. Sebab itu kita kena hormat-menghormati satu sama lain dan jangan melakukan perkara yang mengguris hati kawan. Begitu juga dengan kawan kita , jangan mengguris hati kita.

Berhubung dengan calon Hulu Selangor,ada rakan-rakan yang berkata Datuk Zainal Sakom wajar dicalonkan. Ya benar , saya setuju. Datuk Zainal mampu memberi kemenangan kepada BN , tetapi kita boleh calonkan dia , jika MIC setuju memberi laluan kepada Umno dengan rela hati.

Tetapi kalau dia tidak beri kita tidak boleh ambil, itu hak dia. Begitu juga dengan kerusi Umno, MIC dan MCA tidak boleh ambil, jika kita tidak beri, itu hak kita. Disinilah penting semangat muafakat dan musyawarah dalam BN. Jangan sampai musuh kita mengambil kesempatan dengan mengatakan Umno menindas rakannya dalam BN.

Andai ditakdirkan MIC bertanding disana, saya rasa tidak perlu untuk MIC mempertaruhkan semula kuda tua mereka yang pernah rebah disana akibat berlaga ibu jari semasa hampir tiba ke garisan penamat sebagai juara. Jarang orang boleh rebah akibat berlaga ibu jari, biasanya berlaga lutut atau buku lali. 198 undi itu,maksud berlaga ibu jarilah.
Kuda Tua MIC

MIC perlu meletak calon baru yang segar,bersih dan muda. Orang Hulu Selangor sudah tolak kuda tua (G.Palanivel). MIC tidak pernah ketandusan bakat baru. Sejarah MIC mempertaruhkan bakat baru dalam p/raya kecil biasanya membawa untung. Lihat sahaja S.Sothinathan dalam p/raya kecil Teluk Kemang 1999 dan Cikgu Parthiban di Ijok 2007.
Kamal

Antara bakat baru yang boleh diketengahkan ialah Ketua Putera MIC yang juga Ketua Penerangan MIC sekarang iaitu P.Kamalanathan atau lebih dikenali dengan nama timang-timangannya Kamal.

Beliau tidak pernah bertanding dan orang muda yang tiada isu dan tinggal di kawasan yang berhampiran dengan Hulu Selangor. Jika tidak beliau pun, mungkin ada nama-nama lain yang boleh diketengahkan oleh MIC. Asalkan bukan kuda tua.

Kita sudah boleh baca mengapa kuda tua mengidam untuk bertanding disana. Kerana beliau sebagai Timbalan Presiden MIC sudah tentu akan dilantik sebagai menteri sekiranya menang. Ini bermakna Dr.S Subramaniam akan diketepikan dari kabinet. Berlaku pula perpecahan dalam MIC antara kem kuda tua dan kem Dr.Subra. Sudah jelas matlamat kuda tua bukan untuk jadi wakil rakyat, tetapi untuk jadi menteri.

Beliau menang dalam pemilihan MIC, bukan bererti beliau akan menang dalam p/raya kecil ini. Kalau dia kuat dia tidak akan kalah dengan 198 undi, disaat tiga Dun BN menang tujuh ribu lebih undi.

Sifir saya senang,TIDAK KIRA UMNO ATAU MIC , ASAL BUKAN KUDA TUA (G.Palanivel) , BN akan menang mudah di Hulu Selangor.

Kerusi Parlimen dan Dun Hulu Selangor akan menggambarkan semangat 1 Malaysia yang sebenar. Parlimen India, Dun dua Melayu dan satu Cina.

Komen anda dialu-alukan untuk kita bertukar-tukar fikiran.

Ikuti pandangan Datuk Seri Khir Toyo disini

Ikuti juga kisah Anwar pinggirkan Dr.Zainal disini yang ditulis oleh salah seorang bekas pimpinan PKR yang bersama dengan PAS sekarang.

13 comments:

TAIPINGMALI (TM) said...

Saya amat bersetuju, Kerusi yang mewakili P94 adalah kerusi BN. Bukannya milik mutlak Umno , Mca, Mic atau lain-lain parti komponen. Kalau nak letak Calon dari Sabah or Sarawak pun tak jadi masalah. Yang penting pembangunan Hulu Selangor yang terbantut sekian lama perlu digilapkan semula.

Galo said...

betul tu, Galo setuju ssgt dgn tulisan ni, tepat & wajar. Kita kena sedar, UMNO adalah CONTOH kpd kjujuran & kbenaran. Tunjukkn yg kita jujur & benar dlm mewujudkn negara Malaysia ini kpd sume masyarakat kelak rakyat akan sedar jua akan kjujuran & kbenaran PERJUANGAN UMNO ini. UMNO adalah model dlm semangat BN & mrk akan sedar bhw UMNO ikhlas. xdinafikn mmg ada mrk2 yg masih xsedar akan kjujuran & kbenaran UMNO ini ttpi atas kpercayaan ALLAH suka kpd kjujuran & kbenaran akan tserlah jua.

Anonymous said...

Untung nya bangsa asing, melayu masih lagi sanggup memberi walaupun di sepak terajang. Mungkin melayu hanya akan sedar bila tinggal sehelai sepinggang!

Anonymous said...

Tapi rasanya kuda tua UMNO yang akan bertanding ni...Mike Tyson...

ahmadfarihan said...

Salam RBF,

Saya setuju dengan anda. Politik ni lebih daripada kemenangan semata-mata.

bayan said...

Apa pulak hendak jaga hati nanti sendiri mati.Pengundi melayu kan lebih banyak,tak percaya bangsa sendiri ke?
Disini lah tempat menguji pengundi orang melayu utk PRU13.Jangan berharap kpd bangsa lain.Orang melayu asyik2 kesian.Kesian punya pasal nanti sendiri masuk kubur.Calon MIC kalah apa ada hal,minoriti aje.Samy akan beri macam2 alasan.Macam sari juga dia belit,
Justeru itu di harap PM Datuk Sri Najib dapat meletak calon melayu yg benar2 di terima oleh pengundi Kuala Selangor.
HIDUP UMNO HIDUP MELAYU.

jibaouk said...

salam bro...
tahniah... artikel yg menarik

aku pengundi berdaftar P94 HS'ngor.
tiada cacatcela gagasan 1M'sia malah formula muafakat BN selama ini terbukti memacu Negara dlm msyrkt majmuk kita. tiada masalah..

PRK HS'ngor isu tempatan namun tumpuan satu Negara. Justeru pastinya rakyat/pengundi HS'ngor lebih mengetahui hal ini disini.

Betulllll... bottom-line BN MESTI MENANG. Tapi kali ini pimpinan WAJAR DENGAR kehendak rakyat.

Betulllll... BN akan menang, namun KEMUNGKINAN KALAH tetap ada.

Lazimnya rakyat akur siapa saja pilihan PIMPINAN. Cuma PRU-12 jer rakyat terlepas pandang. Harap kali ini TOLONG dengar suara2 pilihan rakyat/pengundi HS'ngor yg masih belum bersuara dlm ertikata sebenarnya.

Kita boleh saje kawal 2-3 ribu org, namun agak sukar kawal 65 ribu tangan2 yg bakal memegang pensil.

Bertahun2 kami sentiasa hormati rakan2 lain disini dgn harapan mereka juga wajar menghormati kita.

Menghormati PEMIMPIN yang diangkat rakyat, maka hormatilah pula suara2 rakyat yg telah menganggkat PEMIMPIN... tiada masalah

"1M'sia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" tiada masalah.

Salam penuh hormat sy kpd sdr.

Santauangin said...

Kalau masih lagi calun india, maka BN akan terus bungkus buat selama lama nya. Apa pun tanya pengundi yg majoriti kat sana. Calun yg mcm mana dia org mahukan. Buat bancian. Bancian hendaklah bi buat dari skrg nukan dah dekat hari penamaan calun baru nak buat. Pastikan bancian yg telus dibuat bukan bancian dari suku sakat sahaja.

Andai ini dapat di lakukan maka akan terpilih lah seorg calun yg berkeliber bagi mewakili mereka di sana. Waktu itu tak kira lah calun nya dari Melayu atau India atau China. Pokok nya suara pengundi perlu di dengar bukan suara dari Bahagian Parti parti yg akan mempunyai kepentingan peribadi. Kalu nak tarik rambut dalam tepong maka pandai pandailah tariknya agar tepong tak berselerak.

CUCU TOK WAN said...

Yang jelas, letak calon MIC, jawabnya BN akan tumbang!

Novinthen said...

Salam 1 Malaysia,

En.P.Kamalanathan masih Ketua Putera MIC :)

He is Putera MIC Chief cum National Info Chief.

Thanks!

Seruling Senja said...

Bro, KAlau dulu masa lepas keputusan pru12..MIC, MCA dan Gerakan TAK ADA menghenyak / mengutuk UMNO cukup2 (sama seperti gabungan PR) henyak UMNO..aku tak kisah sangat kalau la nie nak amik org2 nie jadi calon.
Namun, their true colors was and has been shown...belang sebenar mereka dah tunjukkan...kenapa masih perlu kita orang2 Melayu masih hendak bagi muka kat diorang ni berkuasa??
Bila lagi kita orang melayu nak ajar bangsa2 keturunan pendatang nie supaya belajar bersikap "dimana bumi dipijak, disana langit dijunjung"..!?? Bagi saya, inilah masa terbaik kita bagi ISYARAT yang JELAS...hormat sikit akan HAK2 orang Melayu...bukan kita ambil hak mereka...tetapi mereka ni jenis tak tahu bersyukur dengan apa yang bangsa kita dah bagi pada mereka!
Tuh, Samy Velu tuh...kenapa MIC masih simpan dia? Nak tuduh rasuah, takder bukti..tapi..aku heran, rata2 kaum india yang aku jumpa, hampir kesemuanya bencikan siSamy nie...apa macam masih boleh jadik mr.presiden??
Tak ingat ke..dia kutuk dan salahkan kepimpinan UMNO punca sebab dia dan MIC ditolak mentah2 dalam PRU12!? Serupa juga dgn MCA..GERAKAN TOKSAH CAKAPLAH..PD AKU, GERAKAN NIE LAGI BAHAYA DARI DAPig...!
Kalau BN nak menang...the grassroots sentiments is..letakkan orang UMNO...aku rasa yg terbaik Datuk Hj. Zainal Sukom..!
Ini bukan pandangan saya seorang...

Anonymous said...

aku rasa...itu konsep lama. Skrg ni telah berlaku perubahan mendadak dari akar umbi/pengundi. Bagi mereka siapa yang benar2 boleh berkhidmat utk mereka, maka merekalah yg layak utk dicalonkan. Tak kira dia tu...MIC, MCA, UMNO atau parti dari Sabah & Sarawak. Oleh kerana matlamat utama adalah utk menang. So sudah pasti BN perlu mencari calon yg benar2 boleh memberi khidmat terbaik kpd rakyat. Kena ingat PRU13 mangkin hampir. So... BN perlu merampas kerusi tersebut sbg isyarat kebangkitan BN. Jika BN menang di kerusi ini, ia memberi impak positif yg besar kepada semua pengundi di PRU13.

Anonymous said...

saya adalah melayunet, saya melihat komen saudara. banyak benda kita bersependapat, especially melibatkan parti komponen.

kita harus ingat, malaysia bukan macam negara arab, 100% arab. Malaysia terdiri dari pelbagai kaum, 55% sahaja melayu. Kalau nak kuasai parliment. Di tambah pulak melayu ni hampir separuh berpecah kepada pembangkang.Kalau cuba mengenepikan kaum lain, percayalah, UMNO cuba cari nahas. UMNO bukan kebal

Nak taknak, we must accept other race in this country. Terima tak semestinya kita perlu jadi kaki sembah macam pembangkang. Live together and give n take.