Tuesday, March 30, 2010

ISU CALON P94: RBF SANGGAH GAP

Saya telah membaca surat yang ditulis oleh sahabat saya iaitu En.Gap kepada Datuk Seri Najib berhubung tuntutan calon Umno bertanding di Hulu Selangor.

Di perenggan kedua secara jelas dia berkata ada orang menyebut dalam blognya bahawa kita hendaklah mempunyai sifat kekeluargaan. Saya tahu ianya berniat untuk menyindir saya, kerana saya ada menyebut ayat sedemikian di dalam artikel saya semalam disini, di perenggan keempat.

Saya berharap pengunjung blog saya atau Gap tidak tersalah anggap perkara ini. Kami tidak bergaduh. Kami hanya berbeza pendapat. Berbeza pendapat tidak bermaksud bergaduh.

Setelah membaca surat Gap terhadap PM, maka saya merasakan Umno bukanlah tempat yang sesuai bagi Gap. Tempat yang sesuai baginya adalah di Perkasa.

Umno adalah parti komponen BN dan BN berjuang untuk semua kaum. Bukannya untuk melayu sahaja. Selain menjaga bangsa melayu, Umno tidak melupakan bangsa lain. Selagi ianya rakyat Malaysia , maka menjadi tanggungjawab semua parti, tidak kira Umno,MCA atau MIC mesti menolong satu sama lain.

Berbalik kepada fakta yang diberi oleh GAP berhubung keputusan p/raya bagi Hulu Selangor sejak 1955. Jika melihat kepada itu, saya merasakan MCA lebih layak dari Umno mengatakan kerusi itu kerusi tradisi mereka.

Umno hanya bertanding sekali di zaman tok kaduk 1955, kemudian MCA bertanding sebanyak enam kali dari tahun 1959-1982.

Saya rasa eloklah bermula hari ini MCA juga boleh menuntut kembali kerusi berkenaan. Mereka ada asas untuk berbuat demikian. Kerana Umno yang hanya bertanding sekali pun mempuyai asas untuk menuntut kembali, apatah MCA yang pernah enam kali bertanding disana. Biarkan 1 Malaysia menuntut kerusi berkenaan.

Pagi esok saya cadangkan Chua Soi Lek juga datang berjumpa PM untuk menyerahkan nama-nama calon MCA yang layak dipertimbangkan untuk bertanding disana.

Berhubung dengan angka-angka yang diberi oleh Gap, kononnya banyak undi melayu lari kepada pembangkang setiap kali mereka meletak calon melayu bertanding disana. Pada saya itu perkara biasa dan tidak boleh dijadikan asas untuk kita menuntut kerusi berkenaan. Yang pentingnya menang walaupun dengan 198 undi. Dalam mana-mana kaum sekalipun sudah tentu ada yang berat untuk mengundi bangsa lain. Itu lumrah berkaum.

Yang membuatkan saya pelik, didalam artikel saudara Gap semalam semasa beliau menyanggah Datuk Seri Khir Toyo, beliau berkata yang beliau tidak mahu terpalit dengan tulisan sesetengah blogger yang terlalu numbering, tetapi dalam masa yang sama dia juga bermain dengan numbering, apabila menulis surat kepada PM. Nampaknya Gap juga telah termasuk dalam kategori yang diminati oleh Astro Awani.

Wahai saudaraku Gap, sedarilah oleh kamu yang PRU lebih penting dari PRK. Kita harus memandang yang lebih besar. Benar kata Datuk Seri Khir Toyo, apa erti kemenangan jika hati rakan kita terguris. Apatah lagi mereka adalah rakan pernah jatuh bangun bersama kita.

Ingatlah saudara Gap,PRU 1999 Umno mengalami kekalahan yang agak luar biasa. Tanpa bantuan rakan-rakan kita dari MCA dan MIC kekalahan Umno lagi parah. Contoh, Datuk Seri Noh Omar hampir kalah di Tanjung Karang, nasib baik peti-peti undi cina di Sekinchan menyelematkan BN. Pada masa itu cina dan india 'all out' menyokong BN, manakala melayu 'swing' habis kepada Barisan Alternatif. Pada masa itu tidak pernah terdengar pun mereka menuntut yang bukan-bukan.

Sudah menjadi lumrah di Malaysia , setiap 10 tahun sekali keributan politik pasti melanda. Datang pula PRU 2008. Kali ini giliran mereka mereka mengalami kekalahan teruk. Adalah tidak patut ,kita menekan mereka dengan meminta kembali kerusi yang kita beri kepada mereka.

Sepatutnya kita sama-sama guna PRK sebagai ujian untuk menolong mereka membaiki prestasi agar mereka mendapat kejayaan yang lebih cemerlang dalam PRU akan datang. Bila mereka cemerlang, kita pun boleh tumpang senang. Begitulah juga sebaliknya.

Samalah dengan kisah penternak lembu yang gila duit. Setiap hari dia perah susu lembu untuk dapat duit cepat walaupun sedikit. Bila susu di perah setiap hari sudah pasti dagingnya kurang. Sedangkan harga daging lebih mahal dari susu. Macamana nak dapat untung, beli lembu dua ribu seekor, jual susu dapat 500-600 sahaja. Kemudian lembu nak jual pun tak boleh kerana sudah kurus kering, akhirnya lembu mati, modal hilang, untung tak tahu kemana.

Begitulah dengan kita, jangan kerana hendakkan satu kerusi dan terlalu ingin menang,maka dalam PRU akan datang menangis tak berlagu.

Keratan blog saudara GAP pada 26.Nov.2009. Klik pada imej untuk membacanya dengan jelas.

Pada 26.Nov.2009, Saudara Gap sendiri pun pernah mengakui di blognya tentang MCA dan MIC yang membantu kemenangan BN dalam PRU 1999. Saudara sendiri meminta Umno membantu MCA agar pulih kembali. Rujuk di sini

Ya betul, saya sokong pendapat saudara yang Umno harus tolong pulihkan MCA, begitu juga dengan MIC. Jangan kita beri alasan kononnya orang-orang India sudah menolak MIC dan mereka tidak patut bertanding di Hulu Selangor. Menjadi tugas kita untuk menolong memulihkan MIC. Lagi pun orang-orang india bukannya tidak suka kepada MIC, mereka cuma tidak suka kepada Samy Vellu.

Saudara GAP, kawan ketawa mudah dicari, kawan mengangis sukar ditemui. Susah senang, harus bersama. Ikatan yang sudah terbina 50 tahun jangan dimusnahkan hanya kerana satu kerusi.

Harus diingat undi melayu di Hulu Selangor, bukannya melebihi 60 %. Hanya 51 %.Jika dicampur undi cina dan india, ianya hampir sama. Jangan kerana kerusi ini, kita dilihat zalim kepada rakan-rakan yang berada dalam keadaan sukar. Ianya akan memberi kesan yang besar dalam PRU akan datang.

Pembangkang juga akan guna isu ini untuk menggambarkan yang Umno itu zalim kepada rakan-rakan mereka di dalam BN.

Siapa sahaja calon BN di Hulu Selangor, BN akan tetap akan mencapai kemenangan sekiranya semua bersatu padu dengan tekad untuk menang. Kalau awal-awal lagi sudah berpecah, maka berpecahlah keputusannya kelak.

Di dalam artikelnya semalam GAP menyanggah Datuk Seri Khir Toyo, kononnya DSKT bernostalgia dengan keputusan PRK Ijok 2007 dan Teluk Kemang 1999. Gap berkata ianya isu politik yang berbeza, yang bermaksud masa itu situasi politik berbeza dengan sekarang. Mungkin maksudnya ia tidak sepanas sekarang. Rujuk di sini

Tetapi dalam masa yang sama GAP juga lebih bernostalgia dengan peritiwa MCA keluar dari Perikatan pada 1969 dan datang kembali bersama BN. Itu dulu wahai Saudara Gap. Situasi politik sekarang telah berbeza. Jika ditakdirkan mereka keluar sekarang, saya rasa sukar untuk mereka kembali bersama kita.

Sekarang ini orang cina dan india sedang memerhatikan Umno, mereka nak tengok samada Umno ikhlas atau tidak bercakap pasal 1 Malaysia. Sekiranya calon Umno juga yang menjadi pilihan di Hulu Selangor, maka bangsa lain akan melihat Umno adalah sebuah parti yang mementingkan diri sendiri. Saya yakin mereka akan mencari kapal lain untuk ditumpang dalam PRU akan datang.

Ingat ! Umno tidak akan mencapai kejayaan tanpa sokongan dan dokongan rakan-rakan lain dalam BN, melainkan seluruh bangsa melayu bersatu.

27 comments:

ORANG KG said...

salam,

Bagi teman tak kisah kita mementingkan diri kita dan parti kita,pasal bangsa lain pun pentingkan bangsa depa juga cth yg paling senang dalam perniagaan.mereka menguasai berbillion perniagaan spt hatanah,ladang,pembangunan dan perbankan sapa orang kita yg ada menerajui top mgmt mungkin satu atau zero,yg ada pun mungkin executive sahaja atau dilantik menjadi chairman sahaja untuk memudahkan urusan mereka.
tak ksiah lah depa nak terguris kerana hati kita dah lama pun terguris ,ada depa kisah.

Mokhtar said...

Sesiapa pun calon dia mesti la kehendak rakyat di akar umbi dan bukannya kehendak pemimpin itu sendiri....

salimjb said...

Salam,

Bukan tak boleh kasi sama diaorang..Tapi semasa era sukar ini saya tak nampak baik MIC,MCA,GERAKAN dan kompenen lain sama-sama berjuang macam apa yang UMNO buat..GERAKAN..hentam lagi adalah.Samaada GAP atau RBF..Dua-dua pun ada alasan yang baik untuk UMNO dan BN.Biarkan PM mendapat nasihat yang baik dari penasihatnya dan biar dia buat keputusan..Yang penting kedua blog ni saya minat untuk informasi saya

anak johor said...

bro, aku sokong gap..jgn bg muka kat diorang..kita ni mesti bersikap tegas terhadap bukan islam

Zaini said...

RBF and GAP,

apapun perbezaan pendapat ini harus uruskan dengan betul..ibarat tarik rambut dalam tepung..jangan kerana ini anda berdua yang selama ini senada seirama bertukar menjadi musuh..bertahun lamanya saya mengikuti kedua2 blog ini sejak kewujudannya.

teruskan berbincang secara konstruktif. tolong, tolong, tolong jangan emosional.

Anonymous said...

bila bercakap soal strategi kita kena bijak...tidak bermakna jika kita berikan kerusi di hulu selangor itu bermaksud kita tidak mendegar keluh kesah orang2 melayu di sana..tapi saya lebih cenderung mengatakan bahawa datuk palanivel tidak relevan langsung dan beliau perlu digantikan dengan calon MIC yang baru...

jibaouk said...

bro... selama ni aku cukup hormat blog ko

semenjak 2 menjak ni lain mcm pulak
aku nak bagi tau ko cam ni...

bepuloh tahun kami di HS'ngor saling hormat menghormati satu sama lain rakan2 dlm BN

ko tengok sini yer!!!!!!

tukang sebis aircon rumah aku india serendah, dia kwn aku...
kete aku sebis kat wrksop kwn aku cina bkt sentosa...
berpuloh kwn2 cina, india makan kat kedai aku.. takde masalah
kita org jalin hubungan cukup baik sampai ari ni.. takde masalah

cuma kebetulan PRK kali ni kami nak CALON MELAYU DARI UMNO... paham

aku ulang...

CALON MELAYU DARI UMNO

2008 dah kami antar calon melayu gak.. tapi dari parti lain

ko nak bende ni berulang lagi???
kalo ko nak.. aku bole atur.. takde masalah

sebaik PRK kali ni HS'ngor dpt MP melayu bukan dari UMNO, maka aku sarankan ko tukar IC la bro...

letak la kicap tu = KALAH
dia pusing senang jer...
UMNO tarak keja kuat
sabotaj..bla...bla...bla..

ko turun tempat aku nih
aku bawak ko dari sg. tengi sampai sg. coh... ko tanye sendiri

asik nak jaga ati org.. kite memendam rasa... bahaya tu bro

sorry bro.. bab pertahan agama, bangsa & tanahair.. aku memang emo

mungkin ko kacokan, tak heran
tahap flexibel ko cukup2 tinggi

TKASIH BRO, JASAMU DIKENANG
aku cari ko masa PRK HS'ngor nanti

SELAMAT DATANG

mat nisfu said...

Teman nak bersuara sebagai pengundi di P094. Walaupun Palanivel pernah jadi MP selama 2 penggal, beliau gagal merealisasikan sekelumitpun pembangunan yg boleh dibanggakan oleh penduduk parlimennye. Cakap berapi - berapidan tabur macam2 janji tapi kosong je. PRU 12 ialah wadah kebencian pengundi P094 atas prestasinya yg lembab walaupun beliau berstatus Timb. Menteri.

So, ingat kalu G. Palanivel jadi calon, ramai bebenor penyokong2 BN yg tak akan keluar mengundi dan undi rosak juga akan naik mencanak. BN menang atau kalah tak membawa apa2 perubahan. Ianya lebih kpd maruah saje.

Rasa- rasa pengundi2 di kawasan baru seperti Bukit Beruntung, Bkt Sentosa & Bandar Sungai Buaya yg dahagakan pembangunan setempat akan mengundike calon usang ni. Fikir2 kan lah.

Anonymous said...

BN/UMNO akan lingkup. Ini anak Hulu Selangor akan gempur. Neritahu Najib, Mat Taib ke, Deris ke sesiapa sahaja lah bahawa rakyat Hulu Selangor dah jemu dengan BN/UMNO.
Tak kan mata kamu buta. Don't be blind and don't you ever try to betray the kampong folks. BN/UMNO no more.

Anonymous said...

AKU SETUJU DENGAN PANDANGAN GAP.

Jangan jadi pokok tumbang.
Kuru-kura pun boleh panjat.

Kita Melayu adalah TUAN,
Kita mesti TEGAS dan BERDIRI TEGAK,
supaya kura-kura tidak bisa memijak kepala kita.

adam amin
Jerlun, Kedah

bakmai said...

SAya tidak bersetuju dgn rbf..bertolak ansur ada tempatnya..kawa ini majoriti Melayu, kenapa bangsa lain untuk dijadikan wakil mereka? Cuba beritau, mana satu kawa parlimen atau dun majoriti cina atau india yg diwakili UMNO? Tak ade kan? Cukup2 lar beri betis tu, peha pun dh nk tinggal tulang dh depa baham..masih rbf tak sedar lg? Jgn lah nk tempelak GAP, apa yg dikatakannya adalah benar dan mewaklili suara hati dan nurani Melayu dibawah sana !!!

Adnan said...

thats why u're good blogger! tahniah bro.. hope rintihan dan idea ini dpt diketengahkan..

Galo said...

Galo stuju dgn penulis. soal ekonomi mmg susah nak di jelaskn, ianya lbh kpd pmkrn org2 melayu sdiri klu x masa kn Tun M nyatakn 'melayu mudah lupa', 'melayu kena membuka minda', 'melayu kena ubah sikap', ini adalah krn sikap & perangai org2 melayu sdiri yg mudah 'dibeli' & suka membunuh bangsa melayu sdiri. Mungkin bkn sume tp jumlah mrk lbh ramai. Ini adalah ujian dr ALLAH, kejujuran kita sbenarnya bkn sj kpd sume kaum ttpi yg lbh penting kpd ALLAH. Pergolakkn politik skg ini hanya lah krn isu2 yg di api api kn oleh pembangkang, 'dia' masuk jil je sume pkara2 berkaitan akan ke 'jil' jg. Jgn krn 1 kerusi hari ini kita hilang kuasa di masa akan dtg.

Anonymous said...

Saudara RBF,
Saya tidak bersetuju. UMNO sepatutnya bertanding di HS bukan MIC.

UMNO akan lawan pengkianat bangsa & negara. Ianya menentukan momentum UMNO. Jika MIC, saya TIDAK keluar mengundi & lebih pasti lagi pengundi melayu yg lain TIDAK akan keluar mengundi BN.

Ini bukan soal keluarga. Ini adalah soal maruah bangsa melayu yg telah di kotak katikkan oleh si Kitol Jahanam & Lahanat bernama Anwar Ibrahim.

Saya juga menyokong PERKASA. Bukan seperti kaum India menokong HINDRAF. Perkasa adalah check & balance utk UMNO bagi orang mcm saya yg tidak aktif berpolitik. Pendapat saya, PERKASA adalah sebuah badan NGO yg mempertahankan HAK MELAYU itu sendiri. Saya harap juga PERKASA tidak melupakan saudara BUMIPUTRA kita di Sabah & Sarawak.

Maaf RBF. Ada benda kita boleh give & take, tetapi soal maruah, saya bersetuju dgn GAP. Malah Najib juga akan bersetuju..

Anonymous said...

aku ade post comment kat GAP, second person yg comment..but aku baru perasan posting ni..tak sangka pendapat kite sama RBF..haha

anti-napoleon/firaun

Sang Guna said...

Bro,
apa yg gap ckp ada betulnya begitu jugak kau ada jugak faktanya, tapi situasi skrg klu kau tengok apa yg mca dan mic buat utk kuatkan BN, hanya umno saja yg sungguh2 nak reform, itu pun dgn bantuan korang bloger2.

Klu nak diikutkan mca dgn mic tidak rugi apa pun klu umno yg bertanding atau menang sebabnya, kita pun nampak yg org melayu itu memang pemurah, umno beri wakil dari gerakan, mca dan mic jawatan penting di kabinet walau pun diorang kalah teruk atas dasar kekeluargaan tapi dlm masa yg sama diorang akan bersatu dgn pembangkang utk tikam umno dan melayu dlm menuntut hak kaum masing2 walau pun bertentanagn dgn dasar BN.
Org melayu memang pemurah dan baik cina dan india tak akan rugi klu mereka diperintah oleh melayu kerana memang sifat melayu itu tidak menindas, cuma ada golongan2 tertentu dari kalangan mereka yg cuba menagmbil kesempatan atas kemurahan melayu itu utk meminta sesuatu yg tidak masuk akal.

Alham said...

Salam,

Saya amat bersetuju kerusi HS ini diberikan pada MIC utk bertanding.

Bknlanlah nak mengalah tapi ini adalah strategi yg baik juga buat UMNO utk mengukur sejauh mana penerimaan pengundi terhadap MIC.

BN harus memberikan ultimatum kpd MIC, tewas PRK ini, bermakna MIC tiada alasan lg, PRU 13 nanti automatically P94 harus diserahkan semula kepada UMNO.

Sila nilai yg mana lebih penting, adakah BN akan memberikan bola tanggung kpd PR utk menuduh UMNO rasis.

Adalah lebih baik UMNO menunjukkan yg kita boleh bertoleransi dgn parti komponen yg lain.

Menang PRK pun x memberi impact yg bermakna kpd krajaan. Terlebih baik disasarkan ke PRU13.

Tak payahlah berkempen secara berlebihan yg menunjukkan kegelojohan kita utk menang. Mungkin BN akan tewas di P94 tp let's look at the bigger picture.

Won a battle does not mean anything if we lost the war.

I'm incline too that PERKASA put up a candidate.

Arif said...

Saya setuju supaya biarkan MIC/MCA yang bertanding. Jangan tamak sangat... nanti lagi teruk. Tapi saya tak setuju bila UMNO dikatakan pejuang semua kaum. Itu salah. UMNO memperjuankan agama Islam dan bangsa Melayu. UMNO tidak memperjuangkan agama dan bangsa lain.

Yang memperjuangkan agama dan bangsa rakyat Malaysia ialah Barisan Nasional. Maka, pemahaman bagi tafsiran perjuangan bangsa itu tidak boleh lari dan disalah erti.

UMNO dan BN satu entiti yang berbeza. Pernah kita lihat MCA/MIC memperjuangkan bangsa Melayu? Apatah lagi Gerakan? Ini memang kelakar.

Sekian.

Anonymous said...

Ada jalan keluar dalam masalah ini, jika BN meletakkan calon dari parti MIC,pengundi boleh mengundi calon bebas yang berbangsa Melayu.Harap ada calon bebas yang berkarisma dalam PRK Parlimen Hulu Selangor nanti.Mungkin ada ahli PERKASA yang akan bertanding di kawasan tersebut?

Rafie said...

Bro kena faham kenapa perkasa wujud, bila kita cerita tentang setiakawan dlm politik adalah lucu,ketika kerajaan dan umno diasak oleh hindraf mana suara2 mic,PPP sepatutnya atas semangat setiakawan mic perlu kehadapan berdepan dgn hindraf.begitu juga mca dan gerakan apabila kerajaan berdepan dgn tuntutan siqiu selepas pr 1999. kedua2 krisis tersebut dihadapi oleh umno krn serangan dan tuntutan hanya dibuat keatas umno dan mungkin mereka juga mengatakan umno yg bertanggung jawab atas segalanya, hinggakan kedengaran ungkapan mereka bukan benci melayu tapi benci umno. inilah erti semangat setia kawan mereka ketika senang hendak bersama ketika susah lu jawap la sendiri.jangan disebut pilihanraya 1999 krn sokongan org melayu terhadap umno kurang bukan hilang kalau hilang biarpun dgn sokongan padu pengundi bukan melayu nescaya bn sudah tumbang ketika itu.dlm pr2008 mojoriti pengundi bukan melayu telah berpaling ke pembangkang hingga calun2 mereka menang dgn undi bumiputra.bahkan calun2 dari umno pun mengalami kemerosotan undi yg ketara. persoalan kawasan tradisi ini pun ditimbulkan oleh mereka juga, krn mereka tiada kws mojoriti hinggakan kalau umno atau komponen lain meletakan calun disesuatu kws,mereka nak kws ganti yg lain akhirnya umno yg korbankan kerusi miliknya.kita sedar krn melayan karenah mereka banyak hak bumiputra yg termaktub dlm perlembagaan telah diliberalkan samada secara sedar atau tidak oleh umno.

Syed Mat said...

Penulisan yang amat menarik dan perlu difahami dgn mendalam oleh semua org UMNO. Saya amat bersetuju dgn Sdra.

Penyelesaian terbaik, calon BN dtg dari MIC tetapi jgn ikut bulat2 pilihan Samy Vellu. Dgn kata lain UMNO bertolak ansur dalam isu ini dan MIC juga perlu melakukan demikian. Jika Samy Vellu tunjuk keras kepala dia, ok...kita ambil org yang dia nak pilih, tapi kalau kalah, beliau mesti bertanggungjawab penuh serta melepaskan jawatan beliau sebagai Presiden MIC. Ada Berani Ka Mr Samy?

Anonymous said...

Saudara RBF,

Pandangan saya jangan sesekali letak calon UMNO.Saya setuju samada MCA ataupun MIC bertanding.Apakah jaminan yang pengundi Melayu 58% akan memberi sokongan penuh kepada BN(UMNO).Hari ini sokongan Melayu sudah jauh berubah dan saya yakin hanya 15% yang akan mengundi UMNO(BN)dan bagaimana Melayu PAS adakah mereka akan mengundi UMNO(BN).

Hari ini minoriti yang menentukan kemenangan dan bukan lagi majoriti.Jalan terbaik untuk mencapai kemenangan adalah meletakkan calon MCA ataupun MIC.

Bagi pihak MIC, tukarlah orang lain,jangan letak muka yang dah nak expired tu.Kalau calon lain, saya yakin BN akan menang dengan selesa.

Bagi MCA, inilah masanya untuk membuktikan yang parti ini boleh diterima apabila berkempen nanti.Chua Soi Lek kena buktikan ia adalah pilihan yang tepat untuk menyelesaikan kemelut MCA yang begitu teruk selepas PRU12.

Bagi UMNO pula inilah masanya untuk membuktikan kesungguhan untuk mmemastikan kemenangan BN.Jangan ada pemimpin di UMNO SElangor, depan cakap lain, belakang buat lain.Kalau inipun kerja yang paling mudah tak boleh buat jangan impikan PRU13 nanti UMNO akan mencapai kemenangan.

Inilah 1Malaysia yang dilaungkan oleh PM kita.Jangan ada sifat hasut menghasut, dengki dan khianatkan PARTI disebabkan kerana seorang calon.Apa yang penting buktikan sefahamam dalam BN.

Akhir kata, fikir-fikirlah sendiri.

KAIZER

Anonymous said...

salam ..

bercelaru .. berserabut terus biul .. kuang3

.ngee

Seruling Senja said...

Saudara rbf...pada perkiraan saya, pada PRU 2008, UMNO tak kalah teruk, infact BN tak kalah pun, cuma hilang sebahagian besar kerusi. Pastinya yang KALAH TERUK ialah MIC, MCA DAN GERAKAN!!
Apa yang menyakitkan hati, saya sebagai orang melayu..(walaupun saya bukan lagi ahli UMNO)...parti2 komponen ini menyerang dan menyalahkan UMNO, terlebih-lebih lagi sisamy velu tu..! Soi Lek minta digugurkan istilah KETUANAN MELAYU..apa hal nie?? Masa tu, umno dan MELAYU ISLAM tengah lebam birat kena sebat kiri kanan! Langsung diorang tak cover.! Mana semangat SETIAKAWAN???
Seperkara lagi, bila sahaja PRU dan PRK dijalankan, jentera parti mana yang paling kuat bekerja?? Walau dikawasan calon BN tu bukanlah orang melayu... Ikhlas tanya nie...hmm, jawapnya UMNOlah..orang melayu gak yg bagai nak rak buat kerja. Kalau sesiapa disini biasa gi pasang bendera, poster, jadi pasukan gerak gempur, jadi perayu undi, jaga booth, jadi wak drebar angkut pengundi2 ke tapak undian...sila jawap! Mana pergi budak2 MCA?? Budak2 MIC boleh tahan rajin...ni parti2 cina nie...mana pergi?? Sama kes jugak ngan PR, pantang ada demo, ada PRK ke PRU, sapa paling kuat kerja?? Orang PAS..!! Harap DAP?? Bole bilang ngan jarilah, selalunya batang hidungpun tak nampak...PKR kalau zaman2 original Reformis dulu, yes, memang hebat! Ramai yang ambil cuti tanpa gaji...yg kena cuti terus tak payah datang kerjapun ramai..=))..Apa yang nyata ialah sebahagian besarnya mereka ini orang MElayu yang kasih dan cintakan agama, bangsa dan negara mereka....bukan buat kerja suka2 atau hobi mereka, tidak.
Oleh itu bro, sentimen yang sedang bergolak sekarang di peringkat rakyat kebanyakan berbangsa Melayu.. terasa seperti ruang laman melangkah untuk bertolak ansur sudah tiada lagi kerana kita diasak dengan begitu buas baik oleh lawan mahupun "kawan", dah sampai kedinding, ibaratnya. Tanah, hak, kenegaraan, kedaulatan raja2 sehinggakan kalimah ALLAH yang sucipun mahu dipersoalkan dan diperlecehkan. Itu belum soal bahasa lagi. Soal kebudayaan melayu jadi teras budaya kebangsaanpun dipertikaikan! Soal ekonomi, kenaikan pangkat disektor swasta dan banyak lagi.
Dari dulu saya perhatikan, tak kira mereka ini di platform mana sekalipun BN maupun PR maupun ngo nya pendek kata...MEREKA SEMUA MENYANYIKAN SATU LAGU DAN IRAMA YANG SAMA..!!!
Kalau..dengan kerana saya bela dan pertahankan hak bangsa melayu dan kedaulatan Islam orang gelar saya rasis...ya, saya lebih rela dipanggil rasis, dari diam menikus dan tak sudah2 meminta maaf pada kaum yg kurang ajar dan SUDAH LAMA TAK DI AJAR...semata-mata kerana hendak menjaga hati mereka.
Hati orang melayu ada mereka ambil peduli???

wassalam.

Anonymous said...

sudah2lah melayu saja perlu beralah.. tiba masanya kita mengenal hati budi kawan2 komponen yang lain.. budi bahasa UMNO, kwn2 lain dah merasa.. yang lain tak nk berbudi pada UMNO pulak ke??

Kalau ditakdirkan MIC jadi calon di HS dan tertulis yang MIC akan menang.. menang tu sbb pengundi lihat MIC kwn kepada UMNO yang bertanding atas cap Timbang.. tapi kalau MIC vs UMNO vs PKR vs Bebas .. aku optimis UMNO akan menang dengan majoriti 2%..

awie said...

setuju ngan ko rbf.

menculit hangit said...

x setuju dgn ko rbf..ko adalah kesinambungan keatas kesilapan yg telah dibuat oleh YM Tunku sebaik2 capai kemerdekaan dulu..